LSH BAB 33

Romance Completed 14934

Genap 2 bulan Ziyad tidak bertemu muka dengan Zara, setiap minggu dia tidak pernah penat untuk pulang ke kampung mahu bertemu bekas isterinya. Namun, bila mana dia sampai saja ke sana Zara mesti tiada di rumah itu.

Encik Halim yang sering melihat lelaki itu datang ke rumahnya hanya membiarkan saja tanpa berkata apa-apa, bila Ziyad penat menunggu orang yang dicari dan tiada dilihatnya dia akan terus drive balik semula.

Dulu, perkahwinan antara Ziyad dan Elena hanya bertahan selama sebulan saja bila mana lelaki itu tidak pernah pun mahu mempedulikan dirinya, setiap hari bila Elena cuba untuk mendekati dirinya dia pasti akan menjauh dan marah-marah.

Pernah sekali mereka bertengkar bila Elena mengutuk bekas isterinya, dia akan mula naik hantu.

"Cuba you cakap dengan I sayang, you ni kenapa sebenarnya. Hari-hari you cakap pasal perempuan tu, i dah rimas tahu tak dengan perangai you ni. I ni you anggap macam tak pernah wujud pun kan..!"

"I ni isteri you tahu tak..Yang otak you ni asyik fikirkan betina tu buat apa, dia pun dah tak kisahlah pasal you."

"I yang ada depan mata you ni pun sikit pun you tak nak pandang, i bukan patung lah Yad. Sekarang ni you layan i macam orang bodoh you tahu tak..!"

"Tengoklah diri you ni..Macam tak betul pun ada, bau you pun i dah tak tahan dah. Busuk you tahu tak..!"

"Eh Yad you dulu tak pernah pun macam ni tau kenapa tiba-tiba je you jadi berubah macam ni sekali Yad..Kenapa? Sebab betina tu..?"

"Eh, hubungan you dengan dia tu dah tak boleh nak diselamatkan lah Yad, baguslah..! Anak dia pun dah mati dan you pun tak perlulah lah gila nak rujuk balik dengan betina tu.."

Tiba-tiba saja tamparan sudah singgah di mulut celupar gadis itu, dia pun sudah memandang tajam muka Elena dengan tidak puas hati.

"Kau jangan nak hina isteri dan anak aku, aku tahu semua yang berlaku pada dia pun semua salah aku..!"

"Aku tahu penyesalan yang aku tanggung ni pun takkan merubah apa-apa lah Elena.., tapi hati aku ni tak pernah nak tenang asyik fikirkan dia.."

"Aku terlalu rindukan dia, aku sayangkan dia tapi dulu aku tipu diri aku sebab aku nak lukakan lagi hati dia. Aku kahwin dengan kau pun sebab aku nak dia lagi terseksa kau tahu..!"

"Aku ni lelaki kejam lah Elena..Dah lah.."

"Aku minta maaf..Aku tak boleh nak beri hati aku pada kau, hati ni cuma untuk Zara dan sampai aku mati pun hanya untuk dia.."

"Setiap hari aku yang merasa sakit itu Elena, bila aku fikirkan anak aku tak sempat pun lahir kat dunia ni..Dosa aku tu dah pun terlalu banyak dah pada dia dan anak aku.."

"Selama ni aku buta nak tengok semua kebaikan dan keikhlasan dia pada aku, aku bodoh lebih percayakan orang lain dari isteri aku sendiri. Aku tak lindung pun dia, aku langgar sumpah aku dulu pada dia.."

"Tamparan tu tak seberapa lah Elena, kalau sekali lagi kau cakap macam tu pada anak dan isteri aku. Aku bunuh kau..!"

Marah Ziyad yang sudah stress di situ, air matanya berterusan keluar tidak dapat dibendung lagi.

"Habis tu sampai bila you nak tunggu dia macam ni..I rasa penyesalan you ni takkan merubah apa-apa pun lah Yad, sampai bila-bila pun you tanggunglah sendiri semua dosa you tu..!"

"Padanlah dengan muka you, jantan dayus dan ego macam you ni selamanya akan tetap sama lah Yad, semua janji you pada i dulu atau mungkin pada bekas isteri you tu i rasa sikit pun tak boleh nak pakai lah..! Jantan penipu..!"

Marah Elena lagi bila dia sudah ditampar buat kali pertama oleh suaminya sendiri. Keluarganya sendiri juga tidak pernah berani naik tangan padanya tapi Ziyad begitu berani berbuat begitu untuk pertahankan maruah bekas isterinya.

Baginya lelaki ini betul-betul dah melampau dan sikit pun Ziyad tidak pernah buka ruang untuknya memujuk.

Ziyad yang mendengar kata-kata gadis itu hanya diam membisu, betul lah dengan apa yang diperkatakan gadis itu padanya. Tapi dia tetap tidak mahu peduli dengan semua itu.

Sikap baran nya mula tidak dapat dikawal bila ada apa-apa yang tidak kena pada matanya, dia akan melenting marah sehinggakan Elena sendiri pun mulai takut akan sikapnya itu.

Bilik tidurnya juga telah dilarang masuk sama sekali oleh gadis itu, hanya bibik Aminah saja dibenarkan masuk untuk mengemas setiap minggu. Ziyad akan gunakan bilik itu bila dia terlalu rindukan Zara, jika tidak dia akan tidur di bilik bacaanya saja.

Setiap hari hanya nama Zara saja yang disebut di mulutnya, naik bernanah telinga gadis itu bila dia cuba untuk berbaik dengan Ziyad. Sejak dari perkahwinan itu juga dia tidak pernah pun disentuh sama sekali oleh suaminya itu.

Pernah sekali Ziyad menyatakan bahawa dia mahu melepaskan Elena dengan cara baik dan mahu gadis itu mencari orang yang selayaknya berbanding dirinya, tapi gadis itu tetap menolak tidak mahu.

Sehinggalah pada suatu saat gadis itu sendiri sudah betul-betul mengalah dan tak tahan dengan sikap suaminya, dia sendiri telah bersetuju untuk bercerai di Mahkamah dengan cara baik dan dengan syarat dia akan mendapat nilai pampasan yang banyak dari lelaki itu.

~~~~~~

Keadaan di ZNE Holding juga sudah tidak membaik seperti dulu, ada saja masalah yang timbul dan semua projek banyak tidak diluluskan. Ziyad tidak mahu pedulikan apa-apa lagi mengenai jawatannya itu, projek sudah banyak tergendala disebabkan oleh dirinya.

Dato Zakri yang sudah naik pening memikirkan semua itu mula berbincang kembali dengan ahli lembaga pengarah yang lain, bila mana usulnya untuk memberi peluang kepada Zahir menggantikan Ziyad buat sementara waktu dipersetujui oleh semua yang ada.

Zahir yang diberi kepercayaan semula oleh ahli lembaga pengarah telah pun bersetuju untuk mengendalikan syarikat itu lagi, bila dia melihat sendiri keadaan abangnya yang sudah berubah begitu. Dia bersetuju kerana dia hanya mahu membantu saja, tidak lebih dari itu.

Ziyad yang banyak menghabiskan waktu bersendirian di rumahnya dan hanya akan duduk di bilik bacaannya menulis sesuatu. Setelah itu dia akan menangis dengan sendirinya bila melihat gambar Zara yang terhias cantik di meja.

Perkataan maaf untuk Zara tidak pernah lekang di mulutnya, rambut dan jambangnya hanya dibiarkan saja tidak mahu diurus.

Dia lagi suka dengan rupa dirinya yang sekarang, buat apa lagi untuk dia bersegak kemas. Semua itu sudah tidak penting untuknya.

Wajah dan fikirannya juga sangat kusut sejak akhir-akhir ini, masanya lebih banyak di dalam bilik bacaan untuk menulis saja. Setiap hari dia akan menulis satu surat untuk Zara dan diletakkan di dalam sebuah kotak yang berbentuk hati.

Badannya dulu yang sedikit sasa sudah pun susut tidak seperti dulu, makan pun dia tidak mahu sama sekali tapi bila dipujuk dengan nama Zara oleh bibik Aminah dia akan makan tapi tidak banyak.

Kadang-kadang untuk mandi pun dia sendiri lupa sama sekali, bila bibik Aminah memujuknya dengan mengatakan Zara akan pulang barulah dia cepat-cepat mahu membersihkan dirinya.

Bila mana wajah isterinya terbayang di mindanya dia akan berlari turun ke bawah untuk melihat ke luar, setelah itu dia masuk kembali naik ke biliknya dengan hampa.

"Abang minta maaf sayang..Kenapa lah sayang tak balik lagi ni, abang tunggu tau sayang balik sini.."

"Abang balik kampung pun ayah cakap sayang tak ada, sayang pergi mana ni sayang.."

"Hari-hari abang tulis surat nak beri pada sayang, macam mana abang nak hantar semua surat ni kalau sayang tak ada."

"Kenapa sayang tak nak pun jumpa abang ni sayang.., takkan lah sikit pun tak ada rasa cinta sayang pada abang.."

"Abang sunyi lah sayang.., semalam abang mimpi anak kita tau. Dia senyum je pada abang sayang, dia dah tak marah dah pada abang. Abang cakap nanti abang nak pujuk sayang."

"Abang janji yang abang akan tetap tunggu sayang balik pada abang.. Abang nak kahwin dengan sayang, abang nak hidup dengan sayang je sekarang ni."

"Lepas ni abang tak nak dah duduk jauh-jauh dengan sayang, abang tahu yang abang memang perlukan sayang dalam hidup abang. Percayalah sayang, abang tak nak dah tipu diri abang ni.."

"Baliklah sayang..Abang rindu sayang sangat-sangat, abang nak minta maaf sangat dengan sayang.."

Setelah itu gambar datin Suraya ditatapnya pula sambil menangis.

"Maa..Yad ni teruklah maa, sampai hati Yad buat isteri Yad macam tu. Yad dah pernah sumpah dah dulu Yad nak jaga isteri Yad, tapi Yad tipu lagi dia maa."

"Layak ke Yad ni nak jadi seorang suami maa, Yad selalu sakitkan hati dia dengan kata-kata Yad. Yad selalu tuduh isteri Yad macam-macam maa, yad memang teruk kan maa."

"Doakan Yad maa..Yad nak sangat jumpa isteri Yad, hari-hari jantung Yad berdebar sangat nak jumpa dia."

"Tapi dia tak nak pun tengok muka anak mama ni, macam mana Yad nak pujuk dia maa kalau muka Yad pun dia tak nak tengok maa.."

Menangis-nangis Ziyad bercakap dengan gambar kaku di depannya, sampailah dia letih dan tertidur dengan sendiri.

••••

Dato Zakri dan Zahir sesekali akan datang menjenguk Ziyad di rumah itu, bila Ziyad dipujuk untuk tinggal bersamanya dia tidak mahu sama sekali.

Katanya kalau Zara balik dia tiada di rumah macam mana pula nanti, jadi dia mahu terus berada di rumah itu saja setiap hari.

Pintu bilik bacaan dikuak dan dato Zakri melihat anaknya masih tertidur di sofa memegang gambar. Baju Zara juga turut dipeluk erat di sisinya, sikit pun dia tidak mahu lepas.

"Yad..Bangun Yad.."

Kejut dato Zakri yang sudah tidak tahan lagi melihat keadaan Ziyad dan sikap degil lelaki itu, anak lelakinya yang tampan dulu sudah nampak berbeza sekali. Hidupnya penuh dengan kekusutan dan fikirannya itu hanya ada Zara sahaja.

Kalau tidak memikirkan perihal anaknya itu, dia sendiri pun tidak pun sanggup nak datang ke sini. Banyak kali dah mulutnya menasihati lelaki itu untuk lupakan semua itu, tapi dia pula yang akan dimarah marah oleh anaknya itu.

Ziyad yang membuka matanya terus saja bangun dan tersenyum pada dato Zakri.

"Zara dah balik ke pa?..Dia dah ada kat bawah ke pa?. Sekejap..Sekejap..!"

"Yad nak buat apa ni..!"

"Yad tak mandi pun lagi ni.."

"Nanti Zara cakap Yad busuk pula..Suruh dia tunggu tau pa, Yad nak pergi siap-siap dulu.."

Beritahu ziyad yang kalut di situ, tapi tangan dato Zakri menariknya untuk duduk kembali.

"Yad..Papa tengok Yad sikit pun tak nak berubah, sikap kamu ni macam dah tak betul tau Yad."

"Cukuplah Yad nak terus siksa diri Yad macam ni, bangkitlah Yad. Sedarlah diri kamu tu Yad, apa-apa yang kamu buat ni pun takkan ubah apa-apa pun lagi Yad."

"Zara dah tak nak kan kamu..Dan mungkin pun dia dah ada orang lain dalam hidup dia, orang yang boleh bahagiakan dia. Kamu teruskanlah dengan hidup kamu ni Yad, janganlah macam ni.."

"Apa kata kamu lupakan saja Zara tu.., sudah-sudahlah nak berkelakuan bodoh macam ni Yad, tak elok kamu tahu tak."

"Kamu ni dah besar panjang tau Yad, takkan selamanya kamu nak terus jadi macam ni. Seksa diri sendiri tidak menjanjikan apa-apa pun Yad..Dengarlah cakap papa ni.."

"Tak kesian ke dengan diri kamu sendiri ni, mana Ziyad yang dulu. Ziyad yang segak, yang selalu jaga penampilan, selalu professional dalam kerja.."

"Papa dah tak nampak dah semua tu dalam diri kamu Yad..!"

Bebel dato Zakri panjang lebar tapi Ziyad hanya termenung menunduk setelah itu dia tersenyum lagi memandang papanya.

"Apa papa ni..Yad kan dah cakap banyak kali dengan papa yang Yad nak tunggu isteri Yad, papa merepek apa lagi kali ni.."

"Mana boleh Yad nak lupakan isteri Yad macam tu, Yad tahu Zara merajuk je dengan Yad kan pa.."

Beritahu Ziyad lagi dengan serious, muka papanya ditatap lagi.

"Zara tu bukan isteri kamu lagi, tak baik mengharapkan benda yang takkan terjadi. Teruskan hidup adalah jalan penyelesaiannya Yad."

Beritahu Dato Zakri lagi meyakinkan anaknya tapi Ziyad seperti tidak mahu mendengarkan dirinya.

"Papa tahu tak Zara pergi mana pa?..Banyak tempat dah Yad pergi nak jumpa dia, tapi tak jumpa pun Zara.."

"Yad pergi kubur anak Yad pun Zara tak ada pa..Pening lah Yad nak fikir macam ni, esok Yad nak balik kampung lagi lah pa. Takut Zara dah balik, kita tak tahu kan.."

Keluar lagi air matanya di situ mengenangkan Zara, dia kembali baring lagi di sofa mencium baju Zara dalam kesunyian yang betul-betul dirasakan itu.

Menggeleng-geleng dato Zakri buntu nak pujuk anak lelakinya itu, Zahir yang duduk di pintu memandang saja tidak boleh nak berkata apa-apa lagi.

Mereka berdua turun ke bawah dan duduk di sofa termenung memikirkan semua ini, sudah lama Ziyad seperti itu entah macam mana lagi cara untuk memujuk dia tidak tahu.

"Macam mana ni Hir..Cuba kamu tengok perangai abang kamu tu...Naik risau papa fikirkan dia, sikit pun cakap papa dia nak dengar. Otak dia tu cuma ada Zara je Hir..Ya Allah.."

"Banyak kali dah papa cuba telefon encik Halim tu pujuk nak jumpa dengan Zara, tapi tetap masih tak jalan Hir."

Memegang kepala dato Zakri serabut memikirkan masalah mental anaknya yang seperti tidak terkawal, dia pernah membawa doktor ke rumah ini untuk melihat keadaan anaknya itu tapi tetap juga sama.

Malah dihalaunya lagi doktor itu dengan kasar untuk keluar dari rumah itu.

"Hir pun tak tahu lah pa..Hir dah cuba tanya kak Mila dan Jason sendiri tentang keberadaan kak Zara."

"Semua orang cakap tak tahu pa..Hir dah cuba nak bincang dengan adik Zara sendiri tapi dia tak mahu pun cakap dengan Hir ni pa.."

Beritahu Zahir lagi yang juga turut buntu di situ, dato Zakri hanya mengangguk faham akan semua itu.

Tidak sanggup dia melihat keadaan Ziyad yang seperti sudah separuh gila itu, sanggup dia hukum diri dia sendiri sampai begitu sekali.

Hati ayah mana yang tidak terkesan dengan semua itu, semua ayah mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Mana mungkin dirinya mahu melihat anaknya sebegitu rupa, dia perlu kuatkan dirinya membantu ziyad itu walau dengan apa cara sekali pun.

••••

Di Resort private milik Jason yang jauh dari kampung dan bandar itu betul-betul telah memberi ketenangan jiwa buat gadis itu.

Dia berdiri tenang memandang kawasan pantai yang sangat bersih sekali, dia kembali tersenyum melihat keindahan sekitar ciptaan tuhan yang tiada tolok bandingnya.

Betul lah kata Jason, sesiapa saja yang bercuti di situ akan selesa dan akan merasa ketenangan saja. Semua masalah difikiran nya juga sudah semakin membaik, dia sudah mula mengumpul kembali kekuatan dia untuk terus berdiri di bumi yang nyata.

Beribadah di sini juga sangat membuatnya selalu tenang, dia selalu mendekatkan dirinya dengan tuhan.

Hari-hari dia akan berdoa dan memohon petunjuk untuk dirinya itu, apa-apa yang ada di fikirannya dulu sudah tidak mahu difikirkan nya lagi. Baginya yang lepas biarlah hilang begitu saja.

"Zara..Macam mana? Apa yang you rasa hari ni? Everything okay or did you feel bad..?"

"Anything yang you rasa terbeban ke atau ada yang buat you tak selesa lagi, just tell me."

"Kita boleh buat aktiviti lagi kalau you mahu.."

Tegur Cik Aryana yang sudah diupah khas oleh Jason untuk sentiasa ada bersama Zara di Resort miliknya itu.

Setiap hari Zara akan menjalani terapi diri dari segenap aspek yang diperlukan olehnya, mereka berdua pun sudah menjadi sangat akrab sekali.

Apa-apa yang terbuku di hati Zara akan selalu didengar olehnya, dia akan memberi sedikit sebanyak semangat untuk gadis itu dan ada cara untuk menceriakan lagi gadis itu.

Mereka berdua akan melakukan pelbagai aktiviti bersama bagi menghilangkan rasa kesunyian gadis itu.

"I'm good..Zara seronok sangat ada kat sini, lebih-lebih lagi Yana selalu ada dengan Zara. Selalu sangat Yana bagi moral support untuk Zara ni.."

"Betul lah kata Yana, hidup kita pastinya akan selalu diuji dengan pelbagai tekanan dan masalah kan Yana.."

"Tuhan tu maha adil kan Yana, dia temukan Zara dengan orang yang baik sangat macam Yana ni. Yana sikit pun tidak pernah judge hidup Zara, malah Yana bantu lagi Zara untuk terus bangkit dari luka dulu."

"Zara teringat pula dengan kawan Zara, dulu dia pun macam Yana. Selalu beri semangat dekat Zara, tapi Zara hilangkan diri macam tu je tak tanya khabar dia."

"Rasa bersalah pun ada tau Yana, tapi nanti Zara nak pergi lah jumpa dia. Zara nak peluk dia erat-erat macam dulu.."

Tersenyum Zara bila teringatkan kelakuan Mila yang gila-gila dulu, dia kembali memandang muka Yana dan terus memeluk erat gadis itu dalam keterujaan.

"Ayah dan ibu Zara mesti dah rindukan Zara, banyak dah air mata mereka tumpah sebab kan Zara. Kesian mereka tu, patutnya saat-saat macam ni Zara patut dah bahagiakan mereka kan Yana.

Ucapan terima kasih tidak pernah lekang di bibir gadis itu, Yana yang sudah tersenyum mengetahui gadis itu sudah kembali ceria dan sangat kagum sekali dengan sikap terbuka gadis itu.

Jadi, dalam masa dua bulan ini Zara sudah pun mendapat sedikit kekuatan sendiri untuk terus bangkit, itulah yang sentiasa dinantikannya sebagai kaunselor.

"Zara..Dengar ni.."

"Tiada siapa yang boleh lari daripada tekanan Zara. Tetapi orang yang menang adalah orang tahu cara untuk melepaskan tekanan dengan baik. Yana tengok Zara dah pun berjaya Zara.."

"Zara kena ingat, tekanan yang tidak dilepaskan dengan baik akan dilepaskan dengan cara tidak baik. Zara tahu kan, bila ia terus disimpan di dalam hati ni ia akan jadi gunung berapi yang hanya menunggu masa untuk meletus."

"Kasihan badan kita Zara nak tampung semua tu, Zara gunalah alam semula jadi ni sebagai terapi terbaik untuk semua jenis masalah dan penyakit."

"Tuhan dan ciptakan semua tu untuk kita, Zara manfaatkanlah ciptaan Allah tu."

"Hari ni pun kita akan berpisah di sini Zara,

kalau Zara perlukan apa-apa dari Yana lagi contact je tau. Yana tak kisah, kita kan kawan."

Beritahu Yana menggenggam erat tangan milik gadis itu, sejak kali pertama dia menemui gadis itu hanya air mata saja jadi peneman Zara. Kini wajahnya sudah penuh dengan senyuman, dia sangat bangga dengan perubahan itu.

"Betul cakap Yana tu..Zara dah tak nak dah hidup dalam tekanan lagi Yana, hati Zara dah betul-betul tertutup untuk merasa sakit yang kesekian kali.

"Zara nak buka kisah baru dan cipta banyak kenangan baru Yana, Zara dah tak nak terluka untuk yang kedua kali. Zara nak teruskan hidup Zara macam ni, kalau suatu hari masih ada sinar bahagia untuk Zara merasa apa itu bahagia Zara akan buka ruang hati Zara tu Yana.

Beritahu Zara sambil memandang pantai yang indah itu dengan senyuman.

"Macam mana kalau i nak masuk dalam hati you.."

Suara itu terus mengejutkan dia di situ, perasaan berdebar itu kembali mendetakkan jantungnya. Yana yang dari tadi sudah berundur ke belakang meninggalkan Jason dan Zara disitu.

Dia yang sudah tersenyum sendiri melihat mereka berdua hanya memerhati dari jarak jauh, dia tahu Jason sangat menyukai gadis itu. Biarlah mereka berbicara di situ berdua, dia akan jadi yang ketiga di situ memandang.

Zara yang mendengar hanya terdiam saja, dia tidak tahu mahu berkata apa-apa lagi.

"Diam pula cik Zara ni..Tak selesa eh, tak apa lah."

"Zara..Andai Allah tak sayangkan kita, mungkin Dia akan biarkan kita terus hanyut dengan cinta palsu yang kita bina sendiri itu."

"Dan akhirnya kita yang akan rebah tersungkur bersama luka yang dalam hingga tak mampu lagi untuk bangkit kembali."

"Jadi, Zara yakinlah dengan ketentuan Allah tu. Zara sepatutnya bersyukur kerana Allah dah peliharakan diri kita dari kedukaan yang lebih dalam."

"Atas sebab itu Dia sedarkan kita dari mimpi dan impian palsu tu untuk kita terus bangkit kembali dan Adam dah nampak semua tu pada Zara."

"Dan...Adam ada sesuatu untuk Zara, Adam pun tak tahu lah nak pilih yang mana. Takutnya tak sesuai pula, jadi Adam suruh je diorang pilihkan untuk Zara."

"Zara nampak cantik tau bila dah mula bertudung macam ni, nampak berbeza lah Zara. Dah jadi Zara yang baru je Adam tengok."

Beritahu Jason memuji lagi gadis itu sambil menyerahkan sebuah kotak hadiah untuk gadis itu. Zara yang mahu membuka kotak ditahan dulu oleh Jason.

"Aiip..Tak boleh buka lagi, nanti lah dulu.."

"Zara buka nanti okay.."

Beritahu Jason masih tersengih di tempatnya, dia sendiri sebenarnya takut dengan semua itu. Dia takut dia akan kecewa lagi sekali untuk menambat cinta hatinya itu.

"Terima kasih untuk semua ni Adam, terima kasih beri Zara tinggal kat sini. Terima kasih sebab Adam selalu ada bersama Zara. Zara seronok sangat boleh merasa semua ni, macam dah tak nak balik dah.."

Beritahu Zara memandang muka lelaki itu, hanya senyuman saja yang mekar di muka lelaki itu untuknya.

"Adam buat ni semua untuk Zara, untuk ayah dan ibu Zara. Adam dah anggap Zara macam keluarga Adam, Adam sayangkan keluarga Zara dan Adam tak sanggup nak tengok Zara macam dulu, sedih hati Adam ni Zara."

"Sekarang ni Adam tak nak cakap dah pasal dulu dengan Zara, mesti Zara pun tak nak dengar kan."

"Tapi itulah hakikatnya Zara, hidup tetap perlu diteruskan walau pahit pun yang kita telan namun akan ada manis juga dihujungnya nanti."

"Oh ya! Nanti bila Zara dah ready nak balik beritahu Adam tau, family Zara hari-hari call tanya perkembangan Zara. Mereka pun dah rindu sangat dah tu.."

Zara hanya mengangguk tersenyum mendengarkan semua itu, dia juga sangat rindukan keluarganya itu.

Mereka berdua terus kembali berjalan untuk ke resort, hari ini juga dibuat jamuan makan untuk cik Aryana. Tempoh khidmat gadis itu pun sudah tamat dalam dua bulan ini, jadi mereka menghargainya dengan membuat jamuan itu.

Di dalam bilik itu, Zara membuka kotak yang diberikan tadi untuknya. Tudung yang dibeli lelaki itu dibuka nampak cantik sekali dan dia terpandang pula kotak kecil yang ada di dalam itu bersama sepucuk surat, dia terus membukanya.

Sebentuk cincin sangat cantik terhias di dalam kotak itu dan setelah itu surat itu dibuka dan dibaca olehnya.

"Assalamualaikum,

Zara..Sejak pertama kali Adam mengenal Zara, tak ada yang berbeza pun dari rasa ini. Tak ada yang berbeza dari apapun tentang kita Zara. Layaknya seorang teman yang sentiasa mahu ada bersama Zara dalam suka dan duka.

Namun, seiring berjalannya waktu, rasa ini kembali lagi tumbuh sama seperti dulu Zara. Rasa di mana Adam ingin selalu ada disamping Zara. Nak tertawa, bergurau, menangis dan Adam ingin Zara selalu ada di sisi Adam.

Bahagia rasanya hati ini ketika Adam boleh melihat kembali senyuman Zara yang kembali mekar. Tapi hati ini merasa takut untuk meluahkan untuk yang kedua kali.

Perasaan cinta Adam pada Zara akan selamanya mekar tapi Adam tak nak pun paksa hati Zara, terserahlah apa yang ada dalam hati Zara saat ini tentang Adam.

Kalau tiada sedikit pun Adam hanya akan pasrah Zara, kalau Zara terima semua ini. Adam akan jadi lelaki yang paling bahagia sekali, Zara pakailah cincin dan tudung tu Zara dan Adam akan faham semua itu."

_Jason Adam

Cincin itu ditatap lama.. Dia hanya menyeka air mata yang tiba-tiba saja jatuh dipipinya itu. Entah apa yang dirasakan hatinya juga dia tidak tahu, sebenarnya dia sendiri buntu dengan hidupnya itu.

"Kubersyukur cinta ini semakin terkubur
Kubersyukur kisah kita semakin mengabur
Kuatkanlah hati, Tegarkanlah jiwa
Yakinlah bahagia bila kita tak bersama

Kupercaya takkanlah intan menjadi kaca
Walaupun hancur terberai tetaplah berharga
Lepaskanlah aku, Dalam genggamanmu
Walaupun berpisah masih membawa berkah"

_Zara

Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience