Zara seorang gadis yang berpewatakan menarik dan penuh dengan keyakinan diri.
Gadis itu yang kini semakin hampir menyiapkan tugasan terakhirnya di University of West London, semakin hari semakin tidak sabar untuk pulang ke tanah airnya.
Masih terbayang di minda gadis itu wajah-wajah ahli keluarganya, lebih-lebih lagi ibu dan ayahnya itu.
Kepulangan gadis itu nanti pasti menjadi kebanggaan buat keluarga setelah 6 tahun mereka terpisah demi mendapatkan segulung ijazah.
"Zara..Are you sure about this?"
Tanya Carol yang memandang Zara tidak berkedip itu. Dia masih lagi tertanya-tanya tentang keputusan yang dibuat Zara itu semalam dan kali ini dia betul-betul tidak percaya.
"What do you mean Carl? I think that's the best decision for me and him."
Beritahu Zara memandang ke arah jalan yang penuh dengan keramaian itu, dia yang dari tadi terduduk masih memikirkan perkara itu. Apakah betul dengan apa yang dia lakukan pada lelaki itu.
Dua minggu lagi masing-masing akan berpisah untuk pulang ke tanah air dan sebelum kekasihnya itu nekad membuat keputusannya sendiri, lebih baik dia dulu berbuat sesuatu.
"But he's in love with you Zara. Why don't you reply his message?. Make him worried about you."
"Last night he calls me, asking for you."
"I don't understand why you have to do this, he loves you and you've been in love with him for a long time right"
Beritahu Carol meyakinkan Zara yang masih buntu.
"Look Zara, it was his final decision to be with you. After all, he is willing to change his religion and want to be with you."
"Come on Zara, please.!"
"Call him."
Ucap Carol yang sedikit kecewa di situ, dia tahu gadis di depannya itu agak sedikit degil.
"Carl, I don't want him to do that because of me."
"Islam is a beautiful religion and it should for Allah and the Messenger. Not because of me."
"I don't want him to get carried away with all that because of his love for me. I don't want him to do that. No.!"
Beritahu Zara apabila mengetahui keputusan kekasihnya yang mahu menerima islam hanya kerana dirinya.
"Then..Why don't you tell him directly Zara, why you leave him like that..! With no explanation at all."
"Go..Tell him."
Ucap Carol lagi yang memberi semangat pada Zara. Keputusannya untuk meninggalkan kekasihnya tanpa sepatah kata pun membuatkan dia juga serba salah.
Dia meminta tolong Carol untuk memberitahu keputusannya itu pada kekasihnya.
Lagi pun dia membuat keputusan itu disebabkan keluarga kekasihnya sendiri tidak bersetuju pun dengan hubungan mereka. Hal ini kerana mereka berbeza agama.
Semalam dia telah menerima panggilan telefon dari keluarga lelaki itu meminta dirinya untuk menjauhi lelaki itu dan Zara hanya akur dengan keputusan itu.
Jika itulah takdir untuknya, dia akan menerima semua itu. Lagi pun semua itu ketentuan Allah, bukan dirinya.
Sedang Zara menekup mukanya yang sedikit serabut memikirkan semua itu, seorang lelaki terus duduk disebelahnya dengan wajah yang sedikit sugul menahan rasa sedih di hati.
Zara yang baru saja mahu bangun dari situ terus terkejut dengan kehadiran lelaki itu dan kembali duduk bila melihat wajah kekasihnya itu.
Carol yang bersamanya tadi terus berundur ke belakang bagi memberi ruang untuk mereka berdua berbicara.
"Zara minta maaf Jason, I'm sorry for what is done between us."
"Zara akur dengan keputusan dan kemahuan keluarga Jason, Zara tak nak Jason buat keputusan tukar agama demi cinta Jason pada Zara."
"Agama tak boleh dibuat main Jason. Dulu Zara dah agak hubungan ni takkan kekal lama pun, and i have told you."
"Biarlah Zara anggap Jason ni sebagai kawan baik Zara je. Tak mungkin akan ada jodoh antara kita."
Beritahu Zara menatap lelaki itu yang masih sugul di tempatnya.
Setelah itu Jason memandang sayu gadis di hadapannya.
"Jason tahu Zara, tapi keputusan untuk menukar agama tu adalah keputusan dari hati Jason ni Zara."
"I memang dah belajar pun tentang islam, dah lama i simpan semua ni. Sejak i kenal dengan you, hati i selalu tenang Zara."
"Dah banyak dah Zara buktikan pada i yang betapa indahnya islam ni Zara."
"Bila i belajar sendiri benda tu dan semua itu dah ubah hati i ni."
"I nekad nak masuk islam Zara dan i akan cuba untuk belajar lagi."
"Keputusan untuk tukar agama ni i baru bincang dengan keluarga, tapi diorang cuma tak suka."
"I tak sangka mereka ada call Zara dan I minta maaf kalau mereka tuduh Zara macam-macam."
"Tapi betul Zara, itu tak ada kena mengena dengan cinta i pada you pun."
"I ikhlas cintakan Zara. Sejak pertama kali i jumpa you, i dah sukakan you."
Beritahu Jason menatap ke dalam mata gadis itu memohon pengertian.
"Tapi kita tak boleh nak bersatu pun Jason, awak ada keluarga awak dan saya pun sama."
"Tolonglah hormati keputusan keluarga awak, janganlah kecewakan mereka Jason."
"Awak bincanglah baik-baik tentang perkara itu, yang penting jangan pernah lukakan hati mereka disebabkan saya."
"Anggaplah hubungan ni tak pernah wujud pun antara kita dan Zara akan anggap Jason ni adalah kawan terbaik untuk Zara."
"Sampai bila-bila.. Zara pergi dulu."
Beritahu Zara dan terus berlalu pergi dari situ. Jason yang masih buntu itu ditinggalkannya begitu saja tanpa sedikit pun penyelesaian antara mereka.
•••
Zara sudah tiba di Lapangan Terbang (KLIA) setelah menempuh beberapa jam dari London ke Malaysia. Kini dia telah tiba di tanah airnya sendiri tepat jam 5 petang.
Setelah meneliti sekelilingya, kelibat sang ayah dan sepupunya Zamri dari pandangan jauh sudah membuat hatinya gembira.
Tanpa memikirkan orang disekeliling Zara terus menjerit memanggil mereka sambil tangannya tak henti-henti melambai dari jauh dan berlari untuk mendapatkan mereka.
Tiba-tiba,
Bbang!
Zara tiba-tiba saja terlanggar seorang lelaki di hadapannya dan telah menyebabkan hadiah dari tangan lelaki tersebut jatuh berderai di lantai.
Zara terkesima, dalam hatinya dia sudah beristigfar banyak kali memikirkan nasibnya kini.
Dengan perlahan-lahan dia menatap wajah lelaki yang dilanggarnya tadi sambil tangannya terketar-ketar cuba mengutip barang yang sudah berderai di situ.
Matanya melirik ke lelaki tersebut sambil mulutnya tak henti-henti memohon maaf.
Namun, pandangan lelaki tersebut sangat bengis seperti orang yang sedang menahan marah.
Zara sempat lagi berceloteh di dalam hati bila lelaki itu sudah memandang tajam mukanya.
"Aduhai matilah aku kali ni..Kenapalah aku boleh terlanggar orang ni, dah la muka dia masam macam cuka getah dah tu.."
Kali ini dia sememangnya sudah gelabah di tempatnya.
"Hello!."
"Eh cik..! Kau ni memang buta ke atau kau ni buat-buat buta?. "
"Kau tak nampak ke aku yang pegang barang besar macam ni?"
"Eh! Suka hati kau je kan nak main langgar-langgar orang macam ni?"
Tengkingan lelaki itu menyedarkan Zara seketika yang cuba mengumpulkan balik retakan dari kaca yang pecah itu.
"Maaf encik, saya memang tak sengaja. Ya Allah macam mana ni!"
Jerit Zara di dalam hati.
"Maafkan Saya encik.."
Zara kaku di tempatnya, dia tak tahu lagi mahu berbuat apa di situ.
"Oh.. Apa kata encik cakap je barang ni encik beli kat mana?"
"Saya janji saya akan ganti barang ni balik pada encik, walau macam mana pun caranya encik."
Gugup Zara berbicara sambil mukanya memandang lelaki itu.
"Tak, masalahnya kau mampu ke nak ganti semua ni?"
"Kau ingat barang ni ada jual kat sini ke!."
"Aku beli di London tau barang ni. Mudah je kau cakap nak ganti."
"Eh! Kau nampak macam barang macam ni ada jual kat pasar ke?"
Dengan nada yang kuat lelaki tu memarahi lagi Zara. Semua orang disekeliling asyik memandang saja pertelingkahan itu yang tiada penghujung.
"Saya betul-betul tak sengaja encik."
"Tadi, saya terburu-buru dan tak nampak pun encik jalan depan saya."
"Saya minta maaf encik. Saya betul-betul minta maaf."
Kata zara lagi menenangkan lelaki itu dengan perkataan maafnya.
"Harapkan mata je cantik, tapi letak kat lutut."
"Kau tunggu apa lagi? Bayarlah! Kau ingat aku ada masa ke nak layan kau ni lama-lama."
Marah lelaki itu dengan kejadian itu, kalau boleh dia mahu segera saja pergi dari situ.
Sememangnya barang tersebut merupakan kirimannya dari London.
Barang itu adalah untuk dijadikan hadiah sempena hari lahir mamanya nanti. Jadi, dia meminta tolong Tania untuk membeli sesuatu sebelum pulang ke Malaysia.
Namun, belum sempat pun dihadiahkan kepada mamanya, hadiah itu sudah hancur berderai.
Itulah yang membuatnya menjadi bengang dengan perlakuan kalut gadis itu.
Zamri dan ayah Zara yang dari tadi menyaksikan mereka berdua dari jauh terus datang menghampiri.
"Kenapa ni encik?. Menjerit-jerit macam orang tak betul, ni dah tak tahu nak hormat perempuan ke apa bila bercakap?."
"Benda remeh macam ni pun nak buat gaduh ke. Benda boleh bincang lah encik."
Marah Zamri bila melihat kejadian itu berlaku di depan matanya.
"Benda remeh kau cakap?."
"Ok, kalau macam tu kau gantilah dengan apa yang perempuan ni dah buat."
"Tak mahal pun barang ni dalam RM 5000 je. Dan aku tahu mesti orang macam kau ni mampu!"
Perli Ziyad dengan nada yang sedikit sombong di situ, lagi pun dia tahu orang kampung macam ni takkan mampu nak ganti benda mahal macam tu.
"Eh lambat lah korang ni..Korang ingat aku ni tunggul ke hah nak tunggu-tunggu macam ni!"
"Ni.. Kau ambil kad aku dan bila kau dah settlekan bayaran tu, hantar resit pada aku."
"Kalau tak aku cari korang semua lah."
Setelah berkata begitu dia terus mengeluarkan telefon dan mengambil gambar gadis di depan matanya itu sebagai tuntutan untuk hutang itu nanti.
Lelaki tersebut melempar kadnya dan terus saja berlalu pergi.
Zamri yang dari tadi terus terdiam dan kaku di tempatnya.
Apabila lelaki tersebut menyebut saja nilai harga barangan tersebut, dia sedikit terkejut.
Takkan lah barangan kaca sebegitu harganya mencecah ribu-ribu. Seperti tak masuk akal sahaja.
Harga barangan tersebut sama saja seperti dua bulan gajinya, bagaimana dia mahu selesaikannya sendiri pula.
Pening dia memikirkan semua itu.
"Biadab!."
Marah Encik Halim dengan perbuatan lelaki yang tidak dikenalinya itu, kalau diikutkan hatinya mahu saja dia menampar muka lelaki itu biar dia sedar diri.
Zara terus mendapatkan ayahnya dan memeluk erat tubuh tua milik ayahnya itu.
"Sudahlah Zara, jomlah kita balik. Nanti kita fikir macam mana nak selesaikan hutang dengan lelaki itu."
"Ibu dah tunggu Zara kat rumah tu".
Encik Halim mencuit dagu anaknya dan mereka terus berlalu pergi meninggalkan kawasan lapangan terbang itu.
•••
"Bro, what happened men?."
"Dari tadi aku tengok masam je muka kau. Kenapa?".
Tanya Erman sambil menepuk bahu kawan baiknya itu.
"Hei!. Come on bro.."
"Yad, aku tanya kau ni lah."
"Ooo..kau pergi ngorat awek tak ajak aku ek. Aku pergi toilet kejap je tadi."
"Mana dia.? Cantik tak?"
"Aku dah agak, ni mesti kena reject la ni kan."
"Masam je muka kau!"
Ziyad hanya tersenyum sinis saja pada gurauan kawannya itu dan bangun dari duduknya untuk terus keluar dari lapangan terbang itu.
Dia sudah tidak mahu berlama lagi di situ disebabkan peristiwa tadi.
Sebelum datang ke airport dia begitu gembira bila hadiah untuk mamanya akan tiba hari ini. Jadi, dia membuat keputusan untuk datang terus ke airport sambil menjemput tunangannya itu.
Tapi kali ini, hatinya sangat panas dengan melihat wajah selamba gadis itu bila ada yang datang membela gadis itu tadi di situ.
"Ziyad!."
"Tania belum keluar dari toilet lagi lah. Tunggulah bro."
"Macam mana ni! Eh tunang kau ni.."
Laung Erman sahabatnya itu yang pelik dengan perubahan sikap Ziyad yang tiba-tiba
'BadMood'.
"Kau bawa la dia balik Man!"
"Aku ada hal lah."
Ziyad terus saja memacu kereta honda miliknya itu dan meninggalkan Erman pula menguruskan tunangannya Tania.
Tania dan Ziyad sememangnya telah dijodohkan oleh keluarga mereka tanpa sedikit pun persetujuan dari Ziyad.
Keterpaksaan itu perlu dipersetujui Ziyad, disebabkan menghormati permintaan dari mamanya itu.
Sebelum Tania bertolak ke London, mereka berdua sudah pun bertunang.
Genap 5 tahun usia pertunangan mereka oleh disebabkan Tania perlu menamatkan pengajiannya di London, mereka belum diijabkabulkan.
Kepulangan Tania secara terus di Malaysia kali ini telah membuatkan Ziyad rungsing memikirkan masa depannya.
Bagaimana dia mahu berkahwin dengan gadis itu sedangkan perasaan cinta pun belum berputik untuknya pada gadis itu.
•••
Di rumah Zara waktu ini semua riuh-rendah dengan saudara mara dan jiran-jiran mereka.
Kenduri doa selamat dilakukan oleh keluarga Encik Halim untuk untuk Zara kerana anak sulung mereka telah berjaya medapatkan ijazah dari luar negara.
Zara kini telah menjadi contoh yang baik untuk adik-beradiknya yang lain.
Usai saja majlis tersebut Zamri mendatangi Zara. Entah kenapa hatinya terlalu berdebar bila gadis itu ada di depan matanya.
"Kau nampak cantik sangat malam ni Zara. Ayu sangat aku tengok."
"Mungkin dah lama aku tak tengok wajah kau kan."
"Ye lah..Orang tu belajar jauh-jauh jadi susahlah nak tengok hari-hari."
Zara tersenyum manis dengan kata-kata Zamri dan terus saja ke dapur untuk menolong ibunya.
Zara dan Zamri adalah sepupu di belah ayahnya. Sejak kecil lagi mereka berdua sangat rapat, hampir setiap hari mereka meluangkan masa bersama.
Sudah lama Zamri menunggu kepulangan Zara.
Masih di ingatnya dulu waktu tamat sahaja SPM, mereka sama-sama mengisi borang permohonan untuk melanjutkan pengajian.
Pernah sekali Zara mengajak dirinya untuk belajar bersama-sama di London, tapi ditolaknya pula.
Zamri hanya mahu menyambung pembelajarannya di Malaysia sahaja disebabkan dia tidak mahu lama berpisah dengan keluarganya.
Kini, Zamri telah bergelar sebagai seorang guru di Sekolah lama mereka dahulu. Sekolah Menengah Kota.
"Zara..psst..Zara."
Panggil Zamri dari atas rumah yang terus mengejutkan Zara yang sedang mengemas di dapur.
"Apa Zam!"
"Kut ye pun kau nak panggil aku, tak perlulah sampai macam tu."
"Kau ingat aku burung?"
Zamri yang ketawa mengekek dengan omelan Zara yang baginya sangat comel waktu itu.
"Sini la kejap, aku dah nak balik dah ni."
"Jom borak jap".
Sambil tersengih-sengih memanggil gadis pujaannya itu.
"Ye lah, kejap".
Terus Zara mendapatkan Zamri yang dari tadi menunggunya. Mereka berjalan beriringan menuju ke pangkin berhadapan dengan sawah rumahnya itu.
"Kau kat sana manalah nak call aku Zara, message aku apatah lagi."
"Masa ni je la aku boleh borak ngan kau Zara".
Zamri membuka bicara sambil tersenyum melihat gadis itu.
Mereka duduk di pangkin depan rumah untuk berborak sambil melihat permandangan sawah padi yang tenang.
"Kau perli aku kan Zam?. Nah!."
Sambil tangannya mengetuk kepala Zamri dengan ais krim batang yang baru diambilnya tadi.
"Aduh!. Alaa aku gurau je lah."
"Ish..Emo nya kau ni.."
Sambil tangannya menggosok dahi dengan perlakuan gadis itu.
"Aku bukan tak nak call ke ape ke. Aku busy la Zam."
"Kalau aku sempat pun dapat call ibu dan ayah je."
"Kau kan tahu, bukan murah tau nak selalu contact macam tu."
Sambil mulutnya mengunyah aiskrim milo yang dibuatnya semalam.
"Ye ke busy.."
"Tak pun, mesti kau dah berpunya kan?."
"Yelah orang kat sana pun putih-putih, gebu, bibir pink."
"Mana lah nak lawan dengan orang melayu macam aku ni."
Guraunya sambil tersengih lagi melihat muka Zara yang berkerut.
Zara terus terdiam seketika bila Zamri berkata begitu, dia jadi teringat pula tentang Jason yang masih di sana. Setelah itu dia memandang sawah yang terbentang luas di depannya dengan perasaan sepi.
"Tak ada makna la semua tu Zam. Aku datang sana pun sebab nak belajar kan."
"Haa!"
"Kalau buat cuci-cuci mata tu ada la sorang dua untuk aku hilangkan stress, ye tak?"
Sambil tersengih kembali memandang Zamri yang membeliakkan matanya, bila dia berkata begitu.
Mereka pun sama-sama ketawa dengan keletah masing-masing.
"Haa, apa plan kau lepasni?. Segulung ijazah dah ada."
"So?"
Tanya si Zamri lagi sambil mengunyah aiskrim buatan gadis itu menunggu jawapan.
"Nantilah aku fikir Zam, aku nak rehat dulu. Nanti aku isilah permohonan kerja mana-mana sambil aku menunggu.."
"Menunggu aku?".
Belum sempat Zara menghabiskan kata-katanya, Zamri terus memotong dan mereka berdua terdiam sejenak.
Mereka berdua saling bertatapan dan terus ketawa untuk memecahkan kesunyian tadi.
"Macam-macam lah kau ni Zam, haih penat lah aku nak gelak macam ni."
Tetapi pada Zamri itu bukanlah satu gurauan buat gadis itu, sebenarnya ada sesuatu yang ingin diucapkan tapi terkaku pula bila Zara terdiam dengan semua ucapannya itu.
•••
Hari telah pun larut malam, mata Zara masih terkebil-kebil dan tidak dapat untuk dilelapkan.
Hatinya dari tadi berdebar-debar dan risau dengan apa yang terjadi di lapangan terbang dua hari yang lepas.
Dia masih buntu bagaimana untuk membayar balik barang yang dipecahkan olehnya milik lelaki baran tersebut.
Sementara dirinya pun masih belum bekerja. Tidak dinafikan bahawa barang sebegitu sangat mahal nilainya.
Duit simpanannya juga tinggal sedikit saja di bank untuk keperluannya nanti.
Kejadian tersebut kembali menghantui fikiran Zara tentang bagaimana lelaki itu menghina dirinya dalam lapangan terbang tempoh hari.
Sakit terhadap hinaan tersebut masih tetap melekat di hati Zara sehinggalah dia dengan sendirinya terlelap dan lena dibuai mimpi.
Share this novel