LSH BAB 24

Romance Completed 14934

Jason yang masuk lalu menghampiri Zara seraya menatap gadis itu dengan perasaan yang gelisah. Dia sendiri tidak menyangka kejadian begini boleh terjadi pada Zara.

Mungkin tuhan sudah tergerakkan hatinya untuk datang ke ZNE Holding hari itu untuk selamatkan Zara dari binatang buas seperti Zahir.

Kalau tidak gadis itu sudah hancur dirakus binatang tak berhati perut itu. Kalau diikutkan ketidak puasan hatinya itu, mahu saja dia mencari lelaki itu sendiri. Tapi siapa dia untuk berbuat begitu sedangkan dia tahu lelaki itu ada pertalian dengan Zara.

Ziyad yang masih menangis memeluk isterinya dibiarkan sahaja di situ. Dia tahu pasti lelaki itu akan menjaga buah hatinya dengan baik.

Mungkin sekarang dirinya sudah tidak diperlukan lagi kerana suami gadis itu pun sudah ada disitu, jadi dia meletakkan beg tangan Zara di atas meja dan berbalik untuk pergi.

Namun Ziyad dengan cepat mengejarnya pula dan ditarik keluar dari situ.

"I need an explanation, could you give me a minute..!"

Beritahu Ziyad seraya masuk kembali ke dalam, dia mengambil telefon milik isterinya dan mendail nombor Mila.

Kali ini dia sendiri memerlukan pertolongan gadis itu untuk menjaga isterinya sementara dia keluar bersama Jason.

"Ada apa encik Ziyad? Kalau berkenaan dengan lelaki yang membuat Zara begini, i rasa kita serahkan saja pada polis. I akan jadi saksi kejadian itu, don't worry okay. Anything you call me."

Muka Ziyad yang sudah masam mencuka itu kembali tegang apabila Jason berkata begitu.

"Apa you cakap?, Polis. Tahu tak isteri i dah macam mayat kat dalam tu, dan you nak i biarkan jantan tu selamat macam tu je?."

"Mana hati nurani you Jason?, kalau i dah kat situ tadi, i bunuh binatang tu. Tahu tak"

Marah Ziyad yang sudah menangis menahan perasaan, sudahlah isterinya sudah menderita disebabkan ulahnya.

Sekarang diperlakukan tak wajar oleh jantan lain, hatinya begitu sakit saat ini.

Barannya yang memang susah dikawal semestinya akan memberi nahas kepada si pelaku kali ini.

"I cuma perlukan kepastian dari you Jason, siapa? Siapa yang sanggup buat isteri i macam ni."

"Tolonglah faham situasi i sekarang ni, i need a proof bukan polis."

Amuk Ziyad yang matanya sudah merah menahan tangis.

"Habis tu you nak jadi penghukum?, you nak masuk penjara juga ke kalau niat you nak bunuh lelaki tu?"

"You tak kesian ke dengan Zara, kalau suami sendiri kena penjara. I'm sorry encik Ziyad kalau itu keputusan you."

Marah Jason kembali dengan niat bodoh lelaki itu.

"Okay..Kalau sikit pun you tak boleh tolong i, i akan cari sendiri. Semua yang belaku atas dunia ni, semuanya ada buktilah. Lagi pun mesti ada CCTV kat situ kan."

Marah Ziyad seraya bergerak pergi meninggalkan lelaki berbangsa cina itu. Namun, dengan cepat Jason menahannya pula.

"Okay..! I beritahu, tapi you kena janji jangan bertindak melulu. Kita pergi balai."

Ziyad yang mendengar hanya diam membisu. Nampaknya lelaki itu masih belum faham dengan apa yang dia rasa.

Mahu saja si Jason itu makan penumbuknya pula.

"Siapa hah? Kalau kau nak buang masa aku, baik kau tepi.!"

Tolak Ziyad seraya membuka pintu kereta namun, ditarik kasar oleh Jason.

"Zahir..! Zahir yang nak rogol Zara, adik you.!"

"You sanggup ke nak buat macam tu encik Ziyad, apa kata kita serahkan saja masalah ni pada polis."

Setelah nama lelaki yang amat dikenalnya itu disebut, genggaman tangan Ziyad kembali bertaut rapat.

Kali ini lelaki itu memang mencari pasal dengan orang yang salah. Ziyad terus menolak Jason di situ dan bergerak laju meninggalkan hospital dengan barannya yang sudah membara.

Jason yang risau berlari mendapatkan keretanya mengikuti saja kereta milik Ziyad yang sudah gila mengikut perasaan.

Patutnya dia diamkan diri saja tadi, sekarang semuanya dah jadi kacau begini.

••••

"Ha Zahir, baguslah Hir dah balik. Mari sini, uncle Man dari pagi lagi sampai nak sarapan sekali. Tania pun ada ni, katanya lama dia tak datang sini."

Beritahu Dato Azman yang duduk di meja makan berkumpul bersama.

"Betul kata uncle Man kamu tu, sinilah duduk dulu Hir sarapan sekali. Banyak bibik masak ni, alang-alang kita bincang lah pasal tarikh kahwin kamu."

Zahir yang sudah serabut ditambah pula dengan perbincangan kahwin tak masuk akal ni membuatkan dia mahu kembali pergi.

Tapi, datin Noni yang baru turun terkejut melihat wajah anaknya yang sedikit lebam di muka.

"Hir, muka Hir dah kenapa ni. Hir gaduh dengan siapa pula ni Hir. Cakap dengan Ibu Hir, kamu bergaduh lagi ya.!"

Tanya datin Noni yang sudah masak dengan perangai anaknya yang banyak buat masalah di luar sana.

Kadang-kadang Zahir ni degil dan susah dikawal dengan baik, walaupun sudah banyak kali dia menasihati anak lelakinya itu. Perangainya tidak berubah-rubah.

"Tak ada lah bu, Hir terlanggar pintu kereta. Hir nak tidur la bu, ibu settle lah dulu kat bawah. Hir penat tahu tak..!"

Namun, belum sempat dia naik ke atas dato Zakri sudah datang menghampiri.

"Kut ye pun jangan biadab boleh tak, tetamu dah sampai datanglah duduk dulu. Takkan semua papa nak kena suruh, kamu dah besar panjang. Fikirlah."

Marah dato Zakri lagi di situ, Zahir yang sudah malas untuk bergaduh dengan orang tua itu terus turun dengan selamba sahaja menghampiri keluarga Tania.

"Sayang..! Kenapa dengan muka you ni..Siapa buat you macam ni."

Tanya Tania seraya menghampiri lelaki itu dengan manjanya. Namun, layanan Zahir adalah sebaliknya. Dia duduk dan menyenduk sedikit makanan ke pinggannya dan makan sahaja disitu.

"Kenapa tengok Hir macam tu?, makanlah tadi suruh makan kan. Tengok apa lagi..!"

Mereka yang di situ sedikit tersentak dengan perlakuan sebenar lelaki itu.

"Makan Man, biasalah budak-budak ada angin dia sendiri. Jemput makan Tania."

Sapa dato Zakri yang sememangnya sudah malu dengan perlakuan Zahir itu. Namun, dia membiarkan sahaja.

Sedang mereka asyik berbincang sambil bergurau senda bersama dua keluarga itu, pintu utama ditolak kasar dari luar.

Gerangan Ziyad di situ mengejutkan semua yang ada. Namun, Zahir di situ sudah berdebar tidak keruan.

"Kau memang nak cari pasal ke dengan aku hah..! Binatang kau kan..!"

Ziyad yang sudah baran di situ menghampiri Zahir yang berdiri mahu berganjak dari tempatnya. Cengkaman kolar baju dan tumbukan bertubi-tubi Ziyad kepada Zahir merisaukan semua yang ada.

"Berani kau buat isteri aku sampai macam tu, kau tahu tak disebabkan kau dia ada kat hospital sekarang ni."

"Kau memang dari dulu patut aku bunuh je kau tahu tak.! Mana hati nurani kau ni hah sampai kau sanggup buat macam tu pada dia."

"Kau ni memang tak pernah serik tahu tak, baik kau mati je lah gila."

Marah Ziyad yang sudah gila membantai lelaki itu. Zahir yang mendengar hanya tersenyum sinis sambil menahan sakit dengan pukulan dari abangnya itu.

Dato Zakri yang melihat pula segera menghampiri bagi meleraikan semua itu. Perkelahian apa lagi yang membuat anak-anaknya itu bermusuh sampai begitu sekali.

"Cukup..Sudahlah tu Ahmad Ziyad..!"

"Tak cukup lagi ke masalah dulu yang kau timbulkan, sekarang kau nak membunuh pula..!"

Tengking dato Zakri menolak Ziyad ke belakang dari terus memukul Zahir di situ.

"Eh budak ni dah patut lama aku bunuh tahu tak.! Kau jangan nak masuk campur, ni urusan aku dengan dia..Kau tepilah..!"

"Kalau kau sayang sangat dengan anak kau ni apa kata kau tanya dia dengan apa yang dia dah buat. Sebelum aku sendiri yang bunuh dia kat sini depan mata kau."

Amuk Ziyad lagi mahu menumbuk-numbuk Zahir namun satu tamparan kasar sudah mengenai mukanya kini.

"Kau jangan berani nak buat onar dalam rumah aku, dia salah apa hah sampai kau sanggup nak bunuh dia sampai macam tu sekali."

"Benda boleh berbincang kenapa perlu sampai nak jadi macam ni. Aku kecewa tahu tak dengan sikap bodoh kau ni. Sejak dari dulu lagi sikap baran kau ni macam ni dan aku sendiri tak tahu nak buat apa dah dengan kau ni Ziyad.!"

Marah dato Zakri yang sudah tidak boleh bersabar dengan sikap kurang ajar Ziyad itu.

"Kau tanya aku dia salah apa?. Eh, kenapa kau tak jaga elok-elok anak kesayangan kau ni.? Dengan apa yang dia dah buat pada isteri aku, kau ingat aku boleh diam macam tu ke?."

"Selagi dia tak mati kat tangan aku hari ni, kau jangan nak berani halang aku. Tepilah.."

Amuk Ziyad lagi pada dato Zakri, dia yang masih menahan Ziyad di situ melihat sendiri air mata yang tumpah dipipi anak lelakinya.

Air mata itu yang sudah lama tidak dilihat, kini kembali jatuh seperti dulu. Terluka sangat kah Ziyad sehingga mengamuk begitu sekali.

"Kau nak tahu sangat ke perbuatan baik anak kau ni?. Okay..Aku beritahu..! Budak ni dari dulu lagi cuba nak rogol isteri aku."

"Sebelum aku kahwin dengan Zara pun dia dah cuba nak rogol isteri aku tu dan disebabkan perbuatan terkutuk dia tu lah isteri aku terlantar kat hospital tu.

Setelah itu dia memandang tajam muka Zahir.

"Puas hati kau sekarang?. Dengan perbuatan berani kau nak sentuh hak aku sekali lagi memang silaplah Hir, kau ni dah memang patut mati lah setan.!"

Marah Ziyad menceritakan semuanya. Setelah itu dia kembali memandang papanya itu.

"Kau rasa elok sangat ke perbuatan anak kau tu.? Cuba kau beritahu aku, selama ini pernah ke aku kacau hidup dia?"

"Tak pernah...! Sampaikan aku dah duduk jauh dari muka-muka korang semua ni pun, korang tak habis-habis nak seksa hidup aku macam ni."

"Tolonglah..Aku dah tak nak ada pertalian apa-apa dah dengan keluarga kau, jangan pernah nak ganggu aku dan hidup isteri aku."

Dato Zakri yang sudah terkejut dengan apa yang diberitahu Ziyad terus memandang marah pada Zahir di situ.

Dia dengan cepat menarik kolar baju anaknya itu dan bertanya serius mengenai perkara tersebut.

"Betul ke apa yang dia beritahu ni Ahmad Zahir..Kau buat apa dengan isteri dia hah.? Kau beritahu aku sekarang, kau buat apa?."

Tengkingan dato Zakri bergema di seluruh ruang tamu itu menahan amarahnya.

"Hir buat apa pa?, berani dia tuduh Hir macam tu. Dia tak ada bukti lah nak tuduh Hir."

"Eh, Isteri kau tu yang goda aku lah, perempuan pelacur tu memang semua jantan dia layan. Bukan setakat aku, ramai lagi lah."

"Kau tak percaya?, kau tanyalah Tania. Betul kan sayang, perempuan murah tu memang selalu goda i kan sayang."

Beritahu Zahir menuduh Zara pula begitu seraya menyuruh Tania mempertahankannya di situ.

Tania yang disitu mengangguk sahaja tanda bersetuju dengan kata-kata Zahir. Yang penting dia tidak mahu terlibat sama sekali dalam masalah itu.

"Kau jangan nak tipulah setan dan kau Tania jangan berani nak hina isteri aku. Dia tu lagi suci dari kau lah."

"Eh Tania, kau ingat kau tu baik sangat ke? Perempuan macam kau tu yang murah, bukan Zara tahu tak..!"

Marah Ziyad lagi mempertahankan isterinya. Namun, dato Azman sudah menghampiri dan menampar pula Ziyad di situ.

"Kau jangan berani nak hina anak gadis aku..! Eh, dengan perbuatan terkutuk kau tu dulu, kau tak layak nak cakap macam ni tahu tak..!"

"Kau jangan nak samakan anak aku dengan bini kau tu. Kau langkah mayat aku dulu."

Marah dato Azman yang juga berang di situ. Namun, pandangan tajam Ziyad menakutinya pula.

"Apa kau cakap?, aku hina dia?. Eh kalau dah memang perempuan sundal macam ni, kau nak suruh aku cakap macam mana?."

"Berapa banyak lagi kau nak dibodohkan dengan anak kau tu hah?."

"Dulu kau gila sangat nak suruh aku kahwin dengan perempuan jijik ni, nasib baik aku bukan bodoh. Tuhan dah tunjuk semuanya dulu, tahu tak."

Marah Ziyad memandang tajam muka papa Tania itu.

"Ahmad Ziyad..! Kau jaga sikit mulut kau tu, jangan nak melampau boleh tak..!"

Marah dato Zakri di sebelahnya.

"Aku melampau? Kenapa?. Apa yang aku cakap ni salah ke dato Zakri.? Kau tu yang salah. Kau..!"

"Kau tengok sini..Ni..Ni...!"

"Perempuan macam ni ke yang kau nak kahwinkan dengan aku, sebelum kahwin pun dia dah menyundal macam ni. Kalau dah kahwin, kau ingat dia tak berani nak main jantan belakang aku?. Kau silap lah.."

"Kau nampak tak siapa dengan dia.? Tu.! Jantan tu, apa kata kau kahwinkan saja anak kau tu dengan perempuan ni."

Tengking Ziyad yang sudah mengeluarkan telefonnya dan menyerahkan telefon itu pada dato Zakri. Gambar-gambar mesra Tania bersama Zahir di Club dulu ditayangkan olehnya di situ.

Dato Zakri yang melihat, terduduk sendiri memegang kepala di sofa sambil menahan marah yang menyesakkan dada.

Setelah itu, giliran dato Azman pula yang melihat gambar-gambar itu. Pandangan tajamnya terus tertumpu pada wajah anak gadisnya itu, matanya sudah pun memerah menahan amarah.

"No..papa..! Yad tipu."

"Tu bukan Tania pa, gambar tu tipu papa..!"

Ziyad yang memandang hanya tersenyum sinis. Dia berbalik untuk pergi dari situ dengan muka yang puas, dan pada masa yang sama gerangan dua orang polis sudah pun tiba di depan pintu bersama Jason.

"Encik Zahir, sila ikut kami ke balai. Kami perlu menahan encik untuk di soal siasat berkenaan kes cubaan merogol Nur Izara Annisa. Sila beri kerjasama."

Kata pegawai itu dan menggari lelaki yang bersalah itu.

"Hir tak salah pa..Diorang tipu papa, Hir tak buat macam tu pa. Percaya lah pa, tolong Hir ni papa..!"

"Ibu..Tolong Hir bu.."

Namun, rayuan dan tangisan Zahir tidak diendahkan dato Zakri dan datin Noni. Malah, dato Zakri terus naik ke atas bersama isterinya meninggalkan mereka semua di situ.

Ziyad yang baru sampai ke hospital tercari-cari pula isterinya di wad. Namun, gerangan gadis itu sudah tiada di situ. Mundar-mandir dia mencari dan akhirnya dia berhenti untuk bertanya jururawat disitu.

Rupanya Zara sudah pulang ke rumah tidak mahu untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ziyad hanya mengangguk faham dan segera berlalu dari situ.

"Ya Allah sayang..Sayang tak sihat pun lagi, kenapa sayang buat macam ni."

Jerit Ziyad di dalam hati, dia yang dari tadi fokus pada pemanduannya hanya terfikir untuk terus sampai ke rumah saja.

Pintu dikuak dari luar, gerangan gadis itu yang masih berbaring tidur di sofa ditatapnya. Dia mahu menghampiri namun, Mila terus menariknya dari situ.

"Aku rasa biarlah dia rehat dulu, tadi pun dia asyik menangis je Ziyad. Mengamuk nak balik..! Takut aku tahu tak..!"

Cerita Mila dengan keadaan gadis itu pada suami Zara.

"Kau pergi mana tadi, asal kau tinggalkan dia? Kau tahu tak waktu-waktu macam ni dia lebih perlukan kau Ziyad. Kau cubalah pujuk hati dia, dia dah banyak terluka sebab kau."

Beritahu Mila menasihati lelaki itu. Dia sebenarnya tidak mahu masuk campur dalam urusan rumahtangga sahabatnya, tapi disebabkan Zara hanya mempunyai dirinya sebagai tempat mengadu. Dia akan selalu ada.

"Boleh tak kau tolong aku?, Tolong duduk dengan dia buat sementara waktu ni. Biar dia tenang dulu, aku akan cuba pujuk dia Mila. Aku cuba, tapi buat masa sekarang aku tak nak dia stress tengok aku."

Mila hanya mengangguk setuju. Ziyad menghampiri isterinya terus mengangkat gadis itu naik ke tingkat atas.

"Setelah saat ini, aku sedar
Aku bersyukur kepada tuhan
Telah memberikan aku waktu
Untuk aku mengenali hatimu
sayangku"

_Ziyad

••••

"Kau cakap dengan papa sekarang Tania, kau buat apa belakang kami selama ni..! Tahu tak betapa malunya muka aku bila anak sendiri dan macam perempuan murah..!"

"Selama ni aku selalu pertahankan kau, macam-macam aku buat untuk kau. Ini balasan kau pada aku, pada mama kamu..! Anak tak kenang budi, sia-sia saja aku hantar kau belajar tinggi-tinggi tapi bodoh macam ni.."

Dato Azman yang sudah mengamuk di situ menghamburkan marahnya pada Tania kala ini. Salah dia kerana selalu manjakan gadis itu, semua yang di mahukan anaknya hanya dituruti.

Sekarang, dia sudah menyesal dengan apa yang berlaku pada anak gadisnya.

"No papa..Tania tak buat macam tu, percaya lah papa. Yad tipu papa, gambar tadi tu bukan Tania pa."

Pujuk Tania lagi yang dipeluk erat oleh mamanya di sebelah.

"Bukan kamu..! Habis papa ni dah rabun ke, sampai tak boleh beza itu kamu. Kamu jangan nak bodohkan papa Tania, jangan sampai papa halau kamu..!"

Sambung dato Azman pada Tania yang menangis minta simpati.

"Sudahlah abang, lagi pun semua dah berlaku. Kita nak buat macam mana. Hal kahwin si Tania ni macam mana pula, jadi ke bang?."

Sampuk mama Tania di sebelah.

"Macam ni lah awak, anak dah buat salah bukan nak betulkan. Manjakan lagi lah budak ni, biar dia besar kepala.

Aku pun dah tak tahu lah nak hadap muka Zakri tu, malu kamu tahu tak. Ihhh..Serabut kamu tahu tak..!"

Beritahu Dato Azman yang sudah duduk di sofa, dia menyandar lesu tanda memikirkan masalah ini.

"Tolonglah papa, Tania tak kisah Zahir di penjara pun. Yang penting Tania nak kahwin dengan dia pa..!"

Rayu Tania lagi disitu.

"Kamu dah kenapa ni, dah lah..! Jantan tu nanti pun akan jadi bekas banduan. Kau nak ke laki kau macam tu. Malu..malu..malu, aku tak nak..!"

Marah dato Azman lagi tanda tidak setuju.

Tapi pa.., Tania..Tania dah mengandung papa. Anak dalam perut Tania dah masuk dua bulan papa. Siapa nak bertanggungjawab ni papa kalau bukan Hir..!"

Raung Tania seperti orang tak betul di situ.

"Kau cakap apa?..Kau mengandung..! Anak tak guna, kau memang suka malukan aku lah Tania..!"

"Mari sini kau..Sini..!! Tak cukup ke kasih sayang yang aku dah beri pada kau selama ni. Ini ke yang kau boleh balas pada aku. "

Dato Azman yang sudah terkejut dengan pengakuan Tania itu bertambah berang. Nasib baik dia tidak mempunyai masalah jantung kalau tidak dia sudah mati di situ.

"Aku nak kau tinggalkan semua benda yang aku bagi pada kau, kau jangan berani nak ambil apa-apa pun lagi. Disebabkan harta kekayaan inilah yang buat kau jadi perempuan macam ni, aku nak kau berambus keluar dari rumah aku..!"

Beberapa kali tamparan singgah di wajah gadis itu, dato Azman sudah mengamuk memarahi anak gadisnya dan dipukul-pukul di situ. Namun, isterinya dengan cepat meredakan semuanya.

"Bibik..!! Kau kemas semua barang budak ni, kau buang kat luar tu. Kau dengar sini, aku tak nak kau pijak lagi kaki kau kat sini. Ni kad sepuluh ribu ringgit, kau hiduplah dengan cara kau. Kau bukan anak aku. Pergi..!"

Pintu utama dikunci dan gadis itu sudah ditolak keluar dari rumah. Walau dihalau pun gadis itu dari situ, dia tetap masih sayangkan anaknya.

Biarlah gadis itu hidup berdikari sendiri, kalau dengan cara begini dia boleh mengajar anak gadisnya itu. Dia rela berbuat begitu asalkan anak gadisnya boleh berubah suatu hari nanti.

"Papa..! Maafkan Tania pa, ampunkan Tania papa. Tolonglah, kasihanilah Tania papa. Jangan buang Tania macam ni, Tania tak ada sesiapa lagi papa..! Hukumlah Tania macam mana pun papa, jangan buat Tania macam ni.

Tania yang menangis tidak tahu lagi untuk berbuat apa-apa. Dia menangis meraung dengan sendirinya, kali ini papanya sudah hilang kesabaran. Sekarang, dia sudah tiada sesiapa hanya dengan sekelip mata sahaja.

Dia berjalan sendirian meninggalkan rumah mewah itu, kemanakah arah tujunya kali ini. Semua yang dia punya sudah dirampas oleh papanya. Berbekalkan duit sepuluh ribu ringgit dia dibuang keluarga, disebabkan dirinya juga habis punah kepercayaan papanya itu padanya. Masihkah ada peluang untuk dirinya?.

"Dalam kekeliruan ini aku berjalan
Langkahku menghitung setiap dosa
Muncul pula setumpuk luka dibenakku
Di tengah kehancuran hatiku ini
Ku amat kesali perbuatan dosa yang dulu

Aku berjalan dalam khilaf ku
Ku memohon ampunan-Mu
Dengan dosa-dosa yang telah ku lakukan
Telah membuat gelisah di hatiku

Tunjukkan lah jalan lurus-Mu
Berilah jalan untukku menuju surga-Mu
Berikan lah rahmat dan kasih sayang-Mu
Tunjukkanlah kebesaran-Mu
Tuhanku."

_Tania

Waktu senja sudah menghampiri malam, gadis itu masih mencari arah tujuannya tidak tahu mahu ke mana. Semua kawan-kawannya bila diminta pertolongan tiada satu pun yang mahu membantu. Pelbagai alasan diberikan mereka tanda tidak mahu menolong.

Dulu semua kemudahan untuknya sangat mudah dia dapati. Tetapi dia selalu gunakan kemudahan itu dengan perkara yang tak betul.

"Maafkan Tania papa.., Maafkan Tania Mama..Mungkin ini jalan terakhir yang Tania ada. Semua sudah tinggalkan Tania, Tania dah tak ada harapan lagi. Biarlah Tania pergi dulu."

Perutnya juga diusap-usap tanda kasih pada anak yang dikandung. Di jalan yang besar begitu, dia sengaja melintas tidak mahu melihat kiri dan kanannya. Dia terpaksa mengambil keputusan yang drastik begini untuk menebus semua silapnya.

Pancaran cahaya lampu kereta yang tinggi telah mengaburkan pandangannya kala ini, dirinya bagaikan melayang dan dalam tangisan dia pengsan di tengah-tengah jalan raya itu.

•••

Dalam kegelapan malam, Ziyad masih menatap ke langit yang seakan mendung. Mungkinkah langit itu juga mengetahui keadaan isi hatinya.

Adakah langit juga turut menangis, seakan menemani sekeping hati yang sunyi ini. Apakah dengan tangisan sang langit itu boleh menghidupkan semula setiap rasa yang telah mati.

Gadis yang masih terbaring dihampiri, ditatap pula dengan kasih yang kian membara. Masihkah ada sinar kebahagiaan untuk mereka, hanya yang memahami akan mengerti dan hanya yang mengalami akan memahami.

Ciuman sayang diberikan pada gadis yang lena disisi.

"Sayang, abang tak dapat nak paksa sayang untuk cintakan abang, tapi abang akan buat sayang tahu bagaimana rasa dicintai."

Malam ini hanya tinggal mereka berdua sahaja di rumah, Mila meminta diri untuk pulang mengambil pakaian dan barangnya dahulu. Disebabkan malam sudah larut, Ziyad menyuruhnya untuk kembali pada esok pagi.

Ziyad terduduk disebelah gadis itu dengan linangan air mata tanda penyesalan. Dia di situ terduduk sehinggakan dirinya tidak menyedari yang dia juga sudah tertidur di sebelah isterinya itu.

••••

"Cik..Cik tak apa-apa ke? Ya allah, terkejut saya tau tadi cik pengsan depan kereta saya. Nasib baik saya tak langgar, dah lah hujan lebat kat luar tu. Cik dah okay ke?"

Tanya Mila yang duduk disisi katil wad gadis itu. Pandangannya kian risau bila melihat gadis itu masih menangis di situ.

"Baby i.. Baby i okay ke, i kat mana ni?.. Kenapa i tak mati lagi ni..Kenapa you tak langgar i?..Kenapa..!!"

Jerit Tania yang meraung-raung disitu. Mila yang sudah terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu tersentak di situ.

"Ewah-ewah cik, bukan main suka lagi suruh saya langgar bagai. Kalau terlanggar tadi, saya dah kat lokap tahu tak, tak nak saya."

"Cik..Kalau cik nak mati sangat bukan kat jalanraya tau.. Cik pergi je kat landasan kereta api tu, hilang terus..! Apa la cik ni..."

Bebel Mila lagi yang dari tadi dengan mulut murainya. Dia yang bersusah payah bawa gadis itu ke hospital masa pulang dari rumah Ziyad tadi, gadis itu mahu mati pula.

"Baby i..Kandungan i macam mana..!"

Raung Tania lagi di situ, dia ingatkan dia sudah berada di alam lain. Tapi, tuhan masih lagi sayangkan dirinya.

"Relax cik, jangan nangis-nangis. Baby cik okay, doktor cakap pun kandungan cik sihat. Tak ada apa-apa kecederaan pun pada cik. Dah lah..Tak yah lah nangis-nangis macam ni, suami cik mana?"

Beritahu Mila menenangkan gadis itu. Tania yang sudah mencabut wayar ditangan terus turun dari katil untuk pergi dari situ. Mila yang memerhati cepat-cepat mahu menghalang.

"Cik..Cik nak ke mana ni. Kat luar tu hujan lebat tahu tak, cik dah la mengandung. Tak sayang ke dengan baby tu. Sejuk tahu tak kat luar tu, cik nak pergi mana?. Saya hantar..!"

Beritahu Mila lagi takutnya gadis itu membuat perkara diluar dugaan pula.

"Tepilah, i nak pergi dari sini. I tak ada suami, baby i pun tak ada bapa. Kenapa tuhan nak siksa i begini, family i pun semua dah buang i. Biarlah i pergi."

Raung Tania terduduk di birai katil mengenangkan nasibnya.

"Cik..Cik tak boleh tau cakap macam tu, ajal maut tu semua tuhan dah tetapkan bila. Cik tak boleh nak buat benda yang bukan-bukan macam ni. Mungkin tuhan nak bagi cik peluang kedua untuk cik berubah dan anak cik nanti boleh kenal dunia ni. Cik tak nak ke macam tu."

Pujuk Mila lagi seraya memeluk gadis yang putus asa itu. Terkadang dia merasakan dirinya seperti kaunselor bebas pula. Dulu, Zara pun begitu mahu melakukan hal yang diluar dugaan. Nasib baik dia selalu ada bersama gadis itu.

Tania yang menangis mengangguk sahaja apa yang diperkatakan gadis disebelahnya.

"Kalau cik tak ada tempat nak tuju, cik ikutlah saya balik. Lagi pun, saya pun tinggal sorang-sorang, kalau cik malu ke apa. Cik duduk je menyewa dengan saya. Lagi pun keadaan cik yang macam ni, cik larat ke nak pergi jauh."

Beritahu Mila lagi memberi peluang untuk gadis itu. Tania yang disisi hanya mengangguk tanda setuju dengan tawaran gadis mulia itu.

Mereka bergerak dari tadi sudah sampai ke rumah, disebabkan bilik dirumah itu banyak. Mila menyuruhnya duduk di bilik tamu yang sedikit luas untuk gadis itu bernafas.

"Ni untuk cik, hadiah dari saya. Cik pakailah kain solat dan alquran ni. Kalau kita selalu ingat pada tuhan, tuhan tak akan biarkan hidup kita huru hara macam ni. Cik selalu lah dekatkan diri cik dulu dengan Allah, dan insha'Allah cik akan rasakan ketenangan yang belum pernah cik rasa sebelum ni."

Nasihat Mila lagi kepada gadis itu. Tania yang menerima semua itu, tersenyum bahagia. Dulu, terlalu banyak dosa yang dibuatnya atas dunia ini. Tidak pernah dia bersujud pada sang pencipta, dia terlalu leka dengan dunianya sahaja. Air matanya yang sudah kering kembali membasahi pipi.

"Oh ya..! Saya nak panggil cik apa ya?..Saya Mila 'aka' Nur Amila Aisha. Nak panggil mana-mana pun tak apa, saya tak kisah."

Beritahu Mila lagi tidak mahu gadis itu terlalu kekok bercakap dengannya.

"Tania... Nur Tania Amelia, Mila panggil Tania je."

Jawab Tania tersenyum di situ. Nasib baiklah dirinya bertemu gadis baik itu, kalau tidak dia sudah tidak tahu mahu memulakan hidupnya bagaimana.

•••

Azan subuh sudah berkumandang memanggil semua penghuni untuk bangkit menunaikan seruan sang pencipta. Ziyad yang memandang wajah isterinya disebelah masih terlena jadi, dia membiarkan sahaja gadis itu untuk berehat.

Dia turun untuk mandi dan menunaikan solat, lepas ini dia bercadang untuk memasakkan sesuatu untuk isterinya pula. Sambil-sambil dia menunggu kedatangan Mila pagi itu, lebih baik dia menguruskan hal di dapur.

Jam sudah menghampiri pukul 8 pagi, Mila yang dari tadi sudah sampai menguruskan Zara di atas. Gadis itu yang masih belum kebah dengan demamnya, tertidur lemah di katil..

"Yad, aku dah salin dah baju isteri kau tu. Kejap lagi, kau ambil makanan ni pergi suap dia. Dia tidur lagi tu, aku kena balik juga ni nak pergi kerja pula."

"Jangan lupa, pujuk dia baik-baik jangan nak emosi pulak tau. Orang sakit ni banyak ragam..!"

Pesan Mila seraya pergi dari situ meninggalkannya terkebil-kebil tidak keruan. Bagaimana dia nak menghadap muka gadis itu, sedangkan Zara masih bencikan dirinya.

Dia mundar-mandir di depan pintu, dalam fikirannya masih buntu mahu berbuat bagaimana.

"Ya allah..Kau lembutkanlah hati isteri aku, kuatkanlah semangat aku."

Tanpa berfikir lagi dia segera menghampiri gadis yang terbaring itu.

"Sayang..Kita makan dulu sayang, abang dah buatkan bubur ni. Kalau sejuk tak sedap pula."

Kejut Ziyad seraya meletakkan bubur di meja tepi. Usapan lembut dipipi gadis itu menyedarkan Zara disitu.

Namun, tatapan matanya tertumpu pada wajah lelaki yang membangunkannya itu dan dengan serta merta dia terbangun dari rehatnya itu.

"Kau buat apa ni."

"Baju aku..Kau buat apa ni Ziyad..!"

Jerit Zara sambil melihat ke dalam selimut, pakaiannya yang juga sudah bertukar disitu merisaukan dirinya.

"Sayang..Tak..Abang tak buat apa-apa pun Sayang. Abang cuma datang nak bagi bubur je untuk sayang, percayalah sayang."

Pujuk Ziyad menenangkan Zara yang ketakutan di situ.

"Tak buat apa-apa..! Kau tipu..Mana baju aku, kau buat apa ni hah.!"

"Kau cuba nK sentuh aku lagi kan, kau memang jantan tak guna lah. Aku benci kau tahu tak.!"

Zara dengan cepat turun dari katil itu tidak mahu terus berada di situ. Dia sangat takut untuk melihat muka lelaki itu disitu.

Namun, Ziyad sudah menarik tangan sejuk milik gadis itu masuk terus ke dalam pangkuannya.

"Jangan macam ni sayang..Dengar dulu penjelasan abang, Abang tak bermaksud nak takutkan sayang pun dan bukan abang yang tukar baju sayang."

"Percayalah sayang..!"

Pujuk Ziyad lagi menenangkan gadis itu.

"Lepaslah Ziyad, kau buat apa lagi ni"

"Lepaslah..! Kau nak rogol aku lagi.! Kau masih tak puas ke dengan tubuh aku ni..!"

"Ni..ni..Kau buatlah apa yang kau suka. Puaskan nafsu binatang kau tu. Buatlah..!"

Amuk Zara yang cuba untuk membuka baju yang dipakainya. Namun, Ziyad dengan cepat menahan gadis itu berbuat begitu.

"Ya Allah sayang..Sayang buat apa ni sayang, abang tak buat sayang macam tu pun."

"Takkan sikit pun sayang tak percayakan abang. Tolonglah sayang jangan macam ni, dengar dulu apa yang abang nak cakap ni."

Peluk Ziyad memegang erat gadis itu.

"Percaya.!"

"Pernah ke wujud kata percaya dalam diri kau pada aku sebelum ni, encik Ziyad..!"

"Tak pernah pun.!"

"Sampaikan kau sanggup rogol aku malam tu, untuk kau buktikan sendiri kesucian aku. Kau tak ingat ke hah.!"

"Kau jangan berani nak suruh aku percaya dengan kata-kata bohong kau ni. Perangai kau dengan adik kau tu sama je. Perogol kau tahu tak.!"

Tengking Zara yang sudah tidak mahu mendengarkan apa-apa lagi yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Abang tahu sayang, abang pernah lukakan hati sayang. Jauh di sudut hati abang sendiri abang menyesal dengan apa yang berlaku."

"Tapi sayang.. Tolong jangan samakan abang dengan dia, abang bukan macam tu."

Beritahu Ziyad lagi seraya mendekati gadis itu dengan tuduhan seperti itu.

"Tak sama..! Apa yang bezanya perlakuan kau dengan dia hah, encik Ziyad. Kau tahu tak nafsu setan yang ada pada dia tu sama je macam kau malam tu."

"Dalam kesakitan yang aku rasa pun, kau masih tersenyum puas pada aku tahu tak. Apa yang bezanya hah."

Ziyad yang mendengar terdiam seketika, memang betul apa yang diperbuat dulu itu begitu melampau.

Tatkala hati gadis itu yang baru sahaja mahu mekar menunggu cinta. Tetapi, dirinya sudah menghancurkan semua itu dengan ketidak percayaan dan kecemburuan sahaja.

"Abang minta maaf sayang, abang mengaku silap abang, Tapi, tak ada ke sedikit peluang untuk abang tebus dosa-dosa abang ni pada sayang.."

"Abang mengaku sayang, abang dah buat salah pada sayang. Abang hina sayang, abang tuduh sayang macam-macam. Abang tak pernah percayakan sayang pun, abang salah sayang.."

"Abang janji, abang akan buat apa saja yang sayang nak untuk abang tebus semua dosa abang ni pada sayang..Abang janji sayang, maafkan abang sayang..!"

Rayu Ziyad yang sudah menangis memeluk belakang gadis itu. Pelukan erat itu turut membuatkan Zara yang mengalirkan air matanya dan dengan cepat dia melepaskan pelukan lelaki itu.

"Baik..! Kau tolong ceraikan aku Ahmad Ziyad, tolonglah lepaskan aku. Dan kau anggaplah ini jalan yang betul untuk kau tebus balik semua dosa kau pada aku..!"

Setelah perkataan itu diucapkan dari mulutnya, Zara terus pergi meninggalkan Ziyad yang terduduk di lantai. Beberapa kali Ziyad meraup mukanya sambil menahan tangisan dengan permintaan isterinya itu.

Air mata lelakinya yang kesekian kali tumpah jua apabila mendengar perkataan cerai yang keluar dari mulut gadis itu.

Dia bangun dalam kesedihan dan duduk di birai katil memikirkan apa yang berlaku dalam hidupnya kini. Kalau inilah jalan yang terbaik untuk dirinya menebus dosa-dosa itu, dia akan cuba untuk tunaikan permintaan itu.

••••

Di ZNE Holding sekarang ini sudah kecoh dengan keberadaan Zahir di penjara. Semua ahli lembaga pengarah sudah bersepakat di meja menunggu kata sepakat dan penjelasan mengenai semua yang berlaku.

Dato Zakri yang sudah berada di sana pusing memikirkan perkara ini. Satu persatu masalah timbul dalam hidupnya, dengan perangai anak-anaknya yang begitu.

Kini kepercayaan dari ahli-ahli lembaga lain yang turut mempertikaikan kredibiliti dan kemampuan anaknya. Perkara ini telah merisaukan dirinya yang sudah tua itu.

"Siti. Yad tak masuk lagi.!"

Tanya dato Zakri seraya datang ke department Ziyad mencari-cari gerangan anaknya itu.

"Belum dato.. Saya dah cuba hubungi tetapi tiada jawapan pun dato."

Beritahu Siti yang sudah ketakutan di situ. Perangai garang dato Zakri juga sama sahaja dengan perangai anaknya itu.

"Awak tahu alamat rumah dia?"

Siti yang terdiam cepat-cepat mengangguk tanda dia mengetahui di mana tempat tinggal bossnya itu. Dia yang menulis di satu kertas segera menyerahkan alamat rumah Ziyad itu pada dato Zakri.

Dato Zakri berlalu pergi meninggalkan ZNE Holding untuk pulang ke rumahnya dahulu. Dia masih memikirkan cara bagaimana untuk meminta pertolongan Ziyad bagi menggantikan jawatan CEO di syarikatnya itu.

"Abang..Macam mana lah keadaan Zahir kat dalam lokap tu bang. Macam mana dia nak hidup dalam tu, sedih hati saya memikirkan semua ini bang."

Beritahu datin Noni yang menangis mengenangkan anaknya itu.

"Awak nak saya buat apa Noni, dia yang cari pasal buat benda bodoh tu. Eh, Zara tu kakak ipar dia tahu tak.!"

"Dia dah gila ke.!"

Marah dato Zakri bila nama Zahir disebut-sebut. Sudahlah dirinya serabut memikirkan ZNE Holding yang sudah mendapat malu atas perbuatan terkutuk budak itu.

Terkadang dia terfikir apa lah dosa yang dia perbuat sampai semua dah jadi huru hara seperti ini.

"Tolonglah abang, keluarkan Hir bang dari situ Noni merayu pada abang.!"

Menangis-nangis datin Noni meminta belas kasihan suaminya itu, tapi dato Zakri sendiri tidak boleh menjadi penjamin bagi mengeluarkan anaknya dari tahanan. Jika Ziyad atau Zara yang menggugurkan dakwaan itu pasti Zahir sudah terlepas dari situ.

"Tak boleh Noni, abang tak boleh nak keluarkan dia. Biarlah dia duduk kat dalam tu daripada asyik menyusahkan kita saja. Kalau awak nak sangat dia keluar, awak pergi merayu dengan mereka. Abang malas nak fikir dah benda macam ni, serabut tahu tak."

Marah dato Zakri memegang sofa menahan kemarahannya itu. Dia bangun dari duduknya dan naik ke bilik bacaan, dia mahu bersendirian sahaja ketika ini.

Gambar Ziyad dan datin Suraya ditatap lama di atas meja.

"Maafkan papa Yad, papa tak pernah nak faham Yad. Papa terlalu ego memikirkan diri papa sehinggakan papa tak pernah ambil tahu tentang Yad. Papa tahu Yad dah bencikan papa, maafkan papa..!"

"Su..Maafkan abang Su..Abang tak jaga anak kita baik-baik, abang tak beri perhatian pun pada dia."

"Abang salah Su, maafkan abang.! Abang janji, abang akan baiki keluarga kita.."

Dato Zakri menangis sendiri memandang dua wajah dalam gambar itu. Penyesalannya itu tidak mungkin akan mengembalikan senyuman pada wajah anaknya itu, hati Ziyad sudah keras dan susah untuk dilembutkan seperti biasa.

Jika dari dahulu dia memahami anaknya sudah pasti semua ini tidak berlaku.

Kali ini dia bertekad mahu menemui anaknya itu. Ucapan maaf yang terbuku di hati masih lagi disimpan kemas untuk anaknya itu.

Walau apa pun badai yang melanda, dia akan mengakui semua kesalahanya pada Ziyad dan akan membina semula keluarganya yang hampir musnah.

Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience