LSH BAB 21

Romance Completed 14934

Pukul 12.30 tengahari, Ziyad sudah bergegas keluar dari ZNE Holding untuk bertemu dengan Aireen yang mana gadis itu menelefonnya dalam keadaan menangis.

Ziyad yang risau dengan keadaan gadis yang dianggap seperti adiknya sendiri itu mengambil keputusan untuk untuk bertemu di sebuah restoran sambil menikmati makan tengahari.

"Reen tak suka tau bang Yad, diorang kat office sana selalu buli Reen. Mentang-mentang lah Reen ni intern baru, semua yang Reen buat semua tak kena."

"Ingat Reen ni budak bodoh ke tak tahu apa-apa. Bila Reen jumpa ketua bahagian kat sana, semua kerja Reen okay je. Geram betul lah Reen tahu tak..!"

Marah Aireen yang sudah tidak tahan dilayan begitu oleh pekerja di tempatnya internnya kini.

"Habis tu?, Reen nak tukar tempat intern ke?. Abang Yad boleh tolong settlekan."

Beritahu Ziyad sambil menikmati makanan yang dipesannya.

"Tak perlu lah bang Yad, Reen dah okay dah. Tadi tu Reen call bang Yad sebab nak luahkan pada abang, Reen kan tak ada sesiapa kat sini. Abang Yad lah tempat Reen nak luah apa-apa."

Beritahu Aireen yang tersenyum sambil mencubit pipi sepupunya itu.

"Biasalah tu Reen, terkadang kita hidup ni tak semua orang sukakan kita. Jadi, kita pandai-pandailah cari cara kita sendiri untuk terus survive tanpa berharap apa-apa pada orang."

"Tu je nasihat abang pada Reen, Abang tahu Reen kuat dan abang akan selalu ada dengan Reen."

Nasihat Ziyad sambil membalas balik cubitan di pipi gadis itu.

"Terima kasih Abang Yad..! Oh ya, mana isteri abang. Kenapa tak bawa sekali, dah lama Aireen tunggu tau bang.?"

Tanya Aireen pelik dengan lelaki itu yang selalu lupa untuk perkenalkan padanya.

"Lain kali la Reen, abang lupa tadi. Dah tu tergesa-gesa abang bila Reen call nangis-nangis."

"Dah..makan-makan, nanti abang tunjuk lah isteri abang tu."

Beritahu Ziyad lagi. Hubungan mereka di situ sangat akrab sekali sehingga tidak perasan pun sepasang mata dari tadi melihat kemesraan itu.

"Mila, sorry aku lambat sikit tadi. Tengah uruskan kerja sikit, tengok jam baru ingat kan kau. Sorry tau..!"

Beritahu Zara seraya duduk di kerusi mengadap Mila yang asyik fokus memandang tempat lain.

"Mila..! uii, kau pandang apa Mil?, Serious nya muka kau."

"Macam nampak hantu."

Tanya Zara yang pelik dengan sikap gadis itu sampai tak perasan pun kehadiran dirinya. Mila yang nampak sugul tidak seperti selalu merisaukan Zara kala ini.

"Zara, banyak betul kan dugaan kau. Tapi, aku tengok kau sentiasa senyum, gelak macam tak ada apa yang berlaku pada kau kan Zara?."

Beritahu Mila lagi sambil melihat wajah gadis di depannya itu. Tangan Zara digenggam erat tanda dia dapat rasakan kesedihan yang selalu dirasai gadis itu.

"Kau dah kenapa ni Mila, kita kan nak makan. Yang kau buat drama air mata ni kenapa pula?. Kau okay tak ni Mil?."

Tanya Zara lagi minta kepastian pada sahabatnya itu.

"Aku bercakap pasal kau ni Zara, sampai hati si Ziyad tu kan. Dah la paksa kau kahwin dengan dia sebab nak tutup malu, sekarang menduakan kau pula. Lelaki jenis apa macam tu Zara."

Beritahu Mila dengan wajahnya yang agak serious di situ.

"Maksud kau?, menduakan?."

Zara yang pelik meminta kepastian lagi pada Mila itu.

"Tu kat ujung tu, bukan laki kau ke Zara. Dengan siapa pula kali ni, siap pegang-pegang, cubit-cubit pipi."

"Eh, Kalau tu laki aku dah lama aku terajang dia kat situ tahu tak..!"

Marah Mila yang sudah tak tahan bila sahabatnya diperlakukan seperti itu.

Zara yang berpaling melihat sendiri kemesraan yang ditunjukkan suaminya itu pada gadis muda di depannya. Namun, dia berbalik kembali menikmati makanannya tanpa berkata apa-apa.

"Eh, kau macam tak ada reaksi pun dia buat kau macam tu Zara. Kau tak cemburu ke?"

"Eh, tu laki kau tahu tak. Kau sanggup ke nak bermadu dengan budak muda skandal dia tu.?"

"Cubalah jangan macam ni Zara, itu hak kau dan jangan lah jadi macam patung je tengok perangai laki kau tu."

"Korang dah kahwin lebih dari setahun dah Zara, takkan sikit pun tak terwujud kasih antara korang."

Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Mila kala ini. Namun, satu pun jawapan tidak keluar dari mulutnya itu.

Bukan tiada perasaan cemburu yang hadir dalam dirinya kala ini, tetapi layakkah dia merasai itu semua sedangkan perasaan Ziyad terhadap dirinya adalah sebaliknya.

Dia tahu lelaki itu tak mungkin menyukai dirinya apatah lagi menganggap yang dia isteri, buat apa dia masih mahu menuntut semua itu.

"Dah la Mil, makanlah nanti sejuk pula makanan tu tak sedap."

"Tak apa, biarlah dia nak keluar dengan sesiapa pun aku tak kisah."

"Yang penting aku dah nak move on dari masalah yang dah jadi antara aku dan dia. Aku tak nak gaduh-gaduh dengan dia dah, biarlah macam tu je."

Kata Zara sambil menyuapkan makanan ke mulutnya. Biarlah dia menyimpan beribu luka di hati itu, baginya bukan semua masalah boleh diselesaikan begitu sahaja.

"Kau cintakan dia?"

Pertanyaan yang tiba-tiba keluar dari mulut Mila menyentak Zara di situ. Dia terdiam seketika memikirkan soalan itu.

Layakkah dia menaruh perasaan cinta pada lelaki itu. Dia sendiri pun masih buntu dengan perasaannya.

Jawapan dari pertanyaan Mila itu masih belum muncul di mulut gadis itu.
Zara membiarkan sahaja soalan itu berlegar di mindanya. Biarlah ia kekal seperti itu tanpa muncul dari mulutnya.

••••

"Zahir..! Sini sekejap, papa nak bincang."

Beritahu Dato Zakri yang melihat Zahir keluar dari biliknya itu tidak ke pejabat hari ini.

"Ada apa lagi pa.? Hir lapar la pa, bagi Hir makan dulu boleh tak?."

Beritahu Zahir yang bermalasan keluar dari bilik untuk makan disebabkan semalam dia tidak menyentuh apa-apa makanan pun.

Disebabkan Tania yang asyik mengganggu hidupnya itu, kini dia menjadi tidak tenteram pula.

"Sinilah dulu, bukan lama pun papa nak bincang."

Beritahu Dato Zakri lagi seraya duduk di sofa ruang tamu.

"Uncle Man kamu call papa semalam, kamu ada tahu sesuatu pasal Tania?"

Tanya dato Zakri berteka-teki di situ.

"Tahu apa pa?, Hir tak tahu. Kenapa papa tanya Hir."

Jawab Zahir yang sudah tidak selesa di situ dan jantungnya sudah berdebar-debar.

"Yang kamu gelabah ni dah kenapa?. Tak payah risau, uncle Man kamu dah setuju nak jadikan kamu menantu dia."

"Dia cakap Tania beritahu yang kamu takut nak beritahu dia, tu yang dia call papa."

Beritahu dato Zakri lagi menerangkan perkara yang sebenar. Namun, Zahir ingatkan Tania ada mengadu mengenai dirinya yang mengandung. Sekarang, barulah dia boleh bertenang.

Dia melepaskan nafas yang hampir tersesak di dada buat seketika.

"Dia beritahu papa dia?, aduhh..! Tania ni memang tak boleh bersabar lah pa. Hir dah cakap dah dengan dia sabar dulu."

"Serabut la Hir macam ni, Hir tak sedia lagi pa. Hir nak enjoy dulu zaman muda Hir ni."

Beritahu Zahir yang bersandar serabut di sofa itu.

"Nak enjoy apa lagi kamu ni?, dah kamu bercinta dengan dia. Kamu nak kena tangkap khalwat juga macam abang kamu tu."

"Sudahlah nak sakitkan hati papa ni, kalau kamu masih hormatkan papa dan jaga maruah keluarga ni. Kamu setuju saja lah, nanti papa bincang balik dengan uncle Man kamu tu."

Beritahu dato Zakri panjang dan terus berlalu pergi dari situ. Lebih banyak dia memberi nasihat kepada anaknya itu, lagi banyak lah dia akan memprotes nanti.

"Pa..Cubalah faham Hir pa..Pa..Papa..!"

Laung Zahir lagi tidak mahu memikirkan soal perkahwinan dengan gadis itu.

Dato Zakri memekakkan saja telinga tidak mahu kejadian dulu berulang kembali, yang penting hubungan baik antara dirinya dan sahabatnya itu kembali membaik seperti dulu.

Kalau bukan disebabkan ulah Ziyad yang merosakkan segalanya, dia mungkin sudah berbesan dengan sahabat baiknya itu. Baguslah keputusan Zahir memilih Tania sebagai pasangannya, makin rapat balik lah hubungan mereka yang seakan retak dulu.

••••

"Reen dah nak balik ke?. Dah lewat sangat ni Reen, sempat ke nak sampai office Reen ni?"

Tanya Ziyad yang memimpin tangan gadis itu berjalan keluar dari restoran tadi.

"Sempatlah abang Yad, lagi pun tak adalah jauh sangat ofis Reen tu. Abang Yad ni risau macam Reen ni budak-budak pula kan."

Beritahu Aireen yang mencubit pinggang lelaki itu yang sudah tergelak besar dengan kata-katanya.

Sedang asyik dia berbual dengan gadis itu, mata Ziyad tertumpu pula pada seorang gadis yang juga baru keluar dari restoran itu bersama rakannya.

Tatapan mata Zara masih tertumpu pada pegangan erat tangan Ziyad pada gadis muda di depannya itu.

Setelah itu, dia segera menarik tangan Mila yang sudah tidak keruan menahan marah dengan perlakuan suami gadis itu untuk pergi saja dari situ.

"Aii bang Yad, berani eh pandang perempuan lain sekarang."

"Ingat sikit, abang kan dah kahwin."

"Eii, gatal lah abang Yad ni. Kalau Reen kenal dengan isteri bang Yad dah lama Reen mengadu kat dia tau."

Bebel Reen yang melihat mata Ziyad tidak lepas memandang gadis cantik yang lalu di depannya tadi. Terpancar kecemburuan di wajah gadis itu melihatnya bersama gadis lain.

Aireen yang sudah geram dengan sepupunya itu mencubit Ziyad di perut membuatkan Ziyad tergelak sendiri dan kembali dari lamunannya.

"Bagi Reen cantik ke perempuan tadi tu Reen?."

Tanya Ziyad meminta kepastian gadis comel itu.

"Kalau abang tanya Reen la kan, cantik juga  tau bang Yad. Tak adalah bergaya sangat, tapi nampak macam ayu je dia tu."

"Bagi Reen lah kan kalau kat tempat kampung-kampung, mesti ramai yang dah tackle dia kan abang Yad."

"Kat bandar macam ni jarang tau nak tengok gadis yang sopan macam ni. Kenapa abang tanya Reen?"

"Ehh..Kejap..!"

" Yang abang Yad tanya pendapat Reen ni dah kenapa?, abang Yad jangan eh."

"Jangan nak pasang isteri banyak-banyak tau. Nanti pening pula mana satu nak jaga. Ingat senang ke kalau dah ada dua isteri, eii tak sanggup lah Reen."

Beritahu Aireen lagi yang memandang geram sepupunya itu yang berbicara tentang gadis tadi.

Ziyad yang masih tersenyum dengan perubahan mood Aireen itu segera menghampiri dan memeluk gadis itu.

"Dah..Tak payah nak marah-marah la adik manis, Aireen tak tahu ke yang abang ni jenis setia?."

"Abang bukan macam lelaki-lelaki kat luar tu, kalau abang dah sayang abang takkan hampakan dia."

Pujuk Ziyad lagi sambil membuka pintu kereta pada gadis itu.

"Baguslah kalau macam tu. Abang Yad janji eh, jangan nak curang-curang."

"Kalau Aireen tahu, Aireen tak nak dah jumpa abang. Sampai bila-bila."

Aireen terus masuk ke dalam kereta untuk pergi dari situ. Kata-kata gadis itu membuatkan Ziyad tersenyum sahaja, apa yang diperkatakan gadis itu tadi ada betulnya.

Zara memang seorang gadis yang cantik, tatapan matanya tadi terus berubah ke arah lain bila Ziyad memandangnya.

Adakah betul sangkaannya yang Zara sudah cemburu?, atau adakah Zara tidak peduli pun dengan dirinya. Ziyad tersenyum sendiri dengan gadis itu tadi yang hanya berlalu pergi.

•••

"Ihhhh, kau ni Zara! Geram aku tahu tak, kalau aku tadi dah lama aku ganyang perempuan tu."

"Kau tengok kan tadi siap berpimpin lagi keluar dari situ. Eee...Geramnyaa aku..!"

Bebel Mila lagi yang mulutnya dari tadi berbunyi seperti murai.

Zara yang memandu di sebelah hanya mendiamkan diri sahaja. Dia malas memikirkan masalah itu, mungkin dia tidak pernah wujud pun dalam hidup lelaki itu.

Perbuatan baik lelaki itu padanya sebelum ini mungkin hanya ehsannya sahaja disebabkan rasa kesian.

"Kau dengar tak ni Zara, diam je dari tadi. Pelik aku tahu tak, kau memang dah tak ada perasaan eh."

"Sampai laki kau keluar dengan orang lain pun kau buat bodoh je."

Mila menyambung lagi marahnya itu pada Zara disebelahnya.

"Aku tahu Mila, aku nampak semua tu Mil. Tapi, aku sendiri tak tahu aku ni siapa pada dia."

"Selama ni dia tak pernah pun anggap aku macam isteri dia Mila. Aku tak ada hak pun nak cemburu, aku ni macam tak wujud pun dalam hati dia Mila."

Zara yang sudah tidak tahan lagi berhenti di tepi jalan dan tunduk menangis di situ.

"Kalau aku ada perasaaan pun pada dia kau ingat dia nak terima ke aku ni?"

"Dah setahun lebih dah Mil, tipulah kalau aku cakap yang aku tak ada sedikit pun perasaan pada suami aku tu."

Dia sendiri tidak tahu apa yang dirasakannya bila meluahkan semua itu. Memang wujud kecemburuan itu saat ini tapi dia tak boleh buat apa-apa pun.

"Aku minta maaf Zara, aku teremosi pula tadi. Aku faham kau Zara, janganlah menangis macam ni."

"Okay..! Lepas ni aku tak cakap apa-apa dah pasal lelaki tu, suka hati dia lah dia nak buat apa pun."

"Yang penting, kau perlu teruskan hidup, kau bangkit je Zara. Kalau dia tak nak kau pun nanti, kau carilah lelaki yang boleh bahagiakan kau."

Pujuk Mila lagi yang terkejut dengan reaksi Zara yang tiba-tiba saja menangis di situ. Mungkin gadis itu sudah mencintai suaminya itu. Mungkinkah?.

Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience