Mila yang tidak sanggup lagi melihat Zara yang diperlakukan kasar oleh encik Halim sebegitu terpaksa menangguhkan kerjanya sekali lagi.
Dia rela menelefon bosnya untuk mengambil sehari lagi cuti untuk sentiasa ada bersama Zara dalam keadaan tegang begini.
"Pak cik, Zara tak tahu pun mana rumah lelaki itu. Macam mana dia nak bawa pakcik ke sana?"
"Tolonglah jangan tuduh dia sampai macam tu, pak cik sendiri kenal anak pak cik macam mana kan. Dia takkan buat macam tu lah pak cik."
"Cubalah pak cik fikir, mungkin ada yang mahu berbuat tak baik pada Zara."
Mila yang sedikit berani itu maju dan berdepan dengan encik Halim yang sedang berang itu.
"Tak tahu.? Kau jangan nak tipu aku boleh tak. Walaupun aku ni bodoh, tak ada pendidikan macam kau semua ni."
"Tapi aku boleh fikir tahu tak, hari tu dia ikut jantan tu dan kena tangkap kat mana?. Bukan rumah jantan tu ke?. Nak tipu aku lagi, ke hah..!"
"Lagi pun aku takkan tuduh kalau benda ni tak ada bukti, aku tengok sendiri anak aku keluar dari rumah jantan tu bila dia kena tangkap."
"Dan aku rasa bukti tu dah betul-betul cukup untuk percaya semua ni."
Tengking encik Halim yang sudah tidak boleh bersabar lagi kali ini.
"Betul Ayah, Zara tak tahu. Zara kena perangkap ayah, bukan salah Zara yah."
Zara meraung lagi di kaki ayahnya itu minta simpati. Encik Halim terus melepaskan kakinya dari pelukan Zara dan segera menjauh, hatinya begitu panas saat ini.
"Kau jangan nak berdalih lagi lah Zara, sebelum aku heret kau ni. Baik kau bawa aku sekarang.!"
"Bangun..Bangun.! Tak payah lah nak tunjuk air mata bodoh ni, dah tak berguna lagi dah.!"
Encik Halim yang mengamuk terus menarik tangan Zara keluar dari pintu pagar rumah. Tiada sedikitpun kepercayaan yang timbul dalam hatinya untuk anak kesayangannya itu.
"Tolong lah ayah, jangan buat Zara macam ni. Semua orang dah tak percayakan Zara ayah, takkan ayah sendiri pun sama macam tu."
"Zara berani bersumpah ayah atas nama ibu dan ayah, Zara tak pernah pun buat perkara terkutuk tu dalam hidup Zara."
Zara menangis lagi sambil duduk memohon simpati ayahnya kini, pelukan erat di kaki ayahnya itu membuatkan dirinya risau kehilangan orang yang dicintainya itu.
"Sudahlah Zara, kau tahu tak dah banyak mana malu yang kami ni dah tanggung. Pada keluarga Zam, pada orang kampung yang semua dah bercerita buruk pasal kau."
"Mencerca kami ni macam-macam, dengan video yang entah apa yang Zam tunjuk tu. Kau nak dalih apalagi Zara."
"Dan Video tu dah jadi bukti perbuatan terkutuk kau tu Zara. Aku malu kau tahu tak, ada anak macam kau ni."
"Sia-sia lah aku hantar kau belajar tinggi-tinggi tapi kau malukan aku macam ni. Mana harga diri kau Zara."
Beritahu encik Halim yang menitiskan air mata, sebenarnya dia sendiri tidak sanggup berbuat begitu pada anak gadisnya itu.
Tapi, disebabkan sakit hatinya dengan tersebarnya video itu, semua orang memandang rendah pada keluarganya. Video yang mana waktu kejadian Zara dan Ziyad ditangkap bersama telah diberikan padanya dan tersebar di kampung.
"Video?. Zam tunjuk video apa yah, Zara tak tahu pun semua ni ayah."
"Kenapa semua orang nak aniaya Zara macam ni. Zara tak tahu ayah macam mana Zara boleh ada kat rumah dia malam tu, Zara tak ingat ayah."
"Tolonglah percaya Zara ni ayah. Tolonglh ayah."
Zara yang agak kesal dengan sikap tuduhan melulu Zamri itu telah membuatnya betul-betul membenci lelaki itu. Disebabkan perbuatan dan tuduhan tidak berasas itulah keluarganya sendiri pun tidak percayakan dirinya.
"Aku cakap sudah..Sudahlah.!."
"Sekarang ni aku nak kau bawa aku, carilah teksi ke apa. Kau bawa aku sekarang rumah jantan tu. Cepat.!"
Tengkingnya lagi kepada Zara.
"Pakcik..Tak boleh ke kita selesaikan elok-elok, semua kata-kata Zam tu tipulah pakcik. Sanggup pakcik lebih percayakan dia dari anak pakcik sendiri?."
"Mana pendirian pakcik sebagai seorang ayah?, Mana pakcik?."
"Si Zam tu bukan boleh percayalah pakcik, dia tu lagi teruk. Sanggup dia.."
Mila yang mendengar nama Zamri yang membuat tuduhan melulu itu langsung bersuara menentang kata-kata itu. Tapi belum sempat pun dia mengatakan apa-apa, Zara sudah menggelengkan kepalanya tanda tidak perlu.
"Pendirian aku sebagai ayah dah terkubur bila anak aku sendiri yang lukakan hati aku ni, sikit pun dia tak jaga air muka aku ni."
"Video tu pun bukan palsu lah dan aku tak buta nak mengenal anak aku sendiri."
Balas encik Halim lagi. Mila hanya menggeleng tidak setuju dengan kata-kata sebegitu yang boleh keluar dari mulut ayah Zara.
"Sampai aku mati pun, kau betul-betul dah malukan aku Zara. Anak yang aku sanjung selama ini dah lukakan hati aku ni. Sakit Zara.! Lebih baik kau bunuh je lah aku ni."
"Aku dah tak boleh nak kata apa-apa, kau dah besar panjang. Aku sendiri yang akan lepaskan tanggungjawab aku sebagai penjaga kau."
"Lepas ni kau carilah bahagia kau sendiri, aku dah tak boleh nak halang."
"Cepat..Kau tunggu apa lagi, bawa aku ke sana lah.!"
Rambut Zara ditarik ke belakang dengan semburan kata-kata kasar ayahnya itu, rasa sakit itu tak sama dengan rasa hancurnya perasaanya kini. Baru kali ini Zara melihat begitu terlukanya hati seorang ayah.
Kini, dia telah menjadi seorang anak yang tidak pernah menghargai ibu dan ayahnya. Dia kesal dengan apa yang berlaku dalam hidupnya kini, kenapa perlu terjadinya perkara sebegini dalam hidupnya.
Perasaannya kini juga terluka bagaikan mahu sahaja dia membunuh diri. Tekanan demi tekanan telah membuat dirinya hancur tiada daya.
Tiba-tiba satu kereta berhenti tepat di hadapan mereka yang bergaduh di luar rumah itu.
Ziyad yang terus keluar dari kereta membawa satu paper bag di tangannya. Dengan cepat dia menghampiri mereka semua dan tanpa berfikir apa-apa dia melemparkan saja paper bag itu tepat di depan Zara.
Sebenarnya dia sudah melihat kejadian yang berlaku antara lelaki tua itu dan Zara. Semasa dia mencari-cari rumah gadis itu tadi dengan terkejut dia melihat Zara diperlakukan kasar sekali di situ.
Setelah dia menarik nafasnya, akhirnya dia memberanikan diri juga untuk mendekati.
"Baju kau.! Kenapa?.
"Masih tak ingat lagi ke cik Izara. Nak aku tunjuk bukti apa lagi."
Dengan sengaja dia mengambil beg itu lalu membuka baju itu dan dilemparkan pada Zara. Semua yang melihat termasuk ayah Zara terkejut dengan perbuatan berani lelaki itu.
Encik Halim sudah pun menggenggam erat jari jemarinya yang sudah lama terpendam itu. Setelah itu satu tumbukan padu singgah di muka lelaki itu. Encik Halim yang sudah berang dari tadi menarik kolar baju Ziyad dan ditumbuk-tumbuk lagi lelaki itu sampai hatinya puas.
Zara yang melihat perlakuan gila ayahnya yang diluar kawalan itu terus menghalang tindakan kasar ayahnya itu.
"Tepi..Kau tepi biar aku tumbuk lumat budak tak guna ni. Oh, kau lah punca semua ni.!"
"Berani kau hancurkan hidup anak aku, kalau kau dah suka sangat dengan dia kenapa kau tak guna cara yang betul hah?. Hebat sangat ke perangai kau ni jantan.!"
Amuk encik Halim lagi dengan mata yang merah menahan tangis.
"Sudah ayah.! Tolonglah jangan macam ni ayah."
Jerit Zara lagi dan encik Halim segera melepaskan cengkaman itu. Ziyad yang mendengar kata-kata lelaki yang berumur itu tersenyum sahaja, walaupun hatinya perit melihat keluarga gadis itu hancur disebabkan dirinya.
Dia bangun dari terbaring di jalan dengan membetulkan pakaiannya itu. Mukanya sudah pun sedikit lebam dengan tumbukan itu namun, dia membiarkan sahaja.
"Kenapa pak cik, kenapa pak cik berhenti?. Tumbuklah lagi."
"Ya betul lah tu apa yang pak cik cakap tu, saya lah orang tu. Yang dah bersama dengan anak pak cik malam tu."
Ziyad yang agak berani terus bangun untuk berhadapan dengan lelaki separuh baya itu.
"Eh, kau ingat kau boleh lepaskan diri macam tu je ke.!"
"Aku nak kau bertanggung jawab dengan apa yang kau buat pada anak aku. Aku tak kira lah macam mana pun, kalau kau betul-betul jantan. Kau kahwin dengan dia."
Encik Halim mendekati dan mencengkam kuat baju Ziyad, tubuh tua itu betul-betul sudah menangis sambil menatap lelaki itu dengan kecewa.
"Tanggungjawab.! Betul ke apa yang saya dengar ni dan kenapa pula saya nak buat macam tu."
"Lagipun dia dah pun bertunang."
"Kenapa?Tunang dia dah buang dia ke pak cik.?"
Beritahu Ziyad dengan senyuman selamba memandang ke arah Zara itu. Kali ini mudahlah untuk dia mendapatkan gadis itu bagi memenuhi segala rancangannya.
"Kau jangan nak cakap banyaklah, kalau bukan disebabkan kau tunang dia takkan tinggalkan anak aku."
"Kalau bukan disebabkan kau lah, maruah anak aku masih terjaga. Kau jangan fikir seronok saja bila kau dah rosakkan anak dara orang, Aku sendiri akan tuntut kau nanti. Baik kau bertanggungjawab lah."
Tengking encik Halim lagi.
"Pak cik nak salahkan saya pula. Bukan anak pakcik ke yang rela ikut saya malam tu. Pakcik tak tahu ke?.
"Eh Zara, takkan lah kau tak cerita lagi benda ni, kesian ayah kau Zara."
Beritahu Ziyad mereka cerita dengan nada sombongnya itu. Setelah itu Zara terus bangun untuk pertahankan dirinya.
"Kau jangan nak tipu aku boleh tak, bila masa yang aku ikut kau. Aku tak pernah ikut kau apatah lagi nak buat macam tu!"
"Aku masih waraslah dan aku takkan serahkan diri aku macam tu je lah pada kau."
Marah Zara sambil cuba mengingati kejadian itu namun, tidak ada satu pun yang dia ingat. Tapi, encik Halim sudah menggila di situ.
"Kau jangan nak berdalih, kenapa dia ikut kau hah.! Beritahu aku, Kenapa..!"
Sambung encik Halim lagi menanti kata-kata dari lelaki itu. Semua di situ sudah menanti jawapan oleh lelaki itu, sementata Zara sudah menggelengkan kepalanya menidakkan semua itu.
"Pak cik tak ingat ke dia berhutang dengan saya dulu. Betul tak Zara, bukan malam tu kau rela ikut aku untuk lunaskan hutang kau tu?"
"Beritahulah Zara, kenapa kau nak berdalih lagi ni."
Beritahu Ziyad meneruskan dengan kata-kata dusta itu lagi. Yang penting rancangannya berjaya untuk berkahwin dengan gadis itu untuk menutup malu dan mengelak dari perkahwinan paksa papanya itu.
Ziyad yang tersenyum itu terus memandang muka Zara yang
sudah terduduk, bila lelaki itu menceritakan kebohongan pada ayahnya.
"Hutang.! Hutang apa hah?."
Laung encik Halim seraya mendekati Zara dengan ketidakpuasan hatinya itu.
"Kau hutang apa Zara dengan dia ni. Kau jawab sekarang aku tanya."
Setelah itu tangan Zara ditarik menghadap Ziyad. Zara yang masih terkejut hanya menggelengkan kepalanya tanda menidakkan semua itu sekali lagi.
"Pak cik tak ingat kejadian di airport dulu? Dia yang hutang saya 5000 ringgit, dan saya rasa berbaloi juga kalau dia sendiri yang nak tebus dengan badan dia tu."
"Lagi pun sampai bila dia nak berhutang lama dengan saya?."
Balas Ziyad dengan kata dusta itu di depan encik Halim.
Walaupun dia tidak pernah menyentuh Zara waktu itu, dia tidak mahu dirinya sahaja yang dipersalahkan dengan kejadian yang berlaku.
Lagi pun kalau diceritakan perkara sebenar juga tidak akan ada yang percaya. Jadi, jalan yang mudah untuknya adalah begitu.
"Apa.! Jadi lelaki itu kau.?"
Dengan terkejut encik Halim memandang lelaki itu untuk mengingat kembali kejadian di Airport dulu.
Zara yang terkejut itu memandang serius wajah lelaki pendusta itu. Entah bila yang dia setuju untuk memberikan badannya kepada lelaki itu?.
Ziyad memang lelaki tak guna. Sanggup dia mereka cerita sampai macam tu sekali."
Marah Zara di dalam hati sambil menggenggam erat tangannya menahan marah.
"Ppap"
Tamparan kuat itu singgah pula di pipi Ziyad dan Ziyad hanya memandang sinis gadis yang sudah betul-betul terluka itu.
"Lelaki tak guna.! Sanggup kau tipu sampai macam tu sekali, apa dosa aku pada kau?."
"Ayah..Itu tak betul ayah, Zara tak buat macam tu pun Ayah."
"Demi Allah ayah. Percaya lah kata-kata Zara ni ayah, lelaki ni penipu."
Kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan encik Halim menggeleng tidak percaya dengan Zara sambil turut menangis. Dia sendiri sudah lupa dengan hutang yang terjadi dulu antara mereka, kalau tak mungkin semua ini takkan terjadi.
Tetapi cara Zara membuat keputusan begitu betul-betul telah menghancurkan hatinya.
"Kenapa kau sanggup buat sampai macam tu sekali Zara.?"
"Kalau aku tahu kau sanggup gadaikan maruah sampai macam tu sekali untuk hutang tu. Aku sanggup gadaikan tanah kebun aku tu Zara untuk bayar jantan ni."
"Perempuan jenis apa kau ni hah, kenapa kau tak fikir dulu Zara. Mana otak kau ni hah.!"
"Aku kecewa dengan keputusan kau, aku kecewa Zara. Walaupun kita ni tak berharta, janganlah sampai maruah pun mudah tergadai begini."
Tangisan sendu yang keluar dari encik Halim mendiamkan semua di situ. Puan Aini yang tidak mengetahui perkara itu terduduk sendiri menangis dan ditenangkan Mila.
"Ayah..Tolonglah percayakan Zara ni, Zara tak buat ayah."
"Ibu..Percayalah Zara bu, Zara tak sanggup buat macam tu. Zara tahu nak jaga maruah Zara."
Tangisan meraung Zara di kaki ayahnya ditepis kasar oleh encik Halim yang sudah berang. Zara menangis lagi mengenangkan nasibnya kala ini, dia terduduk sahaja di atas jalan luar rumah itu.
"Aku nak kau bertanggung jawab dengan apa yang kau dah buat. Kau bawa aku pergi rumah orang tua kau dan kita selesaikan saja masalah ni. Lepas ni tanggung jawab aku pada Zara dah tak ada, aku lepas kan saja pada kau."
"Kau nak buat apa pada dia pun kau buatlah, aku dah tak kisah. Dia dah jadi hak kau "
Beritahu encik Halim mengesat air mata tuanya di lengan baju itu. Zara yang dilepaskan dari kakinya itu terus dibiarkan dan dia mendekati isterinya yang menangis hiba.
"Kita selesaikan semua ni Aini, abang dah tak sanggup nak hadap semua ni lagi."
Ziyad yang memandang tubuh tua itu agak kesian tetapi hati batunya tidak mahu berbuat apa-apa. Yang penting rancangannya itu berjaya.
"Baik.! Saya akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Saya akan kahwin dengan anak pakcik, tapi dengan satu syarat."
Zara yang menggeleng tidak mahu berkahwin dengan lelaki itu mendekat pada ayahnya. Dia tidak mahu lelaki itu menjadi suaminya. Lelaki pendusta itulah yang telah menghancurkan segalanya.
"Syarat?. Syarat apa lagi.?" Encik Halim mendekati Ziyad seraya bertanya tetapi dipegang oleh Zara.
"Kau jangan nak malukan aku lagi lah Zara. Kau pergilah dengan dia, kau binalah hidup kau sendiri."
"Aku dah tak mahu tahu lagi pasal hidup kau. Lepas akad nikah nanti kita buat haluan masing-masing."
Beritahu encik Halim seraya menjauhkan diri dari anaknya itu.
"Syaratnya perkahwinan ini hanya sekadar akad nikah dan tertutup."
Beritahu Ziyad lagi memandang wajah lelaki tua itu.
"Baik, aku setuju. Kau buatlah apa yang patut, aku hanya akan menjadi walinya saja. Setelah itu, kau buat lah apa yang kau suka. Dah Aini jom kita pergi."
Beritahu encik Halim lagi dan mahu pergi mengikut Ziyad untuk bertemu muka dengan keluarga Ziyad bagi menyelesaikan masalah itu.
"Ayah..Ibu.."
Teriakan Zara hanya dibiarkan sahaja, kereta Honda milik Ziyad berlalu pergi bersama ibu bapa Zara meninggalkan kawasan perumahan itu.
Mila yang tidak menyangka perkara sebegini boleh terjadi pada hidup Zara hanya mendekati gadis itu.
"Zara, aku minta maaf Zara. Aku tak boleh nak buat apa-apa lagi tadi. Ayah kau sudah hilang pertimbagannya, aku kecewa dengan sikap ayah kau Zara."
"Sanggup dia mempercayai orang luar lebih dari anaknya sendiri."
Mila memeluk Zara yang menangis teresak-esak itu. Dugaan demi dugaan datang sekelip mata sahaja dalam hidup sahabatnya itu.
Zara yang lemah dipapah masuk ke dalam rumah oleh Mila. Beberapa kali air mata gadis itu diseka Mila yang tidak sanggup melihat tangisan gadis itu.
•••
Pintu pejabat dibuka serta merta dari arah luar. Zahir yang tengah bercakap dengan seseorang di telefon meminta izin untuk menelefon kembali seraya melihat kedatangan seseorang.
"We need to talk biy. You make me stressed right now."
Beritahu Tania dengan dengusan hampa seraya tiba di bilik itu.
"You nak apa lagi baby, you know what I'm quite busy here. Beritahu Zahir yang seakan malas melayan skandalnya itu.
"Come here" Tania menarik lelaki itu bangun dari kerusi dan beralih untuk berada di sofa pula.
"How dare you doing this to me, Yad tu hak i tau biy. I sayang gila dekat dia, kenapa you sanggup hancurkan sampai macam tu."
Beritahu Tania dengan marah kepada lelaki itu.
"I dah cakap kan haritu, i boleh buat apa saja yang i nak. Suka hati i lah, lagipun tak luak lah si Yad tu. Better you jadi peneman i sayang."
Zahir merapatkan diri dengan Tania dan memeluk erat gadis itu.
"Enough, takkan selamanya you nak simpan i macam ni biy. Apa kata kita kahwin je biy, lagipun kalau i tak dapat Yad i kan ada you."
Beritahu Tania dengan gembira dan memeluk Zahir kembali. Wajah Zahir sedikit berubah bila Tania berbicara begitu. Bukan apa, gadis itu hanyalah dijadikan peneman untuk suka-suka sahaja tidak lebih dari itu.
"Are you kidding me baby,? Married?. Oh come on babe, enjoy lah dulu. I'm not ready yet to get married."
Beritahu Zahir selamba dan bangun dari sofa itu membetulkan bajunya.
"What.!! Habis tu you nak simpan i sampai bila?. Jangan lupa eh, disebabkan you i tak boleh kahwin dengan Yad. Kalau bukan disebabkan idea bodoh you untuk perangkap mereka, semuanya takkan jadi macam ni tahu tak.!"
Marah Tania seraya memandang muka lelaki itu.
"Oh come on la baby, jangan lah macam ni. Okay fine.! Nanti kita kahwin okay, but not right now. Kita fikir nanti-nanti je dulu, apa kata malam ni kat tempat biasa.?"
Pujuk Zahir sambil memeluk gadis itu untuk memperdayanya lagi. Kalau Tania buka mulut pasal isu ni ada kaitan dengannya, pasti akan menjadi huru-hara.
"Okay, but you must promise me first. I dah beri everything dah untuk you biy, you must take the responsibility okay."
Sambil tangannya memaut jari lelaki itu untuk berjanji.
"I promise babe, don't worry okay. I love you so much."
Beritahunya lagi dengan manja.
"I got to go, nak pergi shopping. You nak ikut tak biy?." Tanya Tania dengan manja.
"Maybe not today but, take this. Enjoy shopping okay. Love you."
Zahir memberikan Kad kreditnya kepada Tania untuk berbelanja. Yang penting dia boleh menutup mulut gadis itu dengan caranya sendiri.
"Okay. Muaahh"
Satu ciuman tepat di bibir lelaki itu dan dibalas Zahir dengan gembira.
Tania keluar dari bilik itu dengan gembira dan hanya diperhati Zahir dengan jelingan tajam. Kalau gadis itu melampaui batasnya, dia tahu apa yang akan dilakukannya nanti.
•••
"Aku terima nikahnya Nur Izara Annisa Binti Abdul Halim dengan mas kahwinnya yang tersebut."
Dengan satu kali lafaz mereka sudah bergelar sebagai suami isteri. Majlis selesai dibuat di sebuah Masjid dengan hanya dihadiri oleh wali dan keluarga terdekat sahaja.
Zara hanya diam di situ sambil melamun ketika namanya disebut dalam akad lelaki itu.
Mila yang sentiasa ada disebelahnya mengejutkan Zara dari lamunannya itu apabila sudah tiba waktu untuk cincin disarungkan antara mereka berdua.
Pandangan lelaki itu tertumpu pada wajah gadis yang sedikit pucat dan suram itu, dia tahu gadis itu terpaksa menurut saja kehendak keluarganya. Setelah itu dia menghampiri gadis itu yang masih diam membisu.
"Selamat datang ke dunia baru cik Izara.!"
Bisik Ziyad seraya mendekatkan dirinya untuk mencium dahi gadis itu. Sebenarnya dia takut mahu melakukan itu, tetapi pandangan orang sekelilingnya membuatkan dirinya mengikuti sahaja.
Zara yang masih suram mencium tangan lelaki itu dengan tangisan yang tak dapat ditahannya. Dia hanya menguatkan dirinya saja waktu itu, kalau dia punya kekuatan sudah lama dia menghilangkan diri.
Majlis sudah selesai di situ, waktu ibu dan ayah Zara mahu berangkat pergi Zara sempat menahan mereka terlebih dahulu.
"Ibu..Ayah..Maafkan Zara, janganlah buang Zara macam ni. Zara dah tak ada sesiapa dah kat dunia ni. Kasih sayang ibu dan ayahlah penguat Zara."
Puan Aini sempat memeluk erat anak gadisnya itu. Namun, belum sempat dia mengeluarkan sepatah kata untuk anaknya.
Encik Halim sudah menariknya untuk pergi dari situ. Kebencian ayahnya itu membuatkan dirinya lemah di situ. Ucapan selamat tinggal juga tidak terkata di bibir lelaki tua itu untuk anaknya.
Mila menghampiri Zara yang terduduk di lantai masjid dengan tangisan yang hiba.
"Kau kena kuat Zara, tak ada keluarga yang sanggup buang anaknya sendiri. Kau biarkan lah hati ayah kau tenang dulu Zara, nanti kau pujuklah hati dia tu."
"Mungkin suatu hari dia akan menerima kau kembali. Percayalah Zara."
Pujuk Mila seraya mengangkat tubuh gadis itu untuk berdiri. Dia tidak mahu Zara lemah sebegitu, walau macam mana sekali pun dia tetap ada di sisi sahabatnya itu.
Setelah beberapa minit, Dato Zakri dan Datin Noni pula yang keluar dari dalam masjid untuk pulang ke kediamannya.
Zara sempat mencium tangan ibu mertuanya dan disambut baik oleh datin Noni yang tersenyum melihat gadis itu.
"Zara sangat cantik, bertuah Yad tau. Nanti kalau ada masa lapang datanglah rumah ibu, kita borak-borak okay."
Beritahu Datin Noni dengan gembira. Zara hanya tersenyum sambil mengangguk sahaja kata-kata ibu mertuanya.
Apabila giliran dato Zakri, tangannya disambut acuh tak acuh sahaja dan lelaki itu meninggalkan mereka untuk segera ke keretanya.
Datin Noni hanya memandang sepi wajah suaminya yang berkelakuan begitu.
Dia segera mengucapkan selamat tinggal dan pergi dari situ mengikut suaminya itu. Zara hanya memerhati sahaja tingkah mereka yang sangat berbeza.
Berbalik sahaja Zara untuk masuk kembali ke dalam Masjid bersama Mila, Ziyad sudah berada di belakang mereka memerhati gadis itu.
"Dah jom.! Aku tak ada masa lah nak duduk lama-lama kat sini."
Beritahu Ziyad dengan dingin sekali menunggu gadis itu untuk pulang bersama.
"Barang aku semua ada di rumah Mila, bagi aku masa untuk kemas dulu sebelum ikut kau."
Beritahu Zara yang sedikit pucat itu tanda tidak cukup rehat. Setelah sah bergelar isteri kepada lelaki pendusta itu, dia tak tahu untuk memulakan bagaimana kisah hidupnya.
"Baik, kau kemas semua barang kau. Pukul 5 aku datang ambil. Kau lambat sikit, kau pandai-pandai lah jalan kaki."
Beritahu Ziyad selamba dan meninggalkan gadis itu bersama sahabatnya itu.
"Lelaki tak guna, dah lah penipu. Eh, kalau bukan disebabkan penipuan dia tu kau takkan kahwin dengan dia tau."
"Dah lah bengis,sombong dan semua yang buruk tu dia lah."
Bebel Mila yang berjalan beriringan bersama Zara yang hanya diam membisu. Tiada kata yang boleh diucapkannya kini, nasi sudah menjadi bubur.
Perkahwinan mereka sudah sah di sisi agama, mahu tak mahu dia perlu menerima lelaki itu dalam hidupnya kini.
Mereka berdua sampai di rumah setelah setengah jam berangkat dari sana.
Zara perlu segera bersiap sedia menggemaskan semua barang-barangnya untuk dipindahkan ke rumah lelaki itu.
Mila juga turut membantu Zara sambil mulutnya tidak habis-habis membebel namun, Zara hanya membiarkan sahaja.
Nanti jaranglah dia akan mendengar bebelan dari Mila lagi dan disebabkan itulah dia hanya membiarkan sahaja.
"Zara, aku doakan kau selalu dalam lindungan tuhan. Lepas ni kalau apa-apa masalah sekali pun, aku tak nak kau simpan dalam hati je."
"Aku ada Zara, kau carilah aku kat celah mana sekali pun. Aku tetap ada dengan kau, aku janji Zara."
Beritahu Mila sambil memeluk erat kawannya itu. Zara hanya tersenyum gembira, sekarang ini hanya Mila sahaja keluarga yang dia ada.
Tiba-tiba satu notifikasi muncul di telefon milik Zara dengan satu ucapan tahniah.
"Selamat Pengantin Baru, sayang. Seronoklah you kan dapat kahwin free dengan boss you."
"Ruginya i rasa tak buat kita yang terperangkap, tak perlu lah susah-susah i dapatkan you malam tu."
"But, don't worry..! I dah jadi adik ipar you, makin rapat lah kita nanti kan sayang. I'll be waiting for you kak ipar."
Satu chat yang diterima dari Zahir mengejutkan Zara kali ini. Rupa-rupanya dalang daripada semua yang berlaku adalah berpunca daripada Zahir yang memerangkap mereka berdua.
"Adakah betul kata-kata Ziyad bahawa dia mengikut lelaki itu untuk melunaskan hutangnya. Kenapa dia tidak pernah mengingati pun semua itu?.
"Ya Allah, berilah petunjuk kepada hambamu ini."
Doa Zara di dalam hati, sambil mengesat air mata yang jatuh di pipi itu.
"Zara, kau okay tak ni. Kenapa?. Anything happens?"
Tanya Mila minta kepastian namun, hanya di geleng Zara tanda tiada apa yang berlaku.
"Tak tahu apa lagi yang mampu aku lakukan
Aku gadis yang penuh dosa
Yang berharap Kau mau menunjukkan
Kuasa-Mu itu untukku
Ya tuhan"
_Zara
•••
"Tania..! Sini sekejap, papa dan mama nak cakap sikit dengan kamu ni."
Beritahu dato Azman yang berehat di sofa bersama isterinya itu. Tania yang baru bangun dari tidur mahu menuju ke dapur dipanggil pula oleh orang tuanya kini.
"Yes papa, mama..! What's wrong."
Tanya Tania yang seakan masih mengantuk dan duduk bersebelahan mamanya itu.
"Kamu ni papa tengok dah lama habis belajar, kamu tak nak kerja ke.?"
"Tu, syarikat papa siapa lagi nak ganti papa kalau bukan kamu Tania."
Tegur dato Azman kepada anak gadisnya itu.
" Alaaa, papa ni..! Tania tak nak kerja lagilah, Tania nak enjoy dulu."
"Dah lama Tania kat London dulu, susah tau nak enjoy macam ni. Dulu kan Tania sibuk belajar, penat Tania tak habis lagi paa.!"
Balas Tania manja dan memeluk mamanya di sebelah.
"Awak tengoklah anak awak ni, sikit saya nasihatkan macam-macam alasan dia bagi."
"Sampai bila kamu nak macam ni. Bila-bila masa pun boleh enjoy tau Tania, ni masa depan kamu tahu tak."
"Masuk company papa, belajar dulu selok-belok syarikat nanti tak perlu pening-pening dah papa nanti."
Bebel dato Azman panjang lebar kepada anak gadisnya itu namun, hanya didengar sahaja oleh Tania tanda malas fikirkan semua itu.
"Abang pun.., nantilah dulu. Kesian anak kita tau. Banyak tenaga dah dia gunakan untuk belajar dulu, sekarang nak paksa bekerja pula."
"Biarlah dulu bang, walau macam mana pun harta abang tu nanti akan jadi milik dia juga."
Sambung mamanya pula yang menyampuk di situ.
"Kalau macam ni lah perangai dan pemikiran awak berdua ni, bila lah dia nak majukan diri dia sendiri."
"Sikit-sikit tak ada duit cari saya, minta duit. Nak beli itu, nak beli ini. Usaha sikit pun saya tak nampak."
Marah dato Azman dengan pembelaan dari isterinya yang tampak tidak masuk akal. Dia tidak mahu anaknya itu terlalu hidup bergantung dengan kekayaan yang dia ada.
"Papa tak sayang Tania pun, ye Tania tahu yang Tania asyik minta duit papa je. Tapi, Tania nak minta dengan siapa lagi paa."
"Takkan papa tak nak kasi duit belanja kat Tania." Rajuk Tania lagi sambil membatukan diri di sofa.
"Dah tu, kerjalah.!. Kamu ingat duit tu jatuh dari langit ke kalau kamu tak berusaha. Tolong lah fikir sikit, ke kamu nak papa kahwinkan saja kamu tu. Tak perlulah papa nak fikir siapa pengganti company papa lagi."
Sambung dato Azman yang tidak puas hati itu.
"What..? Nak kahwinkan Tania? Dengan siapa pa.?
Tanya Tania yang tiba-tiba terus bangun dari sofa apabila papanya berkata begitu.
"Gatal eh, kamu ni. Kamu dah ada sesiapa ke?."
Tanya dato Azman lagi.
Tania hanya tersenyum lebar sambil mengangguk sahaja.
"Anak dato mana?. Papa tahu?."
"Alaaa, papa mesti kenal punya. Anak dato Zakri la pa." Beritahu Tania dengan gembira.
"What?, Kamu dah gila ke Tania. Jangan nak tambahkan sakit hati papa boleh?. Si Yad tu dah kahwin dah dengan betina simpanan dia tu. Kamu nak jadi madu pula.?"
Marah Dato Azman mengepalkan tangannya yang menahan marah atas perkara yang berlaku itu.
"No papa..! Bukan Yad papa, tapi Hir. Tania dan Hir dah jatuh cinta pa, Tania sukakan Hir pa. Papa bincanglah dengan uncle Kri pa."
Rayu Tania lagi menghampiri papanya itu.
"Hir...?..Bagus juga budak tu, papa tengok pun dah sejuk hati papa Tania. Okay, nanti ada masa papa bincang lah dengan uncle Kri kamu tu. Yang penting anak papa bahagia."
Beritahu Dato Azman sambil melurut rambut anaknya itu. Walau apa pun yang anak dia mahukan, dia akan cari cara untuk tunaikan sahaja.
Tania tersenyum bahagia bila direstui terus oleh ayahnya itu. Yang penting dia punya pengganti yang boleh jaga dia nanti.
Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_
Share this novel