Sudah genap 4 bulan selepas perceraian antara Zara dan Ziyad, sekarang ini pun telah berlangsung pula majlis perkahwinan antara Ziyad dan Elena yang dibuat meriah di kediaman gadis itu.
Disebabkan Dato Zakri membuat perjanjian bersama Ziyad untuk melaksanakan terus perkahwinan mereka berdua setelah diberi tempoh 4 bulan, jadi sudah sampai tempoh itu dia terpaksa mengikut juga janji yang dibuat itu.
Dalam perjanjian itu juga ada menyatakan bahawa Ziyad perlu memberi nafkah dan menyediakan semua keperluan bekas isterinya barulah dato Zakri bersetuju untuk membuat majlis itu untuk Ziyad dan Elena.
Ziyad yang tidak mahu memperpanjangkan masalah ini hanya bersetuju asalkan nanti dia dan Elena boleh bersama. Yang penting dia dan Elena akan diijabkabulkan.
Dato Zakri sebenarnya memang sengaja membuat perjanjian ini dengan Ziyad kerana dia mahu memastikan anak lelakinya itu tidak menyesal untuk melepaskan Zara begitu sahaja.
Lagi pula mereka berdua masih boleh rujuk disebabkan keadaan Zara yang mengandung lagi sekarang. Tapi apa yang diharapkan tidak terjadi pula, anak lelakinya itu memang berhati batu. Mana pergi cinta dia pada gadis itu pun dia sendiri tidak tahu.
Antara tetamu yang hadir adalah kenalan rapat dato Zakri dan ahli-ahli keluarga dari pihak lelaki dan pihak perempuan.
Dato Zakri yang masih memandang lama anak lelakinya yang duduk bergambar mesra, dilihat sangat gembira sekali. Betulkah gadis itu boleh bahagiakan anaknya itu lebih daripada bekas menantunya, perasaan yang mendalam dirasakan seperti menyesakkan dadanya bila semalam dia menemui Zara secara peribadi.
"Papa minta maaf Zara, papa dah tak boleh nak buat apa-apa keputusan lagi kali ini. Ziyad dah buat keputusan untuk berkahwin esok, berapa kali papa pujuk dia dan beri tempoh untuk dia fikir balik perkara ni Zara."
"Papa tak nak dia menyesal suatu hari nanti, hati papa gelisah fikirkan semua ini."
Cerita dato Zakri memandang sayu wajah gadis di hadapannya, dia tahu apa yang akan difikirkan dan dirasakan Zara saat ini.
"Terima kasih pa..Terima kasih sebab masih percayakan Zara, papa tak pernah pun menunding jari pada Zara selama ni."
"Lagipun Zara tak salahkan papa, ni semua dah ketentuan takdir pa..Biarlah.. Zara dah pun berundur dah bersama anak Zara, tak lama lagi papa akan jadi atok. Dah masuk 6 bulan dah usia kandungan Zara ni."
"Zara dah tak ada air mata lagi nak nangis pa..Zara dah ada kekuatan Zara, anak ini akan membesar dengan didikan dan kasih sayang dari Zara."
"Papa ambillah kad jemputan ni, Zara tak boleh nak hadir pun pa. Zara rasa tak perlu pun dia nak jemput Zara, biarlah dia bahagia dengan pilihan dia. Zara takkan ungkit apa-apa lagi lepas ni, lagi pun hati Zara dah tertutup rapat untuk dia."
Beritahu Zara dengan senyuman di wajah, walaupun sebenarnya hatinya banyak menyimpan beribu duka. Dia sudah tidak mahu fikirkan apa-apa lagi, biarlah dia pergi tinggalkan luka ini.
Dato Zakri hanya mengangguk faham dengan apa yang diminta gadis itu, keikhlasan yang ditunjukkan Zara sangat mengagumkannya.
"Papa nak minta maaf juga dengan keluarga Zara, ye lah ibu bapa mana yang sanggup tengok anak dia diperlakukan begitu. Lebih-lebih lagi bila melibatkan hal cerai ni Zara."
"Papa faham Zara, nanti kalau Zara perlukan apa-apa pertolongan dari papa. Zara beritahu papa okay sebab papa dah anggap Zara macam anak kandung papa, bukan menantu lagi Zara."
Beritahu dato Zakri ikhlas di situ, Zara yang mendengar mengangguk laju dan tersenyum dengan kata-kata itu.
Walaupun penerimaan dari keluarga Zara tentang perceraian itu mungkin adalah sebaliknya, dia tidak mahu memperpanjangkan masalah itu lagi. Lagipun perkara sudah terjadi, buat apa nak difikirkannya.
Mereka berdua yang masih duduk makan bersama di sebuah restoran masing-masing bercerita dan meluahkan apa yang terbuku seperti anak beranak. Sedang mereka asyik berbual Jason yang baru masuk ke restoran itu ternampak gerangan dato Zakri.
"Assalamualaikum uncle Zakri, eh..Zara pun ada sama?"
Mereka berdua memandang gerangan yang menyapa mereka dan tersenyum melihat Jason di situ.
"Jason...Have a sit..Kita makan sama kat sini, harini uncle belanja tau. Lagipun uncle memang dah lama nak jumpa kamu ni.."
"I'm very thankful disebabkan bantuan you lah ZNE Holding dah makin meningkat tau sekarang."
"Untung pun dah makin banyak, terima kasih Jason sebab sudi bekerjasama dengan company uncle."
Beritahu dato Zakri gembira di situ dengan kehadiran lelaki muallaf itu.
"No uncle tak ada apa lah..Itu semua pun tuhan dah tentukan untuk kita, apa yang i belajar selama ni pun dah banyak mengubah hidup i."
"Lebih-lebih lagi kalau melibatkan rezeki, ia sekarang pun dah mengalir seperti air. Subhanallah."
Dato Zakri yang mendengar tersenyum bangga dengan kejayaan lelaki itu, walaupun dia mualaf banyak yang sudah dipelajarinya tentang islam.
"Lama sangat uncle tak jumpa kamu ni, pergi mana lama sangat menghilang ni Jason?"
Tanya dato Zakri lagi bila hari ini dia baru bertemu mata dengan lelaki itu.
"Actually, i ada buka company baru kat Penang uncle, ala lagi pun masih baru lagi. Tu yang ulang alik dari sini ke sana, jarang juga ada kat sini sekarang uncle."
Cerita Jason lagi mengenai dirinya sekarang, sejak akhir-akhir ini rezekinya itu tidak pernah putus-putus. Semuanya berkat dari yang esa.
"Pa..Zara tinggal sekejap pa, nak pergi tandas."
Beritahu Zara berlalu pergi dan diangguk laju oleh dato Zakri.
"I tengok Zara dah makin berisi sekarang uncle, pipi dia dah tembam sikit tak macam dulu. Nampak gaya macam tak lama lagi uncle dah nak timang cucu je tu."
Usik Jason menyedut air fresh oren di tangan dan tersenyum pada dato Zakri. Dato Zakri mengangguk setuju dengan pernyataan lelaki itu.
"Betul lah tu tekaan kamu tu Jason, tak lama lagi dapatlah dua cucu sekaligus uncle ni. Tak sabar dah rasa uncle nak main dengan cucu-cucu, usia uncle pun dah makin lanjut. Ye tak?"
Tapi hati tua itu tetap tidak senang, dia gelisah bila memikirkan semua yang berlaku antara Zara dan Ziyad.
"Tapi Jason, uncle tak tahu lah macam mana dengan nasib cucu uncle nanti. Kecil-kecil lagi hubungan ibubapa dah retak macam ni, macam mana diorang nak dapat kasih sayang."
Beritahu Dato Zakri hampa di situ dengan keputusan yang dibuat Ziyad dulu tanpa sikit pun berfikir panjang.
"Maksud uncle?, retak macam mana tu uncle?"
Jason baru mengetahui bahawa Zara sekarang sudah mengandung rupanya, kali terakhir dia menemui Zara adalah waktu gadis itu lari dari Ziyad. Tapi, apa yang berlaku pada gadis itu sekarang pun memang dia sendiri tidak mengetahuinya.
Beberapa minit selepas itu, panggilan di telefon dato Zakri berdering dan dia perlu pula meninggalkan restoran itu secepatnya.
"I got to go Jason, ada orang nak datang rumah uncle hari ini. Uncle kena pergi dululah, nanti beritahu Zara ok."
"Oh ya..Nanti jemput datang tau majlis kahwin anak uncle, ni kad dia. Uncle ada buat kenduri sikit nanti. Datang tau Jason.."
Beritahu Dato Zakri sambil menepuk bahu lelaki itu. Kad jemputan diambil dan dilihatnya sambil meneliti nama gerangan di kad itu.
Tapi kali ini dia seperti terkejut saja dan berdiri di tempatnya. Kalau Ziyad yang kahwin, maksudnya Zara nanti akan berpoligami lah. Kali ini dia memang betul-betul terkejut, dengan semua itu.
Betulkah apa yang ada difikiran nya itu, dia sendiri tidak percaya Ziyad sanggup berbuat begitu pada Zara.
"Jason..Dato mana? Dah pergi eh?. Kalau macam tu Zara gerak dulu lah, ada hal yang Zara nak uruskan lepas ni. Assalamualaikum."
Beritahu Zara dan segera mengambil begnya untuk pergi dari situ.
"Kejap Zara.. Boleh i tanya sesuatu tak?"
Pegang Jason menghalang gadis itu pergi namun, cepat-cepat dielak gadis itu bila tangan Jason memegang lengannya.
"Jangan macam ni Jason, Zara tak suka kalau Jason main pegang Zara macam ni. Lagipun Zara tak patut berdua dengan Jason dalam keadaan Zara macam ni."
Beritahu Zara dan terus pergi keluar dari restoran itu. Jason yang masih tak puas hati mengejar gadis itu untuk mendapatkan jawapan dari semua ini.
"Betul ke Yad nak kahwin?, dan kenapa Zara sanggup terima untuk dimadu macam ni Zara?, i tak tahu pun tentang perkara ni Zara."
Tanya Jason yang tidak tahu apa-apa pun tentang perkara itu, sebelum ni dia banyak uruskan company dia di Penang dan selalu ulang alik. Jadi, dia kurang tahu apa yang terjadi kepada gadis itu.
"Betul lah tu, tapi i bukan akan dimadu kan pun Jason. Antara i dan dia memang dah tak ada jodoh, kami dah bercerai dah pun dan nak buat macam mana lagi kan. Itu semua ketentuan ilahi."
"Oklah Jason, lagipun tak elok i berdua macam ni dengan you. I masih dalam iddah, you tahu sendiri kan hukumnya?. Assalamualaikum."
Beritahu Zara di situ dan terus masuk ke dalam kereta meninggalkan Jason yang masih terdiam di situ, sebenarnya Zara sendiri sudah malas mahu memikirkan semua itu.
Apa yang penting dia sudah membuat keputusan penting dalam hidupnya, iaitu hanya hidup bersama anaknya yang bakal lahir nanti.
Di rumah Mila sekarang ini Zara yang sedang leka menaip sesuatu di laptopnya tidak perasan dengan kepulangan Mila yang berjalan menghampirinya secara diam-diam.
Setelah butiran yang ditaip gadis itu dibaca Mila, dia sendiri sudah terkejut disitu.
"Biar betul..! Macam mana dengan aku Zara.."
Teriak Mila di tempatnya dan membuatkan Zara terperanjat disitu.
"Ya Allah..Kau tak beri salam pun kat aku, terkejut aku Mila. Kalau terkeluar baby ni siapa nak tanggung, ish.."
Beritahu Zara menggosok-gosok dadanya yang terkejut dengan perlakuan gadis itu.
"Sorry..Kau dah fikir masak-masak ke ni Zara?, Alaaa..Rindulah aku dengan kau nanti, duduk sorang-sorang lagi aku kat sini tanpa kau."
Jerit Mila sambil memeluk erat Zara yang masih tersengih di tempatnya. Sebenarnya dia sendiri tak boleh halang gadis itu untuk pergi, sudah banyak luka yang diterima sahabatnya dulu. Biarlah kali ini Zara bangkit sendiri untuk berdikari.
"Ye lah, malas dah aku nak kerja di ZNE Holding tu Mila, hari-hari kerja makin lama makin stress je hidup aku mengadap muka singa betina tu."
"Sebelum ni kan aku dah memang beritahu kau yang nanti aku nak stay kat kampung, aku tak nak susahkan kau lagi Mila. Kau dah banyak dah tolong aku."
"Wang simpanan aku pun dah cukup untuk keperluan anak aku ni, tak sabar rasanya Mila aku nak pegang dia."
"Bila baby dah keluar, aku nak berpantang di sana dah. Tak nak la susahkan kau macam ni lagi, kau jaga aku macam aku pula isteri kau. Jealous nanti cik abang boss kau tu, aku tak tahu."
Usik Zara memicit hidung Mila yang masih memeluk erat dirinya di samping, dia sangat terhutang budi dengan sahabatnya itu. Mila lah yang selalu ada disisinya waktu dia dalam masalah dulu, dia jugalah yang sentiasa memberi semangat untuknya untuk terus bertahan.
"Aku ni kan sahabat dunia akhirat kau Zara, aku tak kisah pun pasal semua tu. Lagipun encik Eddy 'aka' tunang aku tu tak kisah pun Zara, dia faham semua tu."
Cerita Mila pula mengenai tunangannya yang terlalu sporting dalam apa-apa perkara, gadis itu sungguh bertuah mendapatkan lelaki begitu.
"Baguslah macam tu, cari tarikh kahwin tu cepat-cepat. Jangan nak single lama-lama pula cik Amila, umur tu dah makin meningkat tau."
"Oh ya..Ni kunci kereta, terima kasih pinjamkan aku kereta kau."
Beritahu Zara lagi tersengih dengan Mila yang masih muncung disisinya.
"Kau pakai lah dulu kereta tu untuk keperluan kau, alang-alang aku masih tak guna lagi sebab tunang aku yang pickup hantar aku balik dan pergi kerja."
"Eh Zara..Kau tahu tak si Tania tu lagi tinggal nak tunggu masa je nak beranak, tengok ni..Mak buyung ni dah macam tak larat dah nak jalan sendiri. Nasib lah masih ada si suami yang tolong jagakan.."
Tapi kali ni Mila sudah terlepas cakap ayat terakhirnya itu, Zara yang masih sambung menaip hanya terdiam membisu di situ.
"Aku minta maaf Zara..Aku terlepas cakap pula, aduh jahat betul mulut ni.."
Marah Mila pada dirinya sendiri, Zara yang mendengar hanya tersenyum saja. Tapi, dia tidak ambil hati pun tentang itu semua, buat apa memerlukan atau mengharapkan lelaki yang tidak perlukan dirinya. Dia lebih rela sendiri daripada terus terluka sekali lagi.
••••
Di ZNE Holding hari ini merupakan hari terakhir Zara bekerja disitu, sepatutnya dari dulu lagi dia patut terus berhenti saja dari sana. Tapi, apakan daya mahu tak mahu dia perlu bekerja untuk menampung keperluan anaknya yang bakal lahir nanti.
Walaupun Ziyad ada mentransfer duit secara bulanan kepadanya, dia tidak pernah mengusik sikit pun duit itu untuk keperluannya, dia lagi rela bekerja sendiri.
Bekerja di syarikat besar sebegitu sangat memerlukan kesabaran apatah lagi sering berurusan dengan boss yang tak betul, walaupun hari-hari Zara selalu terkena 'mental torture' dari bossnya itu. Dia tetap bersabar dan teruskan saja pekerjaannya dengan biasa tanpa sedikit pun rungutan.
Zara yang sudah mengemaskan semua barang-barangnya bangun untuk melangkah masuk ke bilik bossnya untuk menyerahkan surat perletakan jawatan. Tetapi gerangan lelaki yang sudah lama tidak ditatapnya itu berjalan di depannya menuju terlebih dahulu untuk masuk ke situ.
Dia yang berada di tempatnya sempat menarik nafas malas untuk bergerak ke situ, tapi bila difikirkan jam kerja yang akan tamat sekejap lagi dia menggagahkan diri juga untuk masuk.
"Sayang...I have a special surprise for you, cuba teka apa?"
Tanya Ziyad seraya melangkah masuk ke dalam bilik itu dan memeluk erat isterinya disisi, gadis itu ditatap lama dan satu ciuman sudah melekat di pipi gadis itu yang sudah merona merah di tempatnya.
"What is it, gatal eh you ni..Apa tu yang?, I don't get it."
Tanya Elena yang sudah duduk di atas riba lelaki itu dan memandang terus ke dalam anak mata Ziyad.
"I got a gift package for our wedding with honeymoon trip sayang..It's from our board member and i think it's worth it, cuba teka kenapa?"
Tanya Ziyad yang sudah mengelus rambut gadis itu yang saat ini begitu mendebarkan hatinya, dia juga tidak menyangka gadis itu sudah menjadi isterinya sekarang.
"What?.. Seriously yang, nanti honeymoon tu kat mana sayang? I'm so excited sangat sayang, tak sabarnya i nak pergi dengan you.."
Beritahu Elena yang sudah tersenyum lebar di tempatnya, dia memeluk erat suaminya di situ menunggu jawapan.
"It's Paris, and you know what?. We will spend our whole week together nanti, only me and you sayang. Sabar sikit sayang, bagi i settle sikit kerja i then baru kita pergi. Lagipun, i dah buktikan yang i betul-betul cintakan you kan."
Bisik Ziyad di telinga gadis itu dengan senyuman lebar di wajah, dia tahu gadis itu pasti teruja dengan hadiah yang sebegitu. Elena yang tersenyum gembira memeluk erat dirinya bagaikan mereka adalah pasangan yang sangat bahagia sekali waktu itu.
Tiba-tiba saja pintu diketuk dari luar mengejutkan mereka berdua disitu, Elena membetulkan duduknya dan menyuruh gerangan di luar untuk masuk.
"I'm sorry for disturbing, i just nak hantar surat ni. Lagi pun Siti tak ada hari ni cik Elena, jadi i serah terus lah kat sini."
Zara berbalik untuk pergi tanpa sikit pun menoleh, tapi mulut puaka gadis itu masih berbunyi untuk menyakiti lagi hatinya.
"Puan Elena lah, not cik Elena anymore cik Zara.."
"Tabah you kan Zara, siap nak berhenti kerja lagi ni..Dah masuk fasa tumbesaran perut yang macam ni pun you masih sorang-sorang lagi, mana laki tu? Tak datang nak tolong tanggung you ke?."
Perli Elina tersenyum meleret duduk bersama Ziyad memegang surat yang diberikan tadi. Zara yang malas untuk berbicara mahu bergerak pergi tapi percakapan lelaki itu sedikit menggores hatinya lagi.
"Biasalah tu sayang, duit dah cukup lah tu nak sara diri sendiri. Ye la..I yang bagi nafkah tiap-tiap bulan, nak harapkan jantan-jantan pujaan hati dia tu tak muncul-muncul."
Perli Ziyad pula seraya memeluk erat Elena disisi, Zara yang sudah mengacip gigi menahan marah kembali memandang gerangan lelaki itu.
"Aku tak perlukan sikit pun lah duit kau tu, kau ambil lah balik. Yang kau memandai transfer kat aku tu kenapa?, aku tak minta pun kan.."
"Kalau kau nak tahu, aku ni boleh hidup lagi lah tanpa belas ehsan dari kau. Ni.. Kaki tangan aku ni belum cacat lagi lah sampaikan nak guna duit kau tu, apa kata kau bagi aku no akaun kau tu biar aku transfer balik."
Marah Zara memandang tajam lelaki tak guna itu, dia tidak suka kalau lelaki itu memandang rendah martabat seorang wanita seperti dirinya.
"Lah buat apa kau nak sentap, aku ikhlas lah bagi duit tu pada kau. Kalau kau tak nak pun, kau simpanlah untuk anak dalam perut kau tu. Aku nak ambil balik duit tu pun takutnya buruk siku aku nanti, kesian Elena pula nak tolong jagakan aku. Kan sayang.."
Beritahu Ziyad dengan senyuman sinis untuk Zara disitu. Dia yang sudah mendekat dengan gadis itu bagaikan tidak percaya Zara masih lagi boleh bertahan walaupun dalam situasinya yang begini.
Zara yang terdiam dengan kata-kata itu mahu segera untuk pergi tapi kuakkan pintu dari luar mengejutkannya pula. Dia terkesima bila gerangan lelaki yang amat dikenalnya muncul secara tiba-tiba di depannya.
"Sayang dah siap dah, jom kita turun. I tolong angkatkan barang."
Beritahu Jason yang tiba-tiba memanggilnya dengan panggilan sebegitu, Ziyad yang mendengarnya juga sudah terkedu di situ dengan pandangan yang tajam. Tiba-tiba saja hatinya menjadi panas membara.
Sebenarnya Jason yang mahu bertemu muka dengan Ziyad diberitahu sekretarisnya bahawa Ziyad ada di bawah, jadi dia segera turun untuk bertemu dan secara tidak sengaja terdengar pula perbualan di bilik itu dari arah luar.
"Wahh hebat kau kan..Belum habis iddah pun dah simpan stok awal-awal, aku ingatkan selama ni dua orang je jantan dengan kau."
"Aku terlupa pula yang rupanya masih ada terselit lagi sorang kat sini yang masih tunggu kau."
"Jadi aku tak silaplah selama ni menilai kau dengan anak tu kan Zara?..Ahh...peninglah aku nak fikir pasal kau ni. Murah.!"
Perli Ziyad lagi yang sudah berani di situ, Zara yang sudah tidak tahan lagi dengan penghinaan sebegitu terus keluar meninggalkan semua. Dia bagaikan mahu menangis saja, tapi tetap ditahan tidak mahu.
"You jangan kurang ajar boleh tak Yad.!"
Bergema bilik itu dengan suara tengkingan dari Jason, mereka berdua di dalam bilik itu sudah terkejut sendiri.
"Sikit pun you tak pernah jaga hati dia, sampaikan anak dalam perut dia pun you sanggup tuduh sampai macam tu sekali.!"
"Cuba you tanya diri you sendiri betul ke anak dalam kandungan dia tu bukan anak you?, dan betul ke you tak pernah pun sentuh dia?."
"Jawapan tu ada pada you lah yad, kalau betul lah you tak sentuh dia. Cuba you beritahu i siapa lagi?."
"Takkan lah sampai cecah dua bulan dia dah mengandung, dan waktu dia terserempak dengan Zahir tu pun masih baru lagi lah Yad."
Ziyad yang memandang lelaki itu terus terdiam di situ, dia sendiri tidak boleh nak menafikan apa-apa lagi perkara itu.
"Kenapa you diam?, terkejut sebab i tahu semua tu?."
"Kalau you tak nak sangat anak tu, i sendiri akan jaga dia lah. I tak kisahlah Zara tu janda ke apa, yang penting i akan ikhlas sayangkan dia."
Beritahu Jason yang sudah mengetahui perkara yang berlaku pada Zara, bila dia terserempak dengan Zahir yang meminta maaf padanya berkenaan kisah dulu, Zahir juga telah menceritakan semuanya tentang itu.
"Apa yang ada dalam otak you ni hah Ziyad, menyesal tau i tak rampas je dulu dia dari you. Dulu i sedar diri yang dalam islam pun tak boleh nak ganggu hak orang lain."
"Sekarang ni i memang betul-betul menyesal lah sebab lepaskan lelaki macam you untuk jaga dia, i ingat you memang betul-betul ikhlas dengan dia. Waktu i tengok you mengamuk dulu sebab nak pertahankan dia, i rela berundur."
"Tapi sekarang tak pun, malah you hukum dia sampai sanggup ceraikan dia dan sikit pun you tak nak cari bukti. Lelaki macam apa you ni, mana kesetiaan you selama ni hah..!"
"Ohh sebab perempuan tu ke Yad..I faham sekarang. Cakap je lah yang you dah tergilakan perempuan tu, bukan cari salah orang lain untuk menutup pekung di dada you tu."
"Sejak dari kes yang dulu i dah tak ambil tahu pun semua pasal Zara, i tak ambil tahu pun semua tu sebab i ingat you jaga dia dengan baik. Tapi sekarang I silap lah Yad.!"
Marah Jason menarik kolar kemeja Ziyad di situ, mahu saja ditumbuk-tumbuk lelaki itu tapi dia masih dalam keadaan waras.
"You dengar sini baik-baik..Kalau you masih ada hati nurani you, i rasa you tak perlu pun nak perli dan hina dia sampai macam tu."
"I harap lepas ni, you peganglah baik-baik dengan prinsip you tu untuk betul-betul lepaskan dia."
"Sebab lepas ni i akan gunakan peluang yang you beri ni untuk dapatkan balik cinta i, nasib baik tuhan belum temukan jodoh i dengan mana-mana perempuan pun Yad."
"I bersyukurlah Yad sebab you lepaskan dia dan pada waktu tu you tak payah lah nak menangis merayu pun, sebab i takkan pernah lepaskan dia pada you. You ingat tu.!"
Jason menolak Ziyad di situ dengan geram dan kembali mengejar Zara di bawah, semua barang-barang gadis itu dilihat sudah tiada di atas meja. Dia berlari turun tanpa mengingati lagi apa yang akan dibincangkan dengan lelaki tak guna itu.
Ziyad yang sudah panas membahang merasakan jantung dia betul-betul berdegup kencang sekali, betul juga apa yang dikatakan lelaki itu. Adakah anak yang dikandung Zara tu sebenarnya anak dia, dia betul-betul dah buntu kali ni.
"Zara..Wait Zara, let me explain about what happened just now. I'm sorry sebab panggil Zara macam tu, tapi kalau benda tu boleh pertahankan maruah Zara dari lelaki ego macam tu. I boleh tolong you Zara."
Zara yang menyimpan barang miliknya di tempat duduk belakang terdiam bila Jason berkata begitu padanya.
"You tak faham Jason..I sekarang masih dalam iddah, you tak sepatutnya panggil i macam tu depan dia."
"Dah lah..I tak boleh nak cakap apa dah Jason, semua dah jadi dah pun. Dia pun dah anggap i macam apa dah tadi 'Murah', you tengok sendiri lah kan perangai dia."
"Tolong lah..I minta sangat jangan buat i macam ni Jason, hati i sakit Jason lepas apa yang berlaku."
"Hati i dah terlalu hancur dah untuk percayakan sesiapa lagi, biarlah i hidup sendiri pun yang penting i dah tak kacau hidup sesiapa."
Beritahu Zara yang sudah menitikkan air mata yang ditahan dari tadi, sebenarnya dia sudah tidak mahu menangis tapi terkeluar pula bila lelaki ini menghampirinya.
Jason yang melihat mengeluarkan sapu tangannya dan diberikan pada Zara, Zara mengambilnya dan mengelap air mata dipipi terus tersenyum pula disitu.
"Kenapa you senyum pula ni?, are you okay Zara?"
Tanya Jason yang sudah risau melihat perubahan mood gadis itu.
"Perfume apa yang you pakai ni Jason?, I suka sangat bau ni. Wangi."
Beritahu Zara jujur disitu, sapu tangan tadi diciumnya tanda dia sangat suka dengan bauan itu, dirinya pula merasa tenang tiba-tiba.
"Ya Allah Zara..I ingat ada apa pula yang berlaku pada you, you suka bau tu?. Nanti i belikan perfume ni untuk you."
Zara yang tersedar dengan apa yang dibuat olehnya terus meminta diri untuk pergi, dia meninggalkan Jason dengan senyuman yang mekar di wajah lelaki itu.
Ziyad yang keluar dari bangunan itu untuk pulang ke rumah papanya seketika ternampak adegan mesra mereka berdua, tangannya dikepal-kepal seperti tidak boleh menerima pula semua itu.
Dia memandu laju meninggalkan tempat parking dengan wajah yang masam mencuka, kenapa dia masih perlu melihat senyuman yang mekar di wajah gadis itu.
Baginya, sikit pun Zara tidak berhak untuk mendapat bahagia, dia menumbuk-numbuk stereng kereta dengan perasaan marah.
"Kau jangan harap kau boleh nak dapat semua tu lah Zara, kau patutnya rasa terseksa tau Zara..! Kau patut rasa apa yang aku rasa lepas apa yang kau dah buat pada aku."
Tapi pada fikirannya, tidak mungkin gadis secantik Zara takkan dapat pengganti nya. Lagipun dia sendiri tidak boleh menipu yang gadis itu sememangnya sangat menggetarkan jiwanya dari pandangan jauh.
Tapi betul ke apa yang dilihat itu, sepatutnya gadis itu tak boleh rapat dengan mana-mana lelaki dalam tempoh iddah begini.
Tapi Zara itu memang tak tahu malu, semua jantan dia layan. Bisik Ziyad di dalam hati, kali ini dia memang betul-betul sakit hati melihat gadis itu.
•••
Zara yang sudah bertolak ke kampung setelah dihantar oleh Mila ke stesen bas sangat gembira kali ini, dia mengusap lembut perutnya itu dan memandang ke luar cermin dengan kesayuan yang sangat dirasai saat ini.
"Baby..Mama janji yang kita berdua akan hidup gembira sayang, mama akan jaga sayang sampai bila-bila. Mama janji sayang, hanya sayang je yang ada dalam hati mama sekarang."
Bisik Zara di dalam hati, setelah hampir 6 jam perjalanannya dari KL ke kampung. Dia mengambil teksi pula untuk sampai ke rumah, kali ini dia betul-betul gembira.
Wajah ibu dan ayahnya yang berada di pangkin dihampiri sambil mencium tangan mereka, wajah encik Halim dilihat sangat muram sekali saat ini.
Dia tahu apa yang terbuku di sudut hati ayahnya itu, lelaki yang diharapkan untuk menjaga anak gadisnya itu kali ini sudah memungkiri janji. Dia seperti tidak boleh menerima semua itu untuk anaknya.
Malam yang terasa sangat sunyi tu membuatkan Zara turun ke bawah, dia menghampiri pangkin di sebelah rumahnya dan duduk termenung di situ.
Kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu seakan masih melekat di mindanya semalam, cukup kah dengan hanya bertahan dengan cacian dan makian itu membuatkan dia setabah ini.
"Zara..Buat apa kat luar malam-malam ni Zara, tak elok tau duduk macam ni kat luar sendiri kan kamu mengandung tu."
Beritahu Encik Halim seraya duduk di sebelah anak gadisnya itu, Zara hanya tersenyum dengan kata-kata ayahnya itu.
"Ayah kesal ke dengan apa yang berlaku pada Zara ayah?, mungkin nasib Zara memang dah ditakdir kan macam ni kan yah. Tak ada suami nak jaga Zara waktu-waktu penting macam ni, Zara rasa macam sorang-sorang kat sini yah."
Luah Zara sambil melihat bulan di atas sana.
"Buat apa ayah nak kesal Zara, benda dah pun berlaku. Lagi pun kalau dia betul-betul sayangkan kamu, di takkan berani nak mentalakkan kamu."
"Sudahlah, lepas saja habis iddah kamu nanti, kamu carilah bahagia kamu Zara. Anak kamu tu masih perlukan kasih seorang bapa, jangan lupa tu."
"Ayah sendiri tak sangka orang yang berjanji setia untuk jaga kamu boleh buat macam ni, dalam keadaan kamu dalam iddah pun dia dah sanggup kahwin dengan orang lain."
Beritahu encik Halim lagi dan mahu bangun dari duduknya tapi tangan Zara menarik kembali tangan ayahnya untuk duduk.
"Mana ayah tahu?.."
Tanya Zara bila ayahnya sudah mengetahui tentang perkahwinan Ziyad itu.
"Bekas bapa mertua kamu telefon ayah Zara, dia minta maaf dengan ayah dengan apa yang dah jadi. Buat apa ayah nak marah lagi Zara, tu dah jadi pilihan dia, dia seorang lelaki dan itu pun dah jadi hak dia."
Beritahu encik Halim yang nampak muram saja disitu, air mata tuanya susah untuk mengalir. Dia tidak mahu anak gadisnya merasa sakit ke sekian kali.
"Boleh tak ayah yang jadi kekasih pertama dan terakhir untuk Zara?..Susah untuk Zara terima mana-mana lelaki balik dalam hidup Zara, Zara takut ayah. Zara takut untuk buka peluang tu lagi sekali ayah."
Encik Halim memandang sekilas anaknya di sebelah, setelah itu dia mengusap lembut rambut Zara.
"Ayah nak kamu cari bahagia kamu Zara, lupakan semua kisah silam dulu. Buka buku baru untuk belajar kisah baru, umur ayah pun dah tak lama dah Zara."
"Ayah tak nak kamu tanggung diri kamu sendiri, buka hati kamu pada orang yang menghargai bukan dihargai. Seorang anak memerlukan kasih sayang seorang bapa, samalah seperti kamu ni Zara.."
"Dah jom masuk, dah gelap sangat ni. Esok ayah bawa balik durian nak?, ke nak makan apa-apa?. Ayah akan carikan, kamu cakap je."
Beritahu encik Halim masuk bersama Zara dalam rumah, biarlah kisah cinta antara mereka itu terkubur dalam keheningan malam itu.
______________
Sudah genap seminggu keberadaan Zara di kampung, setiap petang dia akan berjalan ke sawah di mana tempat dia selalu bermain dulu. Dia gembira bila mengingat balik waktu kecil-kecil dahulu, dia sangat gemar lepak di kawasan ini bersama Zamri sepupunya.
"Tersenyum sorang-sorang nampak, ingat buah hati ke tu.."
Satu suara yang memecah kesunyiannya di situ membuatkan dia terkejut dengan keberadaan Zamri yang menegurnya, Zamri yang baru tiba di situ duduk di sebelah Zara memandang ke arah sawah.
"Kau sihat Zara?..Macam mana sekarang?, kau okay?"
Tanya Zamri bermain-main dengan lalang melihat ke tempat sawah itu. Mukanya seperti menyimpan sesuatu yang tidak boleh diungkapkan olehnya.
"Alhamdulillah..Aku okay, kenapa kau tanya aku macam tu Zam.? Aku happy je ni, buat apa nak sedih-sedih. Dah lah malas nak cerita panjang-panjang pasal benda ni, semua dah berlaku dah pun."
Beritahu Zara malas lagi mahu membincangkan masalah rumahtangganya yang sudah retak itu.
"Betul ke Yad dah kahwin baru Zara?, kau tengok sendiri lah cara dia. Lelaki macam tu ke kau terima dulu disebabkan cinta?, sekarang dah jadi macam ni dah pun sanggup dia kahwin dengan orang lain. Kesian kau Zara, kesian anak dalam perut kau tu."
Beritahu Zamri seperti mengungkit lagi kisah hidupnya itu, Zara yang malas melayan bangun dan mahu berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.
"Tunggu Zara..maaf kalau Zam tersalah cakap dengan Zara macam ni, maaf kalau Zam dah buat Zara tak selesa macam ni."
Beritahu Zamri berdiri di belakang gadis itu, sebenarnya dia masih menyimpan cinta pada bekas tunangannya itu.
"Dah la Zam..Aku tak nak fikir pun benda ni Zam, aku dah tekad nak cari bahagia aku. Hal dulu biarlah jadi kenangan untuk aku, cinta aku pada dia dah terkubur."
"Aku pergi dulu."
Beritahu Zara dan mahu pergi tapi Zamri masih menghalang dia untuk pergi.
"Betul ke Zara.. Jadi, kau boleh terima sesiapa pun dalam hidup kau? Betul ke ni Zara?"
Tanya Zamri bersungguh-sungguh, tapi belum sempat Zara mahu berbicara ayahnya sudah memanggil.
"Zara..! Balik.."
Zara yang mengangguk bila disuruh ayahnya terus pergi sambil memegang perutnya meninggalkan Zamri dalam keterujaannya itu. Zamri tersenyum sendiri kali ini, hatinya terlalu gembira bila memikirkan ini semua.
Encik Halim dan Zara berjalan pulang ke rumah disebabkan tidak jauh dari tempat itu, dia yang duduk di pangkin melihat gerangan si ayah membawa pulang buah markisa yang dibelinya di pasar hari ini.
Disebabkan Zara mengidam mahu makan buah itu, dia sanggup ke pasar hari ini untuk mencari buah itu untuk anaknya.
"Terima kasih ayah..Dah lama Zara nak makan, nasib baik ada buah ni ayah."
Encik Halim memotong buah itu untuk anaknya menikmati sambil tersenyum melihat Zara yang banyak makan sekarang ini, gadis itu sedikitpun tidak terlihat sedih malah hanya senyuman saja yang mekar dibibir.
"Kenapa layan lagi budak tu Zara, ke dia ada kacau kamu?"
Tanya encik Halim seraya memberikan buah itu pada Zara, Zara yang menggeleng-geleng sambil menikmati buah yang masam itu pelik pula dengan soalan dari ayahnya.
"Apalah ayah ni..Zam datang tegur Zara je tadi tu, pelik juga tiba-tiba dia datang. Kenapa yah.."
Tanya Zara lagi memandang ayahnya, tapi encik Halim hanya menggeleng tidak mahu berkata apa-apa mengenai lelaki itu.
Sedang asyik mereka berdua menikmati keindahan petang itu, sebuah kereta mewah masuk ke kawasan rumahnya pula dan berhenti tepat di situ.
Gerangan Jason yang keluar bersama buah dan paper bag di tangan menghampiri mereka berdua di pangkin itu, encik Halim yang melihat pelik dengan kehadiran seseorang ke rumah nya.
"Assalamualaikum..Pak cik..Zara.."
Sapa Jason yang baru sampai kesitu, dia bersalam dengan encik Halim dan duduk di pangkin bersama. Sedikit pun dia tidak kekok untuk menyapa encik Halim disitu.
"Kamu ni siapa?, datang dari mana?."
Tanya Encik Halim pelik seraya memandang Zara yang sudah tersenyum melihat muka ayahnya begitu.
"Ni Jason ayah..Kawan Zara masa di London dulu, semalam dia ada call Zara sebab alang-alang dia ada urusan beberapa hari kat sini dia nak jumpa kita."
"Terima kasih Jason untuk buah dan perfume tu, i appreciate sangat benda ni."
Beritahu Zara seraya makan buah markisa di tangannya. Jason hanya mengannguk saja.
"Cantik juga pemandangan kat sini kan pakcik, patutlah Zara nak balik kampung sangat. Bertuah you Zara masih ada kampung halaman macam ni, seronok kan kalau petang-petang macam ni kita duduk tengok sawah. Tenang je rasa."
Encik Halim mengangguk setuju semua yang diperkatakan lelaki itu seraya memandang muka lelaki yang baru dikenalnya itu, muka lelaki itu seperti berbangsa cina tapi sedikitpun tidak pelat bila berbicara.
Zara yang sudah tahu apa yang ada difikiran ayahnya membisikkan sesuatu dan encik Halim yang mendengar tersenyum memahami semua itu.
"Kalau pakcik panggil kamu Adam boleh ke, tak payah lah Jason tu susah pula orang kampung macam pakcik ni nak sebut."
Beritahu encik Halim lagi, Jason di situ terus mengangguk tanda dia juga suka dengan panggilan itu.
"Jom Adam kita naik, kita tengok makcik kamu masak apa untuk malam ni. Zara jangan nak makan banyak sangat buah masam tu, tak elok untuk anak kamu. Dah jom kita naik.."
Encik Halim berjalan beriringan masuk ke rumah bersama Jason dan Zara mengikut saja gerangan si ayah dan tetamu yang datang ke rumahnya itu.
Malam itu Jason sangat rancak berbual dengan encik Halim tentang kehidupannya, dia sangat mesra sekali dengan sesiapa saja termasuk lah dengan ibunya Puan Aini.
Hari ini pun ibunya menyediakan banyak jenis lauk untuk tetamu mereka, Jason pun dilayan baik sama seperti anak mereka sendiri. Malam ni pun dia disuruh bermalam di sini disebabkan hari dah larut, takut tak nampak jalan pula.
__________
Di rumah pakcik Hashim sekarang, Zamri yang berada di ruang tamu rumahnya itu seakan gelisah dengan sendirinya. Dia duduk memeluk dirinya yang seakan tidak boleh menerima apa yang dilihatnya tadi.
Petang tadi selepas dia mahu bergerak pulang bertemu Zara, dia ternampak pula gerangan seorang lelaki di rumah pak ciknya itu membawa sesuatu di tangan.
Dia yang sempat memerhati mahu tahu juga siapa gerangan lelaki itu, nampak seperti mesra saja mereka semua di pangkin itu. Dia yang seperti tidak puas hati sempat berfikir yang bukan-bukan pula.
"Tunggu aku Zara..Aku cintakan kau Zara..!"
Teriak Zamri lagi, tangannya mencengkam erat rambutnya seperti menangis di situ, pak cik Hashim yang baru pulang dari masjid ternampak pula keadaan Zamri yang seperti orang tidak betul.
"Kamu dah kenapa Zam?. Apa kena dengan kamu ni, kenapa balik sini?. Patutlah si Ain, bini kamu tu tanya aku kamu ke mana. Kenapa tak balik rumah kamu..?"
Bertalu-talu soalan keluar dari mulut pak Hashim pada anak tunggalnya itu, sejak akhir-akhir ini perangai Zamri pelik sangat di matanya.
"Buat apa Zam nak balik yah..Kalau hari-hari si Ain tu membebel saja tak kira masa, dia ingat dia siapa. Apa yang Zam buat semuanya tak kena pada mata dia, Zam ni suami dia tau Yah bukan adik dia."
Marah Zamri menceritakan perilaku Isterinya pada ayahnya yang duduk memandang dirinya.
"Dah tu kamu nak suruh ayah buat apa?, masuk campur pula. Kamu tu dah besar kamu fikirlah mana yang betul, takkan tu pun tak boleh nak fikir."
Marah Encik Hashim pada anak lelakinya itu, anaknya itu seperti tiada pendirian pula.
"Kalau ikut hati Zam dah lama Zam tinggalkan dia tu, ni semua sebab ayahlah..Kenapa jodohkan Zam dengan dia?, ayah tahu sendiri yang Zam ni sayangkan Zara. Dah berapa kali Zam cakap dengan ayah, tapi ayah tak fikir pun perasaan Zam..!"
Marah Zamri pada ayahnya pula.
Zara..Zara..Zara...!"
"Tak habis-habis dengan budak tu, kau nak apa lagi simpan perasaan pada budak tak betul akhlak tu hah. Nak dijadikan bini buat apa kalau dah perangai macam tu, tak sanggup lah aku..!"
Tengking encik Hashim lagi bila nama Zara disebut-sebut.
"Yang nak kahwinnya Zam lah bukan ayah, Zam tak kira sama ada ayah suka ke tak. Zam tetap nak kahwin dengan Zara, Zam sayangkan Zara dan Zam tak sanggup tengok orang lain dengan Zara.."
"Tolonglah ayah..Pinangkan Zara untuk Zam, sebelum ada orang lain yang ambil Zara dari Zam ayah."
"Zam tak sanggup nak kecewa sekali lagi, Zam sanggup buat apa saja untuk dapatkan Zara ayah..!"
Teriak Zamri seperti orang tak betul di situ, kaki ayahnya dipegang-pegang tanda memohon ehsan dengan lelaki separuh abad itu.
"Kau jangan nak gila lah Zam, aku tak suka kamu tahu..! Lagipun buat apa?, dia dah ada suami. Dah ada kehidupan dia, kamu nak kacau buat apa?."
"Tak nampak bodoh ke cara kamu macam tu, kamu tu cikgu takkan tak boleh nak fikir cerdik sikit benda yang macam ni."
Zamri yang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ayahnya sudah bangun berdiri menatap tajam lelaki tua itu, dia memegang leher ayahnya dan ditolak ke dinding.
Ibunya yang baru keluar dari bilik terdengar suaminya menengking terus keluar. Dia tiba-tiba terjerit pula bila suaminya diperlakukan begitu oleh anaknya sendiri.
"Dengar sini ayah, kalau aku tak boleh dapat apa yang aku nak. Orang lain pun takkan boleh dapatlah ayah, esok aku nak kau pergi pinangkan Zara untuk aku."
"Lagipun dia dah bercerai lah ayah..! Kalau pasal kandungan dia tu aku tahu apa yang aku nak buat, lebih cepat pula untuk aku dapatkan dia kan."
Beritahu Zamri tersenyum seperti orang yang dah tak betul, pada bayangannya kini hanya muka Zara yang dilihatnya.
Ayahnya ditolak jatuh ke bawah dan Zamri membuka laci meja milik ayahnya seraya mengambil sebilah pisau, dia terus mengacukan pisau ditangannya itu pada ayahnya.
"Ingat ayah..Esok aku nak ayah pergi rumah Pak cik Halim pinangkan Zara..!"
"Tak..tak..Bukan pinang..! Aku nak kahwin terus lah dengan dia..!"
"Sekarang ni aku nak kau jangan keluar pun dari rumah ni. Kalau kau tak nak pisau ni makan tuan dia sendiri, kau cubalah..!"
"Pergi..! Masuk dalam bilik tu..!"
Encik Hashim yang terketar-ketar dengan perilaku gila anaknya itu sudah tidak mampu berbuat apa-apa, sampai begitu sekali Zamri mendapat tekanan dalam hidupnya.
"Selamatkanlah semuanya ya allah, ampunilah segala dosa aku dan anak aku ya allah."
Bisik encik Hashim di dalam hatinya seraya air matanya tidak berhenti-henti mengalir di pipi.
Zamri menyandar di pintu utama rumahnya dalam keadaan dirinya seperti sudah tak betul, selama ini dia terlalu tertekan dengan hidupnya.
Apa yang ingin dimiliki dahulu pun sudah terlepas begitu, sekarang dia tekad mahu dapatkan semula apa yang diinginkan olehnya.
"Kau tunggu sikit je lagi Zara..Nanti kita akan hidup bersama, aku akan bawa kau jauh dari muka-muka hina yang halang hubungan kita ni. Aku janji aku akan bahagiakan kau sayang.."
Airmatanya menitik dipipi dan dia hanya tersenyum gembira menunggu hari esok.
Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_
Share this novel