"Abang..Dari tadi abang diam saja bang. Tadi masa di perhentian bas, abang tak jamah pun makanan abang. Abang tak sihat ke bang.?"
Tanya puan Aini yang risau dengan keadaan suaminya yang tampak lesu di situ. Encik Halim hanya menggelengkan kepala seraya memejamkan matanya tanda tidak mahu berkata apa-apa.
Setelah beberapa jam mereka berdua berada di dalam bas untuk sampai ke kampung, akhirnya mereka tiba jua di kampung.
Mereka mengambil kereta sewa untuk pulang ke rumah berdua dan sesudah sampai di rumah, dua orang lelaki sedang berdiri di depan rumah menunggu mereka berdua.
Tidak lain tidak bukan adalah Zamri dan ayahnya encik Hashim.
"Ha, bang Hashim kenapa bang?."
Tanya encik Halim seraya keluar dari kereta sewa dan mendekati mereka.
"Ha, baguslah kau dah balik. Dah berapa kali aku memanggil tak ada yang keluar."
Beritahu Encik Hashim tidak mesra seperti dulu.
"Ada apa bang?, kenapa cari saya?. Ada masalah apa lagi bang?. Kut ye pun naiklah dulu bang."
Beritahu encik Halim lagi.
"Dahh..dah, tak payah nak naik-naik dah. Aku nak pergi tempat lain pula dengan Zamri ni. Aku nak cepat.!"
Beritahunya lagi dengan megah disitu.
"Ada apa bang.? Beritahu lah." Encik Halim menunggu ucapan dari abangnya itu dengan sabar.
"Ni.. Aku nak kau bayar lah balik duit yang aku bagi kat anak kau tiap bulan tu masa dia belajar dulu."
"Aku nak kasi si Zam ni, buat tambah sedikit sebanyak untuk kahwin dia pula nanti. Aku dah cari jodoh lain dah dekat dia."
"Apa yang abang cakap ni?. Bukan abang cakap abang yang nak beri pada Zara. Bukan macam tu?, Kenapa abang minta balik macam ni.?."
Tanya encik Halim terkejut dengan permintaan abangnya yang sudah melampau itu.
"Ye lah..Buat apa aku nak laburkan duit aku untuk gadis macam tu kalau tiada hasil, membazir saja duit aku kalau aku tahu jadi sampai macam ni."
Katanya lagi seperti menghina Zara di depan kedua orang tuanya.
"Sampai hati bang Hashim cakap macam tu. Kita dah macam keluarga dah bang, lagi pun dulu bang Halim tak ada pun minta bang Hashim untuk buat begitu. Tapi, abang yang nak tolong kan."
Marah Puan Aini yang geram dengan sikap abang iparnya itu.
"Berapa bang?."
Tanya encik Halim sendu sambil melarang isterinya untuk berbicara.
"Tak banyak pun, dalam RM 50 Ribu saja Lim. Tu pun aku dah tolak separuh, ye lah si Zara tu pun anak saudara aku juga. Takkan lah aku sanggup minta balik semua, ye tak."
Beritahunya lagi sambil menyilang kedua tangannya melihat mereka. Zamri hanya diam membisu malas untuk berbicara apa-apa.
"Tapi kan bang Hashim, banyak tu dan..."
Kata Puan Aini lagi namun, dihentikan suaminya untuk berhenti bercakap buat kali kedua.
"Sudah-sudah.., aku tak nak cakap banyak. Aku bagi tempoh sebulan lah untuk kau selesaikan hutang tu. Dah Zam, jom..! Buang masa je tunggu lama-lama.."
Mereka berlalu pergi begitu saja meninggalkan mereka berdua dalam kedukaan dengan hutang yang tiba-tiba ada. Perkara itu merungsingkan puan Aini yang sudah pening memikirkan semua itu.
"Abang..! Macam mana ni bang. Mana kita nak kumpul duit banyak tu bang. Kita bukannya orang senang macam dia, nak kumpul duit dalam masa sebulan tu susah bang."
Puan Aini menangis di samping suaminya yang juga menunduk memikirkan masalah itu. Satu demi satu masalah muncul dalam hidup mereka saat ini.
•••
Zara dan Ziyad sudah sampai di rumah. Zara yang baru keluar dari kereta masih mengamati rumah yang bakal diduduki olehnya. Rumah itu mengingatkan dia tentang bagaimana mereka berdua ditangkap basah bersama ketika itu.
Zara yang tersedar waktu itu melihat keadaan dirinya sudah berada di rumah lelaki itu. Waktu itu Ziyad yang sudah tanpa berbaju menatapnya bersama dengan yang lain dan mereka ditangkap bersama di rumah itu.
"Kau termenung apa lagi.?, Ni beg kau, siapa nak angkat.?"
"Angkatlah!, aku bukan kuli kau kat sini."
Marah Ziyad yang melihat gadis itu masih termenung melihat rumah itu. Dia tahu gadis itu masih memikirkan kejadia yang berlaku di rumah itu.
Zara yang terkejut dengan tengkingan lelaki itu segera mengambil begnya untuk dibawa masuk.
"Bilik aku?"
Tanya Zara yang buntu untuk pergi ke mana dan dari tadi jantungnya berdebar-debar di situ.
"Bilik kau?. Hello cik Zara, kau jangan nak perasan ada bilik sendiri boleh."
"Aku rasa kau dah tak bermimpi, kau tu isteri aku. Tempat kau di bilik aku.!
"Naik atas lah.!"
Marah Ziyad apabila pertanyaan Zara itu agak tidak rasional pada telinganya. Dia tidak mahu gadis itu berjauhan darinya, yang penting dia boleh selalu melihat gadis itu di depannya.
Zara dibiarkan sahaja untuk mengangkat sendiri begnya naik ke tingkat atas. Hanya satu bilik tidur sahaja di tingkat itu, yang lain adalah pejabat peribadi dan ruang rehat saja.
"Aku tak nak ada sepah-sepah dalam bilik aku, aku tak suka. Tandas tu pun aku tak suka bau busuk, kalau kau rasa kau tu busuk sangat. Kau mandi kat bawah.!"
Pesan Ziyad yang sengaja mahu menyeksa gadis itu dengan perlakuannya. Zara yang mendengar hanya mengangguk kan saja pesanan lelaki itu. Walau macam mana pun, dia tetap dianggap menumpang di rumah mewah itu.
"Eh, kau dengar tak.! Yang kau termenung macam orang bodoh tu kenapa. Dah tuli?."
Zara yang sedikit terkejut itu cepat-cepat menguruskan pakaiannya. Ziyad terus turun ke bawah meninggalkan gadis itu sendirian.
Walaupun masih ada tiga bilik kosong di tingkat bawah, dia tidak mahu gadis itu menggunakannya.
Malam semakin menghampiri Zara yang sudah pun siap mandi di tingkat bawah terpaksa naik ke atas dengan hanya memakai tuala.
Dia terlupa untuk mengambil baju-bajunya yang sudah disiapkan untuk dibawa turun bersama. Jadi, dia bergegas naik untuk mendapatkannya.
Pintu dibuka perlahan-lahan untuk melihat gerangan lelaki itu di situ.
"Tiada".
Getusnnya di dalam hati.
Dia terus masuk ke dalam untuk mengambil pakaiannya dan mahu kembali ke bawah untuk turun. Dia masih tidak selesa untuk memakai pakaiannya di bilik itu.
Seraya dia kembali membuka pintu, Ziyad sudah pun berdiri bersama buku di tangannya untuk masuk ke dalam bilik itu.
Zara yang sudah terkejut dengan kemunculan lelaki itu yang tiba-tiba saja ada disitu terus menutup badannya yang terdedah.
Disebabkan dia gelabah, baju di tangannya sudah pun jatuh ke lantai. Nasib baiklah tualanya tidak melorot ke bawah kerana sempat dipegangnya dengan erat.
Ziyad terus masuk ke dalam dan menyepak baju gadis itu ke tepi seraya mendekati Zara yang berundur mendekat ke dinding.
Buku di tangannya juga dilepaskan ke bawah, seraya matanya yang tajam melihat ke seluruh tubuh gadis itu.
Zara yang ketakutan mengelakkan diri untuk keluar dari bilik itu. Jantungnya berdegup kencang saat ini, mata lelaki itu tidak lepas memandang dirinya seperti dirasuk.
Tangannya digenggam kemas apabila dia cuba untuk pergi dari situ. Dia ditolak kembali ke dinding dan satu tanganya diangkat ke atas dengan kasar. Tangannya yang satu lagi memegang erat tuala mandi yang hanya menutupi tubuhnya itu.
Dagu Zara dicengkam kemas pula di situ tidak dapat mengelak.
"Kau nak malu kenapa. Bukan malam tu mudah je kau goda aku, takkan dah insaf?.
"Kalau kau nak tahu, perempuan macam kau ni bersepah lah kat luar tu. Aku tengok kau pun aku dah rasa kotor kau tahu tak?.
Beritahu Ziyad yang memandang sinis gadis itu. Cengkaman itu dilepaskan dan dia segera mengambil bukunya menuju ke katil. Walaupun hatinya sudah bergelojak mahukan gadis itu, dia tetap manahannya.
"Kalau kau dah tahu aku ni perempuan kotor, kenapa kau buat aku macam ni."
"Kenapa kau masih lagi nak peristerikan aku. Aku tak pernah minta pun lah kau bertanggungjawab untuk kahwin dengan aku."
"Lelaki pendusta macam kau ni lah yang telah menghancurkan hidup aku dan aku akan ingat sampai bila-bila lah."
Balas Zara apabila dihina sebegitu sekali oleh lelaki itu, perasaan benci itu betul-betul dah melekat dalam hatinya untuk lelaki itu.
"Pendusta?. Aku pendusta dan kau pula apa.."
"Perempuan suci yang teraniaya ke?. Eh, kau sedar tak yang kau cakap dengan siapa sekarang ni."
"Kau jangan nak pandang diri kau suci lah kalau kau sendiri pun dah macam perempuan lorong, takkan kau tak ingat cik Zara?"
Beritahu Ziyad lagi yang masih lagi berbohong, dia sudah tak boleh bersabar dengan kata-kata gadis itu padanya.
"Kenapa?. Tak puas hati bila aku cakap kau macam tu. Come on lah cuba kau cermin diri kau tu dulu. Kau sebenarnya memang tak layak pun nak jadi isteri aku.
Sambungnya lagi seraya mendekati gadis itu kembali.
Zara yang tidak mahu menghiraukan kata-kata lelaki itu segera mendapatkan bajunya dan terus saja mahu keluar dari bilik itu.
Kata-kata pendusta dari lelaki itu sudah lali didengar di telinga nya. Jadi, kali ini dia tidak mahu menghiraukannya lagi. Lebih baik dia uruskan diri dia dahulu. Ziyad yang geram dengan sikap selamba gadis itu menghalangnya dan menarik rambut gadis itu untuk memandangnya.
"Kalau aku tengah bercakap, kau jangan nak buat bodoh boleh?."
"Kau sedar lah diri kau sikit, kau tu isteri aku. Apa-apa pun kau kena dengar cakap akulah, perempuan.!"
Marah Ziyad lagi bila tidak diendahkan begitu.
"Kenapa.! Kau rasa macam orang bodoh ke bila aku buat macam tu?."
"Nak suruh aku dengar semua penghinaan dan pembohongan kau tu. Aku bukan patunglah encik Ziyad dan aku bukan perempuan macam tu."
"Kenapa encik Ziyad, kenapa kau setuju sangat untuk memperisterikan perempuan kotor macam aku ni, kenapa hah?."
Tengking Zara yang sudah tidak dapat bersabar lagi seraya melepaskan perlakuan kasar lelaki bengis di hadapannya itu.
"Kenapa?. Sebab kau tu adalah alat untuk aku tutup semua aib yang kau dah timbulkan untuk keluarga aku."
"Kau tahu kenapa?. Disebabkan perempuan kotor macam kau ni lah reputasi aku dah tercemar di ZNE Holding."
"Kau patut bersyukur aku nak kahwin dengan kau, apa kau ingat ada jantan lain ke nak kan kau bila dia tahu kisah silam kau ni?."
"Kau dah tak boleh lari lagi Zara, hidup kau ada dalam tangan aku dan sampai kau mati pun kau adalah hak aku."
Balas Ziyad seraya menolak kepala gadis di hadapannya. Yang penting dia merasa puas dengan semua itu.
"Kenapa lelaki macam kau ni perlu hadir dalam hidup aku hah.!"
"Lelaki yang tak berperikemanusian macam kau ni tak patut lahir pun dalam dunia ni. Tahu tak.?"
"Lelaki pendusta dan jahat macam kau ni tak layak pun untuk lahir dari rahim seorang wanita, sebab apa?."
"Sebab maruah dan martabat seorang wanita kau hanya campak je seperti najis. Jadi, aku rasa ibu kau pun adalah wanita malang yang melahirkan zuriat seperti kau ni.!"
Marah Zara apabila diperlakukan seperti itu oleh lelaki bengis itu.
"Pppapp"
Satu tamparan kuat telah singgah di muka gadis itu. Rambut Zara dicengkam dan dia ditolak kuat tanpa belas kasihan oleh lelaki yang sudah baran itu.
Hantukkan dari tolakan di dinding itu juga telah membuatkan Zara pening dan terjatuh longlai di situ.
"Apa kau cakap?, Berani kau hina dan cakap mama aku wanita malang."
"Eh Perempuan..!, wanita malang tu lah yang lahirkan aku untuk aku tengok sendiri wajah-wajah yang terlajak suci macam kau ni."
"Kau ni memang perempuan yang tak pernah bersyukur tahu tak.! Kalau buka disebabkan aku tolong kau malam tu, aku rasa hidup aku takkan jadi macam ni."
"Dan kau ingat ni, aku rasa kau tak layak pun nak samakan mama aku dengan perempuan-perempuan jijik macam kau ni.!".
"Sebab korang memang tak sama. Kau faham tak..!"
Ziyad terus mengamuk tidak dapat mengawal diri apabila mamanya turut dihina dalam percakapan gadis itu.
Mahu saja dia menumbuk-numbuk mulut lancang gadis itu. Zara yang merasa tidak berdaya untuk bangun merebahkan dirinya di sudut dinding itu dalam kesejukkan.
Dahinya juga berlumuran darah akibat dari hantukkan yang kuat itu. Ziyad menghampiri gadis itu dan mencengkam dagunya lagi.
"Ini baru sikit kau tahu tak, eh lepas ni tempat tidur kau adalah di tepi dinding ni.
Barang-barang kau tu kau jangan nak letak kat tempat aku, aku tak nak kongsi dengan perempuan busuk macam kau ni.!"
Dia terus meninggalkan Zara disitu dan naik ke katilnya untuk tidur. Ziyad hanya memperhatikan gadis itu dari jauh.
Baju Zara dilemparkan tepat di sudut dinding tempat gadis itu pitam.
Dia hanya membiarkan sahaja gadis itu tanpa belas kasihan. Dia merasa sedikit puas boleh memperlakukan gadis itu sesuka hatinya.
"Biar duka ini kuterima sendiri
Meski pun perit perlu kuharungi
Biarlah kurawat luka ini
Biarlah ku simpan semua ini
Meski cerita kita tak seindah mimpi
Setitik luka dihati telah kau isi
Biarlah menjadi titik hitam yang akan
mekar disini."
_Zara
•••
Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi, Zara yang kesejukkan tersedar dari tidurnya di lantai. Luka di dahi dipegang dan tampak agak kering. Setelah diperlakukan dengan kejam oleh lelaki itu, dia lemah untuk berdiri saat ini.
Dengan tenaga yang dia ada, dia gagahkan diri juga untuk bangun mandi dan solat subuh. Dia tidak berani untuk mengejutkan lelaki itu dan terus turun ke bawah membawa kain solat dan perkakas lain.
Zara yang bertafakur di atas sejadah memohon kepada tuhan agar dimudahkan segala urusannya. Dia tahu, ini adalah ujian yang paling berat yang perlu ditanggung saat ini.
Jika keimanannya berkurang, mungkin sudah lama dia menghabiskan begitu sahaja sisa hidupnya dengan membunuh diri.
Namun, hidup dan mati itu adalah ditangan Allah. Dia tidak mahu menyia-nyiakannya walaupun banyak tekanan dan dugaan yang perlu ditanggungnya.
"Zaraa.!"
"Mana baju aku hah?. Kau siapkan baju aku sekarang. Cepatlah."
Satu pekikkan dari tingkat atas mengejutkan Zara seketika. Dia bergegas berlari untuk naik ke tingkat atas untuk menyiapkan keperluan lelaki itu.
Waktu dia masuk ke dalam bilik, Ziyad masih di dalam tandas sedang mandi jadi, dia segera membuka almari dan menyiapkan segalanya. Setelah itu, dia turun ke bawah untuk menghidangkan sarapan pagi pula untuk lelaki itu.
Tiada satu pun makanan yang ada di rumah itu, dia buntu kala ini untuk menyediakan makanan apa untuk lelaki itu.
Jam menunjukkan pukul 9 pagi, Ziyad yang sudah siap mengenakan baju kemejanya turun ke bawah dan bergegas untuk pergi ke ZNE Holding hari ini.
Disebabkan banyak urusan yang telah ditinggalkannya kebelakangan ini, jadi dia perlu uruskan segera.
"Tak ada satu pun barang dapur dalam rumah ni. Jadi, aku tak masak apa-apa pun untuk kau."
Ziyad yang sudah mengetahui perkara itu berbalik kembali kepada gadis itu.
"So..?. Kau nak aku pergi beli ke?. Ni.!.Kau ambil kad ni, kau pandai-pandailah nak settle barang kat dapur tu. Aku tak ada masa tahu tak."
Beritahu Ziyad lalu meninggalkan Zara begitu sahaja. Sebelum pergi, dia sempat memperhatikan luka di dahi gadis itu semasa Zara menunduk bila dia melemparkan kad untuk Zara berbelanja keperluan dapur.
Zara mengutip kad di kaki dan bersiap untuk keluar berbelanja di luar. Walaupun kehidupannya tidak seindah cerita dongeng, dia perlu kuat dan berdikari untuk teruskan kehidupan.
Genap setahun hubungan mereka telah berlalu begitu sahaja, perkahwinan antara mereka bagaikan seperti seorang majikan dengan pembantu rumah.
Setiap hari Zara tak lupa untuk menunaikan kewajipannya sebagai seorang isteri. Sebelum dia berangkat ke tempat kerja, semua keperluan Ziyad akan diutamakan terlebih dahulu barulah dia akan bersiap untuk dirinya pula.
"Zara.! Mana stokin aku hah?, aku letak elok-elok kat sini kau bawa pergi mana pula?."
Laung Ziyad yang mencari-cari stokinnya itu. Zara yang hampir siap itu terus turun ke bawah bersama begnya menghampiri lelaki itu.
"Stokin semalam sayabdah basuh, encik pakai yang ni."
Beritahu Zara dengan gugup. Setelah itu dia terus mencapai stokin di tangan dengan kasar dan memakainya.
Zara hanya memerhati sahaja tingkah suaminya itu tanpa berkata apa-apa.
"Kau pandang apa?, Tak puas hati?."
Tanya Ziyad seraya melihat gadis itu dari tadi memerhatikan dirinya. Zara hanya menggelengkan kepalanya dan terus memberanikan diri mendekati Ziyad apabila lelaki itu bangun dari duduknya.
Tali leher yang agak senget dipakai lelaki itu terus dibetulkannya. Disebabkan Ziyad terlampau tinggi, dia menaikkan sedikit badannya untuk memudahkannya membetulkan tali leher itu.
Ziyad yang terkejut dengan perlakuan gadis itu memerhatikan sahaja wajah mulus gadis itu yang tidak pernah leka menguruskan dirinya. Perasaan sayang sudah lama muncul dalam hatinya, tapi dia tidak mahu dilihat sama sekali oleh gadis itu.
Buat kali pertama di alam perkahwinan mereka, mata mereka berdua tiba-tiba bertaut agak lama. Jantung masing-masing sudah berdetak agak laju dan mereka sama-sama mengalihkan pandangan mereka ke tempat lain.
Ziyad sebenarnya cukup terpesona melihat kecantikan isterinya itu. Penampilan gadis itu yang tidak menjolok mata sangat cantik untuk ditatap walaupun hampir setiap hari gadis itu ada di depan matanya.
"Ni nafkah aku untuk kau bulan ni dan ini untuk keperluan dapur."
Ziyad mengeluarkan dompetnya dan menyerahkan duit kepada Zara. Zara hanya mengangguk dan mengambilnya sahaja tanpa berkata apa-apa.
"Saya pergi dulu, nanti lewat pula saya sampai. Assalamualaikum."
Zara bergegas keluar dari rumah itu untuk segera ke perhentian bas yang berdekatan. Ziyad hanya memerhatikan sahaja tingkah kalut gadis itu yang meninggalkannya di situ.
Jam menunjukkan pukul 9.35 pagi, Zara yang duduk di bangku menunggu ketibaan bas itu termenung seketika. Jantungnya yang dari tadi berdegup tidak henti-henti pula kali ini.
Wajah tampan lelaki tadi ditatap lama, walaupun hubungan mereka berdua sangat dingin. Ziyad tidak pernah melupakan nafkahnya sebagai suami kepadanya.
Semua keperluan diberikan saja tanpa perlu diminta, separuh dari gaji yang diterima Zara setiap bulan akan ditransfer kepada keluarganya di kampung kerana keperluannya di sini sudah mencukupi.
Kebenciannya pada Ziyad masih pada paras yang sama dan panas baran lelaki itu padanya juga semakin hari semakin menjadi-jadi pula.
Perlakuannya juga di pejabat sangat tegas tidak seperti dulu, Zara masih teringat bagaimana dia diperlakukan kasar oleh lelaki itu.
"Aku nak kau check balik semua fail ni..! Report apa macam ni hah?, Kau tak rujuk sesiapa ke buat report ni.?"
"Aku tak kira..! Kau buat balik semua ni, kau check sampai betul dulu baru kau hantar pada aku..! Faham tak."
Marah Ziyad sambil melempar fail itu berselerakan di atas lantai.
"Tapi saya dah banyak kali check dan rujuk pada Siti. Everything is okay.!"
Beritahu Zara membela diri dan terkadang dia naik angin dengan sikap bossnya itu.
"Tak sekarang ni aku boss ke kau yang boss?, Kalau aku nak yang baru, kau buat jelah.! Kau ingat kau ada share ke dalam company ni hah?."
Maras Ziyad sambil laju dia mendekati gadis degil di depannya itu.
"Satu lagi, lepas ni aku nak kau panggil aku encik Ziyad. Aku tak nak orang tahu aku ada pertalian dengan kau."
"Kau tak layak tahu tak nak ada title isteri aku kat sini, ke kau memang sengaja nak suruh semua orang tahu benda ni?. Kau jangan nak mimpi boleh.!"
Sambung Ziyad lagi sambil mencengkam muka gadis itu. Zara hanya mengangguk faham tanpa mengucapkan sepatah kata pun.
Kalau itu yang lelaki itu mahukan, dia pun tak sudi dianggap isteri oleh lelaki seperti itu.
Hon dari bas mengejutkan Zara dari lamunannya, dia bergegas bangun untuk naik dan berangkat ke tempat kerja.
Sejak berkahwin dengan lelaki itu, tidak sekalipun Zara diundang untuk pergi bersamanya apatah lagi mahu duduk berdua dengannya.
Di persimpangan jalan, kereta Ziyad melalui kawasan perhentian bas tersebut. Dia menunggu seketika di pinggir jalan untuk melihat gadis itu pergi barulah dia akan pergi dari situ.
Pandangannya tertatap pada wajah gadis itu yang nampak agak sugul sahaja. Dalam ketermenungan itu tersimpan begitu banyak duka oleh gadis itu.
Dan disebalik wajah tenang itu jugalah dia melihat gadis itu tidak pernah terkesan pun dengan perkataan caci maki yang keluar dari mulutnya.
Terkadang dia merasa agak kasihan dengan gadis itu, tetapi disebabkan ego yang menguasainya. Dia tidak mahu berterus terang dengan gadis itu, dia takut Zara akan meninggalkan dirinya jika semuanya terbongkar.
Telefon di sebelah dicapai, nombor Siti pembantu pribadinya di dail dengan cepat.
"Hello Siti, appointment i pagi ni you tukar ke waktu petang. I nak pergi tempat lain dulu, petang nanti i datang."
Beritahu Ziyad kepada Siti itu.
"Tapi Encik, pagi ni ada meeting penting bersama CEO dan semua ketua department. Encik perlu hadir sebab ada perbincangan penting mengenai persepakatan bersama satu Syarikat dengan kita."
Ziyad diam seketika memikirkan sesuatu.
"I memang ada janji kat luar hari ni. Ermm..Macam ni, you tolong inform Zara gantikan tempat i untuk meeting tu. Anything, just text me via whatsapp okay."
"Baik Encik.!" Kata Siti memahami arahan itu.
•••
"Apa lagi ni babe, you pagi-pagi dah ganggu i macam ni. I'm busy tahu tak, kejap lagi i ada meeting lagi ni. Cakaplah."
Beritahu Zahir yang sedang menyemak beberapa document sebelum dia masuk ke dalam bilik meeting sekejap lagi. Telefon yang masih di telinga dipegang sambil membaca beberapa document.
Tetamu istimewa yang akan bergabung juga dalam Syarikat ini akan turut serta dalam meeting pagi ini. Disebabkan itu lah dia sedikit kalut.
"Omg biy..! We have a problem, you know what.! Ni semua sebab you tahu tak, sebab sikap gelojoh you lah i yang kena tanggung benda ni tahu tak."
Marah Tania membebel di hujung Talian.
"You kenapa ni hah Tania. Problem apa lagi kali ni.? Just straight to the point boleh tak, what is it.?
Marah Zahir dengan percakapan yang kurang jelas di mulut gadis itu.
"I'm pregnant tahu tak.! I tak kira, you must be responsible about this."
Beritahu Tania yang gelisah memikirkan masalah itu. Zahir yang buntu kala ini tidak dapat berfikir dengan tenang mengepalkan tangannya beberapa kali.
"Okay, macam ni babe. Nanti i call you back boleh?. Let me settle the meeting first then I settle it later with you."
Beritahu Zahir menenangkan gadis kalut itu. Setelah itu, dia mematikan talian begitu sahaja.
Dia menenangkan diri di sofa sambil memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah itu. Setelah itu, pintu diketuk dari arah luar mengejutkannya seketika.
"Come in..!"
Arahnya kepada orang di balik pintu itu. Apabila pintu dibuka, gadis yang sudah lama tidak dilihatnya itu muncul dari luar pintu itu untuk masuk ke dalam.
Zahir yang masih terpesona dengan kecantikkan gadis itu terkejut dengan kehadirannya disitu.
Gadis itu telah menggetarkan jiwanya seketika membuatkan dirinya terus bangun dari kerusi.
"Zara..!"
Zara yang agak ketakutan itu memberanikan dirinya juga bagi menghantar beberapa dokumen bagi wakil departmentnya.
Disebabkan dia diarah untuk menggantikan Ziyad untuk meeting itu, dia terpaksa bertemu muka dengan lelaki yang cuba merosakkan maruah nya dulu.
"Saya cuma nak hantar dokumen ni untuk meeting nanti. Saya pergi dulu."
Zara berbalik untuk terus pergi dari situ menuju ke bilik meeting.
"Sombong you sekarang kan sayang. Kalau bukan disebabkan i, you takkan rasa hidup mewah dengan Yad tau."
"I tak sangka Yad akan dapat you dulu, but don't worry. I terima je bekas orang, asalkan perempuan tu you."
Zahir mengelilingi gadis di depan matanya sambil tidak lepas memandang seluruh tubuh Zara itu. Zara yang memerhati menatap marah lelaki di hadapannya itu.
Dia yang sudah tidak sedap hati bergegas mahu keluar dari situ. Namun, tangannya segera ditarik kuat oleh lelaki itu.
Zahir yang sudah lama menginginkan tubuh milik Zara itu memeluk erat gadis itu dari belakang. Ciuman di badan gadis itu membuatkan Zara meronta mahu melepaskan diri.
Satu tamparan kuat singgah di pipi lelaki tak guna itu. Pijakan dari kasut tumitnya juga turut dilepaskan di kaki lelaki miang itu dengan kekuatan yang dia ada. Setelah itu, Zahir ditolak kuat sehingga jatuh ke belakang.
"Kau jangan ingat dengan jawatan yang kau ada ni, kau boleh buat sesuka hati pun pada aku."
"Selagi aku masih lagi boleh bersabar dengan perbuatan keji kau ni, baik kau jauhkan diri kau daripada aku. Lelaki miang macam kau ni patutnya humban je ikut tingkap tinggi tu."
Sekali lagi sepakan keras dilepaskan pada kaki lelaki itu bila dia sudah duduk memegang kakinya yang sakit dipijak kasut bertumit Zara.
Setelah itu, Zara terus berlalu pergi dari situ dengan perasaan yang marah.
"Okay fine Zara, kau main kasar ye. Tak pe, aku memang suka perempuan ganas macam kau ni. Kau tunggu nasib kau nanti."
Zahir tersenyum sendiri sambil menggosok pipinya yang ditampar tadi. Dia berdiri dan membawa semua fail ditangan untuk masuk ke bilik meeting sambil menunggu tetamu tiba.
"Lelaki binatang..! Kau jangan ingat aku akan diamkan diri saja. Suatu hari, perbuatan terkutuk kau tu akan terbongkar juga nanti."
Marah Zara yang masuk ke tandas dengan melepaskan geramnya itu.
Air matanya disapu dengan serta merta tanda dirinya perlu bertahan lagi kini. Perlecehan yang dibuat lelaki berjawatan tinggi itu sepatutnya dilaporkan sahaja.
Namun, dia tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk dikemukakan. Selagi dirinya masih boleh bersabar, dia hanya akan mempertahankan dirinya sahaja.
Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_
Share this novel