LSH BAB 34

Romance Completed 14934

Di ZNE Holding sekarang ini Jason yang masih berurusan dengan Zahir mengenai beberapa projek yang terbengkalai akhir-akhir ini sedang membincangkan penyelesaian untuk itu.

Biasanya masalah ini tidak akan berlaku, tetapi ketiadaan Ziyad menguruskan semua itu telah memberi kesan pada ZNE Holding.

Setelah tamat perbincangan itu, Zahir terus menarik tangan Jason untuk memandang dirinya. Ada sesuatu yang masih terbuku yang perlu diucapkan kepada lelaki itu, dia tahu dia tidak patut pun berbuat begitu.

Tetapi keadaan betul-betul telah memaksa dirinya dan kali ini dan dia betul-betul ingin memohon pada lelaki itu.

"Yes Hir..Kenapa? Ada apa-apa lagi ke Hir?."

Zahir yang menyuruh Jason untuk duduk kembali mengangguk laju, ada sesuatu yang ingin diperkatakan olehnya.

"Hir tahu Jason, bukan mudah untuk Hir merayu macam ni tapi Hir betul-betul perlukan pertolongan dari Jason."

Beritahu Zahir lagi serba salah disitu.

"Cakap je Hir..Kalau i boleh tolong i akan buat, just tell me."

Menunduk Zahir seketika dan setelah itu dia kembali memandang muka Jason.

"Pasal abang Yad.."

Jason yang mendengar terus bangun dari duduknya itu, dia sendiri tahu yang dia tak sepatutnya memberi ruang pada keluarga itu lebih-lebih lagi pada bekas suami Zara.

Cukuplah Zara tersiksa dengan semua yang terjadi dalam hidup dia, kenapa perlu lagi gadis itu merasa lagi semua itu. Dia sendiri pun sudah tak sanggup melihat penderitaan gadis itu untuk kesekian kali.

"Hir tahu yang Hir ni melampau Jason, tapi berilah peluang pada abang Yad. Setidaknya berilah peluang untuk dia berbicara dengan kak Zara."

"Hir dah tak sanggup nak tengok derita yang dia tanggung dalam hidup dia, hari-hari dia mengucapkan kata maaf pada kak Zara."

"Hir takut dia akan jadi lebih teruk lagi menanggung rasa bersalah itu, lagi pun Hir dapat rasa yang Jason tahu keberadaan kak Zara kan."

"Tolonglah Hir merayu pada Jason.. Kalau Jason tak percaya sekali pun, Jason ikutlah Hir ni."

"Jason tengoklah sendiri keadaan dia, dia dah tak macam dulu. Dia dah jadi orang lain, macam dah tak betul dah Hir tengok abang Hir tu."

Jason yang mendengar hanya mengangguk setuju untuk melihat sendiri keadaan lelaki itu, sebenarnya dia pun tak sampai hati melihat kedua-dua pasangan itu hancur disebabkan khianat orang.

Memang betul masa tidak boleh diundur tapi kasih sayang tidak boleh dipadam begitu saja.

Dia tidaklah sampai tergamak nak hancurkan kebahagiaan orang untuk kepentingan diri dia, dia bukanlah lelaki macam tu.

Lagipun dia sendiri tidak tahu apa perasaan Zara terhadap dirinya.

Di rumah Ziyad sekarang ini, Jason dan Zahir sudah pun masuk ke rumah itu. Keadaan rumah itu pun sudah sunyi sekali, bibik Aminah yang melihat mereka berdua hanya menunjukkan isyarat tentang keberadaan Ziyad di mana.

Pintu bilik dibuka, Ziyad yang masih melihat ke luar tingkap memegang erat baju Zara. Dia masih lagi menangis dalam kehampaan, sesekali tekanan yang datang dalam hidup dia tu membuatkan dia merasa sakit yang sangat di bahagian kepalanya.

Mukanya sudah cengkung sekali tidak seperti dulu, wajahnya pucat sudah tidak bermaya. Hanya tangisan saja yang menemani hari-harinya.

"Abang minta maaf sayang..Abang betul-betul tak boleh nak hidup tanpa sayang..Baliklah sayang.. Maafkanlah segala dosa-dosa abang ni sayang."

Sedih hati Jason melihat semua itu, Zara dulu pun telah terluka begitu. Tapi, gadis itu sempat mendapat terapi untuk dirinya, tetapi lelaki ini betul-betul sudah menyiksa dirinya sendiri.

Jason memandang muka Zahir dan mengangguk setuju dengan permintaan lelaki itu.

"Hir siapkan lah dia, kita pergi jumpa Zara."

Beritahu Jason dan terus turun ke bawah menunggu di sofa, jika dia tak boleh nak dapat cinta dari gadis itu pun. Dia hanya akan pasrah, mungkin jodohnya masih ada diluar sana menunggu dirinya.

Sampai sahaja di resort itu, Ziyad yang masih termenung hanya berdiri melihat keindahan pantai di depannya. Dia yang berjalan sendiri mahu berada di situ sementara Jason menyuruhnya untuk menunggu seketika untuk mencari gerangan Zara.

Zahir yang tidak dapat ikut mereka waktu itu perlu menguruskan sesuatu di pejabat bila mendapat panggilan dari sekretarisnya, jadi dia menyuruh Jason untuk membawa abangnya dahulu.

Dalam ketidak sadarannya itu, kakinya terus melangkah sendiri berjalan masuk ke air pantai. Air matanya kembali mengalir lagi untuk kesekian kali, rasa rindu pada isterinya betul-betul menyesakkan dadanya.

"Encik buat apa ni encik.."

"Encik okay tak ni.., kenapa encik masuk dalam air ni..Mana keluarga encik?, bahaya tau encik buat macam ni..!"

"Tak sayang nyawa ke.."

Tegur gadis itu risau bila dari pandangan jauh melihat lelaki yang seperti kusut itu terus masuk ke dalam air begitu saja.

Tanpa dia melihat pun muka lelaki itu dia menarik lelaki itu naik ke pesisir pantai, baju yang dipakainya juga turut basah disebabkan lelaki itu.

Pandangan sayu Ziyad pada wajah itu betul-betul mendebarkan dirinya, gadis itu ditatap lama sekali olehnya tanpa sedikit berkedip pun.

Zara yang masih tidak perasan dengan kehadiran bekas suaminya itu menyapu-nyapu bajunya yang masih tersisa dengan pasir pantai.

Setelah itu dia kembali menatap untuk berbicara, pandangannya betul-betul membuatkan dia terkedu di tempatnya.

Perubahan yang tampak begitu ketara berlaku pada wajah lelaki itu telah mengejutkan dirinya.

Wajah tampan yang dilihatnya sudah berubah sama sekali dengan rambut yang tidak terurus, jambang yang tumbuh panjang dan muka yang cengkung membuatkan dia susah untuk mengenali wajah itu.

Lelaki yang telah melukakan dirinya dulu kini kembali lagi di muncul di depan matanya. Zara terus terdiam dan berbalik untuk pergi tapi lengannya terus dipegang untuk berhenti.

"Abang rindu..sangat dengan sayang.. Entah kenapa hari-hari otak abang ni asyik fikirkan sayang, selama ni hati abang tak pernah nak merasakan ketenangan pun bila sayang tak ada.."

"Rasa berdosa ni setiap hari telah menikam segenap hati ni sayang.."

"Kalau sayang nak hukum abang sekali pun sayang buatlah sayang, abang sanggup terima semua tu."

"Yang penting hati abang boleh kembali tenang untuk abang cuba lepaskan sayang."

Beritahu Ziyad gugup berbicara dalam tangisannya.

"Buat apa awak muncul lagi Yad..Buat apa lagi awak nak terus siksa hati saya ni, di sini lah saya cuba kumpulkan lagi semangat saya lepas apa yang dah jadi dalam hidup saya."

"Lepas semua kejadian tu, kenapa awak masih datang nak huru-hara kan hidup saya lagi. Kenapa awak masih nak terus wujud dalam keterlukaan ni Yad.."

"Awak dah ada kebahagiaan awak, awak dah pilih jalan hidup awak dengan Elena... "

"Dan mungkin tak lama lagi awak akan ada anak awak sendiri hasil dari rasa cinta awak pada dia kan.."

"Pergi lah Yad..Teruskanlah dengan hidup awak, saya ni tak mungkin menjanjikan bahagia pun dalam hidup awak."

"Saya tak mampu nak beri cinta dan sayang saya pada awak Yad.."

"Awak dah terlalu asing dalam hidup saya, awak kecewakan saya macam saya ni tak pernah penting pun dalam hidup awak."

"Dulu cinta saya pada awak selalu mekar, hari-hari awak meluahkan rasa sayang pada saya."

"Saya ingat semua tu, tapi bila awak halau saya keluar untuk perempuan tu hati saya hancur Yad.."

"Sakit sangat..Saya pun tak tahu apa perasaan yang saya rasa sekarang ni pada awak, cuma benci je yang muncul dalam kepala saya ni."

"Tolonglah pergi dari hidup saya, mungkin jodoh kita sampai di sini je Yad."

"Cinta Zara mungkin untuk orang yang menghargai dan sekeping hati yang hancur tak mungkin bercantum kembali."

Beritahu Zara yang masih sedih di situ, bila melihat saja wajah lelaki itu perasaan benci itu betul-betul menyesakkan dadanya.

Tidak dinafikan dirinya bahawa rasa kosong yang dirasakan dirinya betul-betul wujud bila melihat wajah lelaki itu, dia sendiri tak tahu apa masih wujud perasaan cinta untuk Ziyad kala ini.

Keterlukaan dulu lah yang membuatkan dia terus kuat untuk menjauh dari semua kesakitan yang dirasakan itu sampai kini.

"Abang faham sayang..Betul apa yang sayang cakap tu.."

"Mungkin abang cuma nak minta maaf je dengan sayang dan abang tahu untuk sayang terima abang balik dalam hidup sayang pun bukanlah mudah."

"Biarlah abang yang rasa ketenangan tu sayang, lepas ni mungkin abang akan cuba untuk terus lupakan sayang.."

"Abang janji yang lepas ni pun abang akan pergi jauh dari hidup sayang."

Beritahu Ziyad lagi sambil tangannya asyik memegang kepala yang masih berdenyut sakit, dia sendiri pun tidak tahu kenapa.

Setiap hari rasa sakit ini tidak dapat untuk dibendung lagi, pandangan matanya turut kabur untuk melihat sesuatu dengan jelas. Air matanya pun masih lagi terus mengalir di kelopak mata.

Setelah itu dia terus rebah tidak sedarkan diri memegang kepalanya. Yang penting niatnya untuk bertemu isterinya buat kali terakhir terkabul jua walaupun hanya seketika.

Zara yang sudah berpaling melihat lelaki itu begitu terus panik di tempatnya, Jason yang memerhati mereka dari jarak jauh terus berlari mendapatkan mereka berdua bila Ziyad sudah terjatuh di situ.

"Tolong Adam..Tolonglah Adam..Tengok ni kenapa dengan dia ni Adam..?"

"Ya Allah.."

"Kita bawa dia pergi hospital Adam. Cepat Adam.."

Zara yang sudah tidak keruan tidak tahan lagi melihat wajah pucat lelaki itu, Ziyad seperti sudah tidak bermaya lagi di situ. Tapi kenapa dia boleh jadi macam itu?.

Adam yang memapah lelaki itu ke keretanya segera menuju ke Hospital berdekatan, keadaan Ziyad ini betul-betul telah merisaukan dirinya.

Sampai sahaja di Hospital mereka berdua masih lagi menunggu di luar, muka Zara yang tampak jelas sudah sedikit risau di situ betul-betul membuatkan Adam faham apa yang dirasakan oleh gadis itu.

Tidak mungkin Zara akan membuka hatinya untuk orang lain, sejak dari dulu lagi dia tahu hanya Ziyad yang ada dalam hati gadis itu.

Dia sendiri tak tahu kenapa dia masih lagi mengharapkan cinta dari gadis itu, yang dia pasti dia tidak mahu menjadi lelaki yang tamak.

Keluarga Ziyad juga sudah sampai di situ, gerangan dato Zakri yang baru sampai sangat muram sekali bila dilihat.

"Macam mana Jason?, ada doktor cakap apa-apa ke?."

Tanya dato Zakri rungsing disitu, kedegilan anak lelakinya itu untuk menguruskan dirinya sendiri sangat merisaukan dirinya. Adam hanya menggeleng memberikan isyarat tidak tahu semua tu.

Sudah beberapa jam lelaki itu mendapatkan rawatan di dalam dan doktor sudah tergesa-gesa keluar untuk mendapatkan gerangan keluarga lelaki itu.

"Macam mana dengan anak saya doktor?, kenapa dengan anak saya?"

"Ya Allah.. Selamatkanlah anak aku.."

Tanya dato Zakri menangis dan terus bangun mendapatkan doktor di situ, mereka semua pun turut bangun mahu mendapatkan lagi kepastian.

"Melalui pemeriksaan kami, sebenarnya anak encik ada ketumbuhan di kepalanya.

"Saya sarankan untuk encik ziyad teruskanlah dengan operasi bagi mengelakkan risiko yang akan berlaku padanya nanti."

"Dalam keadaan dirinya yang tampak sudah lemah begini, ia memerlukan proses untuk sembuh sepenuhnya."

"Kalau encik setuju, kami boleh teruskan dengan prosedur kami ni."

Beritahu Doktor meyakinkan semua di situ.

"Teruskan lah doktor, tolonglah selamatkan anak saya. Walau macam mana cara pun doktor buatlah, asalkan anak saya sihat balik macam dulu doktor.."

Beritahu dato Zakri mengalirkan air mata lagi, Zahir yang disebelahnya mengurut lembut belakang ayahnya supaya terus bersabar.

"Banyakkan berdoa ya encik..Kita berserah pada Allah."

Beritahu doktor itu dan terus berlalu pergi.

Zara yang terduduk di situ masih termenung di tempatnya, perasaannya kembali berdebar bila mengetahui keadaan lelaki itu teruk begitu.

Sanggupkah dia boleh menahan rasa risau dan perit itu, hatinya masih sakit untuk menahan luka tapi dia tak sanggup melihat keadaan lelaki itu.

Dalam keadaan kusut itu, dia terus bangun dari situ dan mahu berlalu pergi. Namun, dato Zakri terus menahan langkahnya di situ.

"Zara.."

"Terima kasih Zara sebab masih sudi jumpa dengan Yad, papa tahu yang papa tak boleh nak paksa Zara untuk buka hati Zara macam dulu."

"Cuma papa minta Zara tolonglah doakan kesihatan dia Zara, walaupun bukan sebagai isteri mungkin sebagai kawan dia."

Zara yang mendengar semua itu hanya mengangguk setuju, setelah itu dia terus berjalan meninggalkan tempat itu untuk terus saja pulang ke kampung.

Buat apa lagi dia berada di situ, dia tidak mahu bertemu muka dengan isteri lelaki itu. Orang yang paling berharga untuk lelaki itu sudah ada, lebih baik dia pergi saja.

Baru saja Zara dan Jason mahu masuk ke kereta, Zahir yang sempat berlari mendapatkan Zara membawa sesuatu di tangan.

Setelah itu, dia menyerahkan terus kotak berbentuk hati itu pada Zara.

"Ni abang Yad punya kak, masa Hir siapkan dia tadi untuk jumpa akak dia ada serahkan kotak ni untuk Hir tolong beri pada akak."

"Dia masih cintakan akak, Hir tahu Hir tak boleh nak paksa hati akak.

"Tapi Hir tak sanggup nak hilang abang Hir, Hir sendiri tak tahu yang dia masih kuat atau tak akak."

"Hubungan dia dengan Kak Elena dah lama berlalu, dia tak pernah cintakan perempuan tu tapi dia kahwin juga untuk puaskan hati dia sendiri."

"Hir tahu yang dalam hati dia cuma ada akak je, tapi dia tipu diri dia sendiri kak."

Beritahu Zahir yang masih sedih dan terus masuk kembali ke dalam. Kotak itu masih ditatap lama olehnya, hatinya masih tidak mahu untuk melihat isi yang ada di dalam itu.

Dia tak sanggup untuk hancur buat kedua kalinya, dia akan kuat hadapi semua ini.

••••

Sampai saja di kampung wajah ibu dan ayahnya sudah tersenyum memandang dirinya.

Rasa rindu pada mereka betul-betul menyesakkan dadanya, berkali-kali dia memohon ampun pada mereka di atas sikap dan kelakuannya dulu.

Dia tahu, mereka sudah banyak berkorban mahu memulihkan anak gadisnya ini. Dia sangat bersyukur dikurniakan keluarga yang supportive seperti mereka.

Jasa dan pengorbanan mereka akan tetap diingat sampai bila-bila.

Setelah menghantar Zara pulang ke kampung, Jason terus meminta diri untuk pulang ke Pulau Pinang. Katanya banyak urusan yang perlu diuruskan olehnya dan nanti dia akan kembali lagi bertemu keluarga Zara.

Hati lelaki itu pasti sudah betul-betul kecewa, tapi nak buat macam mana. Dia sendiri perlu berundur sekali lagi untuk kepentingan orang yang disayang.

Petang itu Zara masih duduk di pangkin memandang sawah, dalam fikiran nya masih lagi memikirkan keadaan Ziyad di Hospital.

Tapi, dia terus menggeleng laju tidak mahu memikirkan semua itu lagi, kenapa Elena dan Yad boleh berpisah begitu.

"Betulkah Yad masih mencintai dirinya, tapi kenapa? Bukankah lelaki itu sendiri menyatakan cintanya pada perempuan itu."

Buat apa dia masih memikirkan semua itu lagi pun dia tidak tahu, pandangannya kembali pula memandang kotak berbentuk hati itu disebelahnya.

Setelah itu dia mencapainya dan membuka kotak itu di situ, banyak betul helaian kertas bersama sebentuk cincin perkahwinannya dulu bersama Ziyad turut ada di dalam itu.

Satu persatu ayat pendek berserta tarikh itu dibacanya dan setelah itu air matanya tiba-tiba saja terus mengalir membasahi pipi bila surat yang bertarikh hari ini betul-betul telah mendebarkan jantungnya.

"Sayang..

Andai perpisahan adalah jarak untuk kita lari dari retaknya sebuah hati. Abang percaya perpisahan ini sesungguhnya akan mendekatkan lagi hati dan menyuburkan lagi rasa cinta kita bila disyurga nanti.

Abang sudah semakin rapat dah dengan perpisahan ini sayang..

Abang tahu hati yang sudah hancur tidak mungkin akan bercantum kembali, setiap hari dada abang terasa sesak dan tak mampu lagi nak bernafas saat abang tahu sayang sudah betul-betul pergi dari hidup abang...

Walaupun setiap hari abang dah cuba untuk buang rasa ini tapi sikit pun abang tak mampu sayang...

Air mata ini hari-hari jatuh menitis tatkala abang mengingat kemana sayang dan cinta hati abang ni pergi.

Hanya kenangan kita yang mampu menghalau duka lara di hati ini sayang, tatkala rasa ini sudah mulai untuk pergi..

Carilah kebahagiaanmu sayang, kisah kita mungkin hanya akan menjadi sebuah kenangan untuk sayang ingati..

_Untuk Sayang

Berjujuran air mata Zara kali ini, entah kenapa Ziyad masih lagi menanti dirinya sampai begitu sekali. Kenapa lelaki itu masih mengharapkan cinta darinya sedangkan dia sendiri tidak mampu memberikan semua itu.

"Zara..Kenapa Zara menangis lagi ni Zara..Cuba beritahu ayah, kamu sakit ke?"

Zara hanya menggeleng, dia cepat-cepat menyeka air matanya di pipi. Rasa berdebar ini masih mencengkam dadanya.

"Kalau Zara terus diam je macam ni, bila masalah akan selesai Zara."

"Apa-apa yang masih terbuku di dalam hati kamu tu cubalah untuk di luahkan, ayah akan jadi pendengar setia kamu Zara."

Beritahu Encik Halim bila melihat Zara yang sudah menangis pula di situ, entah apa lagi yang membuatkan gadis itu masih sedih begitu.

Zara yang duduk di sebelah ayahnya terus memandang sayu encik Halim.

"Ayah.."

"Perlu ke Zara buka lagi peluang kedua dalam hidup Zara ni ayah..Zara terlalu takut untuk rasa kebahagiaan tu buat kali kedua ayah."

"Boleh ke Zara nak buka ruang di hati Zara ni untuk orang yang sama ayah sedangkan rasa keterlukaan itu betul-betul dah menyeksa diri Zara ni ayah.."

"Sebenarnya dah terlalu perit untuk Zara memaafkan dia dan melupakan setiap luka yang ada dalam hati Zara ini. Mampu ke Zara nak hadap semua ni lagi ayah.!"

Beritahu Zara menangis lagi di depan ayahnya itu, encik Halim hanya tersenyum memandang muka anaknya itu. Dia tahu mesti Zara memikirkan bekas suaminya itu lagi, dia tertunduk dan terus memandang muka anaknya itu.

"Tak ada siapa yang boleh berikan jawapan tu Zara melainkan diri Zara sendiri."

"Hanya Zara je yang tahu apa yang Zara dah lalui dan adakah Zara sanggup lalui itu semua untuk perjuangkan semua itu sekali lagi lepas ini."

Beritahu encik Halim sayu.

"Tapi hati Zara dah kosong ayah.! Mampu kah hati Zara ni ayah nak bina rasa cinta untuk orang yang sama?"

"Setiap kali Zara ingat kembali kejadian dulu, hati Zara sakit sangat ayah.."

Tanya Zara minta kepastian dari ayahnya lagi, entah kenapa melihat saja pada wajah ayahnya itu susah untuk dia membuat keputusan dalam hidupnya.

Encik Halim pula sama sekali tidak marah pun bila diajukan soalan sedemikian, hanya senyuman saja yang mekar di wajah tua milik ayahnya itu.

"Kenapa ayah? Kenapa ayah tak macam dulu, bukankah ayah marah kalau Zara kembali pada dia?."

"Tapi, Zara tengok ayah senyum je bila Zara bercakap tentang dia."

Beritahu Zara bersungguh-sungguh bila melihat ayahnya begitu

"Buat apa ayah nak marah Zara, lagipun ayah tahu semua yang jadi ni bukan lah kehendak kamu berdua."

"Disebabkan dengki orang lainlah hubungan kamu dan Yad sudah jadi retak macam ni."

"Pergilah kejar cinta kamu Zara, kejarlah sesiapa saja yang boleh bahagiakan hidup kamu."

"Kamu buatlah pilihan terbaik dalam hidup kamu Zara. Ayah akan merestuinya."

Beritahu encik Halim lagi memandang ke arah sawah yang terbentang luas di depannya.

"Maksud ayah? Siapa yah?"

Tanya Zara lagi menanti jawapan bila ayahnya berkata begitu.

"Sesiapa yang kamu rasa paling berharga Zara..Pergilah Zara, ayah takkan halang kebahagiaan anak ayah. Buatlah apa saja yang Zara rasa betul, ini kan hidup Zara."

"Tadi Jason ada bercakap dengan ayah, dia pesan suruh Zara simpanlah cincin tu."

"Zara aggap sajalah ia sebagai hadiah untuk Zara, dia tak sanggup nak jadi orang ketiga dalam perhubungan Zara dan Yad."

"Dia cakap yang dia sedar mungkin Zara masih cintakan Yad, raup muka Zara masa di hospital tadi pun dah terjawab segalanya Zara."

Terus encik Halim bangun dan berlalu pergi untuk meninggalkan Zara berfikir buat terakhir kalinya.

Zara yang sudah menggenggam erat surat-surat dari Ziyad di tangan menggeleng dengan air mata, kali ini dia sangat buntu siapa yang ada dalam hatinya itu.

Hidup bersendirian atau berdua bukanlah satu ukuran kebahagiaan. Hati kita yang lebih tahu apa yang membahagiakan diri kita.

Apa pun pilihan yang ada sama ada terus berpisah atau terus kembali kekal bersama seperti dulu adalah pada hati.

Kerana hati, cinta mungkin tertaut kembali dan mungkin juga kerana hati cinta akan pergi.

•••••

Setelah Ziyad sudah melepasi tahap kritikal dalam hidupnya, dia sudah dibawa pulang ke kediaman dato Zakri.

Pandangan matanya hanya menatap siling atas dalam kekeliruan, kenapa dia masih lagi diberi kesempatan untuk tetap ada di sini.

Kenapa tuhan tidak mengambil saja dirinya yang penuh dengan dosa ini, dia sendiri tidak tahu adakah dirinya masih boleh bertahan hidup sendirian.

Air matanya kembali bergenang di kelopak mata, kalau tuhan sudah tidak memberikan kesempatan terakhir dalam hidupnya. Sudah pasti dia sudah bersama mama dan anaknya.

Hidupnya dirasakan begitu kosong sekali saat ini, tangannya kembali menghentak kepala yang masih berbalut itu.

Air matanya kembali membasahi pipi, apa-apa yang berlaku pada hidupnya takkan sempurna seperti dulu. Zahir yang baru masuk ke dalam bilik itu untuk menukar pakaian abangnya terkejut dengan perlakuan Ziyad itu.

"Ya Allah abang Yad..Janganlah buat macam ni abang, abang baru nak sihat..Kalau luka ni lambat sembuh macam mana, kenapa abang selalu macam ni..!"

"Mana semangat abang ni..Gunalah kesempatan yang Allah bagi ini untuk berubah."

Beritahu Zahir yang memegang kedua tangan abangnya yang asyik menghentak kepala, risau betul dia dengan keadaan Ziyad ini.

"Abang dah tak ada sesiapa dah Hir, hidup abang dah betul-betul kosong sekarang."

"Rasa sakit ni tak terasa pun Hir, abang dah banyak lukakan hati orang."

"Abang ni tak guna Hir, abang nak minta maaf sangat dengan Hir. Hir banyak dah tolong abang, Hir tak pernah pun bencikan abang ni Hir."

"Tapi hidup abang ni penuh dengan kebencian pada Hir, sejak Hir lahir pun abang tak pernah nak beri kasih sayang abang ni pada Hir."

"Abang tahu mesti Hir rasa yang abang ni betul-betul tak guna kan, Hir mesti bencikan abang kan Hir.."

Terkedu Zahir mendengar semua luahan hati abangnya itu, dia tahu masa pun tak dapat diundurkan untuk merubah semua yang dah berlaku.

"Hir yang patut minta maaf pada abang, Hir yang selalu kejam dengan abang. Hir benci abang sebab Hir tak pernah rasa kasih sayang dari seorang abang, dulu Hir sunyi abang."

"Hir lebih suka cari kesenangan kat luar tu, lagipun tiada siapa pun nak dengar isi hati Hir ni. Ibu pun banyak luang masa nak jaga abang, Hir cemburu tau abang."

"Hir minta maaf abang, Hir ni yang teruk."

Terus dipeluknya Ziyad di situ, parut yang dulu semestinya akan ada tapi tatkala hati mereka sudah tertaut. Akan ada sinar di penghujungnya.

Sudah 3 bulan Ziyad ada di kediaman dato Zakri, setelah itu dia meminta izin mahu pulang ke rumahnya.

Dia yang masih termenung di balkoni menatap lagi sinar bulan malam itu, dia memejam erat matanya yang masih tersisa dengan air mata penyesalan.

Setelah itu dia berbalik untuk masuk ke dalam, tatapannya terhenti apabila dia melihat wajah gadis yang amat dirinduinya itu ada di depannya sekarang.

Bibik Aminah yang sudah berundur ke belakang membuka pintu dan memberi isyarat untuk tunggu di luar itu, biarlah mereka berdua berbicara dari hati ke hati.

"Kenapa menangis lagi ni encik Ziyad, bibik cakap hari-hari awak menangis. Awak sakit lagi ke?"

Tanya Zara melihat pada lelaki itu.

"Tak sayang..Abang cuma rindukan sayang, rasa sunyi dalam hidup abang ni dah menghentam sangat jiwa abang sekarang ni."

"Abang nak minta maaf sangat-sangat dengan sayang, dulu abang tak mampu nak beri kebahagiaan pada sayang."

"Abang dah beri banyak duka dan luka pada sayang, anak kita pergi pun semuanya sebab abang sayang."

"Abang tak mampu nak lindung sayang..Sebabkan ego dan kebodohan abang ni lah anak kita pergi, maafkan abang sayang.."

"Kalau ni lah memang hukuman yang abang perlu tanggung seumur hidup abang, abang akan terima sayang."

"Masihkah ada peluang untuk abang semai balik rasa cinta ni, masihkah ada ruang dalam hati sayang untuk abang tebus balik semua silap abang ni sayang?"

Ucapnya yang sudah takut kehilangan gadis itu untuk yang kesekian kali, Zara yang hanya diam membisu mendengar sahaja luahan dan pujukan dari lelaki itu.

Setelah itu dia menarik nafas panjang untuk berterus terang dengan lelaki itu mengenai perasaannya.

"Sebenarnya saya datang sini cuma nak pulangkan kotak awak ni Yad, mungkin ia berharga pada awak tapi tidak lagi pada saya."

Beritahu Zara yang menatap lama wajah lelaki di hadapannya itu. Dia bersyukur yang lelaki ini masih sihat seperti dulu, jadi dia tidak perlulah lagi risau dengan keadaan lelaki itu nanti.

"Apa maksud sayang, Abang tak faham sayang.. Kotak tu adalah hadiah dari abang.."

Beritahu Ziyad menanti lagi luahan gadis itu padanya. Kerinduannya pada gadis itu betul-betul menikam dirinya sendiri, mahu saja dipeluk gadis itu dalam dakapannya tapi dia tahu statusnya kini.

"Saya betul-betul nak minta maaf dengan awak Yad. Saya tak mampu lagi nak simpan rasa ni Yad. Saya dah fikir semua ni dan keputusan yang saya ambil ni sememangnya akan membuka peluang dalam hidup awak untuk bersama dengan orang yang lebih layak."

Beritahu Zara yang masih teguh menahan air matanya dari menitis di hadapan lelaki itu.

"Apa maksud sayang ni..Tak ada perempuan lain pun yang ada dalam hati abang ni sayang, abang selalu tipu diri abang walaupun abang sendiri dah tak mampu.."

"Abang cuma ada sayang je dan abang janji perkara dulu takkan pernah terulang lagi sayang.."

Beritahu Ziyad yang datang sedikit mendekat dengan bekas isterinya itu. Tapi Zara sudah sedikit mengundur menjarakkan diri.

"Saya sedar yang kita akan lebih bahagia jika kita saling melepaskan Yad. Saya ingat lagi kata-kata awak dulu yang cinta awak pada Elena lebih dari rasa cinta awak pada saya."

"Dalam bilik ni juga hati saya dah hancur bila awak heret saya keluar dengan anak yang awak anggap anak haram tu."

"Awak dah lupa ke semua tu Yad? Saya dah pun terima semua tu dengan hati terbuka Yad. Saya redha apa yang terjadi antara kita dulu dan saya janji pada awak yang saya akan terus lupakan awak."

"Biarlah rasa cinta saya dulu terkubur dengan hati yang dah hancur tu Yad, kalau tak luka tu takkan pernah sembuh."

Beritahu Zara lagi meluahkan semuanya, perasaan kosong yang sama juga dirasakan olehnya tatkala mereka berdua mendekat.

"Saya rasa dah cukup peluang yang saya bagi dulu untuk awak,
Hubungan ni seperti kaca Yad. Terkadang lebih baik kita biarkannya pecah daripada cuba menyakiti diri sendiri untuk menyatukan kembali rasa ini."

"Betul cakap ayah, kejarlah sesiapa pun yang boleh bahagiakan saya. Pilihlah siapa yang boleh bagi rasa cinta tu pada saya, tapi saya dah tak nampak semua tu pada awak."

"Saya dah cuba tapi hati ni tetap masih kosong. Mungkin hati saya dah tak boleh terima semua janji-janji yang awak ucap dulu."

"Saya betul-betul minta maaf Yad, mungkin hari ni adalah hari terakhir saya bertemu awak. Saya harap awak bukalah peluang dalam hati awak untuk orang yang lebih layak."

"Ni ada sesuatu untuk awak, saya dah fikir masak-masak sebelum buat keputusan ni Yad. Saya harap awak pun sama, saya akan selalu doakan awak Yad."

"Assalamualaikum.."

Ziyad hanya terdiam dengan linangan air mata dengan semua yang diluahkan oleh gadis di depannya itu sambil menerima kembali kotak dan kad tersebut. Setitik demi setitik air matanya jatuh tatkala gadis itu berbalik meninggalkan dirinya keseorangan.

Mungkin betul kata Zara, inilah jalan yang terbaik untuk mereka berdua. Jika diteruskan juga mungkin dia akan lebih menyakiti perasaan gadis itu buat kali kedua.

Dia tidak sanggup lagi melihat keterlukaan yang terjadi dalam hidup gadis itu kerananya. Biarlah dia menerima semua hukuman dalam hidupnya itu sampai bila-bila.

Disebabkan sikap egonya dulu musnah rasa cinta dan perasaan gadis itu untuknya. Dia hanya tersenyum dalam kekecewaan memandang langit dengan linangan air mata.

Tangannya masih terketar melihat nama yang tertera di kad jemputan itu. Setelah itu, dia terduduk sendiri menangis dalam kehampaan.

Pergilah sayang..
Kadang kisah cinta yang terbina
Tak selalu berujung bahagia.

Derita tak pernah gagal menjadikan satu pelajaran yang berharga untuk ditatap..

Biarlah...
Biar, kubasuh duka dengan linangan airmata
Dan kuobati luka dengan balutan do'a

Kamu dan Aku, bukan lagi ditakdirkan.
Bagimu, semua tentangku telah usai.
Dan bagiku, segala tentangmu
akan terus diingati hingga hujung nyawa.

Pergilah...
Pergilah Kekasihku..
Hanya kamu dihatiku..

•••••

Sudah genap 3 tahun usia perkahwinan Zara dengan lelaki pilihannya. Riak wajahnya kini hanya mekar dengan senyuman dan kegembiraan.

Semuanya sudah kembali kekal membaik tanpa ada lagi kesulitan. Hidup bersama lelaki pilihannya itu betul-betul telah membuat dia merasa apa itu erti bahagia yang sebenarnya.

Dia sendiri mengimbau kembali kejadian semasa dia mengejar lelaki itu dan itulah keputusan terbesar yang pernah dilakukannya.

Tempat di mana dirinya telah menguburkan kembali detik-detik hitam yang terjadi dalam hidupnya.

Tempat di mana dia juga teguh bangun untuk terus bangkit dalam kegelapan. Hatinya begitu berdebar-debar kala ini untuk mengungkapkan rasa, disebabkan lelaki itu dia kembali bangkit dari lukanya.

Sesusuk tubuh lelaki yang sedang berdiri di pesisiran pantai sedang menikmati udara segar untuknya tapi agak mendinginkan dirinya pula malam itu.

"Kenapa tinggalkan Zara macam tu je, kenapa cepat sangat nak pergi tinggalkan Zara.?"

Beritahu Zara yang berdiri di belakang lelaki yang agak tinggi itu.

Lelaki itu yang terkejut dengan kehadiran gadis itu menoleh ke belakang dengan keterpesonaan yang terpancar di wajah itu.

"Kenapa Zara datang sini?, Sejuk tau kat sini Zara. Lagipun tak elok untuk Zara malam-malam macam ni, nanti Zara sakit macam mana."

Setelah itu dia membuka jaketnya dan diserahkan pada gadis itu yang agak kesejukkan.

"Cantik sangat Zara pakai tudung tu, cantik macam orangnya kan. Ingatkan orang tu datang sini nak kembalikan hadiah dari kita."

Beritahu Adam yang berbalik menatap gadis itu yang menyilang kedua belah tangannya yang masih menahan sejuknya angin malam itu.

"Takkan awak dah lupa dengan surat awak sendiri.."

Perli Zara bila melihat lelaki di hadapannya yang seakan sudah mengerutkan dahinya. Mingkin dia sudah lupa dengan surat yang diberikan padanya.

Adam yang masih mengerutkan mukanya terfikir sejenak dengan kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu.

Setelah itu dia kembali tersenyum lebar dan seperti sedang bermimpi dengan apa yang terjadi dalam hidupnya.

"Betul ke ni Zara! Adam tak salah ke ni?. Zara betul-betul ke main-main ni Zara!"

"Tolong jangan bergurau macam ni dengan Adam Zara."

Beritahu Adam yang masih mekar tersenyum menatap gadis di depannya.

Zara yang sedikit malu disitu hanya tersenyum menunjukkan cincin yang sudah terhias cantik di jari manisnya itu.

Adam yang seakan masih bermimpi dari tadi beberapa kali mengucap syukur dengan penerimaan gadis itu terhadap dirinya. Dia ingatkan usahanya selama ini hanya sia-sia, tapi keputusan Zara itu sudah membuat dirinya berbunga-bunga.

Zara yang mengangguk mengiakan semuanya tampak sangat terharu dengan keterujaan lelaki itu dengan keputusannya.

Mungkin lelaki ini lah pengganti cintanya dulu yang retak dalam ketidak percayaan dan mungkin lelaki inilah yang ditakdirkan dalam hidupnya untuk bahagiakan dirinya.

••••

"Hmm termenung apa lagi ni sayang..Cuba tengok anak dara awak tu, seronok sangat main dengan atuk dia."

"Sampai abang nak pegang pun dia tak nak tau..Merajuklah papa macam ni.."

"Sayang.."

"Tak nak ke pujuk papa ni, kesian kat papa sorang-sorang kat sini.."

Zara hanya tersenyum dengan keletah suaminya itu, ada-ada saja cara Adam mahu mengusik dirinya itu.

Dia terus melentokkan kepalanya pada bahu Adam sambil memandang ke sawah itu, Adam yang memandang pelik isterinya itu terus tersenyum gembira.

"Terima kasih sayang..Terima kasih sebab sudi terima abang dalam hidup sayang, abang rasa macam abanglah lelaki paling bahagia sekali sebab dapat peluang jadi suami sayang."

"Abang bahagia sangat sayang..Terima kasih juga sebab dah jaga abang, lahirkan zuriat untuk abang yang comel tu."

"Abang appreciate sangat sayang..Hanya sayang je yang abang cinta tau.."

Tersenyum gembira Zara mendengar luahan suaminya itu. Sejak dia berkahwin dengan lelaki itu, dia bagaikan dilayan sebagai seorang puteri. Lelaki itu tidak pernah meninggikan suaranya, apatah lagi untuk marah. Hanya kelembutan saja yang diterima olehnya dan dia begitu bahagia dengan pilihannya itu.

"Boleh Zara tanya abang tak?"

Tanya Zara seraya memandang wajah suaminya itu.

"Hmm..Boleh, tapi kiss pipi abang dulu. Kalau tak, tak naklah."

Beritahu Adam bergurau lagi mengenakan Zara di situ.

"Ok lah tak jadi lah..Bye.."

Zara yang sudah bangun merajuk di situ terus ditarik duduk di ribanya. Pelukan erat lelaki itu dan tatapannya mencairkan sesiapa yang memandang.

"Tanyalah sayang..Tanyalah banyak mana pun abang tak kisah, janji sayang tak boleh merajuk. Nanti tak comel macam anak dara awak tu, rugilah abang."

Beritahu Adam memujuk gadis itu di situ. Zara yang kembali memandang terus mencubit pipi lelaki itu dan menatap mata suaminya itu di situ.

"Kenapa abang sanggup tunggu Zara sampai macam tu sekali?. Abang selalu ada bila Zara rasa diri Zara ni dah tak berguna pun Abang."

"Zara dulu pernah jadi bekas orang tau abang, tapi abang datang dengan bawa harapan besar dalam hidup Zara untuk bangkit lagi bang."

"Dah banyak kali dah Zara tanya, abang tak nak cakap pun."

Adam yang masih tersengih terus menggelengkan kepalanya.

"Apa lah yang sayang merepek ni. Kalau sayang nak tahu abang ni hampir nak putus asa dah dengan sayang tau."

"Perasaan abang pada sayang tak pernah pudar pun sejak di Universiti lagi yang..Bila abang tahu sayang dah bersuami, perasaan abang hampa sangat masa tu."

"Jadi abang buat keputusan untuk betul-betul pergi dari hidup sayang, abang tahu yang Yad akan jaga sayang dengan baik."

"Tapi perasaan abang kembali teguh lagi untuk sayang bila kejadian dulu yang terjadi pada sayang. Abang dah betul-betul tekad dah untuk tambat balik hati sayang ni."

"Ingat senang ke nak dapat cinta dari Nur Izara Annisa ni, abang dah nak putus asa buat kedua kali dah tau."

"Ye lah, lepas tengok kejadian di Hospital dulu masa Yad sakit tu. Abang dah rasa hati sayang masih lagi pada dia. Abang tak nak jadi penghalang untuk cinta sayang. Sebab tu abang berundur nak balik Penang dah masa tu."

"Tapi sayang datang pada abang malam tu dah buat abang tak tahu nak cakap macam mana sayang. Abang bersyukur dan abang happy bila sayang cuba untuk terima abang ni."

"That's why i will appreciate you forever sayang. Abang takkan lupa moment tu sampai bila-bila."

"Dan satu lagi..Abang tak pernah kisah pun apa status sayang, yang penting hati abang ni hanya untuk sayang."

"Semuanya pun dah berlalu kan sayang, cuma abang nak tanya sayang."

"Sayang cintakan abang tak ni..Macam tak je..!"

Usik Adam seperti merajuk di situ.

"Abang..! Ada pula cakap macam tu..! ish..Mestilah Zara cintakan abang."

"Terima kasih sebab dah sedarkan Zara dan bagi Zara rasa cinta sebenar dari abang, Zara tak pernah nak harapkan apa-apa janji dah bang. Cukup lah abang betul-betul sayangkan Zara ni."

"Sekarang ni Zara nak abang fikirkan masa depan kita dengan anak-anak je, yang lepas tu biarkan terkubur untuk Zara."

"Cinta Zara hanya untuk orang yang menghargai, macam abang"

Adam hanya mengangguk setuju dengan apa yang diperkatakan isterinya itu. Dia bersyukur sangat tuhan dah makbulkan doanya untuk bersatu dengan cinta hatinya itu.

"Abang dengar tadi anak-anak, maksudnya ada peluang lagi lah abang nak tambah lagi baby lepas ni. Thanks sayang."

Setelah itu pipi isterinya terus dicium geram dan dia terus berlari meninggalkan Zara yang sudah menahan malu di situ.

"Abang.."

Dan setelah badai sudah pergi, kita tidak akan ingat bagaimana diri kita berhasil melewatinya, bagaimana kita berhasil untuk terus bertahan.

Kita bahkan tidak akan yakin, apakah badai ini benar-benar sudah berakhir. Tapi, satu hal yang sudah pasti, saat kita keluar dari badai itu, kita tidak akan pernah menjadi orang yang sama.

LUKA SEMEMANGNYA SUSAH UNTUK DIUBATI TAPI HATI ADALAH SATU PENAWAR
UNTUK DIRI SENDIRI

_TAMAT_

Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_

Share this novel

DHIA ARYA
2024-07-24 00:04:27 

Yess dh hbis bc. Best sgt2 versi ni dan yg sblum ni pon. Happy Adam & Zara. Trm ksh Author. Tahniah.


NovelPlus Premium

The best ads free experience