LSH BAB 23

Romance Completed 14934

Jam menunjukkan hampir pukul 12 malam, Zara yang berhenti di tepi jalan menangis menahan kesakitan sambil memegang perutnya.

Perlakuan kasar lelaki itu tadi telah membuatkan dirinya terseksa begini. Dia menggagahkan juga dirinya untuk meneruskan perjalanan ke rumah Mila, walaupun dalam keadaan sakit begitu.

"Ya allah Zara, kau kenapa ni?. Zara..Zara.!"

Pintu rumah dibuka oleh Mila yang baru sahaja selesai mandi. Dia yang melihat jam di dinding terkejut pula dengan kehadiran gadis itu ke rumahnya waktu-waktu begini.

Zara yang sudah terjatuh longlai terus pengsan tidak sedarkan diri disambut Mila yang turut panik dengan keadaan gadis itu.

Rambut Zara yang juga berada dalam keadaan serabai begitu sepertinya telah berlaku sesuatu kepadanya.

Mila yang sudah kalut memapah gadis itu ke sofa dan membaringkannya.

Majalah yang ada di atas meja terus diambil dan dikipaskan pada gadis itu, sesekali minyak angin turut disapu di hidung gadis itu untuk mengejutkannya.

"Lepaskan aku..Tolonglah aku merayu. Lepas lah.!"

Zara yang seperti mahu tersedar di situ meracau sambil menangis-nangis pula.

Tangannya yang sudah sejuk terketar-ketar memeluk tubuhnya sendiri dalam kedinginan.

"Zara.."

"Kenapa ni Zara, apa yang berlaku pada kau ni. Hei..Ni aku lah Zara.."

Mila yang menghampiri menggenggam erat tangan gadis itu yang terasa sejuk ketika ini.

Tangisan yang keluar juga membuatkan Mila risau dengan keadaan gadis itu. Dia terus saja memeluk gadis itu ke dalam dakapannya sehingga gadis itu boleh bertenang dengan sendiri.

"Aku benci dia Mila.., dialah lelaki tak guna yang pernah aku kenal."

"Aku tak sanggup lagi bertahan macam ni, aku dah cuba buat yang terbaik dalam perkahwinan ni Mila."

"Tapi pada dia, aku ni masih perempuan sampah sampaikan dia sanggup layan aku macam perempuan pelacur."

"Dia tak pernah nak cuba percayakan aku, dia tuduh aku macam-macam. Apa yang ada dalam otak dia tu pun aku tak tahulah."

"Aku simpan jantan, tidur dengan lelaki yang bukan muhrim aku. Sanggup dia cakap aku macam tu..!"

"Kau pandang sini Mila, kau tengok aku Mila. Bagi kau aku ni perempuan jijik ke?"

"Sanggup dia buang maruah aku macam sampah. Dia buat aku macam aku ni perempuan pelacur kau tahu tak, dia memang lelaki binatang.!"

"Aku benci dia Mila, aku dah tak sanggup nak hidup macam ni.! Kau bunuh je lah aku Mila, Aku benci tengok muka dia."

"Tolonglah..!"

Jerit Zara yang sudah seperti orang gila di situ, rambutnya turut ditarik-tarik menunjukkan dia sudah tidak mampu menahan dirinya.

Tekanan demi tekanan membuatkan dia meraung dengan apa yang terjadi dalam hidupnya.

"Ya allah Zara..!"

"Janganlah sampai macam ni Zara, aku tak sangka Yad sanggup buat kau sampai macam tu sekali."

"Kau tak boleh macam ni Zara, kau kena kuat. Mati bukan satu penyelesaiannya, tolonglah jangan buat keputusan melulu macam ni."

"Aku ada..! Aku ada untuk kau..! Aku akan bela nasib kau ni dari jantan tak guna tu.!"

Peluk Mila yang juga menangis melihat keadaan Zara yang mengamuk seperti tidak betul di situ. Gadis itu kembali ditenangkan olehnya dan dia dibawa masuk ke bilik untuk berehat.

Sepanjang malam Mila menjaga sahabatnya itu kerana tidak mahu Zara buat perkara bukan-bukan di belakangnya.

Tekanan yang diterima gadis itu sememangnya memerlukan sedikit pemantauan, takutnya fikiran gadis itu kembali menghantui perasaannya dan dia melakukan perkara diluar dugaan.

Azan subuh sudah pun bergema, Ziyad yang masih juga dalam keadaan mamai masih terbaring di situ.

Dengan keadaan dirinya yang juga tanpa seurat benang, dia melihat ke sebelah sambil tercari-cari gerangan Zara di sebelahnya.

Namun, gerangan gadis itu telah tiada di situ.

Selimut ditarik untuk menutup badannya seraya turun dari katil. Namun, pandangannya tertumpu pula pada tompokan darah di cadar mengejutkan dia di situ.

Dia meraup mukanya beberapa kali bila memikirkan kejadian semalam bersama Zara.

Perlakuannya itu sememangnya sangat keterlaluan, namun dia sangat tercabar dengan kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu membuatkan dia terus berbuat begitu.

Sememangnya gadis itu masih menjaga kehormatan dirinya, semua pertuduhan tak berasas itu adalah dari dirinya sendiri.

Sebenarnya dia sendiri yang cemburu dengan gadis itu, ketidak percayaannya terhadap kesucian gadis itu jugalah menjadikan dirinya nekad untuk berbuat begitu.

Patutlah gadis itu meronta minta dilepaskan, tetapi nafsu berahinya waktu itu tidak dapat dikawal dengan mudah.

Keinginannya untuk mendapatkan tubuh itu sememangnya ada tapi, dia mendapatkannya secara paksa pula.

Mungkin gadis itu sudah betul-betul membencinya kini.

Tiba-tiba sahaja perasaan bersalahnya muncul di sudut hatinya, kalau dia dapat mengawal barannya semalam sudah pasti tiada apa yang berlaku.

Tetapi bila difikirkannya kembali, dia tidak mempunyai salah untuk bersama dengan isterinya sendiri.

Tiada hukum pun melarang seorang suami menggauli isterinya, baginya dia sudah memberikan nafkah batin untuk isterinya.

Fikir Ziyad sambil menenangkan diri sendiri yang tampak rasa bersalah di hati.

Dia bergegas turun dari katil dan memakai tuala seraya turun ke bawah bagi mendapatkan gadis itu. Mungkin gadis itu berada di bawah sekarang ini untuk menunaikan solat.

"Zara.."

Pintu bilik dibuka dan gerangan gadis itu juga tiada di situ. Dia tercari-cari gerangan gadis itu di semua tempat tetapi tiada pula di mana-mana.

Bila pintu utama dibuka, kereta yang dipakai Zara sudah tiada terparkir di situ. Jadi, dia sudah mengerti ke mana gadis itu menghilang. Tidak lain adalah berada di rumah sahabatnya itu.

Dia merasa hampa pula saat ini, gadis itu mungkin sudah tidak mahu bertemunya. Dia sendiri sudah buntu memikirkan semua ini. Perasaan bersalah itu kini menyiksa jiwanya pula.

Dia bergegas naik ke atas untuk mandi dan mengerjakan solat subuh. Setelah itu, dia memberanikan diri untuk menelefon gadis itu pula.

Namun, semua beg dan telefon gadis itu ditinggalkannya di atas meja. Mungkin gadis itu perlukan masa sekarang untuk terima semua yang berlaku.

•••

Di ZNE Holding sekarang ni Ziyad masih memikirkan keadaan Zara. Sudah seminggu gadis itu tidak pulang ke rumah apatah lagi datang bekerja.

Perkara itu sedikit sebanyak telah merisaukan dirinya.

Telefon di mejanya yang berdering terus diangkat laju, mana tahu Zara sudah datang.

"Encik Ziyad, ada tetamu nak bertemu encik. Katanya urgent jadi dia tunggu encik kat luar."

Beritahu Siti di talian memberitahu bossnya itu.

Ziyad yang baru selesai memeriksa fail di tangan menyuruh Siti membenarkan sahaja tetamu itu masuk ke dalam.

Tanpa disangka nya ternyata tetamu yang mahu bertemu dengannya itu adalah lelaki yang bersama Zara di restoran dulu.

Jadi, tanpa usul periksa dia menghampiri lelaki itu dengan tegang dan mencengkam kolar kemeja lelaki itu.

"Eh..Kau buat apa hah kat sini.? Berani kau datang sini kan."

"Kau cari siapa..! Zara?"

Jason yang terkesima dengan perbuatan lelaki itu sememangnya terkejut pula di situ. Dia bahkan masih belum mengenali gerangan lelaki di hadapannya itu, tetapi dia sudah diserang begitu.

"Sabar Encik Ziyad, Ini Encik Jason pengurus pembekal yang bekerjasama dengan syarikat kita untuk projek di Langkawi."

Ziyad yang terkedu di situ melepaskan cengkaman di kolar baju lelaki itu. Dia hanya mengangguk faham dengan apa yang diberitahu Siti di sebelahnya.

"Sorry, have a sit."

Pinta Ziyad seraya menyusul tetamunya itu duduk di sofa.

"I minta maaf encik Ziyad, i tak tahu pula kedatangan i tersalah waktu macam ni."

"Tapi, i memang first time jumpa you kat sini, tetapi encik pandang i macam dah lama kenal pula."

Beritahu Jason yang membetulkan duduknya itu.

"I'm sorry encik Jason, my mistake tadi terbawa-bawa emosi."

"What's the point encik Jason datang ke sini. Boleh saya bantu?."

Tanya Ziyad yang sudah duduk bertentangan dengan lelaki berbangsa Cina itu.

"Oh sebenarnya memang dah lama i nak bertemu encik Ziyad, tapi susah pula sebab assistant you cakap you selalu tiada kat office."

"Sebelum ni pun urusan berkenaan tender ni Zara yang selalu berurusan dengan i, tapi i tengok kat luar tu dia tiada pula."

Beritahu Jason berterus-terang tentang kedatangan dia disitu.

"Yang ni fail Zara yang tertinggal di restoran bersama saya hari tu, dia tergesa-gesa untuk pergi sampai tertinggal pula di atas meja."

"I tak sempat nak hantar terus hari tu, sebab i ada urusan. Sebab tu i datang sini hari ni nak tolong hantar balik fail penting ni."

Ziyad yang mendengar terkedu di tempatnya, tuduhan tak berasas apa yang membuatkan dia sanggup menuduh Zara sampai begitu sekali.

"Ya allah Zara..Maafkan aku Zara..!"

"Aku terlalu ego Zara..Sikit pun aku tak nak percayakan kau."

Jerit Ziyad dia dalam hati. Dia yang membetulkan duduknya tidak dapat duduk dengan tenang waktu itu.

"Encik Ziyad..You okay ke? Ni fail dia. Okaylah, kalau macam tu i pergi dulu."

"Nice to meet you encik Ziyad."

Beritahu Jason seraya menyerahkan fail kepada Ziyad dan mahu pergi.

Ziyad yang terleka memandang kembali lelaki itu dan hanya mengangguk.

"Oh ya, encik Ziyad. Kalau you tak keberatan, boleh tak i dapatkan nombor Zara dari you."

"Hari tu pun i tak sempat nak minta dengan dia, dia dah tergesa-gesa pula pergi. Risau pula kat mana dia sekarang ni."

Beritahu Jason kembali berbalik memandang lelaki itu.

"Apa maksud you Encik Jason, takkan you tak tahu dia dah bersuami. Kalau disebabkan ulah you, hubungan antara mereka retak macam mana?"

Beritahu Ziyad yang sedikit menaikkan nada suaranya di situ.

Jason yang memandang muka lelaki itu agak pelik seketika dengan kata-kata yang boleh keluar dari mulut lelaki itu.

"Jangan salah faham encik Ziyad, lagipun i dah tahu yang Zara dah kahwin cuma i sendiri tak tahu dengan siapa."

"Sebenarnya, kitaorang berdua memang dah lama kenal pun. Zara tu pun kawan i masa kat London dulu."

"Hari tu i tak sempat nak minta nombor dia, That's why i tanya you personally."

Beritahu Jason dengan terperinci di situ tidak mahu ada yang tersalah sangka dengan niatnya itu.

Ziyad yang tersentak dengan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu sendiri meraup mukanya beberapa kali, dia yang mundar mandir di situ sangat tidak sedap hati pula.

Bermacam kata-kata keji, tuduhan melampau dihamburkan pada isterinya itu.

Tidak satu pun yang dia percaya dengan kata-kata isterinya. Sehinggakan ketidakpercayaan itu menjadikan dirinya taksub untuk berbuat begitu pada Zara.

"Macam ni lah encik Jason, i rasa i tak boleh nak beri apa yang you mahukan. Lagi pun Zara tu isteri i dan i harap you boleh faham dengan apa yang i cakapkan ini. I'm sorry..!"

Ziyad terus mengambil jaket miliknya dan berlalu pergi meninggalkan ZNE Holding dalam kekalutan.

Perasaan bersalahnya membuatkan dia perlu bertemu dengan gadis itu secepat mungkin.

Bukan mudah untuk seorang perempuan menerima apabila suami sendiri sanggup berbuat begitu padanya.

Jason yang terkejut dengan pengakuan lelaki itu melihat sahaja lelaki itu meninggalkan nya di situ. Jadi selama ini, lelaki inilah suami Zara itu, dia hanya mengangguk mengerti di situ.

Ziyad sudah berhenti tepat di depan rumah Mila dan melihat sendiri kereta Zara sudah ada terparkir di situ. Dengan nekad, dia membunyikan hon keretanya beberapa kali menyuruh penghuni di rumah itu untuk keluar.

Dia tidak kira apa yang berlaku sekalipun, yang penting dia boleh bertemu gadis itu.

"Eh, kau buat apa ni hah..Kau buat apa lagi kat sini..!"

"Dengan biadabnya kau buat bising depan rumah aku ni, kau nak aku panggil polis ke hah..!"

Marah Mila seraya keluar dari rumah itu berdepan dengan lelaki itu.

"Aku nak isteri aku, aku tahu dia ada kat dalam. Mana dia?, bawa dia keluar lah.."

Arah Ziyad sambil menjenguk ke dalam tercari-cari gerangan Zara di situ.

"Siapa isteri kau hah?, Eh jantan..! Kau jangan nak perasan boleh tak, aku tak tahu kau ni jenis kayu ke batu sampai kau sanggup buang maruah dia macam sampah."

"Layak ke kau digelar suami, kalau hati dan perasaan dia kau buang macam dia tak pernah berharga..!"

"Aku tak kira, aku nak kau berambus sekarang dari sini. Jangan kau berani datang sini lagi, kalau tak aku panggil polis.!"

"Pergilah Ziyad.!"

Halau Mila yang sudah berang di situ. Berani betul lelaki ini datang kerumahnya membuat onar.

"Kau nak panggil siapa pun aku tak kisahlah perempuan. Kau ingat aku takut..!"

"Eh, kau yang sorokkan isteri aku, kau ingat kau boleh lepas ke. Aku sendiri yang akan panggil polis heret kau ke balai. Kau faham tak..!"

"Baik kau bawa dia keluar sekarang, kalau tak tahu lah nasib kau Mila..!"

Ziyad yang sudah berang mahu masuk ke dalam rumah, namun dengan cepat Mila menolaknya dengan kasar untuk masuk.

"Kalau kau anggap dia isteri kau, kau takkan pernah lukakan hati dia. Kau tahu tak dah banyak mana tekanan yang dia dapat sebab perbuatan kau ni Ziyad..!"

"Kau tahu tak tekanan demi tekanan yang kau beri pada dia dah buatkan dia macam dah hilang arah."

"Dulu, sebab ulah kau jugalah keluarga dia sendiri buang dia. Orang kampung semua hina dia, keluarga dia."

"Tempat mana dia nak tuju, kalau semua yang keluar dari mulut dia adalah dusta. Siapa yang nak percaya dengan dia..Kau?.

"Eh, dia tu perempuan tahu tak bukannya patung yang kau boleh suka-suka buat dia macam tu..!"

"Boleh tak sekali ni je aku minta dengan kau tolong lah Ziyad, aku merayu..! Aku sebagai sahabat dia sendiri pun tak sanggup tengok dia macam tu..!"

"Kalau kau dah tak boleh nak beri sedikit kasih sayang mahupun kebahagiaan untuk dia. Aku minta sangat dengan kau tolonglah lepaskan dia, bagilah dia peluang untuk bina hidup baru."

"Tolonglah jangan hampakan dia Yad, kalau kau tak ada rasa cinta pada dia kau lepaskan dia dengan cara baik.."

Beritahu Mila seraya menyeka air matanya yang laju turun di pipi. Tidak sanggup dia melihat Zara yang masih berbaring lesu tanpa menjamah apa-apa makanan pun seminggu ini.

Ziyad yang tersentak dengan kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu diam membisu.

Siapa cakap tiada sikit pun perasaannya terhadap gadis itu. Setiap kali mereka duduk berdua di rumahnya itu, sememangnya perasaan itu betul-betul wujud.

Tapi kejadian malam itu telah merosakkan segalanya. Memang betul apa yang dikatakan oleh Mila itu, dia memang rasa bersalah saat ini.

"Bagi aku peluanglah Mila..! Aku nak jumpa dia, Aku nak selesai kan semua masalah ni. Lagipun, berapa lama dia nak menyorok macam ni?"

"Dia tu isteri aku, dia di bawah tanggungjawab aku. Salah ke aku nak bawa dia balik?."

"Kau rasa kalau dia mengelak dari aku, masalah ni akan selesai ke?. Kenapa?, dia nak jadi isteri nusyuz macam tu.?"

Beritahu Ziyad lagi memohon pertimbangan gadis itu.

"Nusyuz..!"

"Eh, kau jangan berani nak main hukum agama lah kalau kau sendiri pun dah tak betul."

"Cara kau layan dia pun dah bukan macam isteri tahu tak dan sekarang kau nak cakap dia nusyuz pula?."

"Cantiknya bahasa kau..!"

"Selama ni kau memang tak pernah sedar ke salah kau, aku tak sangka lelaki ego dan bongkak macam kau ni bukan setakat bodoh tapi dayus kau sedar tak..!"

Tengking Mila lagi namun, tanpa disedari lelaki baran itu mula naik angin dan mahu menampar Mila di situ.

"Engkau ni Mila.!"

"Cukup..!"

"Kau jangan pernah berani nak naik tangan pada dia lah.!"

"Ya.!"

"Betul lah tu apa yang kau cakap. Aku ni nusyuz, aku perempuan murah, aku pelacur, aku tidur dengan jantan-jantan."

"Apa yang kau cakap tu semua betul, kau pukullah aku dan kau hinalah aku.Tapi kau jangan sesekali nak naik tangan pada kawan aku.!"

Marah Zara dan dengan perlahan dia menghampiri mereka berdua yang sedang bertekak di pintu.

"Kau tunggu apa lagi?, pukullah aku..pukul..pukul aku..!"

Marah Zara lagi seraya mengalirkan air matanya di situ. Wajahnya yang masih pucat merisaukan sesiapa sahaja yang melihatnya kini.

"Zara.., Kita balik..!"

"Jom..! Kita selesaikan semua ni.."

Ziyad yang melihat keadaan gadis itu juga tidak sanggup, dia menarik tangan Zara untuk mengikutnya pulang ke rumah.

Namun, tarikan itu dilepaskan kasar oleh gadis itu. Perasaan benci itu betul-betul dirasakan kini.

"Lepaslah..!"

"Baik, aku akan balik tapi bukan dengan kau. Aku boleh balik sendiri, dan kau tolonglah pergi dari sini."

"Aku tahu tanggung jawab aku sebagai isteri, dan kau tak perlu pun buat kecoh macam ni kat sini."

Marah Zara lagi dengan perbuatan lelaki itu.

Ziyad terdiam dengan perlakuan gadis itu kali ini, dia tahu sukar untuk Zara terima semua yang telah terjadi.

"Sayangku,
Bicaramu menghiris segenap luka ku
Kesunyian mu di sisi mencemaskanku

Bisumu seakan menyesakkan dada dan jiwaku
Aku berdiri dalam penyesalanku
Maafkan daku
Sayangku."

_Ziyad

Jam menunjukkan pukul 9 malam, Ziyad yang sudah di rumah memandang ke luar balkoni.

Udara yang segar dihirupnya tatkala menanti sang isteri yang masih belum pulang ke rumah.

Dadanya yang suram kembali berdebar, bila kereta gadis itu sudah tiba di depan rumah.

Dia tersenyum gembira seraya masuk kembali ke dalam untuk menunggu gadis itu. Mungkin dia akan cuba untuk meminta maaf dengan apa yang terjadi.

Zara yang masuk ke bilik terpandang pula wajah lelaki itu, lalu dia segera mengambil beberapa helai baju dan tuala untuk turun ke bawah.

Lelaki di hadapannya itu hanya ditatap benci dan dia membuat halnya sahaja di situ.

"Zara.."

"Zara dah makan?"

Satu soalan keluar juga dari mulut lelaki itu bila dia melihat muka gadis itu yang masih pucat di situ. Zara yang mendengar berhenti tepat di depan pintu.

"Kau tak payah lah nak pedulikan aku boleh tak. Kalau kau ada nak apa-apa, aku boleh siapkan."

Beritahu Zara yang tidak berpaling pun memandang lelaki itu.

Perasaan benci mulai menguasai dirinya, kata-kata hormat pun tidak lagi muncul di mulutnya itu untuk lelaki itu.

"We need to talk..Zara..!"

"Please..!"

Ziyad mula menghampiri gadis di depannya bila cara gadis itu sudah berbeza dari biasa.

Pegangan tangannya kembali menarik gadis itu untuk memandangnya, namun Zara menolaknya ke belakang dengan riak wajah yang benci kala ini.

"Lepaslah..Kau jangan berani nak sentuh aku, aku jijik tahu tak dengan kau ni..!"

Marah Zara dengan perlakuan lelaki itu padanya.

"Ok fine!."

"Fine..Abang tak sentuh, but let me explain first Zara, abang tahu yang abang salah."

"Abang silap menilai sayang, dengar dulu apa yang abang nak cakap ni sayang. Kita bincang baik-baik benda ni boleh tak sayang."

Pujuk Ziyad seraya mengadap muka gadis itu. Rasa bersalah itu betul-betul menyesakkan dadanya.

"Abang?.."

"Kau merepek apa ni hah?, bila masa yang selama ni kau bahasakan diri kau tu abang?"

"Kau panggil aku apa? Sayang?. Eh..Kau jangan bermimpi boleh tak Ahmad Ziyad..!"

Riak wajah benci itu membuatkan Ziyad terkedu dengan sikap isterinya.

Wajah pucat itu juga sememangnya telah menelan beribu duka di dalam hati.

"Abang tahu..! Abang tak layak nak bahasakan diri abang ni sayang."

"Abang tak layak nak panggil sayang macam ni."

"Abang sedar, yang abang tuduh sayang macam-macam. Abang hina sayang dengan kata-kata yang keji, kata-kata nista abang."

"Yes..abang mengaku, abang dah tersilap kali ni menilai sayang. Tolonglah maafkan abang ni, sayang.."

Beritahu Ziyad yang terasa kesal dengan apa yang terjadi.

"Lepaslah Ziyad, mudah kau kan..! Buat salah minta maaf. Kenapa? Kenapa sikap ego kau tu dah hilang ke.."

"Dengan apa yang kau buat pada aku tu kau ingat boleh kembalikan balik ke maruah aku?."

"Takkan pernah..!"

Beritahu Zara kembali menangis mengalirkan air mata di pipi.

Perlakuan lelaki itu telah meninggalkan kesan mendalam di jiwanya. Dia berbalik mahu pergi dari situ tetapi Ziyad sudah menghalangnya dahulu untuk pergi.

"Kau boleh tepi tak..!"

Cukuplah Ziyad..Cukup..!"

Pinta Zara yang mahu segera pergi, dia sememangnya sudah muak dengan pujukan lelaki itu.

"Abang betul-betul minta maaf sayang dan selama ni abang tahu abang khilaf. Abang khilaf dengan menganggap sayang sama je dengan perempuan kat luar tu."

"Abang dah tahu dan abang dah sedar yang sayang bukan macam tu pun sayang. Tolonglah beri abang peluang kali ni untuk abang tebus semua dosa abang ni sayang."

"Tolonglah jangan macam ni. Maafkanlah abang.."

Pujuk Ziyad kembali memegang tangan Zara di situ. Namun, reaksi Zara adalah sebaliknya, dia sudah sangat membenci lelaki itu.

"Kenapa?..Sebab kau dah cukup yakin dengan aku?."

"Kenapa encik Ziyad.? Teka-teki kau selama ini dah terjawab ke?"

"Dah hilang dah rasa kecurigaan kau tu pada aku..Kau dah betul-betul cukup puas ke sekarang?. Aku faham.."

Dia berbalik untuk turun ke bawah tetapi tiba-tiba sahaja pandangannya matanya menjadi gelap gelita. Dia terjatuh di atas lantai dengan wajah yang pucat di situ.

"Bukan macam tu sayang..! Sayang..!"

Ziyad yang melihat gadis itu cepat-cepat mendapatkannya. Panggilan demi panggilan tidak menyedarkan gadis itu di situ.

Jadi, dia terus mengangkat gadis itu ke katil dengan wajah yang gelisah.

"Macam mana doktor?, kenapa dengan isteri saya?"

Tanya Ziyad yang risau dengan keadaan gadis itu. Dia terpaksa menelefon doktor peribadinya untuk datang ke rumah disebabkan risau dengan keadaan Zara yang begitu.

"Sebenarnya tekanan darah puan Izara terlalu rendah buat masa ini, bila saya tengok keadaan isteri encik Ziyad sekarang ni pun dia dalam keadaan stress."

"Jadi saya sarankan buat masa ni, encik Ziyad bagi dia berehat dengan cukup, jaga pemakanan dia."

"Jika ada apa-apa masalah lain. Encik Ziyad hubungi saya kembali. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum."

Doktor itu menerangkan satu persatu kepada Ziyad di situ. Ziyad disitu hanya mengangguk faham dengan apa yang didengari.

Setelah itu, dia kembali mendekati gadis itu, rambut gadis itu diusap beberapa kali tanda dia sangat kasih akan isterinya.

Dulu, banyak perkara yang diabaikan sehinggakan Zara diperlakukan dengan kasar olehnya.

Egonya sebagai seorang lelaki telah menjadikan dirinya selalu menyakiti gadis itu.

"Abang betul-betul minta maaf sayang, abang tahu abang dah banyak buat silap pada sayang."

Satu ciuman singgah di pipi pucat milik Zara, sepanjang malam Ziyad hanya menjaga gadis itu.

Tidak sanggup dia meninggalkan gadis itu sendirian, cukuplah dengan apa yang sudah diperbuat olehnya.

Zara terjaga dalam kesamarannya, matanya dibuka perlahan-lahan menahan sakit yang masih berdenyut di kepala.

Tatapan pertama yang dilihat adalah wajah lelaki yang amat dibenci, tiba-tiba sahaja dirinya menjadi jadi panic dengan sendirinya.

Selimut terus dibuka tanda dia takut terjadi apa-apa lagi yang tidak diingini. Dia terus bergegas turun dari katil itu untuk pergi dari situ, namun tangannya pula dipegang erat di situ.

"Sayang..Sayang nak pergi mana ni?, sayang kan tak sihat lagi."

"Sayang ada nak apa-apa tak?, abang boleh ambilkan."

Ziyad yang duduk di sebelahnya pula tersedar dan terus menghampiri Zara, wajah gadis itu ditatap sayang dan tidak mahu dilepaskannya.

"Apa lagi ni hah? Apa semua ni?."

"Kau buat apa lagi pada aku?, kenapa aku boleh ada atas katil kau?."

Marah Zara bila terbangun dari katil itu, dia teringat kembali di waktu lelaki itu memuaskan nafsu setan itu pada dirinya, tangannya mula terketar-ketar kembali dengan kejadian itu.

"Sayang.., abang tak buat apa-apa pun sayang. Sayang pengsan semalam, jadi abang angkat sayang kat sini. Sumpah..!"

Pujuk Ziyad bila sudah melihat keadaan Zara gelisah begitu.

"Eh, tempat aku kat hujung dinding tu tahu tak. Yang kau memandai letak aku kat sini kenapa?"

"Kau nak tunjuk baik apa pula kali ni, eh perempuan murah macam aku ni kan tak layak pun ada di katil mahal kau ni. Kau tak jijik ke?"

"Bukan itu ke yang kau beritahu aku dulu?"

Perli Zara lagi seraya berlalu dari situ meninggalkan Ziyad dengan kata-kata kejinya dulu pada gadis itu.

Dia terdiam membisu di atas katil sambil meraup wajahnya yang tampak agak serabut di situ. Dia sudah buntu memikirkan bagimana cara lagi memujuk gadis yang sudah terluka itu.

Sarapan sudah tersedia seperti selalu, Ziyad yang turun ke bawah tersenyum dengan masakan dari air tangan isterinya itu.

Tapi gadis itu masih tidak sihat sepenuhnya entah kenapa dia tidak berehat saja, lagi pun dia sendiri tidak kisah jika Zara tidak membuat sarapan untuknya.

Walaupun Zara terlalu bencikan dirinya kala ini, dia tidak pernah melupakan tanggung jawabnya terhadap lelaki itu.

"Sayang.."

Ziyad tercari-cari gerangan isterinya itu di dapur. Malah, hanya makanan sahaja yang terhidang di atas meja.

Kelibat Zara sudah tiada di situ dan apabila Ziyad keluar, kereta di garaj juga sudah tiada di situ.

Sebenarnya dia cukup risau dengan keadaan Zara, makanan di atas meja juga sedikit pun tidak diusik oleh gadis itu. Bagaimana kalau nanti gadis itu pengsan lagi seperti semalam.

Perasaanya betul-betul risau kala ini dengan keadaan isterinya itu.

Di bangunan ZNE Holding sekarang, Zara yang sudah sampai awal ke pejabat tidak seperti selalu. Keadaannya yang sangat pening ketika ini digagahkan juga untuk datang ke office.

Disebabkan sudah seminggu dia sudah bercuti, jadi banyak benda yang perlu dibuat olehnya kini.

"Zara..! Awalnya Zara sampai. Terkejut kak Siti tahu tak. Zara okay tak ni?, pucat je kak Siti tengok."

Beritahu Siti yang baru sampai di office itu. Namun, Zara hanya menggeleng sahaja.

"Kak Siti..Akak ada nampak tak fail tender Zara?, Zara sebenarnya lupa letak kat mana. Dalam kereta pun tak ada fail tu. Risau Zara takut hilang pula."

Beritahu Zara dengan perlahan di situ. Siti yang berfikir sejenak baru teringat tentang semalam.

"Ohh..Fail tu, ada..Tapi di bilik boss kita lah Zara. Semalam, encik Jason datang nak jumpa Zara tapi Zara tak datang kan semalam. Tu yang dia nak masuk jumpa encik Ziyad."

"Tapi kan Zara..Akak pelik lah dengan encik Ziyad tu, dia mana kenal encik Jason kan kenapa dia macam nak tumbuk je encik Jason tu. Terkejut akak tau, nasib baik akak ada kat situ."

Cerita Siti di situ memberitahu perkara yang terjadi semalam.

Zara hanya mengangguk faham dengan apa yang diceritakan itu. Ego lelaki itu tidak pernah pudar dengan sikap cemburu dan panas baran nya.

Kalau melibatkan dirinya tidak mengapa pula, semuanya betul sahaja. Bisik Zara di dalam hati.

Zara bangun dengan perlahan dan berlalu untuk pergi ke bilik Ziyad. Mungkin fail itu ada di atas mejanya.

Kalau diikutkan malas dia mahu menunggu lelaki itu, alang-alang lelaki itu belum sampai lebih baik dia pergi cepat.

Sedang Zara sibuk mencari-cari fail itu, Ziyad sudah pun muncul di depan pintu bersama paper bag di tangan.

"Baguslah sayang dah ada kat sini, Jom..! Kita makan sikit, nanti sayang balik tau. Kenapa sayang datang office juga kalau tak sihat macam ni?."

"Abang kan ada, abang boleh settle semua ni sayang."

Beritahu Ziyad seraya memegang tangan Zara menuju ke sofa. Paper bag dibuka berisi makanan yang sudah dibeli diluar tadi.

Dia tidak mahu gadis itu kelaparan walaupun sebenarnya Zara sendiri tidak berselera untuk menjamah apa-apa makanan pun.

"Apa lagi ni encik Ziyad..! Saya tak ada masa la untuk semua ni encik Ziyad. Mana fail saya tu, saya banyak kerja nak buat tahu tak..!"

Marah Zara seraya melihat failnya yang sudah pun ada di meja depannya.

"Janganlah macam ni Zara, boleh tak sayang dengar cakap abang. Sayang tu tak sihat, sayang sedar tak sekarang ni keadaan sayang lemah."

"Okay..! Kalau sayang tak nak makan, kita balik. Abang hantar sayang balik nak. Jom..!"

Beritahu Ziyad lagi memujuk gadis yang berwajah pucat itu. Tapi tiba-tiba saja Zara sudah naik angin dengan perlakuannya.

"Kau ni kenapa hah, kau peduli apa aku sakit ke tak.?"

"Aku macam ni pun sebab kau tahu tak, tolonglah jangan nak acah pedulikan aku bagai. Aku penatlah dengan permainan kau ni encik Ziyad..!"

Marah Zara yang sudah serabut di situ. Dia yang mahu berlalu pergi ditarik kembali oleh lelaki itu.

"Boleh tak Zara ikut je apa yang abang suruh. Kenapa degil sangat ni Izara Annisa..!"

"Bukan susah pun permintaan abang ni, kalau sayang tak nak makan pun sayang balik berehat boleh tak?."

"Baik..! Sebelum abang angkat sayang turun dari bangunan ni balik, baik sayang pergi sekarang."

"Atau sayang memang nak abang yang bawa sayang balik?."

Beritahu Ziyad yang sudah geram dengan gadis degil itu. Sedikit pun dia tidak mahu dengar dengan apa yang diperkatakannya.

Zara yang sudah bengang di situ menghempaskan fail di tangannya.

"Jangan ingat gelaran kau tu suami aku, kau boleh sesuka hati nak arah aku."

"Aku dah muaklah dengan sikap engkau ni, encik Ziyad. Semua benda kau nak paksa Aku..!"

"Baik..Aku akan balik..! Tu fail tu..Kau buatlah, Kau mesti tahu kan nak handle pasal benda tu. Kalau ada kesalahan sikit pun, kau jangan pernah nak salahkan aku..!"

Zara yang sudah bengang terus keluar dari situ, begnya diambil dan dia terus memasuki lift dalam keadaan marah.

••••

"Hello pa, apa lagi ni pa. Hir ada banyak kerja tau pa hari ni, Hir pun tak tahu Hir sempat tak singgah kat rumah nanti."

"Papa bincanglah dengan uncle Man tu, papa tetap la bila-bila pun majlis tu. Penatlah Hir nak fikir, tak pun papa tanyalah Tania sendiri. Dia yang gila sangat nak kahwin dengan Hir kan. Dah lah pa.."

Zahir yang stress di situ menutup telefonnya seraya bergegas masuk ke lift yang terbuka di depannya. Namun, tanpa dilihat-lihat dia terlanggar pula seseorang yang amat dia kenali.

"Cik Zara..! Nak pergi mana ni baru pukul 11 lebih. Nak keluar makan eh, i temankan nak tak."

Usik Zahir yang tidak habis dengan gatalnya itu bila melihat gadis-gadis.

"Kau ni dah kenapa halang jalan aku, kau tak pernah serik ke hah. Tepilah..!"

Marah Zara seraya menolak lelaki miang itu menghampirinya.

"Nantilah dulu, you selalu garang-garang macam ni. Tapi tak pe, i memang suka dengan cara you. You memang suka jual mahal dengan i kan sayang.

Bisik Zahir seraya mencium rambut gadis itu dengan ghairah sekali. Sudah berapa kali dirinya gagal untuk mendapatkan tubuh itu tapi kali ini dia nekad berusaha mahukan gadis cantik itu.

"Pppap"

"Aku dah beritahu kau banyak kali, jauhkan diri kau dari aku boleh tak."

"Lelaki binatang macam kau memang tak pernah serik kan, jantan macam kau ni patut heret je pergi balai tahu tak..!"

Tengking Zara yang bengang di situ lalu dia pergi dari situ untuk menuju ke keretanya.

Sakit hatinya dengan sikap Ziyad masih belum reda ditambah pula dengan lelaki gatal ini mengganggunya.

Zahir yang tercabar diperlakukan begitu dengan cepat menghampiri gadis itu. Sungguh berani gadis itu manamparnya di situ.

"Dia belum cukup kenal siapa aku". Bisik lelaki itu di dalam hati.

"Eh perempuan, kau cakap apa?. Lelaki binatang..! Berani kau hina aku kat sini eh, untuk pengetahuan kau aku ni CEO syarikat ni."

"Apa-apa yang aku nak semua aku dapat tahu tak termasuklah kau ni."

"Suci sangat ke maruah kau ni hah, perempuan sial..!"

Zahir yang sudah berang di situ menarik rambut gadis itu lalu dihantukkan di pintu kereta.

Zara yang sudah lemah, bertambah lemah apabila diperlakukan begitu sekali.

Suara lelaki itu nyaring-nyaring sahaja didengar oleh telinganya kala ini akibat dari hantukkan yang kuat itu.

Dahinya juga sudah luka berdarah, tetapi hati binatang itu tidak pernah kenal erti kasihan.

Zahir yang sudah menggila di situ menarik gadis itu dan membuka pintu belakang kereta.

Disebabkan waktu begini staff sudah masuk ke pejabat jadi tiada siapa yang ada di kawasan bawah parking itu.

Tubuh kecil itu dengan mudah ditolak masuk ke dalam kereta. Baju jaketnya dibuka seraya tali lehernya turut dilonggarkan untuk merogol gadis itu.

Niatnya yang sudah lama dipendam akhirnya akan tercapai juga.

"Kau ingat aku akan tengok je kau ni, takkan lah Zara..
Kau belum kenal aku siapa, ni Zahir lah..! Apa yang aku nak, aku akan dapat tahu tak..!"

Bisik Zahir yang sudah mencumbui leher gadis itu dengan rakus. Baju kurung yang dipakai gadis itu turut dikoyakkan begitu sahaja.

Zara yang masih mempunyai kesedaran dengan perlakuan tak senonoh lelaki itu meronta-ronta.

Airmatanya mencurah-curah keluar meminta dikasihani namun, nafsu syaitan itu membuatkan lelaki itu sudah mabuk dalam khayalannya.

Gadis didepannya sudah mahu diratah dengan rakus tetapi diganggu pula dengan bunyi hon yang panjang mengejutkan dia di situ.

Lelaki itu dengan cepat mahu keluar dari kereta itu tetapi tumbukan padu singgah di mukanya menyebabkan dia terjatuh di situ.

"Kau buat apa tu hah..!

Encik Zahir..!

What are you doing?."

Zahir yang terkejut dengan keberadaan lelaki berbangsa cina itu, terus berlari menuju ke keretanya meninggalkan kawasan itu.

Dia mengamuk sakan di dalam kereta kali ini, niatnya untuk dapatkan tubuh gadis itu gagal untuk kesekian kali. Dia menumbuk-numbuk stereng kereta tanda hampa di situ.

"Sial lah....!!"

Jason yang menjenguk ke dalam kereta terkejut seketika. Gadis yang amat dikenalinya berbaring lemah di kerusi belakang kereta.

Bajunya juga terkoyak di bahagian depan cepat-cepat ditutup dengan jaket milik Jason.

"Zara..!"

"Zara, ya Allah Zara. Tak guna kau Zahir, lelaki biadab..!

"Ya Allah Zara, tunggu Zara i call ambulance."

Cepat-cepat Jason yang panic di situ terketar-ketar menelefon ambulance untuk segera datang. Gadis itu yang masih di dalam keadaan tidak sedarkan diri ditunggu Jason sehingga ambulance sampai mengambil gadis itu.

Dia yang sudah geram dengan perlakuan berani lelaki itu sudah mengepal-ngepalkan tangannya. Dia tidak tahu mahu menghubungi sesiapa sedangkan nombor Ziyad sendiri pun dia tiada.

Zara ditolak masuk ke wad kecemasan ditangani beberapa orang doktor dan jururawat yang ada di situ.

Jason yang sudah kalut di situ dari tadi mundar mandir, risau dengan keadaan gadis itu di situ. Sesekali matanya akan menjenguk ke dalam sana tetapi tiada apa yang dilihatnya.

Telefon di poket seluarnya segera dicapai, nombor pejabat ZNE Holding cuba didail mana tahu dia boleh bercakap dengan Ziyad, suami gadis itu.

"Siti, awak ambil lah makanan ni. Saya terlebih beli tadi, mana tahu awak lapar."

Beritahu Ziyad seraya meletakkan paper beg tadi di atas meja Siti.

"Terima Kasih encik Ziyad.. Oh ya encik Ziyad, encik Jason ada telefon saya pagi tadi tanya pasal Zara. Saya cakap Zara ada kat office tadi, tapi Zara dah tak ada pula. Macam mana ya encik Ziyad.?"

Tanya Siti yang sudah keliru di situ.

"Biarlah dia, apa-apa urusan suruh dia masuk bilik saya. Okaylah saya masuk dulu."

Berbalik sahaja Ziyad di situ, telefon di atas meja Siti berdering. Jason yang berada di talian mahu segera bercakap dengan encik Ziyad.

"Encik Ziyad..Encik Jason nak bercakap. Katanya urgent, pasal Zara..!"

Beritahu Siti seraya memberikan telefon kepada bosnya itu. Ziyad yang mendengar nama Zara disebut segera mengambil telefon dan bercakap dengan lelaki itu. Mungkin ada sesuatu yang ingin diperkatakan lelaki itu.

Setelah mendengar apa yang diberitahu Jason ditalian, telefon di tangannya terjatuh ke bawah.

Dia yang tersentak di situ dengan cepat meninggalkan semua barangnya di pejabat dan segera berlari untuk keluar dari ZNE Holding.

Air mata yang mahu keluar ditahannya serta merta. Dengan berdebar-debar dia sampai ke hospital mencari-cari gerangan si isteri.

Namun, gerangan Jason yang sudah berada di situ dihampiri dengan cepat olehnya.

"Mana Zara..! Dekat wad mana?. Isteri aku mana hah..!"

Tanya Ziyad mencari-cari Zara di situ.

"You boleh bertenang tak..! Dia ada kat dalam lagi lah."

"Eh Ziyad..! I tak sangka tau Zara boleh kahwin dengan lelaki macam you ni, nak lindung isteri sendiri pun tak boleh ke encik Ziyad..!"

"Nama je suami, tapi kau ni tak guna tahu tak..!"

Marah Jason yang sudah dari tadi menahan marah. Sebenarnya marahnya bukanlah pada Ziyad, tetapi dia terbawa-bawa perasaan pula sebab lelaki itu tidak menjaga isterinya dengan baik.

"Kau cakap apa ni hah..Kau tak layak nak cakap aku macam tu kalau kau tak tahu apa-apa. Kau faham tak..!"

"Aku sendiri pun tak tahu benda ni boleh jadi sampai macam ni sekali. Aku dah ajak dah dia balik dengan aku, dia tak nak.."

"Kenapa kau ni bodoh sangat Ziyad..!, Kenapa kau tak pernah nak faham isteri kau, aku bersalah pada kau Zara."

"Aku termarah kau tadi, kalau tak semua takkan jadi macam ni. Maafkan abang sayang..!"

Jason disebelah juga tidak sampai hati melihat lelaki itu begitu, bukan mudah seorang suami menerima bila isterinya diperlakukan sekejam itu.

"Dah lah encik Ziyad, tak guna dah you nak menangis. Nasib baik tak jadi apa-apa lagi tadi, i sempat halang."

"Don't worry, kita doakan saja Zara tak apa-apa okay..!"

Ziyad yang mendengar dari mulut lelaki itu tiba-tiba sahaja berdiri di situ.

Dengan matanya yang sudah merah menangis, dia menghampiri Jason dan memandang tepat pada lelaki itu.

"Kau nampak semua yang berlaku kan.. Aku cuma nak tahu siapa..."

Namun, belum sempat dia bertanya lebih lanjut, jururawat yang keluar menghampiri mereka berdua di situ.

"Doktor nak jumpa suami atau keluarga Cik Zara. Boleh saya tahu siapa, Sila ikut saya sekarang."

Ziyad yang mendengar segera menghampiri dan mengikut jururawat itu bertemu doktor.

Apa-apa keputusan tentang isterinya adalah bergantung pada pemeriksaan yang dijalankan oleh doktor itu.

"Encik suami dia?. Baiklah encik sebenarnya keadaan isteri encik masa sampai tadi pun dah begitu teruk."

"Nasib baik luka di kepalanya tidak begitu dalam. Cuma saya curious, cik Zara sebelum ni memang ada trauma ke?."

"Maksud doktor? Saya tak faham..!"

Tanya Ziyad meminta penjelasan.

"Macam ni, masa saya buat pemeriksaan tadi cik Zara dah meracau seperti terlalu tertekan. Selain daripada itu, mungkin disebabkan gangguan kurang makan atau rehat yang tidak mencukupi."

"Sebab itulah saya bertanya begitu, tak pun mungkin trauma ni dari kejadian masa lalu dia yang buatkan dia begitu. Saya sendiri pun belum pasti.!"

"Jadi, buat masa sekarang, cik Zara akan diwarded untuk pemantauan. Itu sahaja encik Ziyad."

Ziyad hanya mengangguk faham dengan apa yang diberitahunya. Mungkin disebabkan dirinya, Zara perlu melalui trauma yang teruk begitu.

Ziyad berjalan keluar untuk menuju ke wad isterinya. Wajah gadis itu ditatap sayang, beribu luka di hati disimpan sahaja oleh gadis itu.

Kenapa dia tidak pernah nampak keikhlasan gadis itu, dia memang lelaki yang teruk.

"Maafkan abang, Sayang..! Walau banyak mana pun benci sayang pada abang, abang tak akan mengalah sayang."

"Abang akan jaga sayang sampai bila-bila."

Dia duduk memeluk isterinya dalam kehampaan, hatinya begitu sakit mengenangkan perlakuan kasarnya malam itu. Dia menangis sendiri di situ.

"Pertemuan kita dari derita dan lara
Hatimu ku robek tanpa belas dijiwa
Dalam sekelip mata kau menjadi milikku
Tanpa pintaku kau hadir dalam hidupku
Tanpa relaku kau menyimpan beribu cinta

Hatiku hancur memikirkan cinta
Dulu kusangka kau yang dustakan cinta
Dalam diam aku memberi luka
Cinta yang ku sambut rupanya derita
Derita yang kau kecapi tanpa kuduga
Sekarang aku bersama deraian air mata
Aku terseksa dalam duka"

_Ziyad.

Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience