LSH BAB 20

Romance Completed 14934

"Aireen..!"

Lambaian tangan dari Ziyad mengejutkan gadis cantik seperti model itu. Dia yang dari tadi tercari-cari suara yang memanggilnya terus menghampiri Ziyad yang tersenyum manis padanya.

"Emmm, do I know you?"

Gurau gadis itu yang menghampiri Ziyad sambil melihat lelaki tinggi lampai itu membuka kedua tangannya mahu memeluk.

"Berani kan sekarang dah lupa abang Yad. Look at you now Aireen..!"

"Dah besar panjang dah abang Yad tengok."

Beritahu Ziyad yang gembira dengan kehadiran gadis muda itu ke Malaysia. Aireen merupakan sepupu belah mamanya, iaitu anak kepada adik Datin Suraya.

Mereka yang tidak sempat untuk pulang masa hari kematian mamanya itu mempunyai masalah di sana. Disebabkan kemalangan yang berlaku pada papa Aireen juga waktu itu, mereka membuat keputusan untuk tidak pulang ke Malaysia. Perkara itu sama sekali tidak menjadi masalah untuk Ziyad.

"Mama, papa macam mana?. Sihat?."

Tanya Ziyad sambil menunggu air yang dipesan. Sudah lama dia tidak bertemu muka dengan mak ciknya itu.

"Well abang Yad, diorang semua sihat. But, papa is still recovering from the accident dia dulu."

Ziyad yang mendengar hanya mengangguk faham apa yang diberitahu gadis 19 tahun itu. Jarak umur antara mereka sedikit jauh dan boleh dianggap sebagai abang dan adik.

"Abang Yad..Aireen dengar dari mama yang abang dah kahwin eh?. Emm, sampai hati abang kan tak ajak Aireen. Ada gambar kahwin tak bang.?"

Tanya Aireen yang memuncungkan mulutnya tanda merajuk dengan Ziyad.

"Yup, abang memang dah kahwin but perkahwinan abang biasa-biasa saja Aireen."

Beritahu Ziyad sambil menyedut air dan melihat sekeling kawasan kafe itu.

"Ermmm, so dramatic la abang Yad. But it's okay, Aireen rasa kan macam tak sabar nak tengok isteri abang Yad tu, mesti cantik kan.?"

Tanya Aireen lagi sambil tersenyum di situ.

"Boleh, tapi maybe lain kali lah kut. By the way, betul ke ni Aireen nak intern in management under Universiti sini."

"Abang hairanlah dengan Aireen ni, punyalah banyak Universiti kat tempat sana boleh mohon pula kat sini. Kenapa Malaysia juga yang jadi pilihan ni?."

Tanya Ziyad yang pelik dengan sikap sepupunya itu.

"Ye lah abang Yad, Aireen dah bosan lah asyik duduk kat sana. Nak juga tukar angin kat sini, nasib baik ada juga keluarga kat sini. Kalau tak mana nya mama nak kasi Aireen intern sini."

Beritahunya lagi menceritakan keizinan dari mamanya itu.

"Yelah, dah ada tempat tinggal?. Ke nak tinggal ngan abang Yad.?"

Tanya Ziyad lagi minta kepastian.

"Ehh..No..No..No...!"

"Aireen tak nak eh ganggu privasi abang Yad ngan isteri tu. Sebelum Aireen datang sini pun, Aireen dah survey penginapan berdekatan."

Beritahu Aireen lagi sambil menghabiskan airnya di gelas.

"Kalau macam tu, jom..!"

Kata Ziyad mengajak.

"Pergi mana pula ni abang Yad."

Tanya Aireen seraya tangannya ditarik oleh lelaki itu.

"Ikut je lah.."

Beritahu Ziyad yang gembira menarik gadis itu mengikutnya.

•••

Meeting berkenaan dengan hubungan persepakatan bersama syarikat ZNE Holding dan Syarikat JSN Holding berlangsung dengan baik.

Setiap Ketua atau wakil department akan menjelaskan semua projek yang di uruskan oleh setiap department.

Hal ini untuk membuka ruang syarikat sana mengetahui setiap pembangunan yang dijalankan oleh ZNE Holding.

"I'm very excited sebenarnya untuk bersepakat dengan syarikat yang berkembang maju macam ZNE Holding ni. All the presenters are very professional in handling their own department."

"Actually, I memang sangat suka dengan cara kerja your company. I admit, i memang bangga sangat-sangat. So, i setuju dengan persepakatan ini, its deal."

Beritahu pemilik JSN Holding yang terus bersalaman dengan Zahir sebagai CEO syarikat ZNE Holding.

Kesepakatan itu ditandatangani dengan baik dengan persetujuan kedua-dua pihak.

JSN Holding merupakan sebuah Syarikat pembekal terbesar di Malaysia yang membekalkan barangan yang berkualiti kepada syarikat-syarikat pembangunan di Malaysia.

Ini menjadi satu kejutan yang membanggakan bila pihak sana bersetuju untuk mendapat bekalan dari mereka.

Meeting itu bersurai dengan baik sekali dan masing-masing sangat berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

"Zara..!"

"Excuse me, you Zara kan.? Dan i tak salah kan."

Tanya Jason seraya melihat Zara yang segera mahu keluar dari bilik meeting itu seperti cuba mengelak darinya.

Jason yang merupakan pemilik JSN Holding menyapa gadis yang amat dikenalnya itu dengan gembira, sudah lama dia mencari gadis itu dan dia bersyukur orang yang dicari itu ada terpacak di depan matanya.

Zahir yang melihat mereka berdua berbicara meminta diri terlebih dahulu untuk menyelesaikan perkara lain. Sebelum pergi dia sempat memandang tajam muka gadis itu.

Zara yang masih terdiam bila namanya dipanggil terus berpusing menatap lelaki itu.

"Tak sangka i boleh jumpa you kat sini Zara. See me clearly."

"Takkan you dah tak ingat i."

Beritahu Jason yang gembira boleh berjumpa Zara di situ.

"Jason, sorry i tak perasankan you pula tadi masa meeting."

Zara berpura-pura tak melihat lelaki itu tadi sedangkan dia sudah lama tidak melihat lelaki itu selepas pulang dari London. Sejak peristiwa perpisahan antara mereka, Zara sudah tidak mahu mengingat itu semua.

Dia tersenyum kembali melihat Zara yang masih cantik seperti dulu, malah gadis itu semakin cantik lagi di pandangan matanya.

Deringan telefon dari lelaki itu memecahkan kesunyian antara mereka berdua, setelah itu Jason perlu segera pergi begitu saja.

"I need to go, Zara. I have a meeting pula lepas ni. We separated here okay, kalau tak i dah ajak you lunch tahu tak."

"It's okay, maybe next time?. This is my card, simpan tau nombor i ni. Assalamualaikum."

Beritahu Jason seraya berlalu pergi dari situ. Zara hanya melambaikan tangannya saja pada lelaki itu. Ucapan salam itu betul-betul telah mendebarkan hatinya, dia seperti tidak percaya dengan apa yang didengar.

Jason itu merupakan bekas kekasihnya dulu di London, mereka saling mencintai sehingga kan setiap orang yang memandang mereka akan mengatakan mereka bercinta tetapi dalam dua dunia.

Dia merupakan lelaki berbangsa Cina yang sangat fasih berbahasa melayu. Sejak mula berkawan dengan Zara, dia tidak kekok langsung seperti orang lain.

Keakraban itu membuatkan lelaki itu mula terjatuh hati pada Zara. Namun, terpaksa ditolak baik oleh Zara disebabkan keluarga Jason yang tidak bersetuju kerana mereka berlainan agama.

Bagi Zara, Jason masih perlukan banyak masa untuk belajar lebih lagi mengenai agama. Jadi, dia tidak mahu lelaki itu terburu-buru dalam membuat keputusan.

Hati banyak pihak juga perlu dijaga olehnya, dia tidak mahu Jason mengambil keputusan hanya disebabkan oleh dirinya. Jadi, lebih baik dia menolak sahaja perasaan cinta dari lelaki itu.

•••

"Kita buat apa kat sini abang Yad?"

Tanya Aireen yang pelik dengan sikap sepupunya itu.

"Buat apa lagi, beli kereta lah cik adik oii."

Beritahu Ziyad seraya menarik hidung gadis itu.

"Pilih yang mana Aireen suka, abang Yad bayarkan. Tak kisah yang besar ke kecil ke, asalkan Aireen selesa."

Beritahu Ziyad sambil menyilang tangannya menunggu.

"Okay, sebab abang Yad nak bayarkan untuk Aireen. Aireen nak Mini Cooper merah ni."

Beritahu Aireen seraya menunjukkan kereta pilihannya itu. Keadaan kereta itu yang tidak terlalu besar memudahkan gadis sepertinya memandu.

"Okay.."

Setelah itu, Ziyad yang dilayan oleh pekerja disitu berurusan untuk membeli kereta pilihan sepupunya itu.

"I need one more car, yang satu lagi i nak yang warna gold tu."

Beritahu Ziyad yang mahu membeli dua buah kereta yang berjenama sama seperti Aireen itu.

"Wahh..Abang Yad.! Seriously?."

"Abang kan kalau beli kereta sama je macam beli ikan kat pasar eh. Aireen tahu lah abang kaya, lepas ni abang siap eh. Aireen nak mintak banyak-banyak lagi dari abang."

Beritahu Aireen mengenakan sepupunya itu. Ziyad hanya tersenyum dengan gurauan gadis itu yang selalu mengenakan dirinya.

"Tak apalah, nanti Aireen dah balik sana. Abang jual lah balik kereta tu. Tak rugi pun kan?"

Tujuan sebenarnya dia adalah mahu membelikan sebuah kereta untuk Zara bagi memudahkan gadis itu berangkat ke tempat kerja.

Tetapi, dia tidak tahu cita rasa gadis itu yang bagaimana. Jadi, dia mengikut sahaja citarasa sepupunya itu untuk membelikan isterinya sebuah kereta.

Tak sanggup dia melihat gadis itu setiap hari menunggu bas untuk ke tempat kerja.

Setelah selesai, Ziyad menghantar Aireen ke Universiti di mana tempat gadis itu intern bagi menamatkan pengajiannya. Kereta itu nanti akan dihantar esok bagi menguruskan proses penghantaran.

"Bye Abang Yad..! Nanti Aireen free, Aireen pergilah office Abang okay."

"Jangan lupa tau kenalkan Aireen dengan isteri abang Yad tu, tak sabar rasanya nak kenal dengan dia."

Beritahu Aireen seraya keluar dari kereta itu.

"Yelah..!, Jaga diri baik-baik tau kat sini. Apa-apa call abang tau. Bye."

Pesan Ziyad dan berlalu pergi meninggalkan sepupunya itu untuk terus pulang ke pejabatnya pula.

Dia sangat seronok hari ini boleh keluar dengan Aireen yang bermulut murai itu. Ada saja perangai Aireen yang mencuit hatinya itu.

Dia masih ingat lagi sewaktu dia di usia remaja, gadis kecil itu sangat comel sekali. Sesekali dia akan menggendong sepupunya itu kerana terlalu teruja dengan gadis itu.

Hubungan mereka bagaikan abang dan adik yang lama terpisah namun kini, kembali lagi berjumpa bagaikan mimpi pula buat Ziyad.

•••

Malam semakin larut, Zara yang berada di balkoni menikmati keindahan malam itu. Sesekali rambut panjangnya diseka apabila angin meniup lembut rambut itu.

Masih teringat pertemuannya dengan Jason pagi tadi, lelaki itu betul-betul segak berdiri di depannya dengan senyuman yang sudah lama tidak ditatapnya.

"Betul ke dia dah bertukar agama?.  Hampir dua tahun dia meninggalkan lelaki itu begitu saja. Mungkin tindakannya dulu sedikit sebanyak telah mengguriskan hati lelaki itu.

Kereta Ziyad masih lagi belum muncul menandakan lelaki itu masih belum pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 10.15 malam.

Zara mengambil keputusan untuk turun saja ke bawah lalu duduk menunggu kepulangan suaminya itu sambil menonton tv.

Makan malam juga sudah lama disiapkan dan hampir sejuk lauk pauk itu di atas meja. Selalunya Ziyad jarang untuk pulang lambat begini tapi hari ni dia tidak tahu lelaki itu ke mana.

Sejak berkahwin dengan lelaki itu, banyak perkara sudah diketahuinya tentang lelaki itu. Makan, pakai dan kesukaan nya juga Zara sudah catitkan di dalam hati.

Pernah dulu, waktu kali pertama dia menghidangkan lelaki itu makanan. Semuanya diketepikan sahaja kerana apa yang dimasak itu tidak kena dengan apa yang dia sukai.

Perasaan sakitnya yang selalu dimaki dan dicaci oleh lelaki masih lagi tersemat di hatinya.

"Kau masak apa ni hah?. Lauk kampung apa yang kau masak ni.?"

"Kau ingat aku suka ke makanan kampung kau ni. Jijik kau tahu tak?."

"Sini kau..Sini.. Sini aku cakap..!"

"Aku nak kau habiskan semua ni. Aku tak nak tengok kau buang sikit pun makanan yang kau masak ni. Habiskan..!"

"Eh..Kau jangan ingat aku suka lauk pauk bodoh kau ni. Lain kali kau tanya la aku, aku nak makan apa ke."

"Kenapa bengap sangat kau ni hah?."

Rambut Zara dicengkam kuat seraya ditolak kuat di hadapan rezeki itu. Setelah itu, dia ditinggalkan sahaja disitu dengan tangisan yang menyakitkan dada itu.

Zara termenung seketika memikirkan adakah dia sudah redha menerima semua ketentuan hidupnya itu, lagipun mereka berkahwin disebabkan terpaksa bukan cinta.

Keluarganya di kampung juga sudah lama tidak berhubung dengannya. Setiap minggu pasti Zara akan cuba menelefon keluarganya itu, namun satu panggilan pun tidak dijawab dari sana.

Sebagai pengubat rindu, Mila lah yang selalu menghubungi dirinya. Dan terkadang mereka berdua akan keluar meluangkan masa bersama jika diberi keizinan oleh suaminya itu.

Satu demi satu tekanan yang diperolehi dirinya sejak tinggal bersama lelaki yang bergelar suaminya itu.

Air mata Zara yang tiba-tiba jatuh membasahi pipi itu diseka beberapa kali. Dia membaringkan dirinya di sofa sambil mengenangkan nasibnya itu sehinggalah dengan sendirinya dia tertidur di situ.

Jam menunjukkan pukul 12 malam, Ziyad  baru saja pulang setelah menyiapkan kerjanya yang terbengkalai pagi tadi. Pintu dibuka dan dia melihat tv yang masih terbuka itu membuatkan dirinya tercari-cari gerangan si isteri.

Zara yang tertidur lena di sofa itu ditatapnya lama. Wajah yang cantik itu telah membuatkan hatinya berdebar kencang. Kalau dia mempunyai keberanian di situ, gadis itu sudah lama dicium olehnya.

Dia menghampiri gadis itu lalu mengangkat tubuh kecil itu dalam pangkuannya. Namun, Zara tersedar pula apabila badannya diangkat lelaki itu.

Dalam keadaan terkejut itu, dia tidak dapat menolak dari perlakuan lembut lelaki itu seraya hanya memandang tepat pada wajahnya.

Tubuhnya diangkat masuk ke tingkat atas di dalam bilik dengan mata masing-masing yang masih bertaut. Zara di letakkan di atas tilam di sudut dinding tempat di mana dia selalu tidur.

Semakin lama, wajah Ziyad semakin menghampiri wajahnya. Zara yang berkedip tidak keruan terus menjauh dari wajah tampan itu dari berbuat begitu. Jantungnya dari tadi berdegup tak dapat dikawal lagi, entah apa perasaan yang dirasakan dirinya.

"Lain kali, tidur kat bilik. Kalau dah rasa penat sangat, tak perlulah nak tunggu aku. Tidur je dulu."

Kata Ziyad berbisik pada gadis cantik di depannya itu. Pegangan lembut lelaki itu dilepaskan dan dia terus membuka pakaiannya untuk terus mandi membersihkan diri.

Zara yang sedikit terkejut dengan perbuatan berani lelaki itu segera memalingkan badannya menghadap dinding.

••••

"Kita nak buat macam mana ni biy, anak dalam perut i ni anak you tahu tak. I dah cakap dah pakai pelindung kan hari tu, tapi sikap gelojoh you tu lah yang membebankan i tahu tak..!"

Marah Tania lagi yang bertemu muka dengan lelaki itu di sebuah kondo milik gadis itu.

"You diam boleh tak babe, i tengah serabut tau sekarang.! Kalau you tak ada benda sangat nak fikir, you diam dulu boleh tak?."

Marah Zahir seraya duduk di sofa dengan dengusan kasar nya.

"Okay fine!. Kita nak selesai macam mana?."

"Eh biy, i tunggu you hantar rombongan untuk meminang i pun tak pernah jadi. Benda ni dah lama tau kita bincang, tapi you macam buat tak tahu kan."

Sambung Tania lagi dengan mulut bisingnya itu membuatkan orang yang rapat dengannya pun meluat dengan gadis itu.

"Kita gugurkan je lah, apa yang susah. Tak payah pening-pening kepala i nak fikir masalah ni."

Beritahu Zahir selamba mengambil jalan mudah untuk kebaikan dirinya.

"You gila ke?"

"I takkan gugurkan budak ni, yang sakit i yang menanggung tahu tak..!"

"You senang je kan cakap macam tu kat i, bila you dah puas huru-harakan hidup i you nak tinggal macam tu je?. Lelaki tak guna.!"

Marah Tania mengamuk di situ dengan membaling semua barang yang ada di situ.

"Habis tu you nak apa Tania.? Jangan main gila boleh tak."

Marah Zahir dengan perlakuan gadis itu yang membaling barang ke arahnya.

"I nak you kahwin dengan i. Sebelum perut i dah makin besar, baik you cepat-cepat tanggungjawab."

"Kalau tak i bocorkan semua perbuatan kotor you pada Yad dan papa you. You jangan nak cabar i tahu tak.!"

Sambung Tania lagi dalam keadaan tak terurus itu.

"Okay..Okay enough.!"

"I akan kahwin dengan you, but give me some time to prepare this okay. Makin berani you ugut i macam ni kan, you ingat dengan ugutan bodoh you tu buat i takut ke?"

"Jangan jadi bodoh boleh tak, kalau i tersungkur i akan heret you sama lah.!"

Tengking Zahir yang sudah tidak boleh bersabar lagi kali ni. Dia mengambil baju jaketnya dan keluar dari kondo itu dengan perasaan marah.

Demi menjaga perbuatan jahatnya itu, dia terpaksa menurutkan saja kemahuan gadis itu.

•••

Jam menunjukkan pukul 9 pagi, Zara sudah siap menghidangkan sarapan pagi untuk suaminya itu. Ziyad yang baru sahaja bangun itu masih di bilik mandi.

Disebabkan dia terlewat tidur semalam, dia terbangun agak lambat tidak seperti selalu.

Zara mencapai tuala mandi dan turun ke bawah untuk membersihkan diri juga. Namun, dia boleh terlupa pula untuk mengambil baju yang akan dipakai nanti.

Jadi, dia naik kembali ke atas dengan tergesa-gesa untuk mencapai baju yang sudah disiapkannya.

Baru sahaja dia berbalik untuk turun ke bawah Ziyad sudah keluar dari tandas.

"Nak pergi mana.?"

Suara dari arah belakang mengejutkan dia seketika lalu dia berbalik untuk memandang.

"Saya nak mandi kat bawah, baju awak saya dah siapkan atas katil tu."

Beritahu Zara sambil memandang Ziyad yang masih bertuala. Ziyad datang menghampiri dirinya membuatkan Zara tidak keruan pula kali ini.

"Mandi je lah kat sini. Kenapa? Tak sudi. Ke kau nak aku temankan kau mandi kat bawah tu."

Usik Ziyad disitu seraya semakin mendekat ke wajah gadis itu. Wajah Zara yang merona merah cepat-cepat berbalik untuk pergi dari situ.

"Nak pergi mana, jomlah mandi sekali."

Jantungnya yang berdegup dengan kencang itu menyukarkan dirinya bernafas dengan baik, terus dia berbalik segera pergi dari situ sebelum apa-apa terjadi.

Ziyad memerhatikan sahaja tingkah pelik gadis itu lalu dia tersenyum dengan sendirinya. Baginya, seronok juga kalau setiap hari dia boleh mengusik Zara begitu.

Lagipun wajah gadis itu sudah merona merah bila dia berkata begitu.

Jam hampir menunjukkan pukul 9.40 pagi, Zara yang bergegas turun ke bawah terus memakai kasutnya tidak sempat untuk bersarapan. Disebabkan usikan dari Ziyad itu tadi telah melewatkan dirinya pula di situ.

"Makanlah dulu, kalau jadi apa-apa nanti macam mana?. Come here, sit."

Arah Ziyad seraya menarik kerusi menyuruh Zara duduk bersarapan dengannya.

"Maaf cik Ziyad, saya takut tak sempat. Bas dah nak sampai ni."

Beritahu Zara dalam keadaan kalut di situ untuk pergi.

"No..! Masuk balik sini. Aku nak kau suapkan aku, tak larat lah nak angkat sudu ni."

Sergah Ziyad tidak mahu Zara berlalu pergi. Zara yang sedikit terkejut itu terus kembali masuk dengan perasaan yang cukup geram.

Dia yang sudah geram dengan sikap lelaki itu terus duduk dan bercakap dengan perlahan yang mana hanya didengar oleh telinganya sahaja.

"Mengada betul lah dia ni, bukan berat pun sudu ni. Aku dah la lambat ni. Kalau sampai ofis lewat dia marahkan aku pula."

Omelnya sambil mahu menyuapkan lelaki yang mengada-ngada itu.

"Kau cakap apa?, Kau kutuk aku eh..!"

Sergahnya lagi mengejutkan Zara buat kali kedua. Zara cepat-cepat menggeleng menafikan semua itu dan menyuapkan terus makanan ke mulut lelaki itu.

Setelah beberapa minit disuap, habis satu pinggan nasi goreng itu dimakannya. Zara yang sudah membersihkan semuanya terus berbalik untuk pergi dari situ. Mungkin sekarang bas sudah pergi, terpaksalah dia menempah grab pula sekejap lagi.

Ziyad mengambil kunci kereta yang baru dibelinya semalam dan terus diserahkan pada Zara yang sudah mengambil begnya untuk pergi.

"Ni hadiah aku untuk kau, lepas ni tak payahlah susah-susah nak tunggu bas tu lagi. Tak penat ke?"

"Kereta dah ada kat luar tu, aku pergi dulu."

Ziyad terus menyarungkan kasutnya berlalu dari situ. Zara yang terkesima dengan hadiah yang diperolehnya terus keluar melihat sebuah kereta yang terparkir cantik di depan rumah itu.

Dia yang sedikit gembira tersenyum dengan sendirinya.

"Patutlah dia cuba lambatkan aku tadi. Terima kasih awak..Terima kasih.!"

Bisik Zara sambil tersenyum gembira dengan hadiah yang diperolehnya. Sebenarnya sudah lama dia ingin membeli sendiri kereta untuknya, tapi dia membiarkan dulu niatnya itu.

Lepas ni mudahlah dia mahu ke mana-mana tanpa menggunakan 'public transport' lagi.

Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience