LSH BAB 13

Romance Completed 14934

"Baby, what's up? Do you miss me?. Kan i dah pesan tunggu i call you baby, i sibuk la sekarang ni."

Zahir menjauhkan diri dari dewan yang ramai itu untuk berbicara dengan selesa di telefon miliknya itu.

"Biy, sampai hati you tak ajak i pun ke majlis tu. You tak inform i pun you ada majlis apa-apa. I ni dah tak penting pun kan kat you.?"

Marah Tania seperti dirinya dipulaukan oleh lelaki itu.

"Okay listen baby, tunang you tak ajak you ke malam ni? Kalau i yang ajak you, dia perasan macam mana pula nanti? Habislah you baby, nanti tak jadi kahwin dengan lelaki pujaan you tu."

Zahir seakan memujuk gadis itu seperti biasa yang dilakukannya.

"You tahu tak biy, dia dah berani tampar i tau biy. You tahu tak macam mana sakit hati i ni?."

"You know what?..Ni semua disebabkan betina tak guna tu. Betina tu dari dulu asyik ganggu hidup i je biy."

Tania meluahkan kesakitan di hatinya kala ini dengan menceritakan masalahnya pada lelaki itu.

"Betina?..Siapa pula tu..baby?. Biar i ajar dia sikit, you tahu kan i macam mana."

Zahir menenangkan amarah gadis itu seketika dengan ayat manisnya untuk memujuk.

"You kenal kan pekerja baru tu, yang bawah department Ziyad tu. Zara!."

Beritahu Tania bersungguh-sungguh kali ni. Sakit hatinya tiba-tiba saja muncul bila dia dengan mudahnya ditampar oleh Ziyad di depan perempuan itu. Mungkin Zara sudah tergelak besar dengan perlakuan tunangannya sendiri terhadapnya.

"You ni biar betul baby, takkan gadis secantik Zara tu you boleh kalah?"

Gurau Zahir lagi yang hampir tergelak tidak percaya dengan kata-kata Tania itu.

"Biy, sampai hati you.."

"You cakap dia cantik, i ni apa pula? Tunggul kayu ke yang you senang hati je pergi puji betina tu!."

Marah Tania lagi sehinggakan Zahir menjauhkan telefon dari telinga nya disebabkan pekikkan dari gadis itu.

"Okay-okay."

"I'm sorry. You sendiri tahu kan yang tak ada sesiapa la yang boleh kalahkan kecantikkan you."

"You lagi cantik apa dari dia, don't worry okay baby."

Pujuk Zahir lagi malas p

"Wait..Wait, dia ada kat sana kan biy?"

"Kalau dia ada i nak datanglah, biar i malukan dia depan semua orang. Tu lagi bagus."

Marah Tania lagi memberi cadangan.

"Baby, i ada majlis penting tau malam ni."

"Tak bolehlah buat macam tu."

"I harap you tolong jangan rosakkan majlis ni okay."

"Alah pasal Zara tu biar i sendiri yang urus, lagi pun i tahu nak buat apa dengan dia nanti."

"Okaylah, apa-apa i call you. I love you baby."

Zahir meletakkan talian dan segera masuk ke dewan setelah melihat 3 buah kereta baru masuk ke pekarangan luar dewan. Tetamu-tetamunya sudah sampai untuk merasmikan majlis malam itu, jadi dia akan menjadi yang penting di situ.

•••

Ziyad yang baru melangkah mahu menghampiri Zara itu tiba-tiba terhenti di tempat di mana dia berdiri. Kelibat Zahir yang datang menghampiri Zara di situ membuatkan dia membatalkan niatnya itu.

"So sorry Cik Zara, I have an emergency call tadi."

"Tadi i nampak kereta our guests kat luar tu, let's get ready okay."

Beritahu Zahir yang tergesa-gesa baru masuk dan terus menghampiri Zara dengan senyuman yang manis.

"Okay encik Zahir, kita dah boleh ready dah ni."

Jawab Zara dan setelah itu mereka berdua berjalan bersama menuju ke pintu dewan untuk menyambut tetamu yang hadir itu.

Ziyad yang juga merupakan orang penting di situ turut menghampiri untuk menyambut para tetamu. Pada masa yang sama, mata Zara dan Ziyad saling bertatapan membuatkan masing-masing lari dari pandangan itu.

"Thank you so much. Thanks for coming to our country."

Ucap Zahir beramah mesra dengan para tetamu.

Sebagai tanda penghargaan, satu perasmian yang gilang gemilang telah dilakukan bagi menyambut kedatangan mereka semua.

Perkara ini sangat dihargai dan setelah itu mereka bersama-sama menikmati hidangan yang disediakan. Satu meja VIP disediakan khas untuk para tetamu untuk beramah mesra dan menjamu selera.

Pada masa yang sama kedudukan antara Zara dan Ziyad adalah bertentangan, manakala Zahir pula duduk diantara Zara dan tetamu mereka.

Ziyad memandang sekilas dan mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tidak mahu bertatapan dengan gadis di depannya itu.

Zara sesekali menunduk dan mendengar sahaja perbualan Zahir yang amat mesra dengan tetamu itu.

"Hi, I'm Naoki Natsu.. What's your name?"

Seorang gadis jepun yang duduk bersebelahan Ziyad menyapa dengan pelatnya kepada Ziyad yang sedang menjamu selera di sebelahnya.

"Kon'nichiwa Naoki, jiyadodesu. Oaidekiteureshodesu"
("Oh hi Naoki.. I'm Ziyad, nice to meet you.")

Ziyad menyapa dalam bahasa jepun dengan lancar sekali sambil tangannya membalas salaman Naoki.

"Uwa.., anata no nihongo no akusento wa odesu ne"
("Wow, your Japanese language is good.")

Beritahu gadis itu dengan gembira.

"Domo arigato. Watashitachi no kuni ni kite kurete arigato."
(Thank you so much. Thanks for coming to our country.)

Mereka berdua sedang rancak berbicara dengan mesra. Nampaknya gadis Jepun itu sangat selesa berbual dengan Ziyad.

Zara yang duduk berhadapan dengan mereka hanya mendengar saja tanpa mengetahui inti yang dibicarakan mereka berdua.

Sebenarnya Ziyad sangat pandai bercakap dalam beberapa bahasa. Sudah banyak pengalamannya dalam menangani pelbagai projek di luar negara dulu.

Namun, sejak arwah mamanya tiba-tiba sakit teruk, dia kurang mahu mengambil tahu hal pejabat itu lagi. Jika tidak sudah pasti papanya akan menjadikannya CEO syarikat untuk menggantikannya bukan adik tirinya.

•••

Jam menunjukkan pukul 12 malam, majlis tamat di situ dengan majlis perasmian yang sangat menarik dan disambung pula dengan majlis makan malam bersama. Disebabkan tetamu sampai agak terlewat dari yang dijanjikan, majlis tadi bermula pukul 10 malam.

Zara dan Siti sudah bersedia untuk menghantar tetamu mereka ke hotel yang sudah ditempah khas. Perjalanan dari dewan untuk ke hotel tidak terlalu jauh dan akan memudahkan urusan mereka.

"Hi everyone, thanks for tonight. Have a nice rest and please enjoy. Tomorrow my staff will handle everything about our agreement with your Company. Thank you so much everyone."

Zahir mengucapkan sepatah dua kata sebelum tetamu bergerak untuk ke hotel.

Mereka sangat gembira dan tampak keletihan juga setelah hampir beberapa jam untuk sampai ke Malaysia dan terus sahaja ke majlis ini.

Namun, pujian mereka terhadap sambutan dari Syarikat ZNE Holding ini sangat memberangsangkan.

Setelah 15 minit perjalanan ke hotel untuk menghantar para tetamu, mereka semua bersurai untuk pulang ke rumah masing-masing. Siti sudah berlalu pergi bersama suaminya yang dari tadi menunggu di dalam kereta.

Tinggal Zara seorang yang masih menunggu Zahir yang dari tadi menghilang dan menyuruhnya menunggu di lobi hotel.

Untuk pulang sendiri Zara tertinggal telefon nya, jadi agak susah untuk menempah grab untuk pulang.

Ziyad yang sudah menyelesaikan urusannya bersama pihak hotel berbalik dan pelik dengan keadaan Zara yang masih belum pulang.

Setelah itu, dia menghampiri untuk menegur gadis yang agak gelisah di situ.

"Cik Zara belum balik lagi?. Tunggu siapa, kawan?."

"Dah lewat dah ni, nak saya hantarkan ke?"

Ziyad bertanya kebingungan apabila melihat gadis itu yang matanya asyik tercari-cari seseorang dari tadi.

"Eh, encik Ziyad."

"Tak apalah, lagi pun encik Zahir tadi suruh saya tunggu sekejap. Dia nak pergi beli air, katanya dahaga. Tapi masih tak muncul-muncul lagi."

Beritahu Zara dengan terperinci. Namun perubahan pada wajah  lelaki itu betul-betul menyesakkan dadanya.

"Oh, okay lah..Saya gerak dulu lah."

Ziyad seperti hampa pula disitu, rupanya gadis itu sedang menunggu Zahir untuk pulang bersama. Jadi, tak perlulah dia ambil tahu apa-apa selain pergi saja dari situ.

"Baik encik, selamat malam."

Ucap Zara lagi dan hanya diangguk Ziyad dan dia berlalu pergi.

Bagi Ziyad, mungkin tiada harapan untuk dia mendekati gadis itu. Mungkin gadis itu sudah dimiliki adik tirinya, Zahir.

Di bawah hamparan gelap malam
Ku menatap satu bintang yang paling terang

Tatapanku yang penuh dengan harapan
Seolah itu adalah dirimu
Namun kau seolah jauh seakan menghilang..

Selama ini..
Sudah ku cuba untuk mengerti hatiku
Namun ternyata lain yang ku dapatkan
Namamu yang terukir dalam karang hatiku
Kini seakan hancur
Oleh batu yang menghentam..

_Ziyad

•••

Setelah 10 minit menunggu kedatangan Zahir, lelaki itu muncul sambil tersenyum pula ke arah gadis itu.

Zara yang melihat kelibat Zahir itu terus berdiri dan bersedia untuk pulang, namun disuruh Zahir untuk duduk dahulu.

"I'm sorry cik Zara, i punya la cari mana-mana kedai sebelah hotel tadi rupanya dah tutup. So, i ke seberang sana nasib baik kedai masih buka tau."

"Fuh!..Penat sangat ni, kita rehat kejap okay."

Pujuk Zahir yang menunjukkan muka yang agak penat seperti baru lepas berlari.

Zara yang seperti kesian dengan lelaki itu tampaknya hanya akur dengan permintaannya. Jika diikutkan boleh saja Zahir terus menaiki kereta dan berhenti di mana-mana kedai 24 jam untuk membeli.

Namun, disebabkan niat buruknya itu untuk mendapatkan Zara malam ini, dia perlu susun strategi yang baik.

Setelah itu, air tin di tangan di buka dan Zahir sempat memasukkan beberapa sebiji pil di dalam air tanpa dilihat Zara. Lalu, air itu diberikan kepada Zara bersama sebatang straw.

"Eh, tak apa encik..saya tak dahaga pun, encik minumlah."

Tolak Zara dengan lembut. Memang dia tak merasa dahaga pun saat ini, bagi nya lebih baik cepat-cepat lah balik sebab hari sudah larut malam.

"Alaa.. I dah buka dah pun cik Zara, lagi pun i memang belikan untuk you. Nanti membazir pula, dah la penat i pergi beli tadi. Nah, take it."

Pujuk Zahir lagi agar Zara meminum air itu untuk memudahkan rancangannya nanti.

Zara hanya mengangguk dan mengambil air itu lalu menyedut nya. Lagi cepat dia menghabiskan air itu, lagi cepatlah dia segera akan balik.

Lagi pula, esok dia bekerja pagi. Zahir yang melihat Zara yang seakan menghabiskan air itu tersenyum sinis.

"Makanan aku la kau malam ni Zara.. Nice, kau habiskan air tu sayang. Kita bergembira la malam ni, i memang dah tak sabar nak rasa tubuh you."

Zahir bercakap sendiri di dalam hati sambil memerhati saja gadis itu.

"Dah lewat ni encik, saya rasa kita patut balik dah ni. Esok, kita ada urusan kan dengan our guests."

"Jomlah encik, Zara seperti tidak keruan apabila bercakap. Dia bangun dari tempat duduknya tapi kepalanya tiba-tiba terasa pening."

"You okay tak ni cik Zara? Duduk dulu, nanti jatuh pula. Tunggu sekejap ya, nanti i bawa you balik."

Zahir meninggalkan Zara yang bersandar di kerusi sambil memegang kepalanya yang tiba-tiba agak pening ketika itu.

Zahir yang mendekati kaunter Hotel terus check in sebuah bilik untuk mereka berdua malam ini.

Zahir seakan teruja sekali, gadis yang sudah lama diidamkannya akan secara rasmi menjadi miliknnya.

Sudah lama dia menunggu saat ini, nafsunya terhadap Zara semakin membuak-buak.

••••

Ziyad yang sudah dalam perjalanan untuk pulang ke rumah terfikirkan sesuatu pula. Setelah itu dia meraba-raba poket seluarnya dan tercari-cari pula di sekelilingnya.

"Ya allah, telefon aku tertinggal pula dekat kaunter. Terpaksa patah balik lagi, haish."

"Dah pukul berapa dah ni, macam-macam lah.!"

Ziyad membebel di dalam kereta akibat kecuaiannya sendiri. Boleh pula kali ini dia tertinggalkan sesuatu, biasanya telefon akan ada di poket seluarnya tetapi dikeluarkan tadi untuk memudahkannya mengambil resit di poket.

Mungkin dia tergesa-gesa tadi menghampiri Zara bila melihat Zara di bangku lobi sendirian, entah kenapa dia masih lagi memikirkan gadis itu.

Setelah membuat pusingan U-turn untuk kembali ke hotel, dia memecut laju kereta Honda miliknya.

Disebabkan sudah larut malam, kereta pula tidaklah terlalu banyak seperti di siang hari. Jadi, cepatlah dia akan sampai untuk mengambil telefonnya.

Setelah keluar dari kereta, matanya tertumpu pada sebuah kereta BMW mewah yang amat dikenalnya itu.

"Takkan Zara tak balik lagi?, Ni bukan kereta Zahir ke?."

Ziyad memerhati kereta itu dengan pelik sambil matanya tercari-cari gerangan Zara dari luar. Setelah itu dia masuk ke dalam hotel untuk mengambil telefonnya dan berpaling di tempat duduk Zara tadi, tetapi kosong.

"Mungkin dia dah balik kut."

Fikirnya sejenak dan menghampiri kaunter untuk mengambil telefonnya. Setelah itu, matanya tiba-tiba tertumpu pada gerangan seorang lelaki yang sedang memeluk erat pinggang gadis di sampingnya menuju ke lift.

"Bukan Zahir ke tu?, siapa gadis tu? Tania?"

Ziyad tertanya-tanya lagi dengan mukanya yang bingung. Dan apabila pintu lift terbuka, mereka berdua terus masuk dan gadis itu seperti dipapah untuk masuk ke situ.

Setelah diperhatikan dengan betul oleh Ziyad tidak salah lagi, rupanya gadis itu adalah Zara. Ziyad seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang.

Zahir dah memang betul-betul keterlaluan, lelaki yang seakan binatang itu perlu diajar secukupnya. Mungkin kali ini Zara yang akan menjadi mangsanya pula selepas Tania.

"Excuse me!.., boleh saya tahu tak nombor bilik lelaki yang baru check in tadi?. Dengan nama Zahir Zulfi, ada tak?."

Ziyad seperti tergesa-gesa untuk mengetahui bilik Zahir yang baru di check in, jika dikejar pun mungkin tidak sempat kerana mereka sudah berlalu pergi.

"I'm so sorry encik, data peribadi customer kami dilarang untuk diberikan kepada orang luar. Saya minta maaf."

Pekerja hotel itu tidak mahu memberikan kerjasama saat ini. Mungkin Zara berada dalam bahaya sekarang, Zahir akan menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan apa yang dia mahu.

"Please..please!!. I really need your help right now. That man brought my wife to check in here."

"If anything happens to my wife, this hotel should be responsible."

Ziyad terpaksa membohongi pekerja itu dengan mengatakan Zara adalah isterinya. Dia juga sempat mengugut jika terjadi apa-apa pada Zara, hotel ini yang akan menanggung akibatnya kerana tiada tindakan dari pihak hotel.

Setelah itu, manager hotel keluar untuk menyelesaikan masalah itu apabila mereka diugut sebegitu.

"Okay,..okay sir I'm so sorry about the attitude of our workers. Let me check first okay, what's the name of that man?.
Manager itu bertanya seraya memeriksa nama yang dicari Ziyad.

"Zahir..Erm..Zahir Zulfi. Ada tak?."

Ziyad tidak dapat sabar di situ, sesekali matanya melihat di pintu lift tanda ketidak sabarannya itu.

"Okay jumpa!.. baru saja check in tadi bilik 302 di tingkat 3."

Beritahu manager itu meneliti data di komputer.

"Okay thanks." Belum sempat diberitahu habis, Ziyad sudah berlalu pergi dengan tergesa-gesa namun dia berpatah balik.

"I need a spare key, please hurry."

Beritahu Ziyad lagi. Setelah mendapatkan kunci spare, dia berlari menekan tombol lift dan lift terus terbuka.

"Zahir, kau memang dah melampau, aku akan ajar kau. Tengoklah setan."

Marah Ziyad sambil membebel dalam lift. Sesekali memang si Zahir perlu diberi pelajaran, jika tidak makin menjadi-jadi perangai terkutuk nya itu.

Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience