Hembusan bayu pagi menenangkan Zara waktu ini. Sesekali rambutnya dikuak ke belakang menampakkan lagi kemanisan dan keayuan dirinya.
Jika ada yang lalu di hadapan rumahnya waktu begini, pasti sudah terpesona dengan kecantikkannya itu.
Sedang Zara menikmati keindahan pagi di pintu jendela, pintu biliknya pula dibuka perlahan.
"Zara, boleh ayah masuk?."
Zara hanya mengangguk lesu dengan permintaan ayahnya itu walaupun dirinya masih perlukan masa untuk berfikir.
"Dah dua hari dah Zara asyik berkurung dalam bilik ni nak."
"Ayah dengar kamu dah dapat panggilan temuduga. Betulkah?."
Tanya ayahnya seraya duduk dibirai katil memandang anaknya itu.
"Ya ayah, maaf Zara tak sempat pun nak beritahu ayah malam tu."
"Zara minta maaf kalau Zara terus masuk bilik macam tu je, Zara sedikit kecewa ayah."
"Zam dah macam abang dah bagi Zara, kenapa pak cik Hashim buat keputusan macam tu yah."
Zara mengambil kerusi solek miliknya itu dan terus duduk menghadap ayahnya. Dalam kegusaran itu terselit sedikit perasaan sedih di hatinya.
"Tadi ayah cakap nak bincang sesuatu?. Ada apa yah?."
Tanya Zara bingung.
"Ayah minta maaf pasal perkara tu Zara. Ayah tak sepatutnya beritahu Zara pun pasal benda tu."
"Tapi hati ayah gelisah Zara, ayah tak patut pun buat kamu begitu."
"Ayah hancurkan hati anak ayah ni. Ayah minta maaf nak."
"Salah ayah sebab terima bantuan pak cik kamu dan ayah tak tahu pun yang dia buatbsemua ini bermakna."
Sambil menyeka air mata di pipi tua miliknya itu.
"Tadi ayah dah pergi dah jumpa dia dan bincang pasal benda ni Zara."
"Tapi dia tidak mahu, dia hanya mahukan kamu sebagai menanti dan isteri pada Zamri."
"Kalau tak ayah kena bayar balik dua kali ganda harga dari apa yang sudah diberikan pada kamu.
"Mana kita nak cari semua tu. Tanah kebun tu pun belum cukup lagi Zara."
"Kalau ayah jual kambing-kambing ayah tu pun berapa sangat yang dapat."
"Macam mana dengan adik-adik kamu nanti, masa depan mereka macam mana."
Beritahu Encik Halim sedih begitu, kenapalah di terima saja bantuan dari abangnya itu tanpa sikit pun mengetahu niat sebenar abangnya.
"Ayah, kenapa ayah nangis?"
"Ayah tak salah pun yah. Sepatutnya Zara lah yang perlu menerima semua ini."
"Ayah tak perlu risaukan Zara ayah, apa-apa pun yang melibatkan keluarga kita Zara sanggup buat apa saja."
"Zara akan ikut cakap ayah, Zara tak nak hati ayah risau macam ni."
Zara terus mengambil tisu di meja soleknya dan mengelap air mata ayahnya itu dari terus mengalir.
Sesungguhnya encik Halim sangatlah menyesal dengan semua perkara yang terjadi. Dia merasakan seperti tidak berguna waktu itu.
"Esok.. Ayah beritahu lah pak cik Hashim yang Zara dah terima dah pun lamaran Zamri tu yah."
"Ayah tak perlu lah risau tentang semua tu, Zara akan terima semua kemahuan pak cik Hashim."
"Zara tak mahu lagi susahkan ayah dan hati ayah lagi."
Pinta Zara sambil memeluk ayahnya itu. Dia masih lagi menahan air matanya dari jatuh didepan ayahnya itu.
Hati Zara waktu ini sedikit terasa kosong. Adakah betul tindakan yang dia ambil waktu ini atau kata-katanya itu hanya untuk menenangkan perasaan ayahnya itu.
"Maafkan ayah sebab tak mampu pun menolak permintaan dia."
Sambil memegang pipi anaknya itu, Encik Halim mengucup dahi anaknya itu tanda dia kasih akan pengorbanan anaknya itu.
Puan Aini yang dari tadi memerhati tingkah Zara dan suaminya di pintu bilik, asyik mengesat saja air matanya itu.
Dia yang juga mengetahui perasaan suaminya dan Zara waktu itu sudah tidak dapat lagi menahan air mata.
"Abang, Zara dah jom makan. Ibu dah siap masak."
Panggil ibunya dengan lembut.
Mereka masing-masing masih di meja makan tetapi suasana tidak sama seperti selalu.
Masing-masing masih melayan perasaan dan masih berfikir adakah tindakan yang diambil betul atau tidak.
•••
Di depan rumah waktu petang sebegini, Zara sedang asyik mengemas halaman sambil menyanyi lagu kesukaannya.
Dia sudah tidak mahu lagi memikirkan masalah yang terjadi.
Baginya, dia hanya berserah dengan takdir tuhan. Mungkin perjalanan hidupnya sudah ditentukan sang pencipta.
Dia hanya mengikut sahaja ketentuan itu kerana tuhan adalah sebaik-baik perancang.
" Zara!."
Sergah Zamri dari belakang menyebabkan penyapu yang dipegang Zara mahu diayunkan ke belakang tetapi pantas dipegang Zamri.
"Kau memang selalu nak terkejutkan aku kan Zam."
"Dah tak tahu nak beri salam ke?."
"Aku hempuk dengan penyapu ni kan."
Marah Zara yang terkejut dengan perilaku Zamri itu.
"Assalamualaikum buah hatiku."
Seru Zamri dengan nada menggoda di telinga Zara.
"Kau ni kan.. nah ambik ni."
Sambil penyapu itu diayunkan ke kaki Zamri. Tetapi Zamri terus melarikan diri menyebabkan mereka berkejaran bersama di halaman rumah itu.
Perkara tersebut diperhatikan encik Hashim dari jauh dengan senyuman yang sangat gembira.
Dia tahu, Zamri pasti gembira dengan berita yang diberitahunya tadi tentang penerimaan lamaran dari Zara.
Dia pasti anaknya akan gembira bila bersama Zara kerana sejak dari kecil lagi dia tahu perangai anaknya itu bagaimana.
"Kau ni kan Zam..!"
"Aduh, dah la aku penatlah."
Sambil meletakkan penyapu tadi dan terduduk di pangkin merehatkan dirinya yang lelah mengejar.
Hatinya saat ini sangat kosong saja bila memikirkan semua yang berlaku, tetapi dia tidak mahu mempedulikan lagi perasaannya itu.
"Terima kasih Zara. Terima kasih tau, sebab dah sudi terima aku."
"Aku janji dengan kau yang aku akan jaga kau Zara dengan sepenuh hati aku."
Beritahu Zamri dengan nada gembira dan duduk di samping Zara tersengih kegembiraan.
"Kenapa kau pilih aku Zam?. Kenapa bukan dengan orang lain?."
"Zam kau dengar ni, aku anggap kau dah macam abang aku tau Zam."
"Kita pun dah macam adik beradik, kau tak rasa keputusan ayah kau tu tak masuk akal ke?."
"Ke ni semua kau yang minta?"
Bertubi-tubi soalan Zara keluar waktu ini. Tetapi, Zamri hanya memerhati saja wajah Zara yang cantik itu dari samping.
Hatinya sangat puas dengan penerimaan Zara terhadap dirinya. Dia sudah seperti angau di situ memerhatikan gadis itu yang tak lama lagi adalah miliknya.
Hati Zara masih pedih lagi kali ni. Tiada cinta, tiada kasih tetapi lebih kepada sayangnya seorang adik terhadap abangnya saja.
Zamri yang tersenyum sambil melihat wajah ayu Zara masih tidak mempedulikan pertanyaan Zara yang dari tadi bercakap sendiri.
"Zam..Zam..!
"Hei Zam!."
Sambil menepuk pipi Zamri yang sedang mengelamun dari tadi.
"Kau dengar ke tak ni Zam..!"
"Boleh pulak kau mengelamun ya?. Dah lah, aku nak masuk.!"
Jerit Zara marah dan meluru saja mahu masuk ke dalam rumah tetapi tangannya pul ditarik oleh Zamri.
"Aku dah lama dah cintakan kau Zara. Sejak dari sekolah menengah lagi aku dah simpan rapi perasaan ini."
"Tiada gadis pun yang ada dalam hati aku selain diri kau."
"10 tahun aku tunggu saat ini Zara, aku terharu kau sudi terima lamaran dari aku."
Jawab Zamri perlahan sambil manatap mata cantik Zara.
Zara yang terkesima dengan luahan hati Zamri melepaskan pegangan tadi. Jadi betullah tekaannya itu, ini semua permintaan dari Zamri.
Tiada sepatah kata yang keluar dari mulutnya saat ini, I
ia seperti terkunci dengan sendirinya.
Begitu besarkah cinta Zamri terhadapnya sampaikan sanggup dia menunggu sampai begitu sekali.
Tapi macam mana pul dengan dirinya, bagaimana dia mahu mencintai lelaki itu sedangkan sedikit pun tiada perasaan cinta yang berputik untuk lelaki itu.
Adakah betul dia dapat menerima semua ini?. Zara berbicara di dalam hatinya.
Dia hanya menunduk memandang lantai simen dengan perasaan kosong dan terus saja berlalu pergi. Walau macam mana pun, lamaran Zamri sudah diterimanya.
Tiada apa yang boleh dilakukannya lagi saat ini. Dia harus terima semua ini dengan baik demi tidak menghampakan ayahnya itu. Baginya, keluarga adalah segala-galanya.
•••
Di kediaman Dato' Zakri saat ini dipenuhi dengan ramai tetamu VIP yang dijemput.
Majlis dibuat secara besar-besaran bagi menyambut CEO baru syarikat besar miliknya itu. Dato' Zakri sangat berbangga dengan kedua-dua pencapaian anak lelakinya itu.
Kedua-duanya bagus dalam bidang masing-masing.
Namun, sikap adik beradik tiri itu sememangnya agak berbeza. Selalu ada kesalahpahaman antara mereka yang menimbulkan punca pergaduhan.
Perkara itulah yang selalu dirungsingkan Dato' Zakri saat ini.
"Selamat malam semua, terima kasih kerana sudi datang ke majlis kami."
"Saya sangat berbesar hati dengan kehadiran dato' dan datin sekalian."
"Hari ini saya akan memperkenalkan CEO baru syarikat ZNE Holding yang mana akan menggantikan saya sepenuhnya."
Dato' Zamri membuka bicara di majlis tersebut.
"Saya memperkenalkan dua anak lelaki saya Ziyad Zafran dan Zahir Zulfi yang mana salah seorang dari mereka akan menggantikan saya secara rasmi."
"Pemilihan saya ini adalah berdasarkan persetujuan juga dari lembaga pengarah."
"Jadi saya amat berbesar hati lah dengan persetujuan semua pihak."
"Saya persilakan Zahir Zulfi bagi memberi sepatah dua kata sebagai CEO baru syarikat ZNE Holding yang baru."
Sambil menghulurkan mikrofon kepada anaknya itu.
Semua tetamu yang hadir bertepuk tangan dengan meriah sambil menikmati saja suasana majlis yang tenang itu.
Ziyad yang tidak merungsingkan apa-apa saat itu terus saja menghilangkan diri dari hiruk pikuk orang ramai.
Dia terus naik ke tingkat atas meninggalkan majlis itu bagi mendapatkan mamanya.
Tiada gusar dan kecewa pun dari riak wajahnya di majlis tadi. Yang penting padanya saat ini adalah mamanya, Datin Suraya.
"Ma..mama okay tak ni?. Dari tadi yad tengok mama batuk, ada darah lagi ni ma."
"Sebab tu Yad risau nak tinggalkan mama tadi."
"Kita pergi klinik nak?. Yad bawa mama?."
Tanya Ziyad dengan cemas sambil mengelap mulut mamanya yang masih tersisa dengan darah.
Datin Suraya yang lemah lesu tidak mampu lagi berkata apa-apa. Dia hanya menggeleng saja menandakan tidak mahu ke mana-mana.
Datin Suraya sebenarnya telah mengidap penyakit leukemia tahap akhir. Tetapi tuhan masih lagi memberi peluang untuknya merasai kehidupan walaupun hanya mampu berbaring saja di katil.
Sudah banyak kali dia menjalani kemoterapi, namun tiada sedikit pun perubahan yang berlaku. Kini, Datin Suraya hanya berserah sahaja dengan ketentuan ilahi.
Sesekali, Ziyadlah yang akan membawa mamanya keluar untuk mendapatkan udara segar.
Baginya, selama mamanya masih bernyawa, dia akan selalu berada di sisi mamanya itu.
Tiada yang dapat mengganti tempat mamanya saat ini. Walaupun ayahnya sudah beristri lain atas permintaan mamanya, penerimaan Ziyad terhadap datin Noni, ibu tirinya itu adalah sebaliknya.
Perlakuan Ziyad yang tidak pernah mengendahkan datin Noni yang banyak membantu menguruskan ibunya itu tidak diambil hati. Malah, datin Noni sangat menyayangi kedua-dua anak lelakinya itu.
Walaupun Ziyad masih menolak kehadiran ibunya itu, datin Noni masih menegur dan melayan anak tirinya dengan baik.
Dia tahu, Ziyad mungkin kurang mendapat kasih sayang. Jadi, dia selalu cuba untuk mendekati Ziyad tetapi sering tidak dipedulikan.
"Ya allah!, Akak tak apa-apa ke kak?."
Jerit datin Noni yang masuk ke bilik sambil membawa air dari dapur bergegas untuk mendapatkan datin Suraya.
Namun, kedatangan ibu tirinya itu ditepis kuat oleh Ziyad membuatkan air yang dibawa datin Noni tumpah di lantai.
"Kau ke mana hah perempuan!. Baru sekarang kau nak muncul?."
"Kau pergi mana.?"
"Oh, tadi kau cakap nak tolong jagakan mama aku, tapi apa?. Kau tinggalkan dia macam tu?."
Sambil menolak ibu tirinya pula sampai jatuh di lantai. Datin Suraya sedikit terkejut dengan perlakuan kasar anaknya itu dan tidak mampu untuk menahan perkara itu berlaku.
"Oh!, Ya tak ya.!"
"Anak kau dah jadi CEO kan mesti kau pergi bertepuk tangan kat luar sana sambil bermesra-mesra dengan datin-datin tu kan?."
"Lepas tu kau tinggalkan mama aku sorang-sorang kat sini..!"
"Kalau jadi apa-apa macam mana.!"
"Hey! Jawablah."
Ziyad menjerit melepaskan amarahnya tanpa usul periksa.
Jeritan Ziyad itu telah didengari oleh Dato' Zakri yang sememangnya baru sampai dibilik itu.
"Ib..ibu ke dapur tadi yad.., Ibu pergi ambil air.. Ibu tinggal mama kamu sekejap je tadi..".
Jawab ibunya menahan tangis dengan pertuduhan anak tirinya itu.
"Pembohong!."
Tengking Ziyad sekuat hati.
Ppap!
Sebuah tamparan yang kuat hinggap di pipi Ziyad saat itu.
"Kau memang dah melampau sekarang ni Ziyad."
"Kau tak pernah nak hormat ibu kau ni Ziyad, orang yang banyak berkorban membesarkan kau, melayan kau."
"Apa lagi yang tak cukup hah?."
Tengkingan dato' Zamri mengejutkan semua yang ada di bilik itu.
"Sudahlah tu abang, Noni tak apa-apa pun. Janganlah buat macam ni abang..".
Rayu datin Noni kepada suaminya itu.
Namun, rayuan datin Noni itu hanya membuatkan Ziyad tersenyum sinis.
Baginya, datin Noni hanya tahu berpura-pura dan suka mengambil kesempatan.
Ziyad terus mengangkat tubuh kurus milik mamanya itu dan berangkat ke klinik berdekatan.
Walau selalu berlaku pertengkaran apa pun di rumah itu, dia tidak mempedulikannya.
Malah, kesihatan mamanya itu adalah hal yang diutamakan saat itu. Dia sudah biasa dengan pertengkaran yang berlaku disebabkan olahnya sendiri.
Bagi dirinya, semua yang berlaku kepada mamanya adalah berpunca dari papanya sendiri.
Sejak keadaan mamanya semakin memburuk, papanya kurang memberi perhatian, malah masih sibuk dengan kerja dan ibu tirinya itu.
Selesai sahaja mendapatkan rawatan untuk mamanya, Ziyad memacu keretanya untuk pulang.
Sesekali, matanya tidak henti-henti menoleh ke wajah mamanya yang sedikit lesu.
Dia tahu, keadaan mamanya tidak akan membaik seperti sediakala tetapi dia tetap akan membantu dalam medapatkan perawatan terbaik walau dengan apa cara sekalipun.
"Yad..,tak sepatutnya kamu layan ibumu seperti itu nak. Ibu tak salah pun yad, mama yang salah yad."
"Mama tak dapat nak jaga yad dengan baik. Maafkan mama yad."
Ziyad terus memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia tak mampu untuk menahan air matanya lagi.
Mendengar luahan dari mulut mamanya itu membuatkan dia teresak dengan sendiri. Dirinya seperti serabut memikirkan permasalah dalam hidupnya itu.
"Tak ma..,mama tak salah ma. Yad yang tak dapat jaga mama dengan baik. Maafkan yad ma."
Sambil tak henti-henti mencium tangan dan dahi mamanya itu.
"Yad.., janji dengan mama yad. Terimalah ibu Noni, dia sangat menyayangi kamu yad."
"Dia bukan seperti yang kamu sangka."
"Selama ni dia jaga mama dengan baik Yad.., Dia sayangkan kamu sama macam mama sayangkan Yad.."
Perlahan suara datin Suraya saat itu memujuk hati anak tunggalnya itu.
"Yad janji ma..,tapi yad perlukan masa. Biar hati yad sembuh dahulu ma.."
Pinta Ziyad sambil memeluk erat mamanya. Datin Suraya hanya memandang lama wajah tampan Ziyad sambil tersenyum.
"Kita balik rumah ya ma..kita dah nak sampai rumah dah ni."
kata Ziyad perlahan di telinga mamanya sambil membetulkan kedudukan mamanya di kerusi hadapan kereta.
Di bilik mamanya yang suram waktu itu, Ziyad menguruskan datin Suraya sehingga mamanya itu tertidur. Ziyad tunduk sambil memeluk erat tangan datin Suraya.
Entah apa yang difikirkannya saat ini. Kata- kata datin Suraya masih terngiang di benaknya. Perlukah dia menerima ibu tirinya itu?. Atau perlukah mengikut sahaja permintaan mamanya itu?.
Hati Ziyad masih belum sembuh dari luka 6 tahun yang lalu. Di mana waktu itu, saat mamanya dikejarkan ke hospital akibat sakit yang semakin teruk, papanya seronok dengan majlis perkahwinannya yang baru.
Masih terbayang saat itu di mana mamanya bertarung nyawa di bilik rawatan membuatkan dirinya resah dan berdebar.
Sudah berapa kali dia menelefon dato' Zakri untuk memberitahu tentang mamanya. Namun hanya peti suara yang diterimanya.
"Sial!."
Satu perkataan yang keluar dari mulut Ziyad waktu itu. Telefon yang dipegangnya dari tadi dicampak sekuat hati, berderai di lantai hospital.
Tiada siapa yang menenangkan hatinya, malah dirinya hanya ditemani bunyi detak kasut doktor dan jururawat sahaja waktu itu.
Ziyad menangis mengenangkan peristiwa dahulu, tangan mamanya digenggam erat.
Terus dirinya terlena disisi datin Suraya bersama luka yang dipendam.
Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_
Share this novel