LSH BAB 12

Romance Completed 14934

Zara sampai di pejabat hampir tepat pukul 10 pagi, dia agak sedikit terlewat hari ini tidak macam selalu.

Mila juga sama disebabkan dia juga kerja lebih masa, jadi waktu tidurnya sedikit terhad.

Nasib baiklah pejabat mereka berdua adalah pada arah yang sama, jadi tidak sukar untuk Mila menghantarnya seketika.

Pintu lift terkuak kosong tiada penghuni dan Zara tergesa-gesa masuk untuk segera sampai ke tingkat atas. Namun, pintu disekat dari luar tanda ada yang mahu masuk.

"Sorry"

Ziyad menekan tombol buka dari luar seraya masuk lalu mata mereka berdua bertembung.

Suasana sedikit sunyi dan kedua mereka kaku di tempat masing-masing menunggu pintu lift terbuka tanda sampai di tempat mereka.

Darah gemuruh kembali menghantui Zara kala ini, semakin dekat dengan lelaki di sebelahnya itu semakin detak jantungnya kembali melaju.

Namun, bila dia mengimbau kembali hal yang semalam mahu sahaja dia cepat-cepat keluar dari lift itu.

Ziyad yang dari tadi terdiam sesekali memandang jam di pergelangan tangannya. Bila berdua begini, hatinya juga sedikit tidak keruan.

Namun, digagahkan jua untuk berada di situ tidak mahu ada yang perasan dengan tingkahnya itu.

Setelah pintu terkuak, Ziyad terus laju keluar meninggalkan Zara dibelakangnya. Pintu bilik dihempas tanda bos sudah sampai di pejabat mereka.

Siti yang dari tadi memerhati hanya tunduk dan terus melakukan tugasnya sebagai pembantu peribadi Ziyad.

Zara sesekali mengerling lelaki itu dan terus masuk duduk di mejanya.

"Malu la tu, buat lagi kerja tak clear di dalam pejabat."

Zara bercakap sendiri sambil membetulkan duduknya dan melihat-lihat arah bilik lelaki itu.

20 minit kemudian, satu panggilan masuk di mejanya menandakan ada yang memanggil. Zara tidak teragak-agak untuk mengangkat panggilan itu.

"Masuk bilik saya sekarang."

Arah si pemanggil yang terus meletakkan gagangnya dengan kuat dan mengejutkan Zara seketika.

Siapa lagi kalau bukan encik Ziyad yang berani berbuat demikian padanya.

Pintu diketuk dan Zara masuk memunculkan diri apabila dipanggil. Siti juga berada di ruangan itu menunggu kedatangan Zara di situ.

"Ya encik ada apa-apa yang boleh saya bantu?."

Zara membuka bicara mahu mengetahui punca dia dipanggil.

"Have a seat." Pinta Ziyad menyuruh stafnya itu.

"Untuk tetamu kita malam ini, i nak you berdua tolong i untuk uruskan penginapan our visitors."

"Dalam perbincangan i dengan pihak atasan, around 5 rooms should be available."

Ziyad memberi arahan kepada kedua-dua staffnya itu.

"One more thing, i nak you berdua tolong survey dulu tempat tu. I tak nak ada apa-apa komplain dari visitors kita and it should be Hotel 5 star."

Pinta Ziyad lagi memberi arahan.

"Yang lain i sendiri akan handle, you berdua tak perlu uruskan apa-apa dekat hall.

Staff lain dah buat, tinggal you berdua sahaja uruskan benda tu."

Ziyad memberi penerangan lagi.

"Is it clear?, Atau ada apa-apa lagi nak tanya?."

Ziyad meminta kepastian dari kedua-duanya.

"Encik Ziyad, kalau macam tu malam nanti kami berdua ke yang akan bawa visitors tu? Atau ada yang lain yang akan bawa mereka?."

Tanya Zara pinta kepastian.

"Oh, about that. Yes, tapi kalau i sempat i akan pergi sana juga."

"Okay that's all, you all may leave. Apa-apa calls me Siti, then informs me everything okay."

Beritahu Ziyad lagi dan Siti mengangguk mendengar arahan atasannya itu.

Mereka berdua keluar dari bilik itu dan bersiap untuk melihat mana-mana hotel 5 Star yang berdekatan dengan bangunan mereka.

Pelawat yang datang nanti akan terus ke majlis tanpa singgah mana-mana Hotel, jadi merekalah yang perlu menyiapkan semuanya.

Seraya mereka berdua sampai di salah satu hotel untuk di lihat. Mereka terus ke kaunter urusan untuk berurusan mengenai hal tersebut.

Layanan yang diberikan pihak hotel sangat memberangsangkan jadi ia memudahkan kerja mereka.

Setelah mereka meneliti buku log setiap jenis bilik, satu suara yang amat Zara kenali berada bersebelahan dengannya.

Dia terus memalingkan wajahnya ke arah yang bertentangan tanda tidak mahu bersemuka dengan gadis itu.

"Check out please?."

Beritahu gadis di sebelahnya dengan sombong sekali sambil tangannya menghulurkan kad kepada pelayan kaunter.

"Thanks."

Dia mengambil kad miliknya dan berlalu pergi meninggalkan hotel itu.

Zara merasa lega dengan kepergian gadis itu. Dia meneliti lagi buku log hotel dan bersedia untuk melihat bilik yang dibincangkannya bersama Siti, setelah itu mereka akan dibawa bersama dengan pelayan yang incharge.

Mahu sahaja Zara berbalik dari meja kaunter, dia terlanggar Zahir yang mahu bergerak untuk keluar dari Hotel tersebut.

"Alamak, Eh..I'm so sorry encik."

Zara melatah seketika memohon maaf namun, dia terkedu seketika apabila terpandang lelaki yang amat dikenalnya itu.

"Eh, cik Zara what are you doing here. You menginap kat sini ke.? Atau baru check in je? Dengan siapa?."

Bertalu-talu pertanyaan dari Zahir sambil matanya melilau mencari teman Zara disisi, tetapi Siti sudah berlalu pergi membuatkan Zara sedikit tergesa-gesa untuk pergi.

"Eh tak encik Zahir saya ada kerja sikit nak urus kat sini, baru je sampai tadi. Encik pula buat apa kat sini?."

Soalan Zara itu membuatkan Zahir tidak senang duduk.

"Oh, i menginap kat sini semalam. Penat kerja sampai tak larat nak balik semalam, hotel sini kan dekat dengan ZNE Holding. So, i ke sini lah."

Zahir mencari alasannya sendiri untuk menutup pekung di dada.

"Okay i got to go dah lewat ni, terbangun lambat pula tadi. Bye, see you tonight okay."

Zahir berlalu pergi sambil mengingatkan Zara tentang malam nanti.

Dia tergesa-gesa untuk pergi kerana jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi, lagi pula dia perlu menjaga reputasinya sebagai Ceo. Setelah itu, Zara berlalu pergi mendapatkan Siti di tingkat atas.

•••

"You memang tak faham bahasa atau buat-buat bodoh? You tak nampak ke i tengah busy ni, you jangan bagi i menyampah tengok muka you boleh tak?. Lagi i larang, lagi datang you kat sini kan?. "

Ziyad mengamuk bila pagi-pagi sudah ada yang mengganggunya. Sejak kejadian semalam, dia sedikit jijik melihat gadis itu mendekatinya apatah lagi memegangnya.

Jadi, apabila Tania menghampiri, Ziyad selalu mengelak untuk menjauhkan diri.

"I rindu you sayang, semalam i tak lena tau fikirkan you. Berapa bulan lagi wedding kita, i tak sabar sangat tau."

Tania meluahkan perasaan di hatinya yang sedikit gembira dengan pernikahan mereka nanti. Namun, Ziyad hanya tersenyum sinis dan badannya berpaling menghadap meja kerja.

"Hmph, wedding konon. Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat belakang aku?."

"Kau memang suka bermimpi lah betina, kenapa kau tak kahwin je dengan jantan tu."

Ziyad bermonolog di dalam hati sambil tangannya dikepal-kepal tanda marah dengan perlakuan Tania malam semalam.

Walaupun Ziyad tidak mempunyai perasaan pada gadis itu namun, mereka sudah bertunang dan majlis kahwin sudah pun ditetapkan.

Kenapa gadis itu langsung tidak menjaga dirinya dan perlakuannya, dia seperti gadis liar. Bagi Ziyad tidak mungkin untuknya menikahi gadis seperti itu dan tak mungkin Tania yang ada dalam hatinya.

"Sayang..sayang!. You termenung apa ni, dengar tak apa i cakap ni."

Tania menggedik manja sambil tangannya memegang tali leher Ziyad, namun Ziyad hanya memerhatikan sahaja perlakuan gadis itu.

Mungkin beginilah perlakuan Tania bersama lelaki-lelaki lain di luar sana, sangat menjijikkan fikirnya sejenak.

"Dah la Tania, please balik boleh tak? I rimas la macam ni."

Ziyad menolak sedikit gadis itu yang seakan mahu memeluknya dan pada masa yang sama dirinya sangat tidak selesa dengan perlakuan gadis itu.

Tiba-tiba pintu dari luar diketuk tanda ada yang mengunjungi biliknya. Ziyad mengarahkan untuk masuk dan menyuruh Tania untuk beredar namun, gadis itu tetap membatu di tempatnya.

Ziyad tidak boleh berbuat apa-apa selain membiarkan gadis itu untuk beredar dengan sendiri.

"Oh ya Siti, Zara. Have a seat."

Ziyad menyuruh mereka berdua menuju ke sofa untuk berbincang disebabkan Tania masih di meja tidak mahu beredar.

Zara yang memerhati keberadaan gadis itu terus meluru saja ke sofa, malas untuknya mahu mengambil tahu hal mereaka berdua. Lagi pun dia bukan lah sesiapa, hanya pekerja bawahan saja.

"How's the progress?, Anything problem or is it settled?" Ziyad bertanya untuk memastikan tiada masalah yang berlaku.

"Everything is good, and the room is very satisfying for our guests. Zara and i dah confirm kan dengan pengurus Hotel untuk memberikan layanan istimewa untuk tetamu kita tu."

Siti menjelaskan kesemuanya kerja mereka hari ini.

"Good, Where's the hotel? It is far from here?" Soalnya lagi.

"No encik Ziyad, it's not far at all and I think tonight it'll be easier to handle the guests."

Jawab Zara menyambung perbincangan itu, yang penting tugasnya untuk acara itu nanti sudah selesai dan tiada masalah yang akan timbul nanti.

"Wait..wait. Ada apa malam nanti? Guests? Who?. Did I miss something here?"

Tania terus saja menyampuk perbincangan itu tanda mahu mengetahui sesuatu, tapi tidak diendahkan sesiapa di situ.

"Kenapa senyap ni.!"

"I tanya ada apa-apa ke, i bukan tunggul tau kat sini."

Tanya Tania yang masih tak puas hati di situ.

"You boleh balik tak Tania?, Tak nampak ke i tengah bincang ni, you jangan menyampuk boleh?."

Pandangan mata Ziyad yang suram tadi bertukar sangat garang waktu itu. Perkara itu juga telah menakutkan dan mengejutkan orang yang berada di situ.

"No!"

"I nak tahu juga sayang this is not fair yang i tak tahu apa-apa, papa i pun ada share lah dalam company ni."

"I harap you jangan lupa."

"I ni tunang you tau Yad.! Hei Siti, did I miss something?. Kenapa i tak diinform apa-apa pun?."

Zara yang mendengar perkataan tunang itu tiba-tiba saja terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu.

Jadi, tak salah lah apa yang dilihatnya semalam. Lagi pun mereka sudah ada ikatan, tapi kenapa hatinya masih terasa seperti hampa. Sedangkan dirinya juga sudah pun bertunang.

Hey!..Did you hear me.!"

"Siti? I'm asking you. Now, come here!."

Tania menyuruh PA Ziyad datang kepadanya untuk bertanya dengan lebih jelas.

"Tell me!"

Beritahu Tania dengan memaksa. Siti yang sedikit gementar tadi memberitahu segalanya dengan terperinci sambil menghadap gadis itu. Ziyad yang dari tadi diam di tempatnya hanya menunduk menahan amarah.

"Lain kali, beritahu la awal-awal. Kan aku dah pesan dulu, beritahu aku dulu. Kau kena sedar yang kau tu kuli dengar la cakap aku!."

"Kau faham tak ni.!"

Tania sedikit berani ketika itu sambil tangannya tidak henti-henti menunjal kepala Siti yang hanya kaku menunduk.

"Stop it Tania!"

Ziyad masih lagi menahan amarahnya di situ  terus bangun sambil menyuruh Tania berhenti dari berbuat begitu kepada PA nya.

Zara yang terkejut dengan perlakuan Tania yang berlebihan itu bangun dan segera menarik Siti untuk menghentikan perkara itu.

"Kau dah kenapa ni Tania? Kau ingat kuli macam kami ni boleh dibuat sesuka hati ke?."

"Kami ada maruah lah dan maruah kami bukan untuk dipijak macam ni."

Zara mempertahankan Siti sambil memeluknya yang sudah mengeluarkan air mata.

"Yang ni satu lagi, kuli tak tahu malu. Kau tak sedar diri ke perempuan?, Tak cermin diri kau sebelum bercakap dengan aku?"

"Nak aku ingatkan kau ke? Tunang aku ni boss kau tau kat sini, jadi kau kena hormat lah aku sikit."

Beritahunya angkuh sambil menolak Zara dengan kuat menyebabkan gadis itu tidak dapat menyeimbangkan tubuhnya lalu terus jatuh ke lantai.

Ppap!.

Satu tamparan sudah singgah di wajah gadis itu dengan pantas oleh lelaki yang sudah menyinga di bilik itu.

"I said stop it, stop it."

Amuk Ziyad melepaskan geram. Tania terkedu seketika sambil memegang wajahnya. Dia tidak menyangka Ziyad akan berkelakuan begitu kepadanya.

Zara dan Siti yang sudah ketakutan dengan amukan itu berundur sikit ke belakang. Bagi Zara inilah kedua kalinya dia melihat lelaki ini betul-betul marah.

Masih segar diingatannya dahulu bagaimana dia dimarahi dan dimaki di airport dulu disebabkan barang milik lelaki itu pecah berderai.

Zara boleh lihat muka yang sama yang memarahinya dahulu tidak ubah seperti sekarang, sangat baran.

"How dare you sayang!, Kenapa you tampar i?. I ni tunang you tau, you sedar tak?."

Beritahu Tania membentak sambil menahan tangis.

"Tunang? Macam ni you kata tunang, ada you jaga air muka i? Ada ke?. You better get off...Get off.!"

Ziyad menarik tangan Tania menuju ke pintu bilik dan menolak gadis itu keluar dengan agak kasar. Setelah itu pintu dihempas dengan kuat mengejutkan orang yang ada di luar dan dalam bilik.

Dia terus terdiam sejenak menenangkan dirinya sendiri. Kenapalah susah sangat dia  mengawal perasaan panas barannya ini.

"I'm so sorry about what's happened just now!. You all may leave. Please!."

Arahnya dan terus menyandar kesal di sofa empuk miliknya. Matanya dipejam menahan tekanan yang mendenyutkan kepala itu.

"Pada saya encik tak patut buat dia macam tu, lagi pun dia seorang perempuan dan encik tak ada hak untuk tampar dia macam tu."

Beritahu Zara yang seakan tidak setuju bila Tania ditampar sebegitu. Bagi Zara lelaki yang memukul wanita adalah lelaki yang kurang baik perilakunya dan sekarang dia betul-betul takut akan perilaku lelaki itu.

Setelah itu, Zara berlalu pergi dan kata-katanya itu telah meninggalkan kesan yang mendalam di hati Ziyad.

Betul juga apa yang diberitahu Zara padanya. Fikirannya sangat kusut ketika ini dengan memikirkan perbuatan gadis itu yang sangat biadab.

Tanpa disedari, dia sudah menampar seorang gadis tanpa sengaja. Sememangnya dia tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian, mungkin keluarga
Tania juga tidak pernah berbuat begitu.

Ziyad meraup wajahnya beberapa kali tapi baginya Tania berhak untuk mendapatkan tamparan sebegitu setelah apa yang dilakukannya.

•••

Jam menunjukkan pukul 9 malam, Zara sudah bersiap mengenakan sehelai dress yang dikirimkan Zahir untuk majlis itu. Nasib baiklah ada baju yang boleh dipasangkan dengan dress itu, jika tidak ia terlalu seksi untuk dipakainya.

Jadi, lebih selesalah Zara mengenakan baju itu tanpa tidak terlalu mendedahkan bahagian atas badannya. Demi memenuhi keperluan kerja dia terpaksa menerima apa sahaja arahan yang diberikan.

"Wah, cantiknya kau Zara! Dah macam bidadari dah aku tengok." Mila sangat kagum dengan penampilan cantik gadis di depannya sekarang. Dia menyandar di pintu bilik sambil meneliti gadis itu dengan keterpegunannya.

"Haa..jangan nak puji lebih-lebih ehh, aku tengah kerja malam ni ye bukan nak pergi jalan-jalan."

Beritahu Zara sambil menutup mulut Mila yang seakan ternganga melihat nya.

"Seriously Zara! Baju ni memang fit betul dengan kau, pandai boss kau pilih. Nampak sesuai dengan kau." Beritahu Mila lagi.

Tiba-tiba,

Bunyi hon kereta dari luar rumah mengejutkan mereka berdua yang rancak berbual.

Mila segera mengintai dari sudut jendela untuk melihat gerangan di luar sana.

"Zara!.. Boss kau, dia dah kat luar tu, hensem juga kan dia Zara."

Mila terpegun pula dengan gerangan lelaki di luar sana.

"Oh encik Zahir dah sampai eh, kejap-kejap aku nak ambil beg."

Zara bergegas mencapai beg nya dan menggayakan ia bersama pakaian yang dipakainya itu.

"Ok Mila, bye aku gerak dulu."

Zara bergegas keluar sambil tangannya melambai ke arah Mila yang melihat Zara dari jauh.

"Hati-hati tau, jangan balik lewat sangat nanti aku kunci pintu kau tidur luar."

Gurau Mila lagi.

"Macam-macam lah kau ni, okaylah bye."

Terus Zara menghampiri kereta dan mereka meneruskan perjalanan untuk ke majlis itu.

"You look so beautiful cik Zara, i memang terpegun dengan kecantikkan you malam ni. Jadi, memang sesuailah baju yang i belikan tu ya."

Zahir memuji kecantikkan Zara sambil tak lekang matanya memandang gadis di sebelahnya.

Zara hanya tersenyum dan hanya mengangguk sambil melihat keindahan malam di sekitarnya itu. Sungguh cantik bandar raya Kuala Lumpur pada waktu malam.

Akhir-akhir ini Zara dan Mila jarang untuk keluar pada waktu malam disebabkan terlalu letih pulang dari kerja.

Jika mahu makan, sesekali mereka akan order sahaja dari grabfood. Jadi jarang lah mereka berdua untuk keluar menikmati keindahan malam di Kuala Lumpur.

"Oh ya cik Zara, nanti di majlis tu you kena selalu ada dekat dengan I tau. You kan partner penting i untuk majlis ni, so nanti I kenalkan you dengan our guests ok."

Terang Zahir dengan terperinci sambil fokus dengan pemanduan nya.

"Baik encik.. Tapi, agak-agak majlis malam ini lama ke encik?" beritahu Zara tertanya-tanya tentang majlis ini.

Lagipula, mungkin tetamu malam ini sampai agak lewat susah untuk nya menjangkakan waktu tamat majlis itu.

"Ermm, maybe sebelum pukul 12 dah tamat kut majlis kita kalau tak ada masalah pihak sana. Dah, jangan risau nanti i hantar you balik okay. Don't worry."

Terangnya lagi sambil tersenyum melihat keraguan di muka Zara yang banyak berfikir itu.

"Okay dah sampai, jom cik Zara." Zahir turun dari kereta dengan lagaknya dan melemparkan kunci kereta kepada penjaga di situ untuk diparkir.

Setelah itu dia menghampiri Zara untuk memasuki dewan yang serba indah itu.

Tiba-tiba telefon miliknya berdering pula dan apabila muncul nama seorang gadis yang amat dikenalnya Zahir menyuruh Zara untuk masuk terlebih dahulu.

Zara hanya mengangguk dan mengikuti sahaja arahan bosnya itu.

Zara masuk ke dewan seperti terfikirkan sesuatu yang penting yang dia tinggalkan.

"Ya allah!.. boleh pulak aku tertinggal telefon. Macam mana nak info Mila ni aku xsure balik pukul berapa. Aduhai nyanyuk betul la aku ni, nak pinjam telefon sesiapa nombor pun aku tak ingat"

Bebel Zara di dalam hati sambil memerhati sekeliling.

Sepasang mata dari jarak jauh sedang memerharti gadis itu. Dalam keramaian itu dia berdiri memandang dalam keterujaan gadis yang amat diminatinya itu.

"Cantik kau malam ni Zara."

Ziyad memuji gadis itu di dalam hatinya, untuk mendekati gadis itu dia sedikit serba salah pula.

Dengan kejadian yang berlaku di pejabatnya itu meyakinkan dirinya yang mungkin gadis itu sudah takut akan dirinya. Dia juga sedikit malu dengan perkara itu, tapi apakan daya perkara sudah pun berlaku.

••••

"Assalamualaikum Mila, aku dah sampai KL dah ni. Macam mana nak surprisekan buah hati aku tu Mil?. Kau ada plan tak atau kita terus surprise kan dia malam ni je?"

Satu mesej muncul di skrin telefon Mila yang sedang asyik menonton tv. Setelah itu Mila tersenyum sendiri dengan ketidaksabaran tunang kawannya itu.

"Wah, tak sabar nampak kau ni. Aku rasa esok la Zam, tak elok malam-malam macam ni kau datang tempat kitaorang. Tak elok."

Balas Mila menahan lelaki itu datang ke rumahnya.

"Ha apa kata kau rest dulu Zam, dah berapa jam kau drive dari sana ke sini. Tak penat ke?"

Bebel Mila lagi mengenakan lelaki itu.

"Ye lah Mila..Aku rindu sangat nak jumpa dia, kau tahu lah kan Zara macam mana. WhatsApp aku jarang-jarang je dia balas, ke dia dah kenal sesiapa kat sini Mil?"

balas Zamri meluahkan.

"Eh, kau jangan nak tuduh Zara macam tu erk. Dia busy kerja la Zam, sama je macam aku ni busy memanjang."

"Kau mana tahu kerja di ofis ni macam mana, bukan macam kau pergi pagi balik tengahari." Balas Mila lagi.

"Ye lah cik Mila oii, jangan lupa tolong aku esok nak surprise kan Zara tu. Ok night."

balas Zamri mematikan balasan WhatsApp di situ.

"Macam-macam la perangai lelaki ni, rindu tak bertempat." bebel Mila sambil meletakkan telefon dan kembali menonton.

Zamri yang sudah check in di sebuah hotel merebahkan badannya yang agak letih itu.

Nasib baiklah dia sampai ke KL tidak terlalu lewat malam, jadi boleh lah dia merehatkan diri dahulu. Kalau diikutkan hati mahu saja dia sampai ke rumah Mila itu.

Usai sahaja mengerjakan solat isya, Zamri menghampiri beranda yang berhadapan dengan kolam mandi hotel. Sangat sejuk pula malam ini, dengan sambungan angin malam membuatkan dirinya merasa sedikit segar seketika.

Matanya pula tidak mahu pejam malam ini, hatinya sedikit berdebar menunggu hari esok. Mungkin Zara lah yang boleh menenangkan hatinya kini.

Dengan mendengar suara gadis itu pun sudah memadai walhal hari esok dia boleh saja memandang gadis itu. Tetapi dirinya tidak terlalu sabar.

Telefon dicapai dan Zamri mendail nombor Zara untuk bercakap dengan gadis itu seketika. Namun panggilan itu tidak dijawab, mungkin Zara sudah lena dibuai mimpi. Fikir nya sejenak menenangkan hati.

Mila yang asyik menonton tv dari tadi tersedar dengan deringan telefon di bilik Zara. Dia bergegas masuk mencari deringan yang mengganggu nya dari tadi.

"Ya allah Zara, sampai telefon pun kau tertinggal? Aduhai Zara..Zara."

Mila membebel sambil melihat pula skrin telefon tertera nama si pemanggil.

"Yang ni lagi sorang, dah tak ada hari esok ke kau nak call. Esok kau pandang la puas-puas muka tunang kau tu Zamri oii. Macam tak ada hari esok la kau ni."

Marah Mila melihat nama si pemanggil itu.

Setelah beberapa minit, Zamri berbaring untuk melenakan dirinya sambil menatap gambar Zara di telefon miliknya.

Mungkin hari esok lah jalan penyelesaiannya fikir Zamri lagi.

"Dalam kedinginan malam
Hanya aku yang sendirian di sudut kota ini
Menanti sebuah hati yang selalu dirindu
Menahan rindu yang teramat dalam

Sebuah rindu yang tak akan pernah dimengerti oleh siapapun
Ya, rindu ini hanya untukmu
Untukmu yang tak pernah kenal erti cinta
Untukmu yang semakin dekat denganku

Aku tahu rinduku ini berlebihan
Bolehkah aku terus merindui mu
Kerana dirimu tak akan pernah tergantikan
Biarlah sudut kota ini menjadi saksi
Saksi cintaku untukmu
Saksi rinduku untukmu

Sayangku."

_Zamri

Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience