LSH BAB 28

Romance Completed 14934

••••

"Zara! Lamanya menghilang balik kampung! Macam mana? Semua okay?"
Tanya Mila yang baru sampai bersama Tania di sebelah.

"Okay..Semua okay. Alhamdulillah ayah aku pun dah okay, dah boleh terima semua benda yang dah jadi."

"Tania! Congratulations untuk baby girl tu, tak sabarnya aku rasa nak tengok baby kau tu Tania."

Tania yang tersenyum mengusap-usap perutnya yang sudah sedikit membesar. Tak lama lagi dia dah jadi mummy untuk anaknya itu.

"Insya Allah Zara nanti you pulak akan rasa macam i ni, rasa mengandung ni macam-macam tau sakit situ sakit sini. Nanti lama-lama you akan terbiasalah."

Cerita Tania dari pengalaman yang dirasai. Zara yang melihat Tania begitu kasihan pula dengan gadis itu, kalau tak sekarang ni Zahir dah bersamanya menjaga anak yang dikandung itu.

Perlukah dia membuat keputusan sendiri untuk membebaskan Zahir, tapi betulkah cara dia ini. Dua wajah saat ini yang memerlukan lelaki itu disisi, satu ibunya dan satu lagi bakal isterinya.
Sanggupkah dia membiarkan semua itu.

Setelah menghantar Tania pulang ke rumah, Zara mengajak Mila untuk menemaninya ke balai polis tanpa pengetahuan gadis itu.

Mila yang mendengar keputusan yang keluar dari mulut gadis itu turut terkejut di situ. Betulkah keputusan gadis itu sekarang ini.

"Kau dah bincang dengan Yad ke Zara, kalau jadi apa-apa nanti macam mana. Dah la si Yad tu cepat panas baran, kau nak buat macam ni pula."

Pesan Mila mengingatkan kawannya itu.

"Kau tak faham Mila, tak kesian ke kau tengok Tania tu. Dah lah tak ada laki, anak dia tu nanti macam mana..! Aku tak boleh la macam ni, mak mertua aku pun sama. Dia pun perlukan anak dia Mila, dengan usia dia dah lanjut macam tu kau sanggup nak tengok orang tua tu menangis ingatkan anak dia."

"Itu yang aku fikirkan Mila. Aku dah bincang dengan Yad tapi dia tak nak dengar apa-apa pun pasal adik dia tu."

"Aku bukan orang yang pentingkan diri Mila, aku cuma tak sanggup."

Cerita Zara lagi untuk memahamkan sahabatnya itu.

"Ye lah Zara, aku faham. Aku setuju dengan kau, kau buatlah apa yang kau rasa baik. Aku ikut."

Dengan keputusan itu Zara bersetuju untuk gugurkan dakwaan ke atas Zahir jika Zahir sendiri mengikut syarat yang diberikan. Disebabkan Zara, Zahir sudah bebas dan merayu memohon maaf kepada kakak iparnya itu.

Dia menangis sendiri bila Zara yang sanggup gugurkan dakwaan terhadapnya. Disebabkan itu dia sudah terhutang budi dengan gadis itu kerana melepaskannya dari penjara yang lama.

Dia sudah membuat keputusan untuk mengahwini Tania dalam masa yang terdekat, dia sendiri yang sudah berjanji dengan gadis itu untuk bertanggung jawab sepenuhnya tentang anak yang dikandung.

Zahir yang pulang ke rumah memohon maaf pada ibu dan papanya, segala yang berlaku padanya adalah berpunca dari dia. Dia sudah mengakui semua perlakuannya pada Zara kepada kedua orang tuanya, dia berjanji takkan pernah buat perkara yang bukan-bukan lagi lepas ini.

Zara dan Mila yang melihat juga menitikkan air mata, sejak beberapa bulan di penjara lelaki itu sudah nampak berubah dari sebelumnya. Tania yang diberitahu tentang berita gembira ini sangat teruja bila Zahir sudah dibebaskan, dia juga bersyukur yang anaknya nanti akan ada seorang daddy. Dia berterima kasih sangat dengan Zara kali ini.

"Lama sudah rasanya aku termenung
Pada kegelapan yang menghitam
Pada kesunyian cahaya terang
Aku tersungkur di sini
Berharap kan ada yang datang padaku,
Namun tak satupun kulihat menoleh padaku
Kecuali dirimu.

Terima kasih tuhan
Dalam kegelapan malam ku
Kau mengatur langkah untukku
Aku tahu engkau begitu peduli
Memberi peluang untuk Ku miliki
Tatkala aku lemah engkau menghampiri
Menanggung budi hingga mati"

_Zahir

•••

Di kediaman dato Zakri sekarang ini telah berlangsungnya majlis doa selamat dan jamuan makan-makan, jamuan ini dibuat untuk meraikan Ziyad yang sudah menjadi CEO di ZNE Holding selain juga untuk meraikan Zahir yang sudah selamat pulang ke rumah.

Ziyad yang masih tidak mengetahui tentang kepulangan adik tirinya itu masih lagi diluar untuk melayan tetamu yang ada, manakala Zara bersama ibu mertuanya di dalam menyiapkan makanan yang perlu dibawa keluar.

Zahir yang baru siap mengerjakan solat isya turun ke bawah untuk sama-sama melayan tetamu yang ada, dia yang baru keluar di situ terserempak pula dengan Ziyad yang mahu masuk memanggil Zara di dalam.

Tatapan matanya seperti tidak percaya dengan gerangan yang dilihat itu, mukanya tiba-tiba sahaja berubah menjadi marah bila melihat lelaki itu berdiri bebas dari lokap.

"Kau buat apa kat sini hah, macam mana kau keluar? Berani kau muncul lagi kat sini, kau nak cari nahas lagi ke..!"

Marah Ziyad seraya menarik lelaki itu masuk sedikit ke dalam tidak mahu dilihat orang lain.

"Dengar dulu bang Yad, Hir bukan nak buat kacau pun bang kat sini. Hir cuma nak melayan tetamu je kat luar tu. Salah ke?"

Dato Zakri yang melihat muka kedua-duanya yang seperti tegang menyuruh mereka untuk berbincang selepas majlis. Ziyad yang sudah bermasam muka terus meninggalkan Zahir di situ dan masuk ke dalam mendapatkan Zara di dapur.

Majlis itu selesai pukul 11 malam, semua tetamu sudah pulang dan tinggal mereka membantu menguruskan semua bersama bibik di dapur. Zara yang dari tadi membantu tidak lepas dari berbuat macam-macam, tidak sedikit pun dia penat membuat kerja itu semua.

"Dah ke sayang..Kita balik jom, dah lewat ni esok kan kerja..."

Beritahu Ziyad kepada isterinya itu untuk pulang ke rumah. Zara yang mengangguk terus meninggalkan dapur dan keluar bersama suaminya untuk pulang.

Namun, dato Zakri menyuruh mereka untuk tunggu dahulu bagi berbincang sesuatu.

Ziyad yang sudah mengetahui intinya melepaskan lelah yang besar seraya duduk di sofa. Zara yang bersama suaminya duduk menunggu di sebelah tanpa berkata apa-apa.

Dato Zakri bersama Zahir yang baru datang ke ruang tamu itu duduk sekali di sofa, Ziyad yang memandang raup wajah isterinya itu tampak seperti tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

Perkara itu menjadikan dirinya sedikit pelik. Adakah isterinya sudah mengetahui akan hal ini, fikirnya sejenak.

"Papa cuma nak beritahu pasal Hir Yad, papa harap kali ni Yad beri lah peluang untuk Hir ni Yad. Dia nak minta maaf dengan kamu, bincanglah elok-elok Yad. Kita dah jadi satu keluarga dah sekarang."

Beritahu Dato Zakri kepada Ziyad yang duduk membisu di sofa. Zara yang memandang suaminya memberikan isyarat membuatkan Ziyad akur disitu.

"Beri peluang apa ni pa?, dia tak ada buat salah dengan Yad tau pa. Tapi dengan isteri Yad. Tapi kalau papa tanya Yad sekarang ni, susah untuk Yad nak terima semua ni pa.."

Beritahu Ziyad yang malas memandang muka adik tirinya itu, dia yang masih marahkan adiknya itu tidak sedikit pun mahu mendengarkan apa-apa lagi.

"Bang..Hir cuma nak betulkan keadaan kita sekarang ni bang, tak ada ke sedikit kemaafan untuk Hir ni bang. Hir tahu Hir ni dah banyak buat khianat pada abang dan kakak, Hir pun dah terhutang budi dengan kak Zara sebab dah bantu Hir keluar dari lokap tu bang."

"Hir janji yang Hir tak akan kacau atau ganggu hidup abang dan kak Zara. Kalau abang tak nak pun tengok Hir kat sini, Hir boleh pergi bang. Tapi maafkan Hir kali ini, Hir tahu Hir salah."

Ziyad yang memandang muka isterinya agak sedikit geram, tidak pun gadis itu mahu berbincang mengenai perkara ini dahulu dengannya. Dengan cepat dia menarik Zara dan berlalu dari situ untuk balik ke rumahnya.

Tidak satu pun permintaan maaf dari Zahir dia dengar, waktu ini marahnya adalah pada isterinya di sebelah.

Di dalam kereta waktu ini suasana menjadi sunyi sahaja tidak ada pun gurau senda seperti biasa, Zara yang sudah perasaan akan perubahan pada raut wajah suaminya itu risau pula kali ini.

Mereka yang sudah sampai terus membuat hal masing-masing, Ziyad yang dari tadi begitu, terus masuk ke rumah tidak menunggu Zara seperti biasa. Zara yang melepaskan lelahnya kali ini turut masuk ke dalam sepertinya mereka perlu berbincang tentang masalah ini.

Dia masuk ke dalam bilik dan melihat baju melayu suaminya sudah dilempar di atas katil dan Ziyad sudah berada di bilik air. Dia mengambil baju itu dan duduk di katil menunggu suaminya untuk keluar dari situ.

Ziyad yang baru keluar melihat isterinya sudah terlena di sisi katil dengan memegang pakaiannya datang menghampiri, dia tahu yang isterinya pasti sangat letih tika ini.

Jadi, dia mengangkat tubuh itu dan diletakkan betul di katil itu. Tatapan matanya memandang terus gadis yang sudah lena di sisi, fikirannya melayang dan dia sangat risau bila dengan keberadaan Zahir di sekitar mereka akan terjadi apa-apa pula nanti pada isterinya.

Waktu azan subuh telah mengejutkan Zara dari tidurnya, dia yang bangun untuk solat mengejutkan Ziyad yang masih lena disisi. Mereka bangun dan mengerjakan solat seperti biasa tanpa ada sedikit ketegangan pun di wajah lelaki itu.

Usai sahaja solat, Zara mendekati suaminya itu untuk berbicara mengenai hal semalam, dia yang sudah terlena malam tadi tidak sempat memujuk hati suaminya itu.

"Kenapa sayang tak bincang dengan abang tentang ni.. Sayang tahu tak budak tu dah buat apa kat sayang dulu, kenapa sikit pun sayang tak bincang dengan abang. Abang bukan tunggul kayu tau sayang, sampai sayang sanggup buat macam ni tanpa pengetahuan abang."

Ziyad yang sudah tahu tentang apa yang mahu diperkatakan isterinya itu terus memulakan bicaranya. Memang keputusan yang dibuat Zara sangat mengguris hatinya kini, dia sendiri tidak tahu apa yang difikiran gadis itu.

"Abang berhak nak marah Zara bang, tapi tu semua untuk kebaikan kita semua. Zara dah fikir masak-masak bang, Zara dah tahu yang abang takut jadi benda yang sama pada Zara."

"Tapi Zahir dah tak macam dulu bang, dia dah hormatkan Zara ni sebagai kakak ipar dia. Lagipun nanti dia dan Tania akan disatukan bang, untuk anak mereka."

Pujuk Zara menceritakan semuanya. Pipi suaminya dipegang tanda tidak mahu lelaki itu panas hati di pagi hari begini.

"Abang tak marahkan sayang..Tapi abang terasa bila sayang buat keputusan macam ni tanpa bincang sikit pun dengan abang, tanya pendapat abang pun tak."

"Zara keluarkan dia macam tu saja, Zara rasa abang boleh percaya ke lelaki macam tu dah berubah?"

"Tak sayang! Abang tahu bila dia dah muncul balik dalam kehidupan kita macam-macam hal akan jadi pula sayang."

"Kalau sayang nak tahu lelaki macam tu sanggup buat apa saja yang dia nak asalkan dia rasa puas. Sayang kenal dia tu tak lama pun, tapi abang ni yang dah selalu sangat tengok perangai dia pun masih tak boleh nak percaya dengan dia tu.."

Beritahu Ziyad yang masih masam mencuka seperti merajuk dengan tindakan Zara itu.

"Janganlah macam ni abang..Tak semua orang tu jahat kat dunia ni abang, masa silam dia dah pun berlalu. Biarlah dia nak bina pula kehidupan dia tu, dia nak cari jalan hidup dia bang takkanlah kita pula nak hukum dia."

Beritahu Zara memahamkan suaminya yang masih terkedu di situ.

"Suka hati sayanglah, kalau abang cakap pun sayang tak nak dengar. Buatlah apa yang sayang rasa betul, abang malas dah nak fikir. Tapi lepas ni kalau jadi apa-apa pada Zara disebabkan ulah dia, abang takkan diamkan diri."

Pesan Ziyad seraya mengambil telefonnya dan duduk berbaring di katil, Zara hanya mengangguk sahaja dengan apa yang diperkata suaminya itu. Dia berlalu pergi untuk turun ke bawah menyediakan sarapan pagi untuk suaminya, setelah itu barulah dia bersiap untuk ke tempat kerja.

"Abang marahkan Zara lagu ke?, Zara macam tak tenang dah tengok abang muram macam ni."

"Hati Zara rasa macam abang nak menjauh dari Zara, abang marahkan Zara pasal hal tadi ke bang."

Tanya Zara membetulkan tie suaminya yang dari tadi diam membisu tidak bercakap. Jawapan dari soalan yang ditanya juga hanya didiamkan saja begitu.

Zara yang berpaling untuk pergi saja dari situ tiba-tiba saja mendapat pelukan dari suaminya dan perkara itu telah menghentikan langkahnya.

"Sayang cakap apa ni..Takkan lah abang tiba-tiba nak marah sayang sampai macam tu sekali, tak adalah."

"Pasal Zahir tu tak usahlah kita pedulikan, lagi pun dia dah keluar dah pun. Takkan kita nak tangkap balik dia masuk lokap kan."

"Cuma abang minta tolong sangat sayang jangan nak dekat sangat dengan dia, jangan cepat sangat percayakan orang sayang. Nanti perkara dulu jadi lagi, mana kita nak tahu kan?"

"Dah lah jom kita makan, nanti lepas ni rindulah abang nak selalu tengok sayang ni."

"Ofis kita dah jauh dah, abang dah kena tukar bilik office hari ni. Sayang jangan nak nakal-nakal tau. Sayang anggap je mata abang ni macam CCTV asyik tengok sayang je dari jauh."

Beritahu Ziyad mencubit hidung isterinya seperti selalu. Zara yang tersenyum dengan kata-kata suaminya menggeleng kepala, ada saja idea lelaki itu untuk mengenakan dirinya.

Di ZNE Holding sekarang ni Ziyad yang sudah beralih ke jawatan yang lebih besar perlu menguruskan hal yang lagi berat dari biasa. Strategi yang baru perlu diubahsuai dalam menguruskan syarikat ini disebabkan sebelum ini adik tirinya yang menguruskan dan meninggalkannya dalam keadaan kucar kacir.

Pintu bilik diketuk dan sekretarisnya masuk ke dalam bersama seorang gadis untuk melaporkan diri hari ini bagi menggantikan posisinya di department lamanya.

"Yad..OMG is that you?"

Gadis itu menyapanya begitu sahaja kerana mereka berdua sudah lama mengenali antara satu sama lain.

"Elena?. Oh Ya, Elena right? i tak salah lagi memang you."

Sapa Ziyad kembali menyuruh gadis cantik itu untuk duduk di kerusi itu.

"It's been 3 Years you tak muncul tau Elen, mana you menghilang ni cuba beritahu i."

Tanya Ziyad lagi. Mereka berdua yang rancak berbual di situ sangat gembira sekali hari ini, dengan cerita yang panjang lebar mereka sendiri tak perasan pun yang sudah hampir 2 jam mereka bersembang.

"Oh ya Elen, you akan handle di Operation Department kat bawah kan. Anything yang you rasa tak tahu ke apa, just let me know okay."

"Nanti i suruh sekretari i tunjukkan you ofis you kat mana nanti, kesian pula you tercari-cari."

Beritahu Ziyad sambil menekan interkom memanggil sekretarisnya masuk. Mereka berdua berlalu pergi menuju ke bawah dan diperkenalkan kepada semua staff.

"Just call me Miss Elen and i harap kita boleh bekerjasama dengan baik, anything else you may see me okay."

Beritahu Elena seraya masuk ke dalam bilik bersama Siti yang menguruskan semua jadualnya. Riak wajah Siti yang masih kekok di situ dilihat seperti tidak menyukai gadis itu. Dia yang duduk kembali di kerusinya memandang Zara sambil menyebut perkataan tidak berbunyi iaitu 'KEKWAT'.

Perkara itu telah membuatkan Zara tergelak sendiri di situ. Mungkin nanti bila mereka sudah mengenali dengan baik ketua baru mereka itu, pasti mereka akan terbiasa.

••••

Perkahwinan antara Tania dan Zahir dibuat ringkas untuk menghalalkan hubungan mereka itu, pasangan itu dilihat sangat mesra seperti baru pertama kali sahaja kenal. Perkahwinan ini juga perlu dilakukan segera supaya anak yang dikandung Tania itu boleh dibinti kan dengan nama ayahnya, perkara ini juga perlu kerana tidak mahu anak yang dikandung juga nanti akan dilabel sebagai anak yang tak sah taraf.

Majlis yang serba ringkas itu dibuat di sebuah masjid dan diraikan terus di kediaman rasmi Dato Zakri. Keluarga belah Tania juga turut hadir untuk meraikan anak gadis mereka itu walaupun hubungan antara ayah dan anak itu masih belum pulih.

Dato Azman yang tahu akan tanggung jawabnya sebagai wali tidak pernah lupa untuk datang, walaupun sekarang dia sangat bangga melihat perubahan pada anak gadisnya itu tapi hati batunya itu masih keras disitu.

Waktu majlis akad nikah tadi pun dia mahu terus pulang saja namun, dato Zakri memujuknya untuk datang ke rumah meraikan anak mereka.

"Papa..Kenapa papa diam kat luar ni pa, marilah kita masuk makan. Tania ada buat puding kesukaan papa, tak tahulah sedap ke tak. Dah lama Tania tak buat kat papa, kadang Tania pun terlupa."

Beritahu Tania kepada papanya walaupun dalam bicaranya itu, dia seperti terketar-ketar menahan tangis. Lelaki yang sudah menghampiri usia lanjut itu juga masih tetap membatu di tempatnya memandang ke arah lain.

Tania yang sudah kebuntuan dalam pujukannya mahu berlalu dari situ tapi tangan suaminya kembali memegang erat untuk bertemu muka dengan lelaki itu.

"Pa..Hir dan Tania betul-betul nak minta maaf dengan papa, dengan perlakuan kami yang tak berapa elok pun dulu. Berilah peluang untuk kami ni pa, isteri Hir dah lama rindukan kasih sayang dari papa. Tak lama lagi papa dah nak timang cucu sulung ni."

Dato Azman yang masih tetap membisu bangun dari duduknya dan mahu berlalu pergi. Hatinya yang masih takut untuk menerima gadis itu kembali bukanlah disebabkan egonya, kalau diikutkan hatinya mahu saja dia memeluk anak gadisnya itu disitu.

Dia mahu anaknya terus berdikari sendiri tidak mahu perkara yang sama terulang kembali seperti dulu, biarlah suaminya pula yang memanjakan anak gadisnya itu. Doanya akan selalu bersama mereka berdua.

"Papa dah tak sayangkan Tania biy..Papa dah terlalu bencikan Tania sampai tengok muka Tania pun papa tak nak biy, benci sangat ke papa pada Tania ni?."

Kata Tania kepada suaminya itu, namun Zahir di sebelah memeluk erat isterinya itu.

"Shhh..Janganlah macam ni sayang, kita bagi masa untuk papa dulu. Nanti bila papa dah sejuk, kita pergi rumah papa lagi ya. Kesian kat baby kita ni, tengok mummy dia asyik nangis macam ni."

Pujuk Zahir lagi sambil mengusap perut isterinya itu, mereka berlalu pergi untuk melayan tetamu yang hadir.

"Abang...Buat apa baring lagi kat situ, jomlah turun ramai dah tetamu datang tu. Tak baik tau abang macam ni, tak hormat tetamu datang rumah dosa tau."

Tarik Zara menyuruh Ziyad turun bersamanya namun, perangai batu suaminya itu masih sama saja sejak kehadiran Zahir di rumah itu.

"Alah sayang ni kan majlis dia, biarlah dia layan tetamu kat bawah tu. Sekarang ni apa kata sayang duduk teman abang kat sini, kita bual bicara dari hati ke hati."

Usik Ziyad lagi mengenakan Zara yang dari tadi menariknya.

"Ha mulalah tu perangai gatal dia, suka hati abanglah.. Tu tengoklah tv tu.. Abang bual bicara lah dengan pembaca berita tu sorang-sorang. Biar Zara turun kat bawah tolong apa yang patut, kesian Tania tu dah la dia mengandung."

Bebel Zara seraya membuka pintu bilik.

"Sayang tak jelous ke abang duduk berdua dengan pembaca berita ni...Rugi tau sayang"

Usik Ziyad lagi tapi Zara yang malas melayan perangai suaminya itu terus turun.

"Kak Zara..Mana abang Yad? Tak turun sekali?"

Tanya Tania yang duduk di sofa sambil memegang perutnya.

"Ntahlah abang Yad tu Tania, akak dah ajak dah dia macam tulah perangai dia. Ramai lagi ke tetamu kat luar tu?, kesian ibu sorang-sorang pula kat luar tu."

"Ada lagi yang baru sampai kak, tapi Tania masuk dulu tak larat nak berdiri lama-lama kaki ni lenguh je."

Cerita Tania lagi.

"Tak apalah Tania duduk dulu akak nak keluar kejap, Mila pun belum sampai lagi kan. Kalau nak apa-apa Tania panggil akak je."

Beritahu Zara seraya keluar dari rumah menjenguk keluar.

Tetamu yang datang disambut mesra oleh ibu dan Zara di luar manakala zahir dan papanya melayan tetamu lelaki sambil berbual mesra.

"Zara.. Sorry sangat aku lewat datang, mana Tania? Kau tahu tak sebab boss aku tu semua rancangan aku nak balik awal tergendala. Kau tengok ni..!"

Tunjuk Mila jarinya yang terhias cantik dengan cincin perak bersalut berlian. Zara yang terkejut menjenggilkan matanya sambil tersenyum gembira dan mereka sama-sama menjerit.

"Betul ke ni Mil, Ya Allah tak sia-sia kau OT selama ni ya. Dalam diam kau dah tackle boss kau sendiri. Hebatnya kau Mila."

Gurau Zara yang gembira melihat keceriaan yang terpancar di muka gadis itu.

"Kau ada nak makan apa-apa tak? Aku sebagai bestfriend kau berbesar hati melayan bakal-bakal pengantin hari ini, tak lama lagi majlis kau pula kan."

Mereka sama-sama tergelak di situ, Zara yang menyuruh Mila masuk menemui Tania di dalam sementara dia keluar untuk mengambil sedikit makanan untuk mereka di luar.

"Hai kak Zara happy semacam je Hir tengok kat pintu tadi berbual dengan Mila, ada apa-apa ke?. Siap terjerit-jerit lagi."

Tegur Zahir yang turut mengambil makanan untuk dibawa masuk kepada isterinya di dalam.

"Ohh..Mila tu Hir, dah dapat jodoh dah di hari bahagia korang ni. Dia cerita kat akak tadi yang boss dia melamar dia tu yang kitorang happy semacam je tadi. Alhamdulillah lah semua pun dah okay sekarang ni, Hir pula janji dengan akak jaga Tania elok-elok tau."

Sedang mereka yang rancak berbual di situ, Ziyad yang baru turun ke bawah pula melihat keakraban mereka di situ. Kecemburuan yang terpancar di wajahnya membuatkan dia segera menghampiri isterinya.

"Rancak nya sayang berbual ek, sampai abang kat sebelah ni pun sayang tak perasan datang. Tak nak share ke cerita korang tu.?"

Tanya ziyad seraya mengambil kuih dan mengunyah makanan disitu menunggu mereka berdua bercerita. Setelah itu, tangan Zara ditarik untuk masuk ke dalam bersama makanan di tangan, matanya yang tajam dari tadi memandang muka Zahir dengan tidak puas hati.

"Sedap lah kuih ni sayang..Suap sikit abang nak rasa, bukan selalu sayang nak suapkan abang kan."

Beritahu Ziyad yang duduk di sofa bersama yang lain. Zara yang menyuapkan suaminya yang tiba-tiba manja semacam memandang yang lain yang asyik memerhati kemesraan mereka.

"Amboi Yad..Sampai macam tu kau suruh Zara layan kau, susah la nanti kau Zara nak jadi queen control"

Usik Mila memerhati gelagat mereka berdua. Zahir yang baru masuk bersama makanan untuk isterinya duduk melayan Tania yang belum menjamah apa-apa makanan pun.

Kaki isterinya diurut lembut tanda dia sangat ikhlas sayangkan isterinya, sesekali Zara tersenyum melihat keikhlasan mereka berdua.

Selesai saja majlis di rumah dato Zakri, mereka berdua terus pulang ke rumah tanpa membicarakan apa-apa pun disitu. Kesunyian yang dirasai membuatkan Zara tahu apa yang berlaku pada suaminya itu.

Ziyad yang masuk ke dalam rumah terus membaringkan badannya di sofa, Zara yang menghampiri duduk di sebelah suaminya itu.

"Abang..Kenapa diam je dari tadi ni?, cuba abang cakap dengan Zara, pasal Zahir tadi ke yang buat abang jadi macam ni dengan Zara."

Tanya Zara memegang dada suaminya itu.

"Tahu pun salah sayang, semalam abang dah ingatkan sayang jangan nak rapat sangat dengan dia. Takkan lah benda kecil macam tu pun sayang tak boleh nak ikut, sayang tahu tak apa yang abang rasa bila sayang duduk berdua dengan dia. Sakit hati abang tau..!"

Beritahu Ziyad seraya duduk memandang isterinya di bawah.

"Abang..Takkan lah Hir nak tegur Zara pun tak boleh, lagi pun kat luar rumah tu ramai orang abang. Tolonglah jangan macam ni, Zara minta maaf sangat dengan abang kalau abang tak suka."

Beritahu Zara mencium tangan suaminya itu.

"Zara sayangkan abang tak ni, boleh tak dengar cakap abang sekali ni je. Zara tahu tak kalau sayang rapat dengan dia, dia akan simpan perasaan kat sayang macam mana. Abang cemburu tahu tak, suami mana yang tak cemburu bila isteri dia cakap dengan lelaki lain. Mesra pula tu."

Beritahu Ziyad jujur disitu. Zara yang mendengar pun bangun duduk di sebelah lelaki itu.

"Ya Allah..Boleh pula abang cakap macam tu, buat apa dia nak simpan perasaan kat Zara. Dia dah ada isteri dah abang, cuba abang tenangkan diri abang ni dulu."

"Buka hati abang untuk lihat benda yang positif, kecemburuan abang tu boleh buat kita jadi macam ni tau bang. Zara tak nak dan Zara tak sanggup..!"

Beritahu Zara menyandar dalam pangkuan suaminya itu. Sikap panas baran suaminya makin menjadi-jadi ditambah pula dengan kebenciannya pada adik tirinya itu.

"Abang pun tak sanggup sayang, abang tak nak hilang sayang. Tolonglah jaga hati abang ni sayang, bukan senang abang nak percaya lelaki macam tu. Abang tak nak sayang terpedaya dengan dia."

Beritahu Ziyad lagi memeluk isterinya dengan erat. Zara hanya mengangguk tidak mahu menambahkan lagi kemarahan lelaki itu, biarlah suatu hari nanti dia sendiri sedar bahawa tanggapannya itu salah.

________

Di ZNE Holding sekarang ini Zara sedang sibuk uruskan dokumen perolehan yang diminta Miss Elena. Dengan serta merta sahaja dokumen itu dimahunya segera, dalam setengah jam saja Zara sudah siapkan semua itu dan menyerahkan dokumen tersebut kepada gadis kekwat itu.

"Miss ni dokumen yang miss minta, kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu lah."

Beritahu Zara seraya berbalik mahu pergi.

"Wait..Wait, you tunggu dulu.. Macam mana dan kenapa kos perbelanjaan untuk projek ni terlalu tinggi cik Zara?"

"Kalau i bandingkan dengan projek di Langkawi dulu tak cecah pun banyak macam ni. Padahal its the same projek cik Zara."

"Can you explain this?"

Tanya Elena kepada gadis di hadapannya. Fail tersebut dilempar begitu sahaja di atas meja.

"Macam ni Miss, projek di Langkawi dulu encik Ziyad sendiri yang handle dan sebenarnya jumlah kos pun bukan serendah itu."

"Berdasarkan barang yang kita beli dari pembekal semuanya adalah berkualiti dan jika nak kurangkan kos pun perlu negotiate lagi sekali dengan mereka. Haritu i dah pergi untuk bincangkan semua ni, tapi memang harga tu yang diorang boleh beri."

Beritahu Zara menjelaskan semua itu.

"So now you nak i ke yang pergi negotiate pula dengan mereka?, kenal dengan pembekal pun i tak..So macam mana?."

"Sekarang ni I tak kira, you better finish it or we dont have to proceed with this. Tak pun I akan suruh staff lain take over another projek sebab you tak boleh diharap pun cik Zara. Macam mana i nak proceed kalau macam ni, this is too much."

Zara yang mendengar ucapan dari gadis itu sendiri mahu saja dilempangnya di situ. Dia menarik nafas yang dalam dan mengambil fail itu kembali dan keluar dari situ.

"Dasar perempuan kekwat, dah tu kau buat apa kat dalam tu. Tunggu semua siap?, tinggal proceed je?. Eh, kalau kau sendiri yang bertemu mata dengan pembekal tu mudah sikit nak kurangkan kos pembelian tu. Tak pun proceed je lah, bukan guna duit kau pun."

Marah Zara di situ, dia yang mengomel sendiri sangat sakit hati dengan gadis itu. Ada saja yang tak kena, masa bersama suaminya dulu Ziyadlah yang selalu keluar bertemu pembekal untuk uruskan masalah ini jika tiada kata sepakat.

Telefon dicapai dan nombor Jason didail untuk membuat appointment bertemu dengan lelaki itu. Perkara itu perlu diselesaikan segera supaya tiada masalah lagi yang timbul selepas ini.

Waktu lunch seperti biasa Jason mahu bertemu dengannya di luar untuk bincangkan masalah itu sambil-sambil mengajak Zara makan bersamanya.

Sebelum keluar pun Zara sudah meminta izin suaminya untuk bertemu Jason bagi menyelesaikan masalah itu. Dia tidak mahu suaminya itu cemburu pula bila dia berdua-duaan dengan Jason nanti.

"Zara..Masam je muka you ni?, any problem?. Tell me what happen ni Zara hah?."

Sapa Jason yang sudah memesan makanan untuk mereka berdua di situ. Zara disitu terus menyerahkan fail di tangan kepada lelaki itu, Jason yang melihat pula menyemak semuanya dan meletakkan fail itu disebelah.

"About this i can help you Zara, but not all the things should being reduce. Hanya sesetengah harga barang saja i boleh negotiate dengan you, lagipun sekarang semua dah mahal."

Beritahu Jason sambil menikmati makanan yang baru sampai itu.

"I tak kisah pun Jason lagipun nanti i akan bincang dengan boss i pasal ni, you tahu tak susah betul nak bincang dengan dia kalau dia sendiri tak faham situasi."

Cerita Zara yang masih marahkan gadis kekwat itu.

"Ohh, dah ganti boss baru ya Zara. Yad dah jadi CEO kan Zara, wah kirim salam pada dia tau. Mesti susah nak jumpa dia sekarang ni."

Mereka sama-sama menikmati hidangan di atas meja dan waktu lunch pun berakhir dengan persepakatan antara mereka. Jason juga sangat bermurah hati waktu ini bila dia sendiri bersetuju untuk mengurangkan kos pembekalan barang itu agak lebih sedikit.

Mereka berpisah di situ dan Zara yang keluar dari restoran untuk kembali ke pejabat ternampak pula suaminya bersama gadis yang amat dikenalinya.

Gadis kekwat yang memarahinya pagi tadi ternyata kini keluar bersama suaminya itu. Fail di tangannya pula digenggam kemas dan mahu segera menghampiri mereka berdua.

Namun, kereta dari arah bertentangan melaju seperti sengaja mahu melanggar Ziyad dari arah belakang. Nasib baiklah Miss Elena tu cepat-cepat menarik lelaki itu ke arahnya dan mereka berdua berpelukan jatuh di situ.

Zara yang melihat cepat menghampiri dan memengang tangan suaminya yang terjatuh di situ.

"Abang...Abang okay tak ni bang, ada luka ke?"

Tanya Zara panik seraya membantu suaminya bangun dari situ.

"Okay sayang, tak ada apa-apa pun sikit je ni. Apa masalah kereta tu hah, buta ke?"

Marah Ziyad di situ. Miss Elena yang dibelakang mereka memandang pelik kedua-duanya. Dia sendiri tidak tahu apa status hubungan gadis itu dengan Ziyad.

"She's your wife Yad?, seriously?."

Tanya Elena membuat muka pelik di situ. Dia yang seperti memandang sinis Zara dengan bongkaknya memaut lengan Ziyad. Ziyad yang mengannguk mengiayakan pertanyaan gadis itu sibuk membetulkan bajunya yang sedikit kotor.

"Jom Yad kita ada meeting kan lepas ni dengan ahli lembaga kat luar, nanti diorang tertunggu-tunggu pula."

Beritahu Elena disitu, Ziyad yang melihat jam ditangan segera menghampiri isterinya.

"Abang ada meeting ni sayang, sayang balik office dulu ya. Nanti kita bincang benda ni."

Beritahu Ziyad apabila melihat wajah Zara sudah muram disitu, dia tahu apa yang difikirkan isterinya ketika ini. Dahi gadis itu dicium dan dia berlalu pergi dari situ.

Zara yang sudah sampai di ZNE Holding sekarang ni terduduk di kerusinya, gadis kekwat tu memang sengaja nak pegang-pegang suaminya begitu.

you
Melihat pada gayanya tadi Ziyad sendiri tidak melepaskan pegangan gadis itu apabila gadis itu sengaja memaut lengannya. Sedikit pun suaminya tidak menjaga hatinya saat itu.

Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience