24

Drama Completed 1089

Saat pertemuan mereka buat pertama kalinya terbayang jelas di mata Hezairil Hariz. Seorang gadis kampung yang cuba terjun dari jambatan kecil. Namun nasibnya baik apabila sempat diselamatkan oleh Qil dan Hezairil Hariz yang kebetulan lalu di situ.

Pada awal perkenalan , Ariana tersangatlah garang dan sukar dimengerti. Namun setelah dijaga dan dirawat dengan baik , Ariana berubah menjadi seorang gadis melayu terakhir.

Hezairil Hariz tersentak sebelum segera menuju ke kedai serbaneka. Pelbagai jenis coklat dibelinya khas untuk Ifra Mikayla sebelum memandu laju keretanya.

Pintu rumah Ifra Mikayla segera dibuka sebelum segera mengunci pintu. Hezairil Hariz melilau mencari Ifra Mikayla. Pintu bilik dibuka segera. Senyunan manis terukir di bibirnya sebelum kembali pudar tatkala melihat Ifra Mikayla tiada di dalam bilik.

Hezairil Hariz menggelabah mencari Ifra Mikayla di bilik sebelah namun tetap tidak ditemui. Tandas dan dapur turut diperiksa tergesa - gesa.

" Ifra. Ifra. " Panggil Hezairil Hariz kelam - kabut.

Mundar - mandir Hezairil Hariz mencari Ifra Mikayla sebelum dia terdengar keluhan kecil seseorang. Hezairil Hariz memandang ke arah sofa sebelum menyedari Ifra Mikayla terbaring memeluk kakinya.

" Ifra , awak sejuk ke ? " Soal Hezairil Hariz kelam - kabut.
" Hmmm. " Sahut Ifra Mikayla lemah.

Kepala Ifra Mikayla diusap lembut memaksa Ifra Mikayla membuka mata. Sebaik melihat Hezairil Hariz di hadapan mata , Ifra Mikayla bergegas bangun dan berdecit menahan kesakitan. Kedua tangan Ifra Mikayla digenggam dengan mata yang terpejam. Beberapa titis air mata mengalir di tubir mata Ifra Mikayla.

" Awak. Awak kenapa ? Awak sakit ke ? Kita jumpa doktor nak ? " Soal Hezairil Hariz gelabah.
" Tak nak. Awak buat apa dekat sini ? " Soal Ifra Mikayla lemah.

Dengan mata yang terpejam , Ifra Mikayla mengesot menjauhi Hezairil Hariz.

" Awak nak pergi mana ? " Soal Hezairil Hariz sebaik melihat Ifra Mikayla menjauh.
Ifra Mikayla hanya terdiam kaku.
" Tak payah nak lari sangatlah. Balik - balik awak nak kena kahwin dengan saya juga. " Soal Hezairil Hariz tenang sebelum bersandar di sofa dengan yang didepakan.
Ifra Mikayla terkelu lidah sambil memandang Hezairil Hariz.
" Kenapa pandang macam itu ? Awak okey ke tak ? " Soal Hezairil Hariz tatkala melihat Ifra Mikayla membisu memandangnya.

Ifra Mikayla diam menundukkan kepalanya. Nafas dalam diambil sebelum bangun dengan mata yang berkaca. Hezairil Hariz segera memegang lengan Ifra Mikayla menghalangnya menjauh.

" Awak. Saya tahu awak tertekan. Awak penat. Tapi tak bermakna awak perlu sakitkan diri awak macam ini. Awak nak menangis , menangislah. Jangan tahan. Lepaskan semuanya. " Kata Hezairil Hariz lembut. Selembut baldu.

Perlahan - lahan Ifra Mikayla terduduk sebelum air matanya gugur. Berderai bagaikan hatinya saat ini. Hezairil Hariz hanya memandang kosong titisan air mata Ifra Mikayla. Perlahan - lahan belakang dada Ifra Mikayla diusap Hezairil Hariz.

" Sabarlah awak. Badan awak panaslah. Awak demam ke ? " Pujuk Hezairil Hariz sebelum merasa dahi Ifra Mikayla.
Tangan Hezairil Hariz ditepis perlahan Ifra Mikayla sebelum berlalu masuk ke dalam bilik.
" Ifra. " Bisik Hezairil Hariz sebelum termenung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience