21

Drama Completed 1089

" Cici. Cici. " Panggil Ifra Mikayla sebaik masuk ke dalam biliknya.

Tiba - tiba seekor kucing kurus dilempar dari luar.

" Cici. " Panggil Ifra Mikayla terkejut.
" Meow. " Sahut Cici lemah.

Ifra Mikayla memandang pelaku yang mendera Cici kesayangannya.

" Abang Yan. Kenapa abang sakiti Cici. Apa salah dia ? " Soal Ifra Mikayla geram.

Suri Delaila mengangkat Cici sebelum dibelainya.

" Oh , Cici ? Hmmm. Aku tak buat apa - apa pun. Cuma aku tak suka dia. Sebab aku menyampah dengan tuan dia. Siapa namanya ? Entahlah geli aku nak sebut. " Balas Zayan Asyraf psiko.
" Apa masalah kau sebenarnya ? " Tengking Ifra Mikayla.
" Ifra. Kalau kau tak boleh hormat Zayan. Tolong hormatkan arwah ibu yang kutip dan jaga kau dari kecil. " Tengking Zahwan Asyari.
" Abang Wan. " Panggil Ifra Mikayla perlahan.
" Jangan panggil aku abang ! Kau bukan adik aku ! Aku dah lama sabar dengan kau. Kau burukkan nama ibu nama aku nama keluarga aku. Kau pecah amanah. Kau hancurkan persahabatan aku dengan Khalish Safwan. Kau memang tak guna ! Sebab kau adik aku susah ! Sebab kau adik aku hilang pekerjaan. Dan sebab kau ibu mati ! " Tengking Zahwan Asyari semahu - mahunya.

Tangannya dikepal geram. Merah matanya menahan amarah yang membara.

" Hei , apa benda kau mengarut ? " Sampuk Hezairil Hariz tiba - tiba.
" Kau jangan menyibuk ! " Marah Zahwan Asyari.
Zayan Asyraf tersenyum sinis.
" Ifra sayang ke mari. " Panggil Hezairil Hariz manja.
" Kau tak payah berlakon romantiklah depan aku. Gugur bulu ketiak aku tengok. " Kata Zayan Asyraf.

Ifra Mikayla dan Suri Delaila segera berdiri di belakang Hezairil Hariz.

" Mana - mana. Fuh mesti berguni - gunikan ? Boleh buat pameran di muzium. Lelaki paling banyak bulu ketiak. Mungkin boleh masuk Malaysia's Book of Record ? Wau , sangat mengagumkan. " Kata Hezairil Hariz dengan gaya yang menyakitkan hati.
" Kau jangan sampai aku belasah kau." Kata Zahwan Asyari.
" Hmmm kita tahun bila ya sekarang ? Belum ada undang - undang ke ? " Perli Hezairil Hariz.
" Hei marah betul aku. " Tengking Zahwan Asyari.
" Qil , bawakan air ke sini. " Perli Hezairil Hariz.

Qil datang membawa sebuah fail hitam. Fail hitam diunjukkan kepada Zahwan Asyari.

" Tengoklah itu semua bukti penyelewengan yang berlaku dalam syarikat milik Khalish Safwan. " Kata Hezairil Hariz tenang.
" Kau siapa aku nak percaya ? " Soal Zayan Asyraf sinis.
" Siapa aku tak penting. Yang aku tahu aku boleh sumbat kau ke dalam lokap. " Balas Hezairil Hariz tenang.

Zayan Asyraf ketawa terbahak - bahak sementara Zahwan Asyari memeriksa isi kandungan fail. Zahwan Asyari memandang Hezairil Hariz.

" Adik kesayangan kau ini dah pecah amanah dan dia jadikan sayang aku sebagai kambing hitam. Dan oh lupa kawan kesayangan kau itu ada ramaikan kekasih. Seksi dan cantik pula itu. Nasib baik sayang aku sedar cepat. " Kata Hezairil Hariz tenang sambil mengusap kepala Ifra Mikayla.
" Kau jangan nak tuduh yang bukan - bukan. " Marah Zayan Asyraf.
" Alololo takutnya. Kau tuduh Ifra punca mak kau mati tak apa ? Kenapa mak kau pinjam ah long ? " Soal Hezairil Hariz.
Semua diam membisu.
" Sebab nak bayar orang supaya tutup mulut. Nak selamatkan anak kesayangan dia. Dan Ifra jadi mangsanya. Tapi malangnya sayang aku ini tak cerdik. Dia boleh sibuk - sibuk nak bayarkan hutang mak kau. Apalah sayang ini. " Tambah Hezairil Hariz sambil memeluk bahu Ifra Mikayla.
" Aku kata jangan cakap yang bukan - bukan. " Marah Zayan Asyraf sambil meluru ke arah Hezairil Hariz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience