3

Drama Completed 1089

Tubuh kecil Ifra Mikayla diletakkan di atas lantai sebelum ikatan pada tangan dan kakinya dibuka.

" Dah jangan buat benda bodoh. Duduk sini diam - diam. Tidur dulu. Pagi esok bos nak jumpa semua. Jangan banyak soal. " Kata lelaki asing itu sambil membuka ikatan penutup mulut Ifra Mikayla.
" Apa kau orang nak sebenarnya ? " Soal Ifra Mikayla takut - takut.
" Jangan banyak soal. Tidur. " Balas lelaki asing tadi sebelum membuka ikatan penutup mata Ifra Mikayla.

Ifra Mikayla terkebil - kebil memandang lelaki di hadapannya.

" Tidur ! " Arah lelaki asing itu sebelum keluar mengunci pintu.

Memori Ifra Mikayla terhenti di situ tatkala dia terlena dalam tangisnya sendiri. Sendu halus masih jelas kedengaran.

Pintu dibuka perlahan dari luar. Hezairil Hariz masuk sambil membawa sebungkus makanan.

" Ifra bangun. Ifra bangun. " Kata Hezairil Hariz sambil menepuk - nepuk pipi Ifra Mikayla.
" Hmmm. " Sahut Ifra Mikayla mamai.
" Bangun Ifra sayang. " Kejut Hezairil Hariz.

Bingkas Ifra Mikayla bangun mengesot menjauhi Hezairil Hariz. Belum sempat mendapatkan jarak tubuh kecil Ifra Mikayla ditarik oleh Hezairil Hariz. Tersembam muka Ifra Mikayla ke dada bidang Hezairil Hariz.

" Aduuhh. " Aduh Ifra Mikayla sambil menggosok - gosok hidungnya yang sakit.
" Itulah lari lagi. Sini nak tengok. " Kata Hezairil Hariz memujuk.
Ifra Mikayla cemberut sambil mengesot menjauhi Hezairil Hariz.
" Sini. " Panggil Hezairil Hariz meleret sambil menggerakkan jari telunjuk kanannya sebagai isyarat agar mendekatinya.
Ifra Mikayla menggelengkan kepalanya sebelum memeluk badannya sendiri.
" Kalau saya ke sana awak siap. " Ugut Hezairil Hariz.

Ifra Mikayla menangis sambil mengesot mendekati Hezairil Hariz.

" Laaa , menangis pula. Dah kenapa ? " Soal Hezairil Hariz lembut.
" Lepaskanlah saya. Saya nak balik. " Kata Ifra Mikayla dengan tangisan yang semakin menjadi - jadi.
" Makan dulu. Saya suapkan. Nanti kita bincang kemudian. " Lembut Hezairil Hariz memujuk.
" Tak nak. Nak balik. Lepaskanlah saya. " Kata Ifra Mikayla dengan tangisan yang menjadi - jadi.
" Makan dulu nanti saya hantar balik. " Pujuk Hezairil Hariz lagi.

Ifra Mikayla terus menangis teresak - esak.

" Dahlah itu. Makan dulu. Lepas makan baru balik. Saya janji. " Pujuk Hezairil Hariz sebelum bangun membasuh tangan dengan mineral yang ada.
" Sini saya suap. " Kata Hezairil Hariz lembut.
Ifra Mikayla menggelengkan kepalanya.
" Takut ada racun ? " Soal Hezairil Hariz.
" Ini tengok saya makan. " Tambahnya sebelum menyuakan nasi ke dalam mulutnya.

Selesai mengunyah dia menyuakan sesuap nasi kepada Ifra Mikayla.

" Nak suap sendiri. " Kata Ifra Mikayla.
" Kalau awak nak suap sendiri air ini nanti habis buat basuh tangan sahaja. Untuk minum tak ada. Sudah menganga sahaja. Saya suap. " Bebel Hezairil Hariz tenang.

Ifra Mikayla termenung.

" Ifra Mikayla nganga cepat. " Tegur Hezairil Hariz.
Ifra Mikayla mengangakan mulutnya kecil.
" Besarlah sikit nganga itu. Macam mana nak suap ? " Kata Hezairil Hariz.

Ifra Mikayla meluaskan lagi bukaan mulutnya.
Hezairil Hariz menyuap Ifra Mikayla perlahan - lahan sebelum menyuapkan nasi ke mulutnya.
Selepas beberapa suapan Ifra Mikayla kelihatan lebih tenang. Hezairil Hariz khusyuk mengasingkan tulang dengan nasi diperhati ralit oleh Ifra Mikayla.

' Matanya bulat besar , hitam manis , berlesung pipit sebelah kiri sahaja dan mempunyai badan yang sasa. Tapi kenapa dia begini ? ' Fikir Ifra Mikayla.

" Saya tahu saya kacak tapi janganlah tenung saya begitu. " Kata Hezairil Hariz sambil senyum.
" Mana ada. Saya penatlah. Bila kita nak balik ini ? " Kata Ifra Mikayla malu.
" Kan saya dah cakap. Kita balik lepas dah siap makan. Sekarang ini nasi baru makan separuh. Habiskan dulu tak elok membazir." Kata Hezairil Hariz.
" Awaklah yang habiskan. Saya kenyang. " Balas Ifra Mikayla letih.
" Awak yang mungkir janji dulu jadi bukan salah saya dah kalau tak tunai janji saya. " Kata Hezairil Hariz.
" Apa ? " Kata Ifra Mikayla terkejut.
" Hmmmmm hmmm hmmm. " Hezairil Hariz menyanyi dengan mulut yang penuh.
" Suaplah cepat. " Kata Ifra Mikayla tak puas hati.
" Kata kenyang. Nanti kalau paksa - paksa boleh muntah. " Balas Hezairil Hariz sebelum meneruskan suapannya dengan cepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience