Completed
1089
Hezairil Hariz melepaskan cengkamannya sebelum melorot terduduk. Sebaik sahaja mendapat peluang , Ifra Mikayla terus lari masuk ke dalam bilik menyelamatkan diri. Pintu bilik terus dikunci sebelum terduduk di penjuru bilik. Air matanya terus mencurah - curah. Terketar - ketar tubuhnya menahan rasa takut yang menguasai diri.
Hezairil Hariz segera bangkit menarik rantai besi yang belum sepenuhnya ditarik masuk ke dalam oleh Ifra Mikayla. Dengan amarah yang membara separuh rantai besi ditarik keluar. Ifra Mikayla terseret laju dalam kesakitan.
" Aaa awak sakit. Dah awak dah. " Rayu Ifra Mikayla kesakitan di balik pintu.
" Peduli apa aku. Kau yang meminta sangat. " Balas Hezairil Hariz sebelum menyentak rantai besi.
" Sakit awak. Sumpah saya tak buat semua itu. Sumpah awak. Lepaskanlah saya awak. Tolonglah. " Rayu Ifra Mikayla lagi dengan linangan air mata.
" Tipu. Kau tipu. Kau diam penipu. " Tengking Hezairil Hariz sambil terus menerus menarik rantai besi.
Darah merah mengalir deras melalui koyakan kulit disekeliling jerutan rantai besi. Ifra Mikayla terbaring lemah sebelum teringat kunci di atas meja. Dalam kesakitan dia berusaha mencapai dan mengambil kunci yang ada.
Sebaik sahaja kunci berjaya disentuh , Hezairil Hariz menyentak rantai menyebabkan kunci terjatuh ke bawah katil. Buntu fikiran Ifra Mikayla untuk menyelamatkan diri. Hezairil Hariz tidak henti - henti menyentak rantai besi.
" Sa sakit aa awak. " Kata Ifra Mikayla perlahan terketar - ketar.
Dalam kepayahan , Ifra Mikayla merangkak mencapai kunci di bawah katil. Bibir diketap menahan sakit. Air mata terus mengalir dibiarkan tidak berseka. Cubaan demi cubaan akhirnya dia berjaya menggenggam kunci yang diperlukannya.
Ifra Mikayla terbaring lemah sebelum terkejut semula dek jerutan rantai besi di kakinya. Sedaya upaya dia bangun membuka jerutan rantai besi di kakinya. Sebaik terlerai , rantai besi yang dipenuhi darah ditarik oleh Hezairil Hariz.
" Berani kau buka rantai ini , perempuan. " Tengking Hezairil Hariz sebelum mengetuk pintu dengan kuat.
" Buka pintu ini sekarang sebelum aku pecahkan pintu ini. " Teriak Hezairil Hariz.
Ifra Mikayla merangkak menjauhi pintu. Darah merah mengotori lantai seolah - olah ada pembunuhan di situ. Sebaik sampai di pertengahan bilik , Hezairil Hariz menendang pintu hingga tercabut.
Dek rasa takut yang amat sangat , Ifra Mikayla bangkit menuju ke bilik air dengan kaki yang terhencut - hencut.
Hezairil Hariz mengejar sebelum memeluk belakang badan Ifra Mikayla. Dagunya diletakkan di atas bahu Ifra Mikayla.
" Kau nak lari haa ? " Bisik Hezairil Hariz sambil menghidu wangian yang dipakai Ifra Mikayla.
" Lepaslah , sakit tahu tak sakit. " Rayu Ifra Mikayla untuk ke sekian kali.
" Ooo sakit. Habis sakit hati aku ini kau tak nak ambil tahu ? Kau bakal isteri aku tapi seronok - seronok dengan lelaki lain dalam rumah aku. Kau ingat seronok ! " Tengking Hezairil Hariz.
" Tak awak , tak. Dia tipu. Dia yang .... " Balas Ifra Mikayla sebelum ditolak ke lantai oleh Hezairil Hariz.
" Jangan cuba nak berdalih. " Tengking Hezairil Hariz.
Hezairil Hariz menanggalkan tali pinggangnya sebelum melibas belakang tubuh Ifra Mikayla.
" Sakit awak , sakit. Saya tak buat awak. " Rayu Ifra Mikayla sambil merangkak menjauhi Hezairil Hariz.
Share this novel