Completed
1089
" Okey aku dah siap makan. Jomlah. " Kata Hezairil Hariz.
" Tak nak. Awak menipukan ? " Kata Ifra Mikayla sebelum kembali berbaring di atas tikar.
" Haa lupa nak beritahu yang sebenarnya tikar itu dulunya ada orang mati di atasnya. Kau nak duduk sini silakan. Aku tak nak. " Kata Hezairil Hariz sebelum bangkit.
" Apa ? " Kata Ifra Mikayla sebelum duduk.
" Tak nak balik ? " Soal Hezairil Hariz sengaja.
" Awak memang dah pernah membunuh ke ? " Soal Ifra Mikayla lirih.
" Pernah. Banyak kali dah. Kenapa ? " Jawab Hezairil Hariz lurus.
' Kenapa mesti aku terpaksa kahwin dengan pembunuh ? ' Fikir Ifra Mikayla.
" Kau memang nak duduk sini sahaja ke ? " Soal Hezairil Hariz.
Ifra Mikayla diam seribu bahasa. Hezairil Hariz menarik nafas dalam sebelum menarik Ifra Mikayla bangun dan keluar dari bilik itu. Sebaik sahaja keluar dari bilik tersebut , sekumpulan lelaki berpakaian serba hitam berkumpul menunggu arahan.
" Hantar dia balik. Aku tunggu di sana. " Kata Hezairil Hariz sebelum meninggalkan Ifra Mikayla kepada mereka.
" Pusing. " Arah salah seorang dari mereka.
Ifra Mikayla menggelengkan kepalanya sebelum berundur sedikit demi sedikit. Seorang lelaki menarik tangan Ifra Mikayla sebelum seorang lagi menutup matanya. Ifra Mikayla ditarik masuk ke dalam kereta sebelum ditekup mulutnya. Ifra Mikayla meronta - ronta sebelum tidak sedarkan diri.
Hezairil Hariz memapah tubuh kecil Ifra Mikayla masuk ke dalam rumah sebelum membaringkannya di atas sofa. Kipas syiling dibuka laju sebelum dia terduduk keletihan di sofa lain.
" Badan sahaja kecil tapi beratnya. " Rungut Hezairil Hariz sambil berehat.
Matanya semakin kuyu memandangkan masa sudah menginjak ke angka tiga pagi. Hezairil Hariz terlena di sofa sebelum Ifra Mikayla tiba - tiba tersedar sebelum memerhati sekeliling.
Perlahan - lahan dia bangkit sebelum membetulkan duduknya. Kepalanya terasa pening. Setelah merasa lebih stabil , dia nekad untuk melarikan diri. Ifra Mikayla segera bangkit sebelum berlari ke arah pintu. Dengan tak semena - menanya , Ifra Mikayla terjatuh.
Hezairil Hariz terkejut sebelum melompat dari sofa. Ifra Mikayla memerhatikan kakinya. Tersangkut pada kain yang bertaburan. Ifra Mikayla menyentak kakinya geram namun gagal. Hezairil Hariz segera mendekati Ifra Mikayla sebelum menghalangnya terus menarik kakinya.
" Jangan tarik. Cabut elok - elok. Aku ikat tadi dan aku sengaja sepahkan semua ini sebab aku rasa kau akan cuba lari. Cubalah jadi macam orang lain. Elok sahaja. Kau ? " Kata Hezairil Hariz geram sambil membuka ikatan pada kaki Ifra Mikayla.
" Saya tak nak jadi isteri pembunuh. Lepaskanlah saya. " Kata Ifra Mikayla dalam tangisnya.
" Aku peduli apa kau nak suami macam mana. Aku tetap nak kau jadi isteri aku. " Kata Hezairil Hariz dingin.
" Awak ini pentingkan diri sendiri. " Marah Ifra Mikayla.
" Habis kau ingat jadi baik macam kau itu bagus sangat. Diperguna. Ditipu. Dikhianati. Seronok ? " Soal Hezairil Hariz serius.
" Tak. " Jawab Ifra Mikayla dengan tangisan yang semakin menjadi - jadi.
" Jadi terima aku. Aku boleh jaga kau. Kau bukan nyamuk , lipas atau serangga untuk aku bunuh. " Kata Hezairil Hariz tenang.
" Tak nak . " Ifra Mikayla merengek.
" Nampaknya aku kena paksa kau. Itu yang kau nak. " Kata Hezairil Hariz sebelum berdiri.
" Aku nak kau kemas semua ini. Dan aku tak nak berlembut dengan kau lagi dah. Kau melawan lagi aku memang akan guna kekerasan. Esok aku nak senarai barang yang kau perlu. Mulai hari ini kau tak boleh keluar dari rumah ini tanpa kebenaran dan arahan aku. " Kata Hezairil tegas sebelum keluar mengunci pintu rumah.
" Kalau tak nak ? " Teriak Ifra Mikayla.
Beberapa orang berpakaian serba hitam masuk dengan muka bengis.
Share this novel