Completed
1089
" Kau jangan nak lari. Kau yang mencari masalah. Sekarang nak berlagak suci ? " Marah Hezairil Hariz lagi.
" Tak awak tak. Sumpah tak. Saya tak buat. " Kata Ifra Mikayla lemah.
" Aku akan siasat. Dan kalau betul kau buat. Mak kau aku bunuh depan mata kau. " Ugut Hezairil Hariz sebelum meninggalkan Ifra Mikayla begitu sahaja.
Hezairil Hariz berlalu ke pejabatnya sebelum mula memeriksa semua kamera litar tertutup yang disembunyikan dari pengetahuan semua orang.
Tiba - tiba Ril masuk dengan muka cemas.
" Bos , mak Ifra ditemui mati di rumahnya. Kes masih dalam siasatan. " Lapor Qil.
" Aduh. Kau uruskan pengebumiannya dan bawa Ifra Mikayla ke sana. Rawat kaki dia dan bawa salah seorang dari bakal madu dia sama. Perhatikan dia. Jangan ada sesiapa masuk ke dalam flat Ifra selagi tak ada arahan aku. Aku ada kerja lain. " Arah Hezairil Hariz sambil mengemas mejanya. Qil keluar sebelum segera melakukan tugasnya.
Segala keperluan dan dokumen penting mesyuarat dimasukkan ke dalam beg sebaik jam menunjukkan angka sebelas pagi. Ada suatu mesyuarat penting yang perlu dihadirinya setengah jam dari sekarang. Walaupun hal peribadinya menimbun banyaknya. Syarikat makanan ringannya perlu diberi perhatian.
Qil menuju ke rumah Suri Delaila kerana pada pandangannya dia adalah yang paling mesra dengan Ifra Mikayla. Tiba - tiba telefon berbunyi menandakan panggilan masuk.
" Hello. Ya bos ? " Sapa Qil sebaik talian bersambung.
" Hello. Qil nanti siapa yang kau bawa itu suruh dia periksa barang yang tiada dan senaraikan. Nanti kau carikan. Dan aku rasa peti kecemasan tiada jadi kau beli dululah. " Terang Hezairil Hariz.
" Baik bos. Ada apa - apa lagi ? " Soal Qil.
" Oh lupa , mop dan cuci semua kotoran darah yang ada. " Arah Hezairil Hariz lagi.
" Baik bos. " Kata Qil sebelum Hezairil Hariz menamatkan talian.
Sebaik masuk ke dalam rumah Suri Delaila , Qil segera mencarinya.
" Ila. Ila. " Panggil Qil sambil melilau.
" Ya. " Sahut Suri Delaila dari dalam tandas.
" Keluar cepat. " Arah Qil mendesak.
" Sebentar. " Balas Suri Delaila meminta masa.
" Cepat. " Balas Qil sambil memeriksa telefonnya.
" Apa ? " Soal Suri Delaila tergesa - gesa keluar.
" Siap cepat. Ikut aku ke rumah Ifra. Mak dia mati. Dia tak tahu lagi itu. " Terang Qil sambil mencari peti kecemasan di rumah Suri Delaila.
Suri Delaila terdiam kaku.
" Cepatlah. Bawa baju untuk dua tiga hari. " Arah Qil lagi sambil menggambil peti kecemasan.
" Oh , okey. " Balas Suri Delaila sebelum tergesa - gesa bersiap.
Sebaik sampai ke rumah Ifra Mikayla , Suri Delaila terkejut melihat persekitaran dan keadaan Ifra Mikayla.
" Ifra. " Panggil Suri Delaila lembut sebelum memeluk tubuh kecil Ifra Mikayla.
Ifra Mikayla hanya menangis.
" Ila nanti tengokkan apa yang tiada beritahu aku. Dan rawat dia. " Arah Qil sambil menghulurkan peti kecemasan sebelum keluar mengemop dan mengemas apa yang patut.
" Apa dah jadi ? " Soal Suri Delaila sambil mula merawat kaki Ifra Mikayla.
" Khai tuduh aku berzina. Zairil mengamuk. Saya tak buat. Tapi dia tak percaya. " Adu Ifra Mikayla teresak - esak.
Sebaik Ifra Mikayla mengadu , Qil menyampuk.
" Buktikanlah kau tak bersalah. Zairil memang pantang orang buat tak senonoh. " Terang Qil.
" Saya tak buat. Dia yang cuba rogol saya. Saya tak buat. " Nafi Ifra Mikayla teresak - esak.
" Takkanlah Zairil buat macam itu. " Balas Qil tak percaya.
" Tak. Bukan dia tapi Khai. " Terang Ifra Mikayla lemah.
" Kita cari bukti. " Putus Qil tegas sebelum keluar.
Suri Delaila mengurut belakang dada Ifra Mikayla lembut.
" Dah awak dah. Awak kena kuat. Saya yakin awak kuat. Nanti saya akan ada dengan awak beberapa hari. Awak jangan takut ya ? " Pujuk Suri Delaila lembut.
Ifra Mikayla hanya diam dalam tangisnya.
" Awak mandi dulu. Saya nak pergi buat kerja lain sebentar. Tunggu saya ambilkan kerusi sebentar. " Pujuk Suri Delaila lembut sebelum keluar mengambil kerusi plastik di dapur.
Share this novel