25

Drama Completed 1089

Ifra Mikayla terduduk melorot di belakang pintu. Air matanya mengalir deras. Kata - kata Hezairil Hariz terus bergema dalam fikirannya.

' Balik - balik awak akan tetap kena berkahwin dengan saya juga '

' Saya tak nak awak. Saya tak bersedia. Lepaskanlah saya awak. Lepaskan saya. ' Rintih Ifra Mikayla. Tubuhnya dipeluk erat dengan kepala ditekup ke lutut.

Pintu bilik diketuk.

" Ifra. Buka pintu ini. Ifra. " Panggil Hezairil Hariz lembut.
" Sebentar. " Balas Ifra Mikayla sambil berusaha untuk bangun.

Perlahan - lahan Ifra Mikayla berpaut pada pintu sebelum terduduk semula.
" Aaawww. " Bisik Ifra Mikayla sebelum berusaha lagi dan lagi.
" Awak. " Panggil Ifra Mikayla sambil mengetuk pintu setelah tetap gagal untuk bangun.
" Ya ya. Awak kenapa ? Saya buka pintu ini ya ? " Soal Hezairil Hariz risau.
" Jangan awak , jangan. Saya tak boleh nak bangun. Tolonglah jangan. " Kata Ifra Mikayla sambil menangis. Insiden pagi tadi terus berlegar - legar di fikirannya.
" Awak. Saya buka pintu ini ya ? " Soal Hezairil Hariz cemas.
" Jangaaaannn. " Balas Ifra Mikayla sambil bergegas mengesot menjauh.

Hezairil Hariz tetap membuka pintu perlahan - lahan.

" Awak kenapa ? " Soal Hezairil Hariz sambil melutut mendekati Ifra Mikayla.
Ifra Mikayla hanya menangis teresak - esak.
" Awak. " Panggil Hezairil Hariz lembut namun tidak dilayan.

Hezairil Hariz bangun sebelum masuk ke dalam bilik air. Matanya melilau memerhati sekeliling sebelum keluar mendekati Ifra Mikayla.

" Awak nak apa ? " Soal Ifra Mikayla takut - takut sebaik melihat Hezairil Hariz memandangnya serius.
" Saya ... " Balas Hezairil Hariz sebelum mencempung tubuh kecil Ifra Mikayla.
" Awak nak buat apa ini ? " Soal Ifra Mikayla sambil meronta - ronta.
" Saya nak awak mandi sekarang. Bersiap. Makan dan kita pergi klinik. " Balas Hezairil Hariz lembut.
Ifra Mikayla berhenti meronta sebelum tergamam.
" Saya tahu awak kurang makan sejak hari pertama saya kita jumpa semula. Saya tahu awak terabai sangat - sangat. Saya tahu awak terseksa. Tapi percayalah saya nak jaga awak. " Luah Hezairil Hariz lembut.

Perlahan - lahan Hezairil Hariz meletakkan Ifra Mikayla di atas kerusi plastik sebelum keluar mencari tuala , kain basahan dan baju ganti. Setelah menggeledah almari dan menyerahkannya kepada Ifra Mikayla , Hezairil Hariz menutup pintu bilik air. Katil Ifra Mikayla dikemas rapi sebelum dia berlalu ke dapur.
Pinggan mangkuk kotor dicuci Hezairil Hariz sebelum berlalu ke stor. Tong gas , 'microwave' , oven dan pengisar dikeluarkan dari stor. Semuanya masih dalam keadaan baru dan belum dibuka kotaknya.

" Awakkk. " Teriak Ifra Mikayla.
Hezairil Hariz berlari masuk ke bilik air Ifra Mikayla sebelum terlihat Ifra Mikayla sedang menangis terduduk di lantai.
" Ifra. " Kata Hezairil Hariz terkejut sebelum membantu Ifra Mikayla duduk semula di atas kerusi.
" Macam mana boleh jatuh ? " Soal Hezairil Hariz risau.
" Saya nak ambil sabun itu , tak sampai. Selepas itu saya tergelincir. " Balas Ifra Mikayla tersedu - sedu.
" Dah - dah jangan menangis. Saya mandikan awak. " Kata Hezairil Hariz tegas.
" Tapi ... " Bantah Ifra Mikayla sebelum dicantas Hezairil Hariz.
" Saya kata saya mandikan bermakna saya mandikanlah. " Kata Hezairil Hariz tegas.
Ifra Mikayla terdiam memerhati Hezairil Hariz.

Hezairil Hariz segera memandikan Ifra Mikayla.

" Dah awak lap badan dulu nanti dah siap panggil saya. Saya bawa awak keluar. Pakai baju dalam bilik. Nanti jatuh lagi. " Arah Hezairil Hariz sebelum keluar meninggalkan Ifra Mikayla.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience