5

Drama Completed 1089

" Kalau kau tak nak rasa menyesal lebih baik ikut arahan yang diberikan. Kalau tak kami akan buat kau menyesal. " Ugut salah seorang dari lelaki berpakaian serba hitam.

Ifra menundukkan kepalanya menahan segala rasa yang membuak - buak. Marah. Benci. Takut. Tertekan. Serabut.

Seorang lelaki berpakaian serba hitam memegang kasar dagu Ifra Mikayla memaksanya mendongakkan kepalanya.

" Kalau aku bercakap tengok muka aku. Bukan tengok lantai. Aku bagi kau amaran. Jangan sesekali berani buat benda bodoh. Seluruh rumah ini ada kamera kecuali tandas dan bilik tidur. Tingkap luar bilik tidur pun ada kamera. Semuanya aktif dua puluh empat jam. Kalau rasa nak makan pakai straw atau tengok mak kau mati depan mata buatlah apa yang kami tak suka. " Ugut lelaki yang memegang dagunya sebelum melepaskannya. Sekeping gambar dilemparkan ke muka Ifra Mikayla.

Ifra Mikayla menunduk sebelum terlihat gambar ibunya termenung di hadapan rumah.

" Ibu. " Kata Ifra Mikayla sebelum mendongakkan kepalanya.
" Jangan sentuh ibu aku. Tak puas hati dengan aku jangan libatkan dia. Dia tak salah. " Marah Ifra Mikayla dengan mata yang berkaca.
" Jadi ikut arahan kami. " Kata lelaki berpakaian serba hitam setelah ketawa terbahak - bahak. Sebaik sahaja selesai berbicara mereka keluar mengunci pintu.

" Ibu. Mika rindu ibu. " Rintih Ifra Mikayla sambil menangis tersedu - sedan. Hancur luluh hatinya melihat wajah sayu ibunya.

" Dah masuk tidur. " Arah suara yang tidak dikenali melalui kamera litar tertutup.
Ifra Mikayla terus tertunduk menangis.
" Ifra Mikayla masuk tidur sekarang. " Arah suara dari kamera litar tertutup.

Perlahan - lahan Ifra Mikayla bangun membawa gambar ibunya mencari bilik tidur ditemani cahaya malap dari dapur rumah.

" Gambar itu letak balik. Masuk bilik pertama kanan awak sekarang. " Tambah suara dari kamera litar tertutup.

Ifra berdiri kaku di tengah ruang tamu menahan sebak yang semakin menggila.

" Letak gambar itu , masuk ke bilik sekarang. " Arah suara dari kamera litar tertutup.
" Tak nak. " Balas Ifra Mikayla dengan linangan air mata.
" Letak dan masuk tidur Ifra Mikayla. " Balas suara dari kamera litar tertutup.
" Dia dah tidur ? " Suara Hezairil Hariz tiba - tiba menyampuk dari kamera litar tertutup.
" Belum. Dia tak nak. " Balas suara lain melalui kamera litar tertutup.
" Ifra Mikayla kau nak aku ke sana ? " Soal Hezairil Hariz tegas.
" Tak nak. " Balas Ifra Mikayla lemah.
" Apa aku tak dengar ? " Soal Hezairil Hariz melalui kamera litar tertutup.

Ifra Mikayla menggelengkan kepalanya.

" Jadi tidurlah. " Putus Hezairil Hariz.

Perlahan - lahan Ifra Mikayla membuka pintu bilik lalu masuk. Pintu ditutup perlahan sebelum melorot terduduk di belakang pintu. Air matanya gugur berlinang membasahi pipi. Segala keperitan yang dirasakan dilepaskan.

" Ifra Mikayla jangan masuk bilik itu. " Kata Hezairil Hariz sebaik sahaja melihat Ifra Mikayla masuk ke bilik yang salah. Dia bergegas menuju ke rumah Ifra Mikayla.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience