Completed
1089
Qil dan Suri Delaila diam sebaik melihat Hezairil Hariz keluar dalam keadaan marah.
Ting.
Telefon Qil berbunyi menandakan mesej masuk.
~ Bawa Ifra ke rumah ibunya secepatnya. Nanti petang Sue akan hantar semua barang peribadi Ifra kecuali beg tangan dengan segala isinya dan kereta. Hantar Ila balik ke rumah dia malam ini juga. Biarkan Ifra sendirian. ~ Hezairil Hariz
" Tengok ini. " Arah Qil kepada Suri Delaila.
" Marah betul Zairil. Saya tak berani masuk campur. Saya ikut sahaja. Saya tak nak masalah. " Kata Suri Delaila sebaik membaca mesej tersebut.
" Cepatlah suruh Ifra makan dan bersiap. Kita pergi. Mayat ini semua nanti akan ada orang lain uruskan. Sekarang dah pukul satu tengah hari. Agak - agak lepas asar pengebumian mak dia. " Arah Qil.
" Oh okay. " Balas Suri Delaila sebelum masuk ke bilik Ifra.
Kelihatan Ifra Mikayla menangis kesedihan. Mungkin meratap pemergian ibunya atau meratapi kisah hidupnya.
" Ifra. Akak dah tak boleh tolong Ifra. Akak boleh teman Ifra sampai petang ini sahaja. Jom makan. Kita dah nak bertolak ke rumah ibu Ifra sebentar lagi. " Kata Suri Delaila serba salah.
Ifra Mikayla diam. Mungkin memikirkan nasibnya. Perlahan - lahan dia bangun keluar dari biliknya menuju ke dapur. Suri Delaila hanya memerhati langkah Ifra Mikayla kosong.
" Duduk Ifra. Akak dengan Qil dah siapkan semua. " Tegur Suri Delaila sebaik melihat Ifra Mikayla tercegat termenung melihat meja.
" Terima kasih akak. Akak makanlah sekali. " Kata Ifra Mikayla tanpa perasaan sebelum duduk.
" Ifra. Akak tahu Ifra tengah sedih. Serabut dengan semua yang dah jadi. Tapi akak rasa Ifra tak boleh buat Zairil macam itu. Bila akak perhati dan fikir balik. Ada baik dia buat macam ini. Akak hampir dijual kepada bapa ayam sebelum ini. Tapi dia datang culik akak. Dia dah selamatkan akak. Ifra fikirlah masak - masak. " Luah Suri Delaila tatkala melihat Ifra Mikayla diam terkaku.
" Ifra. Ifra tak tahu apa yang patut Ifra buat. Dulu Ifra hilang ibubapa kandung. Ibu datang ambil Ifra. Jaga Ifra. Tapi bila jadi macam ini. Ifra serabut sangat. Dengan bekas tunang curang dan tuduh Ifra seleweng duit syarikat. Ibu meninggal. Dan dia datang memaksa. Ifra tak boleh fikir kak. Terlalu sakit. Terlalu berat untuk Ifra hadap. " Kata Ifra Mikayla dengan linangan air mata.
" Kau tahu dulu aku tak nak ikut Abang Zairil tapi bila seluruh keluarga buang aku. Tak nak aku. Aku terpaksa ikut. Dan aku kenal Abang Zairil. Dia tak suka masalah. Bila dengan dia disiplin itu penting. Dia selalu memaksa tapi lama - lama aku faham kenapa dia buat macam itu. Dia tak sejahat kau sangka. " Sampuk Qil.
" Aku tak tahu. Aku tak boleh fikir. " Balas Ifra Mikayla tersedu - sedan.
" Tenangkan fikiran dan fikir sedalam - dalamnya. Dan tolong jangan gaduh dengan Zairil lagi. " Nasihat Suri Delaila lembut.
" Dahlah. Makan cepat. Nanti lambat susah. " Kata Qil tegas.
" Qil umur kau berapa ? " Soal Suri Delaila tiba - tiba.
" Kenapa nak tahu ? " Soal Qil garang.
" Rupa kau macam budak sekolah tapi berlagak dewasa. Aku nak tahu sahaja. " Balas Suri Delaila sebelum tersengih kerang busuk.
" Aku empat belas. " Kata Qil tenang.
" Kau tak sekolah ? " Soal Suri Delaila terkejut.
" Aku malaslah. " Kata Qil sebelum menuang air ke dalam gelasnya.
" Kau ini. Kau kena sekolah. Bagi berilmu. " Bebel Suri Delaila.
" Dah makan cepat. Aku banyak lagi kerja ini. " Marah Qil.
Suri Delaila diam menjamu selera.
Share this novel