7

Drama Completed 1089

Hezairil Hariz masuk ke dalam bilik bersama seorang lelaki yang berkemeja hijau muda.

" Ifra , doktor dah sampai. Bangunlah. Kenapa baring di lantai ? " Soal Hezairil Hariz lembut.
" Hmmm. " Sahut Ifra Mikayla lemah seraya bangun dari pembaringannya.

Darah merah mengalir dari lengan Ifra Mikayla membasahi lantai.

" Saya periksa dia dulu ya ? " Pinta Doktor lelaki itu lembut sebaik sahaja melihat Ifra Mikayla duduk.
' Sejuk hati dengar. ' Fikir Ifra Mikayla nakal.
" Saya pembantu Doktor Ridzwan. Saya MA Zikri. " Kata Zikri memperkenalkan diri.
Ifra Mikayla mengangguk sekali.
" Boleh saya tahu apa yang terjadi ? " Soal Zikri sambil mengelap darah yang mulai mengering di wajah Ifra Mikayla.
" Saya terhantuk pada pintu itu sebelum jatuh. " Balas Ifra Mikayla lemah sambil menunjuk ke arah pintu bilik.
" Macam mana boleh terhantuk ? " Soal Zikri.
" Saya ... " Kata Ifra Mikayla sebelum terhenti melihatkan Hezairil Hariz menjegilkan matanya.
" Saya tersandung. " Sambung Ifra Mikayla terpaksa.
" Oh. Darah dah berhenti pun. Benjol ini nanti boleh tuam dengan air suam. Saya akan bagi perskripsi ubat. Boleh beli di farmasi. Ada apa - apa lagi ? " Terang Zikri pada Hezairil Hariz sebelum menyoal Ifra Mikayla.

Ifra Mikayla menggelengkan kepalanya tanpa menyedari lengannya luka akibat tergesel pada almari semasa jatuh pengsan. Zikri bangun keluar diiringi Hezairil Hariz.

Selang beberapa minit , Hezairil Hariz masuk ke dalam bilik dengan raut wajah yang ditafsirkan. Ifra Mikayla duduk memeluk kakinya.

" Selesai ? Nak cari penyakit lagi ? Nak buat hal lagi ? Seronok sakit ? " Soal Hezairil Hariz geram.
Ifra Mikayla hanya diam menundukkan kepalanya.
" Kenapa diam ? Jawablah. Kau kan suka menjawab. Apa aku cakap semua kau tak nak dengar. " Marah Hezairil Hariz. Ada getar kecewa pada suaranya.
Ifra Mikayla hanya diam.
" Aku tak nak kau guna bilik ini. Guna bilik sebelah. Pergi sana sekarang. " Arah Hezairil Hariz letih sebelum berlalu keluar meninggalkan Ifra Mikayla sendirian.

Ifra Mikayla menarik nafas dalam sebelum berusaha untuk bangun. Perlahan - lahan Ifra Mikayla melangkah sambil berpapah pada dinding. Gambar ibunya diambil sebelum berjalan perlahan - lahan. Sebaik sahaja tiba di muka pintu bilik , langkahnya terhenti.

Matanya terpaku Hezairil Hariz yang sedang duduk di atas sofa membelakangkannya. Kelihatan dia menongkatkan wajahnya dengan kedua tangannya. Ifra Mikayla hanya diam memandangnya.

" Masuk bilik. Tidur. Tunggu apa lagi ? Nak apa - apa cakap esok. Aku dah penat. " Kata Hezairil Hariz tanpa memandang Ifra Mikayla.

Sebaik melihat Hezairil Hariz berbaring di atas sofa , Ifra Mikayla menutup pintu bilik utama sebelum masuk ke bilik sebelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience