Completed
1089
Hezairil Hariz duduk termenung di hadapan balkoni rumahnya. Dia merenung matahari yang mulai terbit menyinari alam. Cerah menghiasi alam fana.
Perlahan - lahan sekeping gambar dikeluarkan dari poket baju sejuk kegemaran Hezairil Hariz ditatap sepi. Kelihatan seorang kanak - kanak lelaki memeluk bahu seorang kanak - kanak perempuan setinggi pinggangnya. Gambar berlatar belakangkan keindahan terbit matahari.
" Adik Yaya. Abang Yil rindu adik. " Rintih Hezairil Hariz sebelum termenung teringat akan masa lampaunya.
.....
" Abang Yil tengok ini. Dia ambil air Adik Yaya. " Adu Adik Yaya.
" Siapa buli Adik Yaya ? " Soal Abang Yil.
" Dia ini. " Adu Adik Yaya sambil menunjukkan ke arah seorang budak yang lebih besar daripadanya.
" Lepaslah. Ini air Adik Yaya. " Rungut Adik Yaya sambil menarik botol air miliknya.
" Abaaannnggg tolonglah Adik Yaya. " Rengek Adik Yaya kepada Abang Yil. Air matanya mulai mengalir membasahi pipi.
Tiba - tiba ayam hutan berkokok mematikan lamunan kejap Hezairil Hariz. Perlahan - lahan gambar disimpan sebelum langkah diatur menuju ke kedai runcit berhampiran.
Ifra Mikayla terkulai terlena dek keletihan menangis dan menahan sakit.
Sebaik sahaja Hezairil Hariz sampai di tepi kedai runcit , kelihatan seorang wanita tua ditengking dan diusir oleh pemilik kedai runcit.
" Berambuslah orang tua. Asyik nak berhutang sahaja. Hutang lama pun tak bayar lagi. Tak ada duit jangan nak membeli. " Tengking pemilik kedai seraya menolak wanita tua itu.
Hezairil Hariz segera menyambut tubuh kurus wanita tua itu. Berlinangan air mata wanita itu membasahi pipi tuanya. Hezairil Hariz menampar pipi pekedai wanita yang telah menolak wanita tua di hadapannya.
" Berapa hutang dia sampai kau halau dia macam pengemis ? Kau ingat dia tunggul ? Tak ada hati tak ada perasaan. " Tengking Hezairil Hariz. Dia betul - betul hilang sabar.
Air mata wanita tua itu dikesat lembut penuh kasih sayang.
" Cakaplah berapa hutang dia ? Kau ingat aku peduli kau nak menangis ? " Tengking Hezairil Hariz kepada pekedai wanita yang menangis tersedu - sedan.
" Nak jangan marah dia. Mak cik yang salah. Banyak mak cik hutang. Sudah tiga ratus ringgit nak. Dia berhak halau mak cik. " Pujuk wanita tua itu lembut.
" Tiga ratus bukan nilai untuk dia halau mak cik. Untuk herdik mak cik. Bukan mak cik. Bukan. " Balas Hezairil Hariz geram.
Hezairil mengeluarkan beberapa keping not seratus dari poketnya sebelum melemparkannya ke muka pekedai itu.
" Nah lima ratus. Hutang mak cik ini langsai. " Tengking Hezairil Hariz kepada pekedai wanita yang dirasakan biadap.
" Baki dua ratus itu mak cik ambillah apa - apa bagi habis. Saya tunggu di sini untuk tolong mak cik bawa barang - barang. " Kata Hezairil Hariz lembut kepada wanita tua itu.
" Terima kasih nak. Moga Allah balas jasamu. " Kata wanita tua itu sebelum masuk ke dalam kedai diikuti pekedai wanita tadi.
Selang beberapa minit , wanita tua itu keluar dengan pelbagai jenis barang dapur.
" Wau , mak cik nak buat kenduri ke ? " Sakat Hezairil Hariz sambil mengambil sebahagian besar dari beg plastik berisi pelbagai barangan.
" Taklah ini barang dapur untuk cucu - cucu mak cik yang ditinggalkan ibu bapa mereka. Kesian mereka. " Cerita wanita tua itu.
" Ooo. Mak cik seorang ke menyara mereka ? " Soal Hezairil Hariz prihatin.
" Ya nak. Mak cik berniaga kuih kecil - kecilan. Pak cik dah lama meninggal. " Kata wanita tua itu sambil tersenyum.
" Oh , kalau macam itu. Mak cik jadi mak saya sajalah. Saya pun tak ada mak ayah dah. Mereka meninggal semasa saya masih bayi. Kemalangan. " Kata Hezairil Hariz teruja.
" Boleh nak. " Kata wanita tua itu gembira.
Share this novel