11

Drama Completed 1089

" Aaa. Awak nanti mereka akan datang ke ? " Soal Ifra Mikayla takut - takut.
" Siapa ? " Soal Hezairil Hariz bingung.
" Hmmm. Yang tadi ramai - ramai itulah. " Balas Ifra Mikayla serba salah.
" Oh Khai. Kenapa ? " Soal Hezairil Hariz pelik.
" Tak ada apalah. " Balas Ifra Mikayla cuak.
" Mereka akan datang cabut semua kamera nanti. Kau nak apa ? " Balas Hezairil Hariz sambil lewa.
" Tak ada apa. Pergilah. " Kata Ifra Mikayla tenang.

Hezairil Hariz keluar tanpa sepatah kata. Ifra Mikayla duduk di birai katil keletihan. Tiba - tiba perutnya berbunyi minta diisi. Perlahan - lahan dia bangun menuju ke dapur.

Sekeliling diperhati teliti. Segala kelengkapan asas dipenuhi dengan baik. Sebaik tiba di dapur , Ifra Mikayla membuka pintu peti. Kelihatan beberapa kotak susu dan jus tersusun di dalamnya. Buah - buahan segar , jem dan coklat juga disediakan.

Ifra Mikayla berlalu memeriksa kabinet dinding. Pelbagai jenis biskut manis , mi segera , kicap dan pelbagai makanan telah disediakan.

' Dah macam kedai runcit. Nak buka kedai ke apa ? Sudahlah jenama yang sama sahaja. ' Fikir Ifra Mikayla sebelum berlalu ke dapur gas.

Perlahan - lahan Ifra Mikayla cuba menghidupkan api tapi gagal. Berkali - kali dia cuba menghidupkannya tetap gagal. Dia membelek - belek kedudukan tong gas. Malangnya tidak dijumpai. Dia menepuk dahi.

' Memang nak masak ajaib. Tak perlu gas - gas ini. ' Fikir Ilya Mikayla geram.

Dek rasa lapar yang amat , Ifra Mikayla segera mengambil biskut sebelum terpandang sebotol pati anggur.

' Macam tahu - tahu kegemaran aku. ' Fikir Ifra Mikayla gembira.
' Ehhh , aku nak masak air macam mana ? ' Fikirnya lagi sebelum membuka peti mengeluarkan sekotak kecil susu rendah lemak.

Dengan semangat yang lemah , Ifra Mikayla segera menghidupkan televisyen sebelum duduk dan makan di sofa. Rantai besi di kakinya dibiarkan begitu sahaja.

Setelah kekenyangan Ifra Mikayla segera mengutip segala sampah bungkusan di atas meja untuk dibuang. Malangnya tong sampah hanya ada satu dan terletak di tepi pintu utama. Terpaksalah dia berjalan menuju ke pintu sebelum meniarap menarik tong sampah.

Sebaik selesai membuang sampah , Ifra Mikayla segera menuju ke bilik air untuk mengambil bakul kain. Segala kain baju yang disepahkan oleh Hezairil Hariz dikutip dan diletakkan ketepi. Beberapa helai baju terselit di bawah sofa memaksa Ifra Mikayla mengalihkan sofa sementara sebelum mengambilnya.

Tiba - tiba kamera litar tertutup bersuara.

" Ifra. Dah makan ? " Soal Hezairil Hariz.
Ifra Mikayla hanya mengangguk sebelum duduk di sofa.
" Oh , okey. Rehatlah. " Kata Hezairil Hariz sebelum membisu.

Ifra Mikayla berbaring kepenatan di atas sofa sambil menonton televisyen.

Tidak lama kemudian , Ifra Mikayla terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience