Completed
1089
" Lepaslah. " Kata Ifra Mikayla sedaya upaya memberanikan diri.
Ifra Mikayla ditarik masuk ke dalam bilik sebelah sebelum ditolak ke atas katil. Sedaya upaya dengan sisa kudrat yang ada , Ifra Mikayla merangkak menjauhi Khai.
Tiba - tiba Qil masuk membawa pelbagai barang yang baru dibelinya.
" Hoi , apa kau buat ? " Marah Qil sebaik melihat Khai cuba memperkosa Ifra Mikayla sambil mencampakkan barang ke lantai.
Qil segera berlari masuk ke dalam bilik pertama sebelum membelasah Khai yang tidak sempat bersedia. Ifra Mikayla menutup mata dan telinganya serapat yang mampu. Air matanya mengalir menemaninya yang dalam ketakutan.
Satu per satu serangan dari Qil gagal ditepis oleh Khai sementara serangan darinya ditepis mentah - mentah oleh Qil. Selang beberapa minit , Khai terbaring lemah di lantai. Qil berhenti memukul sebelum keluar menuju ke bilik sebelah dengan muka merah menahan amarah. Tangannya digenggam erat bersedia menumbuk sesiapa sahaja.
Kedua sekutu Khai dibelasah dengan mudah memandangkan mereka masih baru dan mentah. Qil memukul tanpa belas dan ihsan memandangkan dia sangat membenci lelaki yang menjadikan perempuan sebagai alat pemuas nafsu. Ibunya meninggal setahun yang lepas dibunuh selepas dirogol di kawasan semak di belakang rumahnya ketika dia berusia tiga belas tahun. Hezairil Harizlah yang menjaganya sehingga sekarang setelah ayahnya memutuskan untuk pergi memulakan hidup baharu tanpanya.
Qil terduduk kepenatan di tepi katil sementara Suri Delaila meronta - ronta melepaskan diri. Suri Delaila berusaha memanggil Qil dengan mulutnya diikat rapi. Qil berpaling sebelum tersedar bahawa dia belum melepaskan Suri Delaila. Kelam - kabut dia membuka ikatan kaki , tangan dan mulut Suri Delaila.
"Qil ... " Panggil Suri Delaila sebaik ikatan pada mulutnya dibuka.
" Syhhhhh. " Kata Qil menyuruh Suri Delaila diam tanpa mendengar penjelasannya.
" Aku telefon bos tapi kau yang cakap , boleh ? " Soal Qil dengan muka tiada perasaan.
Suri Delaila memandang dua lelaki yang tidak sedarkan diri setelah dibelasah Qil.
" Dia dah mati. " Kata Qil tenang.
Suri Delaila terdiam.
" Kau cakap dengan bos boleh ? " Soal Qil lagi.
" Cakap apa ? " Soal Suri Delaila.
" Cerita perkara sebenar yang terjadi. " Balas Qil sambil mendail telefonnya.
" Okay. " Balas Suri Delaila mengalah.
" Tapi aku nak kau pergi belek Ifra sekali. Guna pembesar suara. Aku nak uruskan tiga orang tak guna ini. " Tambah Qil sebelum mendail nombor Hezairil Hariz.
Qil dan Suri Delaila beriringan masuk ke bilik yang menempatkan Ifra Mikayla. Sebaik masuk ke dalam bilik , talian bersambung.
" Hello Qil. Aku baru habis mesyuarat. Sebentar lagi aku sampai flat. Kau tak pergi lagikan ? " Soal Hezairil Hariz terburu - buru.
" Aaa. Hello awak. Qil ada kerja sikit. Ini Ila. Kami belum pergi. " Jawab Suri Delaila sambil memeluk Ifra Mikayla yang dalam ketakutan. Dia mulai berhenti menangis.
" Lah. Kerja apa sampai dia bagi kau pakai telefon ? Dia ini memanglah. " Marah Hezairil Hariz.
" Dia tak salah. Saya pakai telefon bawah pengawasan dia. Ini pun guna pembesar suara. Sebenarnya. " Pujuk Suri Delaila sebelum terdiam melihat Qil memapah mayat Khai.
" Sebenarnya apa ? Cakap biar habislah. " Marah Hezairil Hariz.
" Aaaa. " Balas Suri Delaila sambil memandang wajah Qil.
" Cakap sahajalah. " Kata Qil sambil melakukan kerjanya.
Suri Delaila menggelengkan kepalanya.
" Tak apalah. Nanti awak sampai saya cakap. " Balas Suri Delaila takut - takut.
" Cakap sekarang. " Balas Hezairil Hariz muktamad.
" Sebenarnya tadi Khai dengan dua orang lelaki lain datang. Dia cuba rogol Ifra masa Qil keluar cari makan tapi Qil. " Balas Suri Delaila sebelum Hezairil Hariz menyampuk.
" Qil dah bunuh mereka. Tunggu sebentar aku naik ke atas. " Balas Hezairil Hariz sebelum memutuskan talian.
" Kak Ila mesti Zairil marahkan Ifra sebentar lagikan ? " Soal Ifra Mikayla sebelum menangis semula.
" Taklah. Takkan dia nak marah Ifra. Bukan Ifra goda mereka pun. Khai yang salah. Dahlah jangan menangis. Akak ada. Kalau dia marah , akak marah dia balik. " Pujuk Suri Delaila sambil mengusap lembut kepala Ifra Mikayla.
" Ila. Sini cepat." Panggil Qil tiba - tiba.
" Sebentar ya. Akak ada kerja. " Pujuk Suri Delaila sebelum berlari mendekati Qil.
" Apa ? " Soal Suri Delaila pelik.
" Ambil nasi dan semua yang aku beli itu. Selamatkan mana yang dapat. Pergi hidang cepat. " Arah Qil sebelum menghilang masuk ke dalam bilik Ifra Mikayla.
Suri Delaila segera melakukan kerjanya.
Share this novel