Completed
1089
Satu per satu memorinya kembali berputar.
" Kau dipecat. Kemas barang kau dan pergi sekarang. Aku tak nak tengok muka perempuan tak guna macam kau. " Jerkah Khalish safwan.
" Tak awak saya tak buat semua itu. Saya tak ambil pun duit itu. Saya tak pecah amanah. Tolonglah awak jangan pecat saya. Mana saya nak pergi. " Rayu Ifra Mikayla dengan linangan air mata.
" Jangan nak putar cerita. Mulai hari ini kita putus. Aku tak hingin beristerikan perempuan penipu macam kau. Dan aku tak peduli kau nak merempat ke apa ke. Itu bukan masalah aku. " Tengking Khalish Safwan sebelum melangkah pergi.
Ifra Mikayla terduduk setelah mendengar kata putus dari tunang yang amat disayanginya. Air matanya semakin melebat menangisi hati yang terluka.
Selang beberapa minit , Ifra Mikayla bangkit menuju ke mejanya. Air matanya masih tetap mengalir seakan tidak mahu berhenti. Segala barang kepunyaannya dikutip sebelum diletakkan di dalam kotak.
Tiba - tiba Ifra Mikayla tertepis sepucuk sampul surat.
Ifra Mikayla menyeka air matanya sebelum membelek - belek sampul surat asing tadi. Terukir namanya di penjuru atas surat tersebut. Perlahan - lahan sampul surat dibuka sebelum isi kandungannya dikeluarkan.
Ifra Mikayla terkedu melihat beberapa keping gambar bekas tunangnya , Khalish Safwan tidak berbaju di atas katil bersama seorang perempuan.
Setelah menguatkan tekad , Ifra Mikayla keluar meninggalkan pejabat yang menempatkan pelbagai memori indah bersama Khalish Safwan. Langkahnya diatur menuju ke taman yang tidak jauh dari pejabat untuk menenangkan diri.
Sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas rumput berhampiran tasik buatan , Ifra Mikayla disapa oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
" Hi kenapa awak menangis seorang diri ? " Soal seorang lelaki asing sebelum duduk di sebelah Ifra Mikayla.
" Awak ini siapa ? Jangan ganggu saya boleh tak ! " Bentak Ifra Mikayla.
" Saya Riz. Saya tak ganggu awak pun. Saya cuma tanya kenapa awak menangis seorang - seorang di sini. " Balas Riz lembut.
Ifra merenung Riz dalam.
" Awak kira jerawat dekat muka saya ya ? " Sakat Riz.
" Mana ada. " Rengus Ifra Mikayla.
Riz ketawa lepas.
" Tak lawaklah. " Marah Ifra Mikayla.
" Okey - okey. Maaf. Saya tanya awak kenapa. " Kata Riz ikhlas.
" Putus tunang puas hati ? " Kata Ifra Mikayla tak puas hati.
" Ooo. Jangan sedih - sedih. Nanti saya tolong awak. " Kata Riz sebelum berlalu pergi.
" Tolonglah sangat. Tolong sakitkan hati adalah. Eeee geramnya. " Bebel Ifra Mikayla sambil membaling - baling batu ke dalam tasik.
Selang beberapa puluh minit , Ifra Mikayla bangkit sebelum bersedia untuk berpaling. Sebaik sahaja berdiri , badan Ifra Mikayla dipeluk dan mulutnya ditekup dengan kain. Ifra Mikayla meronta - ronta berusaha melepaskan diri namun gagal. Akhirnya dia longlai tidak sedarkan diri.
Ifra Mikayla akhirnya tersedar terbaring berikat di atas sofa lusuh. Mulutnya ditutup dengan kain. Dia tidak mengetahui berapa lama dan bagaimana dia boleh berada di situ.
Di sebuah bilik kecil usang dan suram. Seorang lelaki asing mendekati Ifra Mikayla sebelum menutup mata Ifra Mikayla dengan kain. Dia terus meronta - ronta.
" Duduk diam - diam. " Kata lelaki asing itu garang sebelum mencempung tubuh kecil Ifra Mikayla keluar dari bilik kecil itu.
Share this novel