Completed
1089
" Ifra tidur. Saya tak ada alergik apa. Dia itu tak payahlah beli makanan laut. Luka pada kaki dia itu takut gatal. Luka dia macam dalam sahaja. Tak nak bawa jumpa doktor ke ? " Soal Suri Delaila.
" Aku tak berani cakap. Nanti aku tanya Zairil. Kau duduk sini diam - diam. Aku nak pergi cari makan. Kalau kau lari kau siaplah. Oh ya kalau ada sesiapa datang buat tak tahu. Jangan bagi masuk. " Kata Qil sebelum keluar mengunci pintu.
Suri Delaila duduk di sofa termenung. Jauh fikirannya menerawang memikirkan nasib keluarganya.
' Ifra Mikayla sudah kehilangan ibunya. Kini hanya Hezairil Hariz tempat Ifra Mikayla bergantung. Bagaimana jika dia turut kehilangan keluarganya ? Bagaimana harus dia meneruskan hidupnya ? Disisi lelaki seperti Hezairil Hariz ? ' Fikir Suri Delaila takut.
Suri Delaila bangun masuk ke bilik di sebelah Ifra Mikayla untuk ke tandas. Sebaik selak pintu dikunci , kedengaran beberapa orang masuk ke dalam rumah. Suri Delaila diam memasang telinga. Suara beberapa orang lelaki jelas kedengaran masuk ke dalam bilik Ifra Mikayla.
" Hei puan besar. Lenanya tidur. Penat kena ' belai ' ? " Perli seorang lelaki sebelum mereka tertawa terbahak - bahak beramai - ramai.
" Pergilah. Jangan ganggu aku. Pergilah. " Suara Ifra Mikayla menghalau mereka lemah.
" Pergilah. Pergilah. " Ajuk lelaki tadi sebelum ketawa terbahak - bahak.
" Lepaslah. Jangan sentuh aku. " Marah Ifra Mikayla.
" Aduh , mana Qil ini ? Baliklah cepat. Aku dah takut ini. " Rungut Suri Delaila gelisah.
Suri Delaila mundar - mandir kegelisahan di dalam bilik air. Tiba - tiba seorang lelaki masuk ke dalam bilik air tempat dia bersembunyi.
" Khai ada perempuan mengendap dalam bilik air. " Jerit lelaki tersebut.
"Bawa ke sini. " Jerit Khai.
Lelaki asing itu cuba menarik lengan Suri Delaila. Sedaya upaya dia mengelak dari ditarik dengan menyimbah air paip terus menerus ke muka lelaki itu. Malangnya lelaki itu lebih tangkas menangkap getah paip sebelum memusingkannya ke arah muka Suri Delaila.
Kelam kabut Suri Delaila menepis air dengan mengibas - ngibas tangannya. Lelaki asing itu mengambil peluang menangkap tangan Suri Delaila sebelum menariknya keluar dari bilik air menuju ke bilik Ifra Mikayla. Sebaik tiba di bilik Ifra Mikayla , Suri Delaila ditolak masuk sehingga terjatuh.
" Aduhhh. " Keluh Suri Delaila.
" Kak Ila. " Panggil Ifra Mikayla seraya duduk sebelum rambut Suri Delaila ditarik oleh Khai.
Suri Delaila memejam mata memegang rambutnya yang perit ditarik.
" Bangun. " Arah Khai tegas. Suri Delaila hanya menurut.
" Kau buat apa dekat bilik sebelah hah perempuan ? " Soal Khai kasar.
" Guna tandas. " Jawab Suri Delaila dalam kesakitan.
" Tipu. Kau ingat aku bodoh ? " Marah Khai sambil menarik rambut Suri Delaila lebih kuat.
" Tak. Aku tak tipu. " Kata Suri Delaila sambil menangis menahan perit.
Ifra Mikayla segera bangun menuju ke Khai untuk menyelamatkan Suri Delaila.
" Lepaskan dia. Kau tak puas hati dengan aku jangan libatkan dia. " Marah Ifra Mikayla sambil memukul lemah tangan Khai.
" Memang pun. " Balas Khai sinis.
Rambut Suri Delaila dilepaskan sebelum ditolak ke arah katil. Pipi Ifra Mikayla ditampar menyebabkan hujung bibirnya pecah.
" Kau siapa nak arah - arah aku ? " Tengking Khai. Tangan Ifra Mikayla digenggam kuat sebelum ditarik menuju keluar bilik.
" Ifra. " Panggil Suri Delaila risau melihatkan keadaan semakin tegang.
" Kau berdua jaga perempuan itu. Aku ada urusan dengan dia ini. " Arah Khai sebelum membawa Ifra Mikayla keluar.
Suri Delaila bangun mengejar Ifra Mikayla yang terkial - kial berjalan sebelum dihalang dua lelaki asing. Suri Delaila ditarik ke arah katil sebelum diikat kaki tangannya menggunakan sehelai selimut. Sedaya upaya dia melawan namun apakan daya kudratnya hendak melawan dua orang lelaki.
" Ifra. " Panggil Suri Delaila cemas.
Lelaki yang menarik Suri Delaila tadi menempeleng Suri Delaila sebelum mengikat mulutnya dengan sarung bantal.
Share this novel