Completed
1089
Semua yang dibeli Qil masih dalam keadaan baik - baik kecuali pinggan percuma dengan pembelian serbuk pencuci pakaian. Suri Delaila segera menghidang makanan apa adanya. Tiba - tiba Hezairil Hariz masuk.
" Qil. Qil. Sini kau. " Panggil Hezairil Hariz tegas.
" Ya bos. " Sahut Qil dengan kepala tertunduk.
" Apa dah jadi ? " Soal Hezairil Hariz tegas.
" Maaf bos. Saya tahu saya salah ... " Kata Qil sebelum Hezairil Hariz menariknya ke dalam pelukannya.
Belakang bahu Qil ditepuk - tepuk. Suri Delaila tersenyum melihat mereka sambil mengemas tenang.
" Terima kasih Qil. " Kata Hezairil Haruz sambil tersenyum. Rambut Qil diusap kasar.
" Sama - sama bos. " Balas Qil gembira. Hilang semua gemuruh di dadanya.
" Dah berhenti panggil aku bos. Panggil aku abang macam dia kena panggil lepas ini. " Kata Hezairil Hariz gembira.
Suri Delaila tertunduk malu.
" Seriuslah ? " Soal Qil.
" Dua rius aku bagi. " Balas Hezairil Hariz.
Qil mengangguk senang.
" Ifra mana ? " Soal Hezairil Hariz tiba - tiba.
" Dalam bilik bos. Ehh abang. " Jawab Qil.
" Ila ikut aku sebentar. " Arah Hezairil Hariz sebelum masuk ke dalam biliknya.
Suri Delaila membasuh tangannya sebelum mengikuti Hezairil Hariz. Qil menyambung kerja Suri Delaila memandangkan kerjanya sudah selesai.
Hezairil Hariz duduk di sebelah Ifra Mikayla yang terlena kepenatan. Suri Delaila hanya berdiri di muka pintu.
" Ifra. Ifra. Bangun. " Kejut Hezairil Hariz lembut.
" Hmmm. " Sahut Ifra Mikayla dengan suara serak.
Perlahan - lahan dia bangun membuka mata sebelum terkejut melihat Hezairil Hariz di hadapannya. Dia segera duduk sebelum menjauhkan diri. Kaki Ifra Mikayla segera ditangkap Hezairil Hariz.
" Aaaaaaa. Lepas. Lepas. " Jerit Ifra Mikayla tiba - tiba.
Hezairil Hariz terkejut lalu melepaskan kaki Ifra Mikayla. Ifra Mikayla menangis semahu - mahunya.
" Aku bukan nak apa - apakan kau. Tak payahlah nangis. " Kata Hezairil Hariz tegas.
Ifra Mikayla tetap menangis.
" Ila kau keluarlah dulu. " Arah Hezairil Hariz.
Suri Delaila keluar sebelum duduk di sofa.
" Sini. " Arah Hezairil Hariz.
Ifra Mikayla mengeluarkan kakinya dari balik selimut sebelum semakin menjauh.
" Sinilah. " Kata Hezairil Hariz lembut sebaik ternampak kaki Ifra Mikayla berbalut kemas.
Ifra Mikayla tetap mengeraskan badannya. Hezairil Hariz bangun merangkak ke arah Ifra Mikayla sebelum mengepungnya ke tepi dinding.
" Awak tolonglah lepaskan saya. Tolonglah. Saya nak jumpa mak saya. Lepaskanlah saya. " Rayu Ifra Mikayla sambil menjauhkan kakinya yang cedera dari Hezairil Hariz.
" Saya dah cakap yang saya takkan lepaskan awak sebab awak akan jadi isteri saya. Bahagian mana yang awak tak faham sangat ini hah ? " Soal Hezairil Hariz geram.
" Saya tak nak. Saya nak balik. Saya tak nak duduk sini. Tolonglah lepaskan saya. " Balas Ifra Mikayla dengan tangisan yang menjadi - jadi.
" Qil tak beritahu ke ? Yang dia akan hantar awak balik jumpa mak awak buat kali terakhir. " Soal Hezairil Hariz.
" Apa ? " Soal Ifra Mikayla terkejut.
" Dia akan bawa awak jumpa mak awak sebentar lagi. Tapi ini kali pertama dan terakhirlah. " Kata Hezairil Hariz lemah.
" Saya tak nak ikut awak. Saya nak mak saya. " Kata Ifra Mikayla melawan.
" Mak awak dah tak ada. Puas hati ? Dia dah tak ada. Qil hantar awak tengok pengebumian dia sahaja. Tak lebih tak kurang. " Balas Hezairil Hariz hilang sabar.
" Awak. Awak bunuh dia ? Tapi kenapa ? Saya tak salah pun. Dia yang tipu. Dia yang buat. Saya tak salah. Kenapa mesti bunuh ibu. Ibu. " Ifra Mikayla menangis semahu - mahunya.
Hezairil Hariz memeluk Ifra Mikayla tanpa sepatah kata. Kepala Ifra Mikayla diletakkan di dada sebelum diusap lembut untuk memujuk sekeping hati yang telah hancur lebur bagaikan kaca terhempas ke lantai.
" Lepaskan aku pembunuh. Lepaskan aku. " Marah Ifra Mikayla sambil menolak - nolak tubuh Hezairil Hariz untuk lari dari pelukannya.
" Aku bukan pembunuh. Ibu kau mati sebab salah dia. Dia yang tak bayar hutang. " Kata Hezairil Hariz tegas.
" Semua sebab kau. Kau yang kurung aku di sini. Sepatutnya aku dah bayar hutang ibu. " Marah Ifra Mikayla. Hezairil Hariz melepaskan pelukannya.
" Kau dah gila ke ? Kau dibuang kerja serta - merta tanpa gaji sebab dituduh pecah amanah syarikat bekas tunang kau. Kau nak bayar pakai apa ? Pakai daun ? Fikirlah. Kalau tak sebab aku , kau dah merempat. Kerja dah tak ada , rumah milik syarikat , gaji tak dapat. Nak bayar hutang lagi ? Diri kau pun tak lepaslah. Kau ingat bekas tunang kau nak tolong kau. Memang taklah. Dia ada beratus perempuan simpanan. " Tengking Hezairil Hariz.
" Terima sahajalah aku. Susah sangat ke ? Jahat sangat ke aku sampai tak layak untuk kau ? Kau fikirlah. " Kata Hezairil Hariz lemah sebelum bangun keluar dari rumah.
Share this novel