6

Drama Completed 1089

" Ifra. Ifra Mikayla. Keluar dari bilik itu. " Panggil Hezairil Hariz sambil membuka pintu utama tergesa - gesa.

Setelah berjaya masuk , Hezairil Hariz berlari ke arah bilik yang diduduki Ifra Mikayla sebelum berusaha membuka pintu. Pintu tidak berkunci tapi tak boleh ditolak. Setelah gagal membukanya , Hezairil Hariz menyepak pintu untuk memecahkannya.

Ifra Mikayla yang berada di balik pintu terhantuk pada pintu sebaik sahaja pintu terbuka. Ifra Mikayla memegang kepalanya sebelum rebah kaku.

" Ifra , Ifra bangun. " Kejut Hezairil Hariz cemas. Pipi Ifra Mikayla ditepuk bertalu - talu. Kepala Ifra Mikayla dipangku di atas riba.
" Ifra bangunlah jangan macam ini. Bangunlah. " Kejut Hezairil Hariz yang cemas setelah melihat darah merah mengalir keluar dari hidung Ifra Mikayla.

Dek terlalu cemas , Hezairil Hariz menghubungi doktor peribadinya , Doktor Ridzwan.

" Hello doktor datang flat saya sekarang. Kecemasan. " Kata Hezairil Hariz sehabis tenang.
" Maaf Encik Hezairil tapi saya diluar kawasan. Boleh saya minta pembantu saya untuk membantu ? " Soal Doktor Ridzwan serba salah.
" Boleh boleh. Tolong datang cepat. " Putus Hezairil Hariz sebelum memutuskan talian.

Tangan Ifra Mikayla mulai bergerak - gerak menyentuh kepalanya lemah.
" Ifra Ifra bangun. Ifra. Bangunlah. Ifra. " Kejut Hezairil Hariz.
Kelopak mata Ifra Mikayla mulai bergerak - gerak kejap sebelum terdiam kembali.
" Ifra. " Panggil Hezairil Hariz sebak. Matanya berkaca. Tubuh kecil Ifra Mikayla dipeluk kejap.
" Ifra bangun. Ifra. " Panggil Hezairil Hariz dengan linangan air mata. Setitis demi setitis air matanya gugur membasahi pipi sebelum menitis di pipi Ifra Mikayla.

Dahi Ifra Mikayla berkerut - kerut sebelum dia membuka matanya. Lemah tangan Ifra Mikayla memegang kepalanya.
Hezairil Hariz mengesat air matanya sebelum berlagak tenang.

" Kau sakit kepala ke ? " Soal Hezairil Hariz tegas.
Ifra Mikayla mengangguk dengan mata terpejam.
" Itulah aku suruh makan tak nak. Kan dah mendapat. Sini aku picit. " Bebel Hezairil Hariz sebelum mula memicit kepala Ifra Mikayla.

Ifra Mikayla meronta - ronta melepaskan diri sambil menangis.

" Duduklah diam - diam " Tengking Hezairil Hariz.
Ifra Mikayla terkedu sebelum merangkak menjauhkan diri dari Hezairil Hariz.
" Sini kau. " Panggil Hezairil Hariz bengis.

Ifra Mikayla menggelengkan kepala sebelum memeluk lututnya. Tubuhnya sedikit menggigil menahan kesakitan.

" Sini aku cakap. Aku bukan nak rogol kau pun. Aku nak tolong picitkan kepala kau sahaja. Tak lebih tak kurang. " Tengking Hezairil Hariz sebelum berdiri di atas lututnya.
" Tak nak. Sakit. " Adu Ifra Mikayla sambil menangis.
" Eeee , kau inikan. Memang nak kena. " Marah Hezairil Hariz sebelum menyedari seluarnya basah di bahagian lutut. Setelah diperhati barulah dia menyedari ianya darah.

" Assalamualaikum. " Suara seseorang memberi salam dari luar diikuti bunyi ketukan pintu.

" Tunggu sini. " Hezairil Hariz mengancam.
Ifra Mikayla hanya mengangguk lemah sebelum berbaring lemah di lantai. Air matanya mengalir perlahan membasahi lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience