Completed
1089
Sebaik sahaja Ifra Mikayla masuk ke dalam bilik , dia terus mengunci pintu.
" Pintu itu jangan kunci. Apa - apa hal susah. Tak larat aku kerja nak pecahkan pintu sahaja. Yang tadi pun belum baiki. " Jerit Hezairil Hariz dari sofa.
" Ish dengar saja dia ini. " Rungut Ifra Mikayla sambil meletakkan gambar ibunya di atas meja kecil.
" Tak payah merungut. Buka balik kunci pintu itu. " Tambah Hezairil Hariz.
Ifra Mikayla keluar sebelum mendekati Hezairil Hariz.
" Awak , saya nak mandi. Biarlah saya kunci pintu. " Pujuk Ifra Mikayla.
" Tak payah. Aku bukan 'pervert' nak buat apa - apa pada kau. Mandi sajalah. Aku penat ini. Siap mandi kejut aku. Aku ada kerja luar. " Balas Hezairil Hariz dengan mata tertutup.
Ifra Mikayla kembali masuk ke dalam bilik.
" Eee asyik nak kena dengar cakap dia sahaja. Boleh percaya ke dia ini ? Dah tipu aku banyak kali. Eeeeee geramnya aku. " Rungut Ifra Mikayla.
Tiba - tiba perutnya berbunyi minta diisi.
" Hmm , lapar tapi takut. " Keluh Ifra Mikayla sendirian sambil membelek almari baju di hadapannya.
" Aku dah kata lapar ada makanan di dapur. " Sampuk Hezairil Hariz sambil meletakkan tuala di bahu Ifra Mikayla.
Ifra Mikayla segera berpaling menghadap Hezairil Hariz.
" A awak buat apa dekat sini ? " Soal Ifra Mikayla takut - takut.
" Tak ada apa pun. Cuma ... " Kata Hezairil Hariz sebelum merenung dalam mata Ifra Mikayla.
" Cu cuma apa ? " Soal Ifra Mikayla takut.
Hezairil Hariz menolak tubuh kecil Ifra Mikayla ke atas katil bujang di belakangnya. Ifra Mikayla terjatuh sebelum berusaha merangkak menjauhi Hezairil Hariz.
" Cuma aku terpaksa buat macam ini. " Kata Hezairil Hariz sebelum menarik kaki Ifra Mikayla mendekatinya.
" Lepaslah. Tolonglah lepaskan saya. Tolonglah jangan apa - apakan saya. Tolonglah. " Rayu Ifra Mikayla sambil menangis.
" Syhhhh. Diam. " Kata Hezairil Hariz sambil terus menarik kaki Ifra Mikayla mendekatinya.
Ifra Mikayla terus - menerus meronta - ronta melepaskan diri dengan linangan air mata yang mengalir deras. Hezairil Hariz menarik kaki Ifra Mikayla sebelum memegang kedua - duanya.
" Awak , tolonglah lepaskan saya. " Rayu Ifra Mikayla sambil meronta - ronta.
Kaki kanan Ifra Mikayla segera diikat dengan rantai besi yang berada di bawah katil. Hezairil Hariz melorot terduduk di tepi katil keletihan. Dia hanya terdiam mendengar tangisan Ifra Mikayla.
" Rantai ini kau boleh tarik sampai di sofa ruang tamu. Lebih dari itu tak cukup panjang. " Kata Hezairil Hariz setelah melihat Ifra Mikayla tersandar keletihan di kepala katil.
Hezairil Hariz berpaling memandang Ifra Mikayla yang terdiam dalam sendunya.
" Memang kau selalu menangiskan sejak dahulu ? " Kata Hezairil Hariz perlahan.
" Sebab itu kau minta aku selamatkan kau. Tapi aku terlambat. Maafkan aku. " Tambah Hezairil Hariz dalam dengar tak dengar.
Dia hanya terdiam memandang wajah sugul Ifra Mikayla. Tatkala melihat Ifra Mikayla mulai tersengguk - sengguk keletihan , Hezairil Hariz bangun keluar dari bilik sebelum berlalu meninggalkan rumah.
Share this novel