26

Drama Completed 1089

" Tuk tuk tuk. " Pintu diketuk sebelum pintu dibuka dari luar.
" Ifra. Aku ada belikan kau makanan ini. " Panggil Qil.
" Letak atas meja makan. " Sahut Hezairil Hariz tiba - tiba.
" Eh bukan abang ada temu janji dengan pelanggan ke ? " Soal Qil terkejut.
" Tak jadi. " Balas Hezairil Hariz.
" Awak. " Jerit Ifra Mikayla cemas.
" Tunggu sini. Abang nak pergi tengok. " Arah Hezairil Hariz sebelum berlari masuk ke dalam bilik Ifra Mikayla.
" Awak lipan. " Adu Ifra Mikayla sebaik melihat Hezairil Hariz di muka pintu bilik air.

Seekor lipan sebesar ibu jari kaki merayap di betis Ifra Mikayla.
" Qil ambil parang di dapur bawa ke mari. " Jerit Hezairil Hariz tegas.
" Awak pandang saya. Tengok saya. Abaikan lipan itu. Awak tenang sahaja. " Pujuk Hezairil Hariz.

Sebaik Qil menyerahkan parang , Hezairil Hariz segera menguis jatuh lipan di betis Ifra Mikayla. Lipan ditetak berkali - kali sehingga tiada rupa lipan lagi sebelum Ifra Mikayla diangkat keluar dari bilik air.

" Qil ambil racun serangga bawah singki dan plastik sebentar. " Sebaik melihat Qil menundukkan mukanya dek pemakaian Ifra Mikayla.
" Awak keluarlah sebentar. Saya nak pakai baju. " Pinta Ifra Mikayla malu.

Hezairil Hariz mengangguk sebelum keluar menutup pintu. Qil mendekati Hezairil Hariz dengan barang yang dipintanya.

" Maaflah Qil. Abang lupa awak ada di sini tadi. Abang takut apa - apa terjadi pada Ifra. " Luah Hezairil Hariz sambil menepuk bahu Qil.
" Eh tak apa bang. Hal kecil sahaja. Besar ke lipannya ? " Balas Qil.
" Besar ibu jari kaki. Kalau kena sengat itu mahu meninggal. " Kata Hezairil Hariz sebelum tertawa.

Qil turut tertawa.

" Ini abang nak pergi sembur salur air itu. Takut ada lagi. Nanti bawa Kak Ifra duduk di ruang tamu ya ? Suruh dia makan kalau boleh. Yang penting jaga dia elok - eloklah." Pinta Hezairil Hariz riang.
" Boleh sahaja. Untuk abang semua boleh. " Gurau Qil.
Hezairil Hariz tertawa sebelum teringat kepada ibu angkatnya.
" Eh baru teringat nanti tolong tengok - tengokkan ibu angkat abang ya. Dia tinggal di setinggan belakang blok kita ini. Puan Maimunah namanya. " Kata Hezairil Hariz serius.
" Okey baik bos. " Gurau Qil lagi.

Hezairil Hariz menggosok - gosok rambut Qil sehingga berserabut rambutnya.

" Abang janganlah , tak kacaklah saya nanti. " Halang Qil sambil membaiki semula kekemasan rambutnya.

Hezairil Hariz hanya tertawa riang sebelum terdengar panggilan dari Ifra Mikayla.

" Jomlah. Ifra dah siap. " Kata Hezairil Hariz riang sambil mengambil racun serangga dan plastik dari Qil.

Mereka melangkah masuk ke dalam bilik Ifra Mikayla sebelum melaksanakan tugas seperti yang dirancang.

Qil memapah Ifra Mikayla ke ruang tamu meninggalkan Hezairil Hariz bersendirian di dalam bilik air.

Sementara itu , Hezairil Hariz sibuk memasukkan bangkai lipan ke dalam plastik sebelum mengantungkannya di penyangkut baju. Perlahan - lahan dia menunduk menyembur racun serangga ke dalam lubang saluran keluar air.

Perlahan - lahan Hezairil Hariz berundur sebelum menunggu sekiranya ada lipan yang keluar melarikan dirinya. Selang dua minit masih tiada tanda - tanda lipan akan keluar , Hezairil Hariz mula menyembur di rekahan dinding bilik air. Tiba - tiba muncung botol penyembur serangga tersangkut di dinding bilik air.

Sedang Hezairil Hariz terleka menanggalkan muncung botol racun serangga , beberapa ekor lipan sebesar ibu jari kaki keluar laju berkerumun menyengat kaki Hezairil Hariz.

" Qiiiillll. Tolong abang. " Jerit Hezairil Hariz dek panik dan terlalu terlalu terkejut.

Qil bingkas bangun melompat dari sofa sebelum berlari mendekati Hezairil Hariz. Sebaik tiba , Qil segera menarik tubuh longlai Hezairil Hariz keluar dari bilik air. Lipan - lipan yang menyengat Hezairil Hariz jatuh sebelum mati kesan dari racun serangga.

" Abang kita pergi hospital sekarang. " Ajak Qil sebaik melihat dahi Hezairil Hariz berpeluh - peluh menahan sakit.
" Tak perlu Qil. Tarik abang pergi dekat dengan Kak Ifra. Abang ada benda nak beritahu dia. " Pinta Hezairil Hariz lemah.
" Tapi abang ... " Bantah Qil sebelum Hezairil Hariz menggelengkan kepalanya.

Qil segera menyeret tubuh lemah Hezairil Hariz ke ruang tamu mendekati Ifra Mikayla. Ifra Mikayla segera melorot jatuh ke atas lantai sebelum melunjurkan kakinya. Kepala Hezairil Hariz dipangku diribanya.

" Ifra. " Panggil Hezairil Hariz lemah. Gigih dia bertahan menatap wajah Ifra Mikayla.
" Ya awak. Kita pergi hospital ya ? " Pujuk Ifra Mikayla dengan linangan air mata.
" Adik Ya dengar Abang Yil nak cakap. " Kata Hezairil Hariz sebelum terhenti.

Qil mulai mengesat air matanya.

" Abang Yil dah tunaikan permintaan Adik Ya untuk tolong dan jaga Adik Ya. " Tambah Hezairil Hariz lagi.
" Abang Yil bertahan ya. Kita pergi hospital ya. Kita masih ada peluang. " Pujuk Ifra Mikayla lagi.
Hezairil Hariz tetap menggelengkan kepalanya.
" Abang Yil nak minta Adik Ya tinggal di sini jaga mak angkat abang. " Tambah Hezairil Hariz dengan mata tertutup.
" Boleh abang , boleh. Tapi kita pergi hospital dulu. Tolonglah abang. " Pujuk Ifra Mikayla lagi.
" Tak. " Bantah Hezairil Hariz sebelum membuka matanya.
" Qil , abang nak minta Qil jaga Ifra elok - elok. Jaga syarikat abang sama. Abang ... " Kata Hezairil Hariz sebelum terkulai lemah tidak bernyawa.

" Abang Yil. Kenapa tinggalkan Adik Ya ? Kenapa abang tutup peluang untuk kita bersama ? Abang tahu tak abang cinta pertama Adik Ya ? Bangunlah abang. " Rintih Ifra Mikayla sambil memeluk tubuh tidak bernyawa Hezairil Hariz.

Qil hanya terdiam menangis di sisi Ifra Mikayla.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience