10

Drama Completed 1089

Ifra Mikayla terjaga dari lenanya. Seluruh badannya terasa sakit dan sengal. Perlahan - lahan dia bertatih untuk bangun. Sedaya upaya dia menolak tubuhnya untuk bangkit sebelum jatuh terbaring semula. Perlahan - lahan dia berguling ke birai sebelum menjatuhkan kaki. Akhirnya dia berjaya duduk.

Setelah duduk beberapa minit barulah Ifra Mikayla bangkit bertatih menuju ke bilik air. Belum sempat Ifra Mikayla masuk ke dalam bilik air , dia sudah kepenatan. Perlahan - lahan dia melorot duduk di atas lantai di hadapan bilik air. Tiba - tiba beberapa orang lelaki berbaju hitam masuk.

" Hoi pemalas. Dari semalam kau tak mandi. Kau ini memang nak kena. " Tengking salah seorang dari mereka.

Ifra Mikayla hanya diam menunduk memandang lantai.

" Hei kau inilah. Buat aku panas hati. Bos mana bos ? " Soal mereka berang.

Ifra Mikayla hanya menggelengkan kepala.

" Apa yang kau tahu ? Sekarang ini dia nak tangguhkan perkahwinan kamu semua. Mesti ini salah kaukan ? " Tengking salah seorang dari mereka sambil menarik rambut Ifra Mikayla.
" Sakitlah. Saya tak tahu. Dia tak cakap pun. Saya tak buat apa - apa pun. Sumpah saya tak tahu. Lepaslah. Sakit. " Rintih Ifra Mikayla dengan air mata berlinangan. Tangannya menggenggam kuat rambutnya untuk mengurangkan rasa perit.

" Hah menangis itu sahajalah yang kau tahu. Hah menangis. Menangislah lagi. "
Marah salah seorang dari mereka.

" Lepaslah sakit. " Rayu Ifra Mikayla.

Tiba - tiba salah seorang dari mereka datang membisikkan sesuatu kepada lelaki yang menarik rambut Ifra Mikayla sebelum rambut Ifra Mikayla dilepaskan sebelum kepala Ifra Mikayla ditepuk kasar. Ifra Mikayla hanya tertunduk menahan sakit.

" Aku kata kunci rantai ini cuma bos yang ada. Aku tak tahu. " Tiba - tiba lelaki yang menarik dan menepuk kepala Ifra Mikayla berkata kuat.

Sebaik sahaja habis dia berkata - kata , Hezairil Hariz bersuara.

" Kenapa Khai ? " Soalnya.
" Dia ini bos. Minta kami tanggalkan rantai itu. Nangis - nangis bagai. Kami dah kata kunci pada bos. " Balas lelaki yang memukul Ifra Mikayla.
" Tak awak tak. " Kata Ifra Mikayla sedaya upaya.

Hezairil Hariz menarik nafas dalam.

" Dah kamu semua boleh balik. " Arah Hezairil Hariz.

Sebaik sahaja lelaki berbaju hitam keluar , Hezairil Hariz terus duduk di atas katil.

" Kau kenapa tak mandi lagi ? Kenapa menangis ? Kau nak aku tanggalkan rantai itu ? " Soal Hezairil Hariz lurus.

Dek rasa kecewa yang menggebu , Ifra Mikayla segera bangun masuk ke dalam bilik air dan menangis semahu - mahunya. Lambat - lambat tuala disidai sebelum air dipasang.

Air berubah merah dek luka - luka semalam. Perlahan - lahan air mata Ifra Mikayla mulai berhenti. Dia sudah penat dengan segalanya.

Sebaik sahaja Ifra Mikayla berkemban barulah dia sedar dia tidak membawa baju ganti. Nak tak nak dia kena keluar berkemban. Perlahan - lahan dia mengintai keluar sebelum membuka pintu.

" Aaaa. Awak buat apa dekat situ ? " Kata Ifra Mikayla sebaik sahaja melihat Hezairil Hariz merangkak keluar dari bawah katil. Mukanya segera ditutup. Hezairil Hariz terkedu.
" Duduk situ diam - diam. " Arah Hezairil Hariz tegas.

Ifra Mikayla menggeleng - gelengkan kepala sebelum berundur ke belakang. Hezairil Hariz segera bangun dan mendekati Ifra Mikayla.
Tangan Ifra Mikayla segera ditarik sebelum pintu bilik dikunci. Ifra Mikayla cuba melawan. Akan tetapi dia tidak berdaya. Tubuh kecil Ifra Mikayla didudukkan di atas katil.

" Lengan ini kenapa ? Sakit tak ? " Soal Hezairil Hariz prihatin.
" Tak ada apa. " Balas Ifra Mikayla sebelum berlalu mengambil pakaian dan masuk ke dalam bilik air.

Hezairil Hariz meraup muka kasar.

Sebaik berpakaian lengkap , Ifra Mikayla keluar perlahan - lahan dengan kepala tertunduk.

" Hah , kau selesakan dirilah dulu. Aku beri kau ruang. Kamera litar tertutup nanti aku cabut tinggalkan satu sahaja di hadapan pintu utama. Apa - apa nanti tulis nota. Aku akan datang. Kalau tak cakap di kamera litar tertutup setiap sembilan pagi. Aku pergi dulu. " Kata Hezairil Hariz serba salah.

" Oh lupa , ini kunci rantai itu. Aku letak atas meja ini ya. Nanti tanggalkan sendiri. " Kata Hezairil Hariz tiba - tiba sebelum meninggalkan kunci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience