Dua puluh tiga..

Action Series 3480

Tangan abang tangkas menepis serangan Irfan. Wajahnya tidak memberi apa apa riaksi. Berlainan sungguh dengan wajah Irfan yang sudah merah padam. Marah barangkali. Aku hanya melihat perlawanan mereka dengan pandangan kosong. Tiada apa apa yang menghiburkan andai hati ini tidak sabar menunggu mereka habis berentap. Banyak yang perlu aku tanya.

'Bushhh..' empat pasang mata kesemuanya tertacap pada Irfan yang sudah terduduk di atas tanah. Baju mereka kini sudah kotor kerana dipenuhi debu dan peluh.

Abang berjalan ke arah kami berempat yang menjadi penonton setia dari tadi. Jarinya menarik rambutnya ke belakang kerana menutupi dahi. Jelas kelihatan seperti rambut korea yang tercacak sana sini. Tiada lagi cermin mata besarnya dan baju sekolah yang dimasukkan ke dalam seluar. Abang sudah kembali kepada imej selekehnya.

Senyuman manis terukir pada wajah abang. "Kau nampak macam Nukman la." kata Jin Hai sambil melihat aku dan abang silih berganti. "Biasalah tu... Dalam dunia ni kan ada 7 orang muka sama. Apa nak hairan." aku berasa sedikit lega mendengar kata kata Jackson itu. "Biarlah semua tu.. Man.. Kau pandai silat kan? Silat apa?" jelas terpancar bertapa terujanya Hasan ketika itu. "Silat tu mana ada nama. Silat tu campur habis semua jenis silat sampai tak ada nama." kata aku spontan. Terkejut aku melihat riaksi mereka semua yang kelihatan kehairanan. Lebih terkejut sebaik sahaja melihat abang yang seakan akan ingin menelan aku hidup hidup.

Baru tersedar kealpaan sendiri, aku rasa seperti ingin menampar dahi sendiri. Niat hendak menipu aku segera melayang pergi sebaik sahaja terdengar seseorang berlari ke arah kami. Perhatian terus tertumpu ke arah manusia itu.

Terkejut beruk kami semua sebaik sahaja melihat Irfan berlari ke arah abang sambil memegang batang penyapu. Abang yang berdiri betul betul dihadapan aku segera menundukkan badan bagi mengelak hayunan kayu daripada Irfan. Aku tidak sempat mengelak. Hanya otak sempat memproses supaya melindungi diri. Tangan aku diangkat separas kepala bagi menghalang kayu tersebut dari mengenai kepala dan tubuh aku. Sekali pandang dah ala ala lawan tinju pula.

"Arghhh!!" aku menjerit sedikir kuat. Tangan kiri aku segera memegang bahu kanan aku yang menjadi mangsa pukulan Irfan. Kayu yang dipegang Irfan terus jatuh ke tanah. Semua yang berada di situ tercengang. "Kau okey tak?" soal seseorang dari arah belakang aku.

"Aku okey. Aku kena pukul baru kau nak keluar. Dah puas bertapa dekat atas pokok tu. Teringin nak jadi monyet?" kata aku sambil tersenyum sinis kepada Leo. Ya, aku sedar kewujudan tidak diundangnya sejak abang dan Irfan bergaduh lagi.

Langkahnya semakin dipercepatkan agar menghampiri aku. "Kena luka kau kan... tapi kau boleh but dek lagi. Aku rasa macam nak tumbuk kau tahu tak." Leo memandang aku tajam. Tangannya cuba memegang bahu aku tetapi aku elak. "Aku cakap aku okey kan." aku sedikit bengang dengan Leo.

Abang yang berada di belakang aku segera memegang bahu sebelah kiri aku lalu menarik tubuh aku kebelakang sambil menyelit kaki aku. Terkejut kera dibuatnya aku. Sedar sedar sudah terbaring di atas tanah sambil lutut abang menekan perut aku perlahan. Tidak sakit tetapi cukup untuk mengunci pegerakan aku. Kali ini tidak mengenai langsung luka pada perut aku yang mula beransur pulih. Dalam diam aku berasa kagum. Dia lebih cekap berbanding aku.

Mukanya serius memandang aku. "Aku cakap aku okey la" aku menggerakkan sedikit badan bagi melepaskan diri. "Kalau kau berani, gerak la lagi. Kau tahu aku macam mana kan?" kata abang dingin. Tangkas sahaja dia melipat lengan baju sekolah aku. Tidak tahu mengapa, aku lebih minat memakai baju sekolah berlengan panjang. "Air" Hasan segera menghulurkannya sebotol air kosong. Dia membuka balutan lama yang sudah dipenuhi darah. Jelas kelihatan torehan yang sedikit panjang di situ. "Pisau?" tanyanya sambil mencurah sedikit air pada luka aku itu. "Kerambit" balas aku ringkas. Abang mencari sesuatu di dalam kocek seluar sebelah kiri aku. Dia mengeluarkan sapu tangan lalu mengikatnya pada bahu aku. "Kau tak pernah berubah." kata abang perlahan. Matanya sedikit bergenang dengan air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience