Tujuh..

Action Series 3480

Aku tergamam apabila seorang lelaki bertubuh tegap dan seorang lelaki berusia yang kelihatan seperti doktor memasuki rumah aku. Aku memanggil abang. Kami berdua melangkah laju ke arah mereka.
"Aaa.. Awak berdua siapa?"soal abang tanpa emosi. Aku pula melipat kesemua surat tadi dan dimasukkan kedalam poket.
"Ohh.. Saya Anas. Sebelah saya ni Dr. Zakuan." kata lelaki berbadan tegap itu dengan ramah. Namun begitu aku merasakan pandangannya sayu. Seolah olah terlalu bersedih ketika ini.
Selepas meminta kebenaran, Dr Zakuan segera memulakan rawatan. Aku tidak mahu meletakkan harapan kerana abang tidaklah terlalu bodoh hingga pengsan dan mati pun dia tak tahu. Cuma aku berharap ini hanyalah mimpi ngeri.
"Boss, dia dah tiada. Saya rasa tulang rusuk dia ada yang patah boss. Mungkin ada lagi beberapa kecederaan dalaman yang berlaku." kata Dr. Zakuan perlahan. Aku dapat lihat tubuh Anas seakan terkaku. Ya, aku tidak lagi menangis. Mulai saat ini aku takkan jadi lemah lagi. Abang berjalan perlahan keluar dari rumah itu. Aku tak nak ganggu dia sebab aku tahu dia tengah bara. Silap silap aku yang terpelanting kena penumbuk dia.
Tergamam aku bila menyedari Anas sedang memeluk aku. Entah kenapa aku rasa seakan disayangi dan patut mempercayai dia. Lambat lambat aku membalas pelukan dia.
"Mak aku yang mati bukan mak kau. Kenapa kau emo dari aku ni? Mak aku pernah cakap, terima qada' qadar Allah. Setahu aku tu rukun Iman kan." aku sendiri terkejut. Tu suara aku ke? Bila aku dapat merasakan yang Anas dah kaku semacam, sah 200% suara aku sendiri. "Boleh tak aku ambil korang jadi anak angkat? Boleh tak korang panggil aku ayah?"kali ni aku pula terkejut selepas mendengar suaranya seakan merayu. "Kau memang ikhlas ke sebab kau nampak aku ni comel sangat terus lembut hati. Hahaha... Kau tanya abang aku dulu, kalau dia on baru aku pertimbangkan. Amacam.."aku tak tahu macam mana aku boleh jadi gila gila lagi walaupun macam macam benda dah jadi kat aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience