8 tahun kemudian...
Aku membiarkan kaki aku terjuntai sambil mataku tertacap pada tumbuhan hijau yang disinari cahaya lampu kalimantang. Ianya sedikit mengubat duka hatiku tatkala ini. Disaat ini aku sedang berada di atas banglo yang terletak di puncak Bukit Syajar. Inilah satu satunya cara aku menenangkan fikiran. Yakni duduk bersendirian di tempat tinggi.
Andaikata aku mampu keluar dari banglo ini, sekarang juga bakal aku lakukan. Namun masih banyak persoalan di benak ku yang belum terjawab dan aku pasti sekali jawapannya bakal aku temui disini.
Aku menbaringkan diri bagi menatap langit malam yang dihiasi cahaya bulan dan bintang. Kelopak mata aku ditutup rapat.
Adakah hidup ini hanya untuk menyeksa diriku? Ataupun aku ni memang tak layak nak hidup di muka bumi ini. Adakah tujuan hidup aku adalah untuk menjadi badut sarkas, dijadikan bahan ketawa dan melepaskan geram. Tak lama lagi aku akan pastikan mereka yang berada di tempatku.Tunggulah sayang... Abang akan datang tuk membalas budi baikmu.
Dapat aku rasakan cecair panas mengalir dari tubir mataku. Entah kenapa semakin lama aku cuba membongkar semakin aku rasa sedih. Tiba tiba aku merasakan seseorang datang menghampiriku.
5..4..3..2..1....
Aku segera membuka mata. Aku memandang tepat ke arah tiga orang lelaki yang berpakaian serba hitam. "Korang nak apa?" tanya aku perlahan. Aku tidak mahu mengejutkan penghuni rumah ini. Sejahat jahat mereka pun, mereka tetap baik dengan aku.
"Dah lama aku tak tengok mata kau jadi macam tu. Kau tengah sedih ke."kata kata dia mengingatkan aku akan seseorang. Selama ni aku cuba mengawal perasaan agar tiada sesiapa lagi yang mengetahui rahsia aku. Tak.. dia dah tak ada dalam hidup aku. "Kau kata apa tadi"mungkin aku yang silap dengar"Aku nak kau ikut kitorang." dia membalas. "Kalau aku tak nak apa korang boleh buat, hah?" kata aku sambil menutup semula mata. "Kitorang akan letupkan rumah ni. Dekat rumah ni sudah dipasang empat bom yang pasti sudah cukup memusnahkan seluruh rumah ini. Kalau aku tekan punat ni maksudnya dengan kau kau lah masuk dalam tanah."aku panggil dia Murai la.(Panggilan dalam hati je la yer) Memandangkan aku tak tahu nama mereka.
"Kenapa masuk dalam tanah pulak" tanya salah seorang dari mereka pula. (Ni pula aku panggil Bijak, lagi seorang tu aku panggil silent lah sebab senyap sangat. Hihihi..."Masuk kubur la bijak, pandai, bestari hoi." aku tersenyum sinis sambil berkata,"Okey, aku ikut. Seronok juga kan malam malam macam ni dapat jalan jalan. Lama ke sekejap sebab emak aku tak suka aku tidur lambat?Hahaha.."
Murai diam seketika sebelum menjawab,"Lambat ke sekejap tu bergantung kepada kerjasama kau lah" Bijak dan Silent yang berdiri di tepi Murai sedari tadi lagi itu berjalan menghampiri aku. "Hoi.. Relax la bro.. Aku ada kaki tangan semua cukup. Tak perlu kut pegang pegang apa semua. Aku ni bukannya pengecut sangat kalau awal awal lagi dah nak lari"
Share this novel