Dua puluh dua..

Action Series 3480

Aku menolak kasar badan Along ke dinding. Kedengaran dia mengaduh perlahan. "Asal kau masuk. Kau sendiri tahu apa diorang buat pada kita." aku memegang kolar leher Along dengan kemas. "Aku masuk sebab kau... Kitorang masuk sebab kau.." kata Along perlahan. Aku semakin marah. Satu tumbukan hinggap di pipi Along. Dia langsung tidak melawan. "Kalau kau buat untuk aku.. Kau tak akan masuk.... Arghh.. Kau tak akan pernah faham.. perasaan aku selama ni..." air mata aku mengalir di pipi. Along dan Angah sedikit tergamam melihat reaksi aku.

"Jadi fahamkan kami. Baru kau dengar penjelasan kami. Barulah kau faham perasaan kami juga." aku tahu itu suara abang. Kelihatan dia sedang menuruni tangga yang berada betul betul di sebelah kanan aku.

Tiba tiba aku terdengar suara beberapa orang sedang berbual. Sangat perlahan seperti sedang berbisik. Kesemua yang berada di situ menoleh ke arah itu. "Korang usyar usyar apa!!" kedengaran bunyi orang berlari sebaik sahaja mendengar suara abang itu.

Malas hendak melayan, aku terus memanjat anak tangga untuk naik ke kelas. Sempat aku berhenti di depan abang sebelum berkata," Kau hutang penjelasan dengan aku lebih banyak dari diorang. Ingat tu.." aku meneruskan pendakian anak tangga. Sebaik sahaja hendak menjejak kaki di anak tangga terakhir seseorang berdiri di hadapan aku.

Aku memandang dia tajam. Ya.. aku kenal dia. 'Aminah'. Dia sekelas dengan Angah. "Kenapa ada seseorang yang boleh tolong kau tapi kau tak nak pertolongan Dia?" katanya tanpa memandang aku langsung. Sejurus berkata begitu dia terus berlalu pergi. Aku yang tercengang dek kata katanya itu terus terlupa hendak menanyakan sesuatu. 'Siapa Dia??'

****************************************

Aku masuk ke dalam kelas. Waktu belajar telah lama bermula. Aku tidak memperdulikan leteran Teacher Alia yang mengajar subjek English itu. Tidak lama kemudian, abang pula masuk ke kelas. Tetapi Teacher Alia hanya membiarkannya begitu sahaja.

"Wei.. Aku dengar kau gaduh dengan budak baru..kelas 5A. Man, kau pun ada sekali kan dekat situ. Apa jadi?" Jin Hai memandang aku dan abang silih berganti. Aku hanya mengangkat bahu. Malas hendak berkongsi cerita.

Mereka semua memandang pula pada abang. Semuanya mengharapkan jawapan yang berlainan. Aku juga turut memandang abang. Risau andai dia terlebih jujur pula. "Nukman saja ja tunjuk cara berkenalan dengan senior. Kan Nuk..." abang memandang aku dengan muka yang mengharapkan anggukan dari aku. Berlainan pula mereka yang lain. Muka mereka jelas terkejut sebaik sahaja melihat reaksi aku yang selamber.

"Man.. Kau jangan panggil dia Nuk, nanti dia mengamuk. Pernah budak baru panggil dia Nuk, terus kena belasah. Sikit lagi nak masuk icu." Hasan menegur abang lembut. "Tapi kau nampak tak marah pun bila aku panggil kau Nuk. Jadi kau bagi la ni aku panggil kau Nuk." abang memandang aku menginginkan kepastian. Namun senyuman sinisnya juga tetap kelihatan.

Melihat aku yang hanya berdiam diri, abang berkata pula," Kenapa kau tak bagi orang panggil kau Nuk.." tapi Irfan pula yang menyampuk," Soalan kau macam tengah mintak nak kena pukul kau tahu." abang tidak menhiraukan kata kata Irfan sebaliknya tidak lepas menenung muka aku. Begitu juga riaksi muka mereka yang lain. "Aku tak bagi korang panggil aku Nuk sebab seseorang yang sangat penting dalam hidup aku pernah panggil aku dengan nama tu." kata aku perlahan. Semua yang mendengar kata kata aku itu terus terdiam.

"Aku nak panggil kau Nuk juga." kata kata abang membuatkan mulut mereka terlopong. Aku juga turut terkejut. Perlukah dia cakap depan mereka semua. Hairan... Hairan...

"Kau mesti tak nak ingat orang tu sebab tu kau tak bagi kitorang panggil kau Nuk kan. Tapi kau tak rasa ka yang orang tu akan gembira bila kau selalu ingat dekat dia. " sambung abang sambil tersenyum nakal. Yang lain pula antara faham dan tidak. Belum sempat aku hendak membalas tiba tiba Teacher Alia memarahi kami kerana berbual.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience