Enam..

Action Series 3480

Kini baru aku tahu kenapa diorang kata aku anak haram...Masalahnya aku bukannya anak haram.
Surat itu dibasahi oleh air mata aku. Setiap bait perkataan yang aku baca berulang ulang di dalam kepala. Semakin banyak aku baca semakin banyak aku tak faham.
Argghhhh... Aku sakit kepala. Banyak sangat benda yang berlaku dalam hari ni.
Tiba tiba mata aku tertacap pada surat yang terakhir.'Mak nak kamu berempat berjanji kamu takkan bunuh satu sama lain
. Janji dengan mak.'
Aku seakan ingat kembali apa yang terjadi pada keluarga aku. Namun gambaran itu seakan kabur. Gambaran itulah yang sering menghantui malam aku selama ini. Selama ini aku fikir ianya hanyalah mimpi ngeri. Rupanya lebih kepada realiti yang mengerikan.
Cuma paling aku bersyukur kerana aku masih seorang islam.
Mana ayah kandung aku? Aku hanya tahu ayah aku kini bukanlah ayah aku, malah dia tidak pernah mengahwini mak aku. Dialah bekas tunang mak. Banyak persoalan bermain main di dalam kepala aku.
Tiba tiba... Lamunan aku terus terhenti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience