Enam balas..

Action Series 3480

Aku mula hilang kawalan. Aku mula merasakan tubuh aku bergerak pantas menuju ke arah abang. Inilah yang aku takuti sedari tadi. Aku tak sanggup mencederakan dia.
Kami berpelukan lama. Jelas terpamer bertapa terkejutnya abang. Muka aku pula mengalahkan beruk terkejutnya. Manakan tidak, kebiasaannya jika aku hilang kawalan pasti ada sahaja orang yang menjadi mangsa kekejaman aku.
Apabila aku berasa sedikit tenang barulah aku meleraikan pelukan. "Sorry.. tak sengaja.."kata aku sambil berpeluk tubuh. Abang tersenyum hingga menampakkan lesung pipit di sebelah kirinya.
"Kau tak jawab lagi. Kenapa kau cari aku, hah? Bukan korang dah tak sayang aku. 5 tahun aku hilang, ada korang cari? Dulu kau dengan ayah kau tu dah buang aku, sekarang baru nak reti cari aku." beberapa kali aku menarik dan menghembus nafas supaya dapat mengawal kemarahan.
"Siapa cakap? Aku tanya kau siapa cakaplah, bodoh? Bila masa aku cakap tak sayang kau? Bila masa kami buang kau? Kau tu yang lari dari rumah, lepastu semudah ABC salahkan kami. Selama ni aku cari kau, kau tahu tak. Aku nak selamatkan kau. Aku tak nak kau jadi macam diorang. Kau percaya diorang tu dah kenapa. Kau sendiri tahu kan diorang buat kerja apa."abang menghempas tubuh aku beberapa kali ke dinding. Mukanya jelas terpapar bertapa marahnya ketika itu. Ditambah pula wajahnya yang putih itu sudah bertukar merah.
Aku tahu dia tidak menipu."Arghhh.." aku menekan bahagian kiri perutku menggunakan tangan. "Kau rasalahkan.. kalau kau ada kat tempat aku. Sorang pak cik mana hala entah datang dekat kau dan kata ayah angkat yang kau dah anggap macam ayah kandung sendiri buang kau. Siap bagi bukti lagi. Lepastu dia kata dia nak ambil kau sebab kau cucu kandung dia. Kau buat apa... Aku masa tu baru 10 tahun kut. 10 tahun. Kau ingat sel sel otak aku ni berhubung sangat ke." kata aku sambil tersenyum hambar.
Badan aku terasa semakin lemah lalu aku terus jatuh terduduk. "Kau dah kenapa. Kenapa baju kau ada darah. Aku minta maaf. Takkan aku tertikam kau masa tengah baran tadi kut."abang kelihatan kelam kabut. Aku sempat mentertawakan dia sebelum berkata"Sejak bila kau jiwang ni abang. Relax dah arr. Jahitan aku terbuka balik jer. Buat teruk la." abang segera mengoyakkan baju T-shirt yang dipakai aku. "Kau dah kenapa! Aku taknak buat free show dekat sini. Aku tahulah aku ada sixpack tapi tak sesuai untuk tontonan kanak kanak bawah umur."kata aku sedikit kuat sambil mengerling dua orang manusia yang menjadi penonton setia drama swasta kami. Sedikit segan dengan mereka sebenarnya terutama sekali silent yang sebenarnya perempuan.
"Kak, aku rasa kau boleh handle kut." aku mengangkat kening ke arah abang yang bermaksud'kenapa'. "Nanti aku cerita." "Luq, suruh dia duduk dekat atas sofa" kata silent aka Kak sebelum dia dan Bijak keluar dari bilik tersebut.
**************************************** "Ni luka kena tembak kan kat perut kau ni? Asal kau tak bagi tahu aku? Macam mana kau cedera? Yang kat dada kau ni pula." aku membuat muka bosan lalu berkata" Perut sebab polis tembak. Aku tengah lari masa tu. Dada ni pula sebab musuh aku buat. Aku tak beritahu kau sebab kau tak tanya aku. Puas hati?" baru kelihatan dia ingin membuka mulut Silent dan Bijak meluru ke arah mereka.
Aku merasakan Silent sebenarnya seorang doktor kerana dia yang merawat luka aku.

"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience