Dua puluh..

Action Series 3480

Aku berlari menuju ke arah kelas. Hari ini aku terlewat tiba ke sekolah angkara semalam. Entah bagaimana aku berada di bilik aku pagi tadi pun tidak ku ketahui. Langkah kaki aku semakin dipercepatkan. Aku mengerling jam ditangan. Aku mengeluh perlahan kerana waktu belajar sudah bermula lima minit yang lalu.

Pintu kelas aku ketuk perlahan sebelum meminta izin masuk. Seluruh penghuni kelas menoleh ke arah aku. Aku membuat wajah selamber sebelum melangkah masuk ke kelas. Tempat dudukku yang berada berdekatan pintu segera dituju. Belum sempat aku hendak melabuhkan punggung, Cikgu Suraya aka pengganti guru kelas aku yang termelahirkan anak baru baru ini itu menyeru nama aku. Segera aku memandang wajahnya yang dipenuhi make up nipis itu. Maklumlah cikgu muda.. "Ya, Cikgu Su." aku menjawab acuh tidak acuh.

"Man, ni Nukman. Kamu boleh duduk sebelah dia. Kalau dia buli kamu, lapor ja dekat cikgu" kata kata aku tadi langsung tidak dihiraukan sebaliknya Cikgu Su berbual dengan seorang yang berdiri membelakangi aku. Budak yang membelakingi aku aka Man itu pula hanya menoleh sekilas ke arah aku. Memang tak la nak nampak muka dia. Malas hendak dilayan, aku terus duduk di tempat aku. Tempat kosong di sebelah kanan aku dikerling sekilas. Tempat itu asalnya sudah diduduki ramai orang tetapi mereka semua minta untuk dipindahkan kerana sering dibuli oleh aku. Nasib akulah sebab di dalam kelas ini hanya tempat itu yang kosong. Ekk... Nasib aku apanya. Nasib budak tu la.

Aku memandang ahli di dalam group meja aku pula. Ada lima orang ke semuanya. Maklumlah kena ikut style abad ke-21 punya sebab tu kena susun macam ni. Mereka semua dikira murid bermasalah la juga sebab tu kena duduk dengan aku. Biasalah set set duduk depan dalam kelas ni semua yang jenis bermasalah sikit. Harap ja kelas hadapan.

Kepala aku diletakkan di atas meja. Bersedia hendak tidur. Malas rasanya mendengar leteran Cikgu Su. Aku yakin leterannya itu pasti beterusan hingga tamat kelas. Maklumlah dia hendak berbincang tentang bayaran bayaran yang bakal dikenakan.
Kedengaran kerusi di sebelah aku ditarik perlahan. Aku hanya membiarkan sahaja. Selagi dia tak ganggu aku selagi tu aku tak ganggu dia. Rasanyalah...

****************************************

Cikgu Su sudah keluar dari kelas. Kelas selepas itu juga tidak ada kerana Cikgu Hajar cuti mengejut. Entah apa la pula sebabnya.

Telinga aku menangkap suara orang berbual. Sengaja aku pasang telinga bagi mendengar perbualan mereka."Kenapa kau masuk sekolah ni." kedengaran suara Jackson. Jackson ni nampak ja baik tapi dia sebenarnya adik Leo. Senang cakap, dia ni group DarkBlood juga la sebab tu dia boleh tahan dengan perangai aku. "Aku teringin nak jumpa seseorang. Dia sekolah ni." balas Man. "Dia nak jumpa makwe la tu. Siapa dia? Beritahu la kitorang." usik Jin Hai pula. Ayah Jin Hai merupakan antara rakan niaga datuk yang terpenting. Datuk pernah berpesan supaya tidak melayannya dengan teruk. Man tidak menjawab soalan tu. "Orang tanya jawablah.." keras Irfan berkata. Dia ni memang tak ada kena mengena dengan aku tapi boleh duduk group ni sebab dia ni memang suka ganggu hidup orang. Pantang salah sikit memang kena la. Ahli dalam group ni ja dia tak cari gaduh sebab dia pernah gaduh sekali, terus kalah. "Lek arr.. Kau ni baran tak habis habis. Dapat darah tinggi nanti baru tahu." Hasan cuba menenangkan keadaan. Dia sebenarnya seorang yang baik. Aku sendiri tak tahu bagaimana dia boleh tersesat masuk ke dalam group ni. Mungkin sebab dia pandai lawan. Ayah dia mengajar silat plus meniaga.

"Bukan masalah kau pun kalau aku tak jawab. Bara tiba tiba kenapa." suara Man memecah kesunyian. Aku membuka mata bagi melihat adegan bertinju yang pasti tidak boleh dilepaskan. Alangkah terkejut aku apabila mendapati Man ialah abang. Lebih mengejutkan apabila melihat gayanya yang selekeh berubah skema. Spek mata besar juga dikenakan bersama. Aku cuba menahan tawa. Abang menoleh ke arah aku sebelum tersenyum sinis.

Aku memandang pula ke arah Irfan yang sudah merah padam mukanya. Malah siap berdiri penuh gaya ala ala samseng jalanan gitu. Abang pula cuma tenang duduk di tempatnya sambil memandang Irfan. "Kalau nak gaduh pun cari la tempat elok sikit." Aku berkata dingin memandangkan kawasan di dalam kelas itu agak sempit. "Waktu balik jumpa aku dekat belakang sekolah. Korang semua kalau nak jadi penonton sekalu pun boleh." kata Irfan lalu duduk di tempatnya semula. Tempatnya betul betul dihadapan Jin Hai dan disebelah kanan abang. Jackson pula duduk di hadapan aku dan di kanan Hasan. Akhir sekali Hasan duduk di antara Jin Hai dan Jackson.

"Kau senyum senyum apahal. Nak makan penumbuk." Irfan memandang abang dengan tajam. Aku turut tersenyum sinis. "Hah.. Nukman. Kau pun nak makan penumbuk." Irfan mengalihkan pula tumpuannya pada aku. "Kalau ya pun macam lah kau boleh bagi aku makan penumbuk kau. Dah la tak sedap. Kalau rasa manis tak apa lah juga ni rasa macam ikan masin " aku berloyar buruk. Jackson, Jin Hai dan Hasan ketawakan Irfan. Abang pula hanya tersenyum lucu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience