"Arghhh.."aku kat mana ni. Ruangan itu sangat asing bagi aku. Segera aku gerak abang yang sedang nyenyak tidur. "Hmm.. Apasal. Kau tak yah la kacau aku." "Wei!! Kita kat mana ni? Macam mana kita ada kat sini?"aku dah gelabah. "Kau ni hilang ingatan ke apa?" dah marah la tu.
Baru aku teringat apa jadi. Aku dah setuju. Ayah baru aku yang uruskan pengebumian mak. Langkah longlai aku menuju ke arah pintu keluar. Ya, aku tak nafikan rumah ni nampak sangat selesa tetapi layakkah aku untuk menerima semua kesenangan ni. Laju sahaja aku berlegar legar di dalam rumah ni. Nampak sunyi. Tiba tiba mata aku tertacap pada sesusuk tubuh yang aku kenali. "Abang Rayyan.." panggil aku perlahan. "Nukman.. Abang nak kau pergi mandi,siap apa yang patut lepastu turun makan. Ayah nak jumpa." aku hanya mengangguk. Lagipun banyak sangat perkara yang menjadi tanda tanya. Hanya dia yang layak memberi penjelasan. Betulkah keputusan aku?
Share this novel