Seminggu kemudian..
Aku berjalan kaki bersama abang di sebuah lorong yang agak sunyi. Waktu sekolah sudah lama habis tetapi kami baru pulang dari sekolah.
Tiba tiba bahu aku dilanggar oleh seseorang hingga membuatkan aku terundur beberapa langkah. Entah orang ke beruang yang langgar aku tadi pun tak tahu la. "Suka hati kau je kan langgar aku. Kalau dah buta tu buat cara buta boleh tak?"aku mengangkat pandangan bagi melihat si empunya suara. Kelihatan tiga orang yang sangat aku kenali berdiri betul betul dihadapanku. Tak lain tak bukan pembuli setia kamilah tu.
"Kau dah habis cakap ke? Kalau dah habis kitaorang nak blah ni." kata aku sambil menayang muka bosan. "Hoi!! Kau dah langgar ketua kami suka hati kau je kan nak blah cam tu je."kata hijau. Dia satu satunya ahli geng ni yang sama tinggi dengan kami. Yang lagi dua manusia bertopengkan syaitan tu semestinya lebih tinggi daripada kami memandangkan mereka tiga tahun lebih tua. Tak tahulah si hijau ni terbantut ke apa.
"Hoi, mulut kau tu elok sikit tak boleh ka!! Nukman yang langgar Tikus ke Tikus yang langgar Nukman." Tikus merupakan gelaran buat ketua geng samseng jalanan mereka tu. Aku dapat rasakan abang tersangat marah ketika ini. Maklumlah seminggu ini kami berdua hanya bersabar dengan karenah mereka. Sampai bila boleh tahankan. Kut la aku ni memang seorang yang cool.(Sorry la pembaca sekalian. Writer termelalut la pulakk)
"Relax la bro.. Dengar sini budak. Kalau korang nak lalu sini dengan sihat wal afiat, aku nak korang pergi curi barang kat kedai runcit depan tu lepastu bagi kitorang barang tu. Amacam.."kata Tikus dengan penuh lemah lembut ala ala perempuan melayu terakhir gitu.
"Boleh...."dapat aku lihat mata abang sedang terbeliak memandang aku. "Boleh tu memang boleh, tapi boleh blah la wei. Kau ingat kitorang ni hamba abdi kau ke bodoh!!!"aku segera menyambung kata. Kelihatan muka mereka bertiga bertukar menjadi merah dek menahan amarah.
Aku memandang abang yang sedang tersenyum sinis. Gembira benar nampaknya dia.
"Jangan salahkan kitorang eh kalau korang nanti malam tidur dekat wad." kata biawak yang sedari tadi senyap sahaja. Mereka bertiga berjalan menghampiri kami sambil menggenggam penumbuk masing masing.
Share this novel