Aku tergamam apabila melihat ruangan bawah tanah gudang tersebut. Ternyata ianya sungguh berbeza jika ingin dibandingkan dengan gudang usang di atas.
Aku berjalan sambil memerhatikan keadaan disekeliling aku yang ternyata sungguh canggih. Langkahku laju membontoti Si Murai menuju ke sebuah bilik.
**************************************** Mereka bertiga membuka topeng muka masing masing sebaik sahaja tiba di sebuah bilik yang kosong. Buat kesekian kalinya aku tergamam sebaik sahaja mataku tertacap pada seraut wajah yang amat aku kenali. 'Abang' rindu mula menusuk kalbu.
Tiba tiba marah pula cuba menguasai diriku. Kedua dua belah tangan aku diseluk ke dalam kocek seluar. Mata aku pula ditutup serapat rapatnya. Aku tidak mahu dia melihat mata aku. Tidak buat kali ini. Badan aku yang terasa lemah terundur beberapa langkah hingga tersandar pada dinding. Disitulah aku jadikan tempat berpaut daripada rebah buat sementara waktu. Sedaya upaya aku cuba mengawal emosi aku.
"Kau nak apa dari aku." kata aku perlahan dalam nada dingin. "Aku rindu kau. Rindu sangat sangat."dapat aku rasakan air mataku mula mengalir di pipi. Aku sediri tidak pasti apa perasaan aku ketika ini. Semuanya bagaikan bercampur baur.
"Adik,bukalah mata tu. Tengok abang.. Sekejap pun jadilah." aku menggenggam tangan aku yang masih barada di dalam kocek seluar sekuat hati. "Aaa..kku ttak boboleh. Aku tak nak kau cecedera sesebbab akku.. Aku benci kau! Kau tahu tak, kau dan ayahlah orang yang paling aku benci!! Tapi.. Aku tetap tak sanggup tengok korang cedera sebab aku. Rasanya sakit sangat.. sakit.." kata aku sambil tangan kanan aku dibawa ke dada. Aku menumbuk dada aku sendiri secara kasar.
"Kenapa kau benci aku.. Apa aku dah buat padakau. Apa kami dah buat pada kau, hah bodoh!!!" Terkejut akibat mendengar jeritan abang automatik mata aku terbuka luas.
Share this novel