Apasal semua orang pandang aku macam tak pernah nampak orang. Muka aku ni warna hijau ke? Semalam ayah kata kalau ada orang ganggu buat tak layan sudah.
Aku suruh ayah beli kanta lekap warna hitam untuk aku. Bukannya apa, aku tak suka bila orang lain tengok aku macam tengok makhluk asing. Terkejut juga aku bila abang pandang aku lagi pelik dari orang lain." Kau kenapa wehh.. Tak pernah pernah tengok aku macam tu. Sikit sikit dah arr..Kau lurus lagikan?" Arghh.. Aku memegang bahu aku yang baru menjadi mangsa kekejaman abang. "Agak agak arr.. Kau ingat aku ni gay ke. Tolonglah.. Aku terkejut tengok kau dah nampak sebijik macam aku. Cuma tulah, aku lagi hansem" sedap sedap je puji diri sendiri. "Lainlah! aku sentiasa kemas. Kau tu. Rupa dah macam samseng jalanan dah aku tengok. Rambut tu macam semak, baju tu pula macam tak pernah iron. Kata aku nampak macam kau." bidas aku.Kami berdua diam bila tiba di hadapan pintu pejabat.
Selepas ayah selesai semua urusan, dia pun meninggalkan kami. Entah kenapa aku dapat rasakan hidup aku di sekolah ni bakal menjadi bosan.
Share this novel