Dua..

Action Series 3480

Jantung aku mengepam laju mengalahkan kapal terbang. Selamat tak terkeluar dari paksi ja.
Mata aku menilik setiap inci tubuh mak. Terdapat lebam lebam dan darah yang masih fresh di muka dan beberapa anggota badannya.
ZAP!! Sesuatu menerjah fikiran aku. Jantung aku seakan terhenti, kapal terbang pun macam dah habis bahan bakar.'Gedebushh' jatuh dalam laut china selatan.
Skru lutut aku mungkin melarikan diri entah ke mana. Terketar ketar aku cuba terus bertahan untuk berdiri. Dalam hati berdoa semoga firasat aku salah. 'Mak kenapa mak tak gerak dari tadi ni.. Jangan kata... Mak dah... MAK!!! Kenapa mesti mak?' aku jatuh terduduk. Tanpa berlengah, nadi emak segera aku cari. Bagaikan mahu menjerit..'Syukur Alhamdulillah' aku masih rasa nadi mak. 'Tapi aku rasa macam ada yang tak kena. Kenapa nafas mak macam seksa sangat.' Mod risau terus diaktifkan.
Aku mengangkat sedikit pandangan ke arah abang. Muka dia nampak pucat. "Mak macam mana?" tanya abang. " "Alhamdulillah, mak hidup lagi Tapi aku rasa tak sedap hati. Aku rasa lebih baik bawa pergi hospital. Nampak macam teruk" aku bagi cadangan. "Kita mana ada duit. Lagi satu, nak bawak macam mana. Tak ada kenderaan."
Aku berfikir seketika. Ting!! Mentol idea menyala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience