Empat

Action Series 3480

Tercungap cungap aku mencari nafas. Ya, rumah aku memang terpencil sikit daripada rumah penduduk kampung. Mungkin sebab orang kampun tak suka kat ayah. Aku pun tak tahu kenapa. 'Ayah' terasa bagaikan adanya dendam di hati bila menyebut panggilan yang dahulunya sangat aku sayangi.
Aku pergi dari satu rumah ke satu rumah. Ada yang memaki ada juga yang menghalau. Aku segera pergi sambil mengelak barangan yang dibaling ke arah ku. Sambil berlari air mataku turun lebat membasahi baju yang dipakaiku. Terngiang kembali kata kata kesat yang dimuntahkan ke arah aku.
Flashback..
"Kau tak yah la datang dekat dengan rumah aku. Busuk nanti kau tahu tak. Kau tahu tak kau tu kotor. Dasar anak haram." tengking tuan rumah. "Wei.. Aku datang minta tolong je pun. Yang kau layan aku macam komunis apasal. Kalau tak nak tolong tak payah la tolong. Aku rasa tak perlu kut kau nak hina aku sebab aku nampak kau lebih menghinakan di mata aku."kata aku selamber. Masalahnya tak lama lepastu banjir pulak aku. Tadi cakap macam apa lagi. Sekarang ni nah ambik kau.
Aku tiba di perkarangan sebuah banglo. Aku fikir dua tiga kali sebelum bagi salam. Bukannya apa tadi takat kena baling dengan bola,senduk macam tu tak apa lagi.Ni kalau baling dengan pisau, arwah aku. Fikirkan mak kat rumah aku terpaksa.
Nafas ditarik lalu aku bagi salam sekuat mungkin.tiba tiba seorang lelaki berbadan tegap keluar dari rumah tersebut. Melihat mukanya yang serius membuatkan tembok iman aku runtuh. Aku sudah berkira kira hendak mengangkat kaki melarikan diri.
Namun sebaik sahaja melihat mukanya yang tersenyum melihat aku menbuatkan aku sedikit lega. Dia seakan akan terlalu gembira melihat aku kerna mukanya bukanlah jenis senang senyum dengan semua orang. Entah laa..
"Err..sebelumtu saya cakap tujuan saya datang. Boleh tak jangan baling pisau ke apa ke kat saya. Saya tak nak arwah lagi." lebih baik aku ambil langkah berjaga jaga. Manalah nak tahu kan. "Cakap jelah." dapat aku lihat muka dia seakan akan ingin mentertawakan aku. "Aaa..Err.. Saya nak minta tolong abang hantarkan mak saya ke hospital boleh tak. Aa.. Mak saya sakit." "Sakit apa?" Mak aku sakit apa. Takkan nak kata ayah pukul.
"Saya tak tahu"aku tahu tapi aku tak tahu macam mana nak terang. "Saya tolong tapi adik kena cerita kat saya apa jadi kat mak adik." Aku taknak cerita tapi nyawa mak lagi penting. "Okey.."kata aku perlahan. Dia pergi mengambil kereta sementara aku masih memikirkan keputusan aku sebenarnya betul ke tak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience