Dua puluh satu..

Action Series 3480

"Apa hal." aku menanyakan Leo yang sedang berehat di bawah pokok. Ketika di kelas Jackson ada mengatakan bahawa Leo ingin berjumpa dengannya pada waktu rehat.

"Aku nak beritahu kau ni. Kita ada tiga orang budak baru dekat sekolah ni. Sorang tu satu kelas dengan kau lagi dua orang tu masing masing kelas 5A dan 5B." aku sedikit terkejut. Macam mana abang boleh masuk dalam DarkBlood ni. "Budak yang baru masuk kelas aku hari ni tu?" aku bertanya bagi mendapat kepastian. "Yang mana lagi, yang tu laa. Nanti aku beri kau maklumat pasal diorang, lepastu kau beritahu Eagle." Aku semakin pasti sebaik sahaja mendengar kata kata Leo itu.

Aku terus berlari meninggalkan tempat itu. Leo tidak berkata apa sebaliknya menyambung tidurnya semula. Memang itulah rutinnya setiap hari. Katanya dia tak nak rehat sebab dia kena jaga .Nanti sixpacknya hilang lepastu kena training bagi ada balik.

Aku berlari ke arah tangga. Semua yang menggunakan tangga tersebut memberi laluan kepada aku. Mungkin takut dirempuh oleh aku yang memanjat tangga bagaikan bermain ragbi.

Sebaik tiba di tingkat dua aku terus berjalan di koridor yang menempatkan kelas kelas tingkatan 5. Sebaik tiba di hadapan kelas 5A aku terus menjenguk ke dalam. Kelihatan Along yang sedang berbual di belakang kelas. Aku terus berjalan ke arahnya. Along kelihatan sedikit tercengang. Aku menyambar pergelangan tangannya kasar lalu diheret ke luar dari kelas.

Sebaik lalu dihadapan kelas 5B kebetulan Angah keluar dari kelas sambil berpegangan tangan dengan kawannya. Dia memandang aku kehairanan. "Ikut aku.." kata aku dingin. Hilang sudah gelaran tempoh hari. "Apa dah jadi ni?" soal Angah kehairanan. Malas hendak berlengah, aku terus merentap tangannya. Kawannya disebelah kelihatan terkejut dengan tindakan aku. "Kau jangan biadap boleh? Asal kau pegang tangan dia." perempuan itu berkata kasar. "Kau diam boleh tak?" balas aku seraya menarik Angah aupaya dia mengikuti aku. "Kenapa kau ikut dia, Nurin." kata perempuan itu lagi. Kali ini nada suaranya sedikit meninggi. Akhirnya baru aku tahu, nama Angah Nurin. Hahaha... Apa punya adik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience