" Kau pergi mana? Pagi baru nampak." Niat aku yang hendak menyelinap masuk ke dalam bilik terbantut. Aku memandang Leo aka Michael yang sedang bersandar pada dinding dengan penuh bergaya. "Kenapa tanya? Kau rindu aku ek?" kata aku lalu ketawa. "Kau ingat aku gay ke? Bukannya apa... Pukul 10 malam ni kita ada misi. Kali ni dengan geng SilentJob . Jadi susah sikit la. Get ready Jaguar." muka Leo daripada marah bertukar serius. Muka aku bertukar kelat. SilentJob diketuai Dragon.
"Kalau aku tak join tak pe?" aku mencuba nasib. "Boleh, kalau kau tak sayang nyawa."Kata Leo sambil menepuk bahu aku perlahan.
Sejak aku tinggal di sini. Datuk menyuruh orang bawahannya memanggil aku Jaguar kerana Nukman telah lama mati. Katanyalah... Tapi info tu pun aku curi dengar perbualan datuk dengan King aka penolong datuk. Memang orang penting DarkBlood akan menggunakan nama samaran. Nama samaran datuk Eagle. Itu sebabnya rantai yang aku pakai berloket helang.
Aku masuk ke dalam bilik. Aku mencari kebenaran di sebalik kata kata abang. Ya, itu semua logik. Namun begitu, mengapa datuk tidak mencari abang along dan angah. Kenapa hanya diri aku yang dicari.
Share this novel