Tiba tiba penumbuk Tikus melayang ke arah aku. "Aduhh" spontan aku berkata begitu sambil menutup mata.
1 saat berlalu..
2 saat berlalu..
3 saat berlalu..
Aik.. Kenapa tak rasa sakit pun? Aku meraba pipi aku sambil membuka mata perlahan perlahan. Dihadapan aku sekarang kelihatan abang sedang berdiri kaku. Aku menjengukkan kepala bagi melihat apa yang terjadi pada abang.
Pipi abang sudah lebam serta cecair merah mulai mengalir dari tepi bibirnya. Tangan kirinya diangkat bagi mengelap cecair tersebut. Kedengaran dia mengaduh perlahan setelah berbuat begitu.
Pandangan aku dipalingkan pula ke arah wajah tikus yang kelihatan marah. Kemudian turun sehingga mataku tertacap pada tangannya yang kemerahan. Muka aku terasa panas. Mungkin marah aku ketika ini menyebabkan darah menyerbu muka.
Tiba tiba aku merasakan aku mulai hilang kawalan.Aku menolak perlahan dada abang ke belakang hingga membuatkannya terundur beberapa langkah. Kaki aku menendang bahagian kiri kepala Tikus hingga membuatkannya jatuh mencium jalan tar. Sangkaku dia pasti sudah pengsan. Kemudian aku berlari ke arah Biawak lalu lompat ke atasnya. Aku duduk diatas perutnya sambil tangan mencengkam lehernya sederhana kuat. Dua tumbukan padu aku yang hinggap di pipinya telah berjaya membuatkannya tidak sedar diri. Segera aku mencari kelibat Hijau pula. Nampaknya dia sudah mula angkat kaki.
Aku berlari sepantas yang boleh bagi menyainginya. Apabila merasakan sudah semakin menghampirinya aku segera melompat dan kepalanya aku siku sekuat hati."Sakitlah bengong!!"jeritnya.
Aku menariknya supaya kembali berdiri. Rahangnya aku genggam kejap supaya dia tidak melarikan pandangan dari aku. "Aku nak kau cakap dekat kawan kau tu yang aku akan buat lagi teruk dari ni kalau kau berani sentuh kitorang lagi. Bak kata aku, jangan salahkan kami kalau korang tidur selamanya selepas ini. Good night dear, sweet dream.." Satu tumbukan padu hinggap di pipinya lalu menyebabkan dia turut pengsan seperti mereka berdua.
Aku berlari semula ke arah abang. Belum sempat aku menghampirinya kelihatan Tikus sedang bersedia hendak memukulnya dari arah belakang. 'Abang' kata kata itu tidak terkeluar dari mulutku. Tiba tiba kepala aku terasa sakit. Perlahan lahan segalanya bertukar kelam.
Share this novel